Subwilayah di Jepun
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Subwilayah adalah sebuah cabang pejabat juridasi (支庁 , shichō) bagi kerajaan wilayah. Kebiasannya, keluasan kawasan sebuah subwilayah terdiri daripada beberapa buah bandar, pekan dan/atau kampung. Subwilayah dibentuk bagi memberikan perkhidmatan kepada kerajaan wilayah di luar kawasan geografi wilayah Jepun. Sesetengah wilayah Jepun pada masa kini mahupun yang lepas dibahagikan kepada subwilayah.
Subwilayah pada masa kini
[sunting | sunting sumber]- Hokkaidō, mempunyai keluasan kawasan yang paling besar diantara wilayah di Jepun yang dibahagikan kepada 14 subwilayah yang dibentuk sekitar tahun 1897. Subwilayah di Hokkaidō tidak termasuk bandar besar seperti Sapporo dan Hakodate sehinggalah tahun 1922. (Lihat Subwilayah Hokkaidō).
- Kagoshima mempunyai dua buah subwilayah iaitu Ōshima dan Kumagae yang masing-masing terletak di Amami dan Nishinoomote. Kagoshima merangkumi Pulau Kagoshima dan Pulau Okinawa.
- Miyazaki terdiri daripada sebuah subwilayah iaitu Nishiusuki, sebuah daerah pergunungan luar di hujung barat utara wilayah Jepun.
- Nagasaki terdiri daripada 3 subwilayah bagi pulau di Tsushima, Iki dan Gotō.
- Tokyo mempunyai 4 subwilayah yang menjadi pentadbiran kepada beberapa penduduk yang tinggal disekitar pulau yang dibawah Kerajaan Metropolis Tokyo. Keempat-empat cabang pejabat wilayah adalah di Hachijō, Miyake, Ogasawara dan Ōshima.
- Okinawa pula terdiri daripada 2 subwilayah iaitu Miyako dan Yaeyama yang masing-masing terletak di Pulau Miyakojima dan Pulau Ishigaki. Pejabat ini memberikan perkhidmatan kepada wilayah Jepun di sekitar kepulaun archipelagos.
- Shimane sebuah subwilayah yang memantau Pulau Oki. Subwilayah ini merupakan antara pejabat kerajaan yang paling dekat dengan Liancourt Rocks, sebuah pulau yang terdiri daripada kumpulan penduduk Korea Selatan.
- Yamagata terdiri daripada 4 subwilayah. Yamagata, Shinjo, Yonezawa dan Shonai yang terletak di 4 kawasan bandar di wilayah Jepun.
Subwilayah pada masa lalu
[sunting | sunting sumber]- Hyōgo, sebuah wilayah yang sangat besar terdiri daripada 10 subwilayah, tetapi kini dikenali sebagai birokrasi penduduk (県民局, kenmin-kyoku).
- Chiba pula dapat dibahagikan kepada 5 subwilayah sehingga tahun 2003, apabila cabang pejabatnya ditukar nama kepada pusat penduduk.
Tambahan pula, pada tahun 1907 Jepun telah membentuk Wilayah Karafuto bagi pentadbiran Pulau Sakhalin. Karafuto telah dibahagikan kepada 4 buah subwilayah yaitu Toyohara (Yuzhno-Sakhalinsk), Maoka (Kholmsk), Esutoru (Uglegorsk) dan Shikuka (Makarov).
Pulau-pulau yang telah didapati oleh Jepun selepas daripada Perjanjian Versailles diletakkan dibawah Wilayah Pasifik Selatan (南洋庁, Nan'yōchō) dari tahun 1922 sehingga 1945. Ini telah membawa kepada 6 subwilayah di Pulau Saipan, Pulau Yap, Pulau Palau, Pulau Truk, Pulau Pohnpei, Pulau Jaluit. Pada bulan November 1943, kesemua 6 subwilayah ini digabungkan menjadi subwilayah “timur”, “barat” dan “utara” dibawah Jepun sehinggalah pihak Jepun menyerah kalah.