Pergi ke kandungan

Gram-positif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Gram positif)
Bakteria gram positif Bacillus anthracis (batang ungu) pada cairan serebrospinal. Sel yang lain ialah sel darah putih.

Gram-positif ialah bakteria yang mempertahankan zat warna kristal ungu sewaktu proses pewarnaan Gram sehingga berwarna biru atau ungu di bawah mikroskop.[1]

Dalam erti kata lain, bakteria gram-negatif akan berwarna merah atau merah muda.[1] Perbezaan kedua-duanya berdasarkan pada perbezaan struktur dinding sel yang berbeza dan dapat dinyatakan oleh prosedur pewarnaan Gram.[2] Prosedur ini ditemui pada tahun 1884 oleh ahli sains Denmark bernama Christian Gram dan merupakan prosedur penting dalam klasifikasi bakteria.[3]

Bakteria gram positif seperti Staphylococcus aureus (bakteria patogen yang umum pada manusia) hanya mempunyai membran plasma tunggal yang dikelilingi dinding sel tebal berupa peptidoglikan.[2] Sekitar 90 perTus dari dinding sel tersebut tersusun atas peptidoglikan manakala sisanya berupa molekul lain bernama asid teikhoat.[1] Di sisi lain, bakteria gram negatif (seperti E. coli) memiliki sistem membran berganda di mana membran plasmanya diselimuti oleh membran luar permeabel.[2] Bakteria ini mempunyai dinding sel tebal berupa peptidoglikan, yang terletak di antara membran dalam dan membran luarnya.[2]

  1. ^ a b c Madigan MT, Martinko JM, Brock TD. 2006. Brock Biology of Microorgnisms. New Jersey: Pearson Prentice Hall.
  2. ^ a b c d Cooper GM, Hausman RE. 2007. The Cell: A Molecular Approach. 4th ed. Sunderland: Sinauer Associates, Inc.
  3. ^ Singleton P, Sainsbury D. 2006. Dictionary of Microbiology and Molecular Biology. New Jersey: Wiley Interscience.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]