Skala major
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Inggeris. (September 2017)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Skala major ataupun skala Ionia ialah satu daripada skala dwiton. Ia terdiri daripada tujuh not jelas, ditambah not kelapan yang menduakan not pertama tetapi di satu tangga oktaf yang lebih tinggi. Dalam solfeggio not-not ini serupa dengan suku kata "Do, Re, Mi, Fa, Sol, La, Ti/Si, (Do)"— "Do" dalam kurungan merupakan oktaf pic tonik permulaan. Skala majaor yang paling mudah ditulis ialah dalam notasi muzik moden ialah C major kerana C major merupakan satu-satunya skala major yang tidak memerlukan syap ataupun flet, dan hanya memerlukan kekunci putih piano:
| |||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Contoh penggunaan skala C major dalam muzik popular dan muzik rock termasuk Will You Still Love Me Tomorrow[1] oleh Carole King dan Gerry Goffin dan yang pernah didendangkan Dave Mason daripada pancaragam Traffic.
Struktur
[sunting | sunting sumber]Skala major mempunyai dua tetrakord serupa yang dibahagikan oleh satu ton penuh, atau satu tangga penuh: "Penuh:Penuh:Setengah:Penuh:Penuh:Penuh:Setengah" (dalam semiton 2 2 1 2 2 2 1). Setiap tetrakord terdiri daripada dua tangga penuh diikuti semiton. Skala Barat tidak melangkau baris staf, dan tidak mengulangi not yang mempunyai accidental (nilai not yang tidak terdapat dalam skala). Ini mengehadkan penampilan tanda nada kepada hanya "syap" atau "flet".
Darjah skala yang diberi nama
[sunting | sunting sumber]- Pertama – Tonik – not kei
- Kedua – Supertonik – darjah kedua
- Ketiga – Median
- Keempat – Subdominan
- Kelima – Dominan
- Keenam – Submedian
- Ketujuh – Not tuju
- Kelapan – Tonik (atau Oktaf)
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Stephenson, Ken (2002). What to Listen for in Rock: A Stylistic Analysis, p.39. ISBN 978-0-300-09239-4.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Bower, Michael. 2007. "All about Key Signatures Diarkibkan 2010-03-11 di Wayback Machine". Modesto, CA: Capistrano School (K–12) website. (Accessed 17 March 2010)
- Jones, George Thaddeus. 1974. Music Theory: The Fundamental Concepts of Tonal Music Including Notation, Terminology, and Harmony. Barnes & Noble Outline Series 137. New York, Hagerstown, San Francisco, London: Barnes & Noble. ISBN 978006401374 Templat:Please check ISBN.
- Kennedy, Michael. 1994. "Key-Signature". Oxford Dictionary of Music, second edition, associate editor, Joyce Bourne. Oxford and New York: Oxford University Press. ISBN 0-19-869162-9.
- Yamaguchi, Masaya. 2006. The Complete Thesaurus of Musical Scales, revised edition. New York: Masaya Music Services. ISBN 0-9676353-0-6.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Listen to and download harmonised Major scale piano MP3s
- The major scale for guitar in one position, with derivation