Pergi ke kandungan

Staphylococcus aureus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Staphylococcus aureus
Pengelasan saintifik s
Templat taksonomi hilang (baiki): Staphylococcus aureus

Staphylococcus aureus (S. aureus) ialah bakteria gram positif yang menghasilkan pigmen kuning, bersifat anerob fakultatif, tidak menghasilkan spora dan tidak motil, umumnya tumbuh berpasangan mahupun berkumpulan, dengan diameter sekitar 0,8-1,0 µm.[1][2] S. aureus tumbuh dengan optimum pada suhu 37oC dengan waktu pembelahan 0,47 jam.[3] S. aureus merupakan mikroflora normal manusia.[3] Bakteria ini biasanya terdapat pada saluran pernafasan atas dan kulit[1][4]. Keberadaan S. aureus pada saluran pernafasan atas dan kulit pada individu jarang menyebabkan penyakit, individu sihat biasanya hanya berperan sebagai pembawa.[1] Jangkitan serius akan terjadi ketika ketahanan inang melemah kerana terdapat perubahan hormon; adanya penyakit, luka, atau perlakuan menggunakan steroid atau ubat lain yang mempengaruhi imuniti sehingga terjadi kelemahan inang.[1].

Jangkitan S. aureus dikaitkan dengan beberapa keadaan patologi, di antaranya ialah bisul, jerawat, pneumonia, meningitis, dan arthritits.[1] Sebahagian besar penyakit yang disebabkan oleh bakteria ini menghasilkan nanah, oleh itu bakteria ini disebut piogenik.[1] S. aureus juga menghasilkan katalase, iaitu enzim yang menukarkan H2O2 menjadi H2O dan O2, dan koagulase, enzim yang menyebabkan fibrin berkoagulasi dan menggumpal[1]. Koagulase dikaitkan dengan patogen kerana penggumpalan fibrin yang disebabkan oleh enzim ini terkumpul di sekitar bakteria sehingga agen pelindung inang mengalami kesukaran mencapai bakteria dan fagositosis terhambat.[1]

  1. ^ a b c d e f g h Madigan MT, Martinko JM, Dunlap PV, Clark DP. 2008. Biology of Microorganisms 12th edition. San Francisco: Pearson.
  2. ^ [WHO] World Health Organization. 2004. Guidelines for Drinking-water Quality 3rd Edition. Geneva: World Health Organization.
  3. ^ a b (Inggeris) Prescott LM, Harley JP, Klein DA. 2002. Microbiology. 5th Ed. Boston: McGraw-Hill.
  4. ^ Honeyman AL, Friedman H, Bendinelli M. 2001. Staphylococcus aureus Infection and Disease. New York: Plenum Publishers.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • StopMRSANow.org — Discusses how to prevent the spread of MRSA
  • TheMRSA.com — Understand what the MRSA infection is all about.
  • "Staphylococcus aureus". NCBI Taxonomy Browser. 1280.
  • Packham C (16 March 2015). "Successful in vivo test of breakthrough Staphylococcus aureus vaccine". Medical Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2012. Dicapai pada 18 March 2015.
  • Type strain of Staphylococcus aureus at BacDive – the Bacterial Diversity Metadatabase