So You Think You Can Dance (Malaysia)
So You Think You Can Dance | |
---|---|
Format | Rancangan permainan realiti interaktif |
Pencipta | Nigel Lythgoe Simon Fuller |
Pengarah | Zebedee De Costa Tengku Firhad |
Pengacara | Aishah Sinclair (S2) Juliana Ibrahim (S1) Jehan Miskin (S1) |
Dibintangi oleh | Pat Ibrahim Judimar Hernandez Yannus Sufandi Ramli Ibrahim |
Bilangan episod | 11 (seperti pada 14 Jun 2007) |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Sunil Kumar |
Penerbit | Zebedee De Costa Tengku Firhad Manoj Nandy Kiedd Fariz |
Penyunting | Howie Chin Yeong Hau Chan Yee Wei Shivadas Menon |
Tempoh siaran | Varies |
Penyiaran | |
Saluran asal | 8TV |
Format gambar | PAL 4:3 Letterbox / Cinemascope |
Siaran asal | 5 April 2007 |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
So You Think You Can Dance ialah rancangan realiti berbentuk pertandingan menari yang direka oleh Simon Fuller (juga pereka siri Idol) dan Nigel Lythgoe dari UK.
Format
[sunting | sunting sumber]Ujibakat
[sunting | sunting sumber]Dilangsungkan dalam tempat yang sesuai di mana para peserta akan mempamerkan kebolehan menari di hadapan para juri. Peserta yang memberi persembahan yang memuaskan para juri dilayakkan untuk Callbacks (jika kemahiran mereka masih perlu diniali secara teliti) atau Boot Camp (jika kemahiran mereka cukup mengagumkan).
Callbacks
[sunting | sunting sumber]Sesi ini digunakan untuk mengasah bakat para peserta yang dilayakkan ke takat ini. Setelah itu hanya sebilangan tertentu yang layak ke Boot Camp, iaitu bilangan yang seimbang antara peserta lelaki dan wanita, termasuklah peserta-peserta yang dilayakkan terus dari pusingan Ujibakat.
Boot Camp
[sunting | sunting sumber]Di sinilah peserta-peserta yang layak diasah lagi bakat mereka dengan tujuan memperlihat versatiliti mereka dalam pelbagai genre tarian serta keserasian antara mereka sebagai persiapan untuk peringkat seterusnya.
Pertandingan sebenar
[sunting | sunting sumber]Pada bahagian pertama setiap malam pertandingan, para peserta menari secara berpasangan (seorang lelaki bersama seorang wanita, ditentukan oleh krew pertandingan) dan mempersembahkan genre tarian yang diambil melalui cabutan dari awal lagi. Sebagai persediaan, setiap pasangan menerima ajaran seorang koreografer bagi tarian tertentu. Para peserta perlu meraih kepuasan para juri pada bahagian ini, dan sebilangan peserta yang paling lemah sepanjang pusingan itu — bilangan lelaki dan wanita sekata, diheret ke pusingan kedua untuk membuat tarian solo untuk meraih undian penonton untuk terus bertahan dalam minggu-minggu pertandingan yang seterusnya. Seorang peserta lelaki dan seorang peserta wanita yang menerima undian terendah akan disingkirkan pada penghujung setiap episod.