Pergi ke kandungan

Sukan Borneo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sukan Borneo
Edisi pertamaSukan Borneo 1955 di Seria, Brunei
Diadakan pada setiapSetiap tahun, kemudian 2 tahun (setiap tahun ganjil)
KegunaanAcara berbilang sukan untuk wilayah dan negara di Pulau Borneo

Sukan Borneo (bahasa Inggeris: Borneo Games) ialah acara pelbagai sukan tahunan yang melibatkan peserta dari wilayah dan negara di Borneo. Acara sukan ini bermula pada tahun 1955. Sukan ini dihidupkan semula pada tahun 2005 dan diadakan setiap 2 tahun tetapi tidak diadakan sekarang. Pada musim pertama Sukan Borneo, hanya tiga wilayah yang menyertai iaitu Brunei, Borneo Utara dan Sarawak. Pada edisi yang terkini, penyertaan dibuka kepada Labuan dan provinsi-provinsi di Kalimantan, Indonesia dengan beberapa wilayah undangan dari wilayah jiran.

Sukan Borneo kali pertama diadakan pada tahun 1955 di Seria, Brunei dengan tiga wilayah Borneo British sebagai peserta iaitu Brunei, Borneo Utara dan Sarawak. Pada tahun 1960-an, beberapa jenis sukan telah dipertandingkan di antara tiga wilayah tersebut seperti bola sepak, badminton, hoki dan bola keranjang.[1] Pada tahun 1970, Sukan Borneo diberhentikan pada edisi ke-16 kerana beberapa faktor seperti masalah kewangan.[2]

Penyertaan

[sunting | sunting sumber]
Wilayah Nama rasmi
 Brunei Negara Brunei Darussalam
 Sabah Negeri Sabah Di Bawah Bayu
 Sarawak Negeri Sarawak Bumi Kenyalang
 Labuan Wilayah Persekutuan Labuan
Kalimantan Barat Provinsi Kalimantan Barat
Kalimantan Selatan Provinsi Kalimantan Selatan
Kalimantan Tengah Provinsi Kalimantan Tengah
Kalimantan Timur Provinsi Kalimantan Timur

Wilayah jemputan:

Senarai kejohanan

[sunting | sunting sumber]
Edisi Tahun Bandar tuan rumah Wilayah tuan rumah Tarikh mula Tarikh tamat Wilayah Petanding Sukan Acara Pasukan juara Ruj.
1 1955 Seria  Brunei 30 Julai 1955 3 [3]
8 1962 Padang Sukan Jubilee, Kuching  Sarawak 13 Julai 1962 14 Julai 1962 3  Sarawak (bahagian lelaki)
 Brunei (bahagian perempuan)
[4][5]
16 1970 Brunei  Brunei 17 Julai 1970 18 Julai 1970 3 Dibatalkan kerana Hari Keputeraan Sultan Brunei dan Sukan Komanwel [6]
Diberhentikan dan digantikan dengan Pesta Sukan di Brunei
I 2005  Sabah 17 Disember 21 Disember
II 2007  Sarawak  Sabah
III 2009  Brunei 29 November 6 Disember 7  Sabah [7]
IV 2011 Samarinda Kalimantan Timur 4 Disember 11 Disember 8 Kalimantan Timur [8]
V 2013  Labuan 14 September 21 September 12 [9]

Tuan rumah

[sunting | sunting sumber]

Sejak Sukan Borneo bermula pada tahun 1954, ia telah diadakan di bandar di seluruh Borneo.

Beberapa acara dipertandingkan pada edisi pertama Sukan Borneo. Sejak Sukan Borneo dihidupkan semula, lebih banyak acara dipertandingkan termasuk sukan tradisional.

Sukan Tahun
Badminton 2011
Bola sepak 2011
Boling padang 2009
Eight-ball 2009
Futsal 2011
Gasing 2011
Hoki 2009
Kempo 2011
Nine-ball 2009
Olahraga 1962, 2011
Pencak silat 2009
Sepak takraw 2011
Tenis 2009

Jadual pingat

[sunting | sunting sumber]

Penganjuran semula

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Sukan Borneo". Majlis Sukan Negeri Sabah. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 November 2020. Dicapai pada 3 Disember 2020.
  2. ^ "Sukan Borneo". Majlis Sukan Negeri Sarawak. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Disember 2020. Dicapai pada 3 Disember 2020.
  3. ^ "First 'Borneo Games' on July 30" ['Sukan Borneo' Pertama pada 30 Julai]. The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Sandakan. 23 Jun 1955. m/s. 13. Dicapai pada 25 Ogos 2024.
  4. ^ "Sukan Borneo: Brunei Menang Bahagian Wanita" (PDF). Pelita Brunei. Kuching. 18 Julai 1962. m/s. 7. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 24 Ogos 2024. Dicapai pada 24 Ogos 2024.
  5. ^ "Wanita2 Brunei berjaya di-temasha Sukan Borneo" (PDF). Pelita Brunei. Kuching. 1 Ogos 1962. m/s. 7. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 24 Ogos 2024. Dicapai pada 24 Ogos 2024.
  6. ^ "Pesta Sukan bagi menggantikan Sukan Borneo" (PDF). Pelita Brunei. Kuching. 29 April 1970. m/s. 4. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 24 Ogos 2024. Dicapai pada 24 Ogos 2024.
  7. ^ "Pelita Brunei: Keluaran Khas" (PDF). Pelita Brunei. Brunei. 5 Disember 2009. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 24 Ogos 2024. Dicapai pada 24 Ogos 2024.
  8. ^ "Kalimantan Timur sapu 57 emas, 32 perak dan 37 gangsa". Pelita Brunei. Kalimantan Timur. 14 Disember 2011. m/s. 22. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2024. Dicapai pada 24 Ogos 2024.
  9. ^ "Sukan Borneo ke-5, 2013". Labuan Island. 15 September 2013. Dicapai pada 3 Disember 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]