Pergi ke kandungan

Sofazr The Movie - Jiwa Kacau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sofazr The Movie - Jiwa Kacau
PengarahIsmaliza Ismail
Tauke Jambu
Dihasilkan olehIsmaliza Ismail
DibintangiSofazr
Tauke Jambu
Jep Sepahtu
AR Badul
Leez Rosli
Tarikh tayangan
  • 27 September 2012 (2012-09-27) (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 0.15 juta

Sofazr The Movie - Jiwa Kacau merupakan sebuah filem komedi Malaysia 2012 yang ditayangkan pada 27 September 2012 di Malaysia. Dibintangi Sofazr, Tauke Jambu, Jep Sepahtu, AR Badul dan Leez Rosli.

Sofazr The Movie Jiwa Kacau mengisahkan sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka Sofazr, mereka terlalu sibuk dengan pertunjukan pentas sehingga pada suatu hari mereka mengadu kepada pengurus mereka iaitu Zack (Zul2by2) bahawa mereka kepenatan dan zack telah membeli ubat trtadisional dari Pak Mastur (Hamdan Ramli) dengan harapan dapat mengubati keletihan mereka, tetapi malangnya setelah mereka meminum ubat tersebut mereka telah pun hilang ingatan serta mengganggu ketenteraman awam dan mengakibatkan mereka di hantar ke Pusat Pemulihan yang diberi nama “Pusat pemulihan jiwa kacau” di sinilah mereka berjumpa dengan Apong (Saiful Apek), Kudin (Yassin Yahya), Remy (Tauke Jambu), Bob (Jep Sepahtu), Dr. Bada (AR Badul), Pak Abu (Hamid Gurkha) Attendan Kulai (Mamat Sepah), Attendan Ilya (Ilya Buang), Wak Herman (Herman Tino) dan ramai lagi, bermacam-macam peristiwa dan kekecohan yang berlaku sepanjang mereka di pusat pemulihan jiwa kacau ini, Zack dan Wangi (Leez Rosli) berusaha untuk mencari ubat bagi mengembalikan ingatan mereka adakah mereka semua berjaya dipulihkan?

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]