Majlis Sukan Universiti Malaysia
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | MASUM |
Cogan kata | Bersatu Ke Arah Kegemilangan Sukan Universiti |
Jenis/bentuk sah | Persekutuan sukan universiti |
Tapak web | http://www.masum.org.my/ |
Sejarah | |
Dibentuk | 1974 |
Pengurusan | |
Pengerusi | Prof. Madya Dr. Nurulfajar Abd Manap |
Setiausaha Agung | Mohd Fairuz Azwad Mohd Zauwawi |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Putrajaya, Malaysia |
Kawasan perkhidmatan | Malaysia |
sunting · sunting di Wikidata |
Majlis Sukan Universiti Malaysia disingkatkan sebagai MASUM ialah sebuah persekutuan sukan universiti yang berpangkalan di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1974. Ia diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan ahli Persekutuan Sukan Universiti Antarabangsa (FISU). Badan sukan universiti itu adalah badan tunggal yang diiktiraf untuk sukan universiti di Malaysia oleh FISU. MASUM juga merupakan ahli Persekutuan Sukan Universiti Asia.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Detik-detik penubuhan MASUM bermula pada tahun 1974 di atas inisiatif pegawai-pegawai sukan universiti pada ketika itu untuk mengadakan pertandingan sukan di kalangan kakitangan universiti tempatan. Pertandingan ini menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan di antara universiti tempatan. Pada tahun (1975) penganjuran sukan diantara pelajar-pelajar universiti mula diadakan sehingga kini. Pada tahun 1981, Gabungan Universiti Malaysia (GUM) ditubuhkan hasil daripada inisiatif Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Hal-Ehwal Pelajar, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ketika itu. Sebelum penubuhan GUM, semua aktiviti sukan di IPTA dikendalikan secara ‘ad-hoc’ di kalangan IPTA. Nama GUM telah di tukarkan ke Majlis Sukan Universiti dan Institut Pengajian Tinggi Malaysia (MASUIPTIM) pada tahun 1983. Pada tahun 1985, nama MASUIPTIM telah ditukar secara rasmi dan dinamakan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM).[1]
Senarai Pengerusi dan Setiausaha Agung MASUM
[sunting | sunting sumber]# | Tahun | IPT | Pengerusi | Setiausaha Agung |
---|---|---|---|---|
1 | 1981-1983 | USM | Dato’ Prof. Amir Awang | Ahmad Daud |
2 | 1983-1985 | UKM | Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Yusof Noor | Hj. Salleh Haji Husain |
3 | 1985-1987 | UM | Prof. Dato’ Dr. Firdaus Abdullah | Chua Ah Tok |
4 | 1987-1989 | UPM | Dato’ Dr. Kamaruddin Kachar | Young Bang Kuang |
5 | 1989-1991 | UTM | Prof. Syed Fahmi Syed Mansor | Yunus Dahlan |
6 | 1991-1992 | UiTM | Prof. Ir. Dr. Hj. Wan Mahmood Wan AB Majid | Mustaza Ahmad |
7 | 1993-1994 | UUM | Dato’ Prof. Dr. Mohd Nawi Ab. Rahman | Shafferi Rejab |
8 | 1995-1996 | UKM | Prof. Dr. Mohd Hj. Yusof | Jaslana Hj. Hussen |
9 | 1997-1998 | UM | Datuk Mohd Yunus Md Noor | Ismail Mohd Nor |
10 | 1999-2000 | UIAM | Prof. Dr. Sidek Baba | Kamal Yahya |
11 | 2001-2002 | UPM | Prof. Madya Dr. Idris Abdol | Hj. Hamzah Ismail |
12 | 2002-2003 | UPM | Prof. Dato’ Dr. Abdullah Al-Hadi Hj. Mohamed | Hj. Hamzah Ismail |
13 | 2003-2005 | UNIMAS | Prof. Dr. Sulaiman Hj. Hanapi | Zambari Hj. Baijuri |
14 | 2005-2007 | UKM | Prof. Dato’ Dr. Mohd Wahid Samsudin | Jaslana Bin Hj. Hussen |
15 | 2007-2009 | USM | Prof Dato’ Omar Osman | Muhamad Mohd Hanif |
16 | 2009-2011 | UPSI | Prof. Shaharudin Abdul Aziz | Ahmad Hj. Omar |
17 | 2012-2013 | UMS | Prof Madya Datuk Dr. Hj. Kasim Hj. Md Mansor | Asyraaf Bin Abdullah |
18 | 2014-2015 | UMT | Prof. Dr. Anuar Hassan | Hj. Muhamad Rafee Jusoh |
18 | 2014-2015 | UMT | Prof. Dr. Anuar Hassan | Hj. Muhamad Rafee Jusoh |
19 | 2016-2017 | UiTM | Prof. Dato’ Dr. Abdullah Mohamad Said | Mustaza Ahmad |
20 | 2018 | UTHM | Prof Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan | Azli Puddin |
21 | 2019 | USIM | Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani | Hamran Husin |
22 | 2020-kini | UTEM | Prof. Madya Dr. Nurulfajar Abd Manap | Mohd Fairuz Azwad Mohd Zauwawi |
Organisasi
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan senarai organisasi MASUM:[3]
- Pengerusi: Prof. Madya Dr. Nurulfajar Abd Manap
- Timbalan Pengerusi I: Prof. Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin
- Timbalan Pengerusi II: Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan
- Setiausaha Agung: Mohd Fairuz Azwad Mohd Zauwawi
- Penolong Setiausaha Agung I: Mohd Aznorizamin Ismail
- Penolong Setiausaha Agung II: Syeamarsyeta Ahamad
- Bendahari: Yusri Hashim
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "MAJLIS SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA (MASUM)". masum.org.my. Majlis Sukan Universiti Malaysia. Dicapai pada 16 November 2021.
- ^ Senarai Pengerusi dan Setiausaha Agung
- ^ Carta Organisasi