Siri X-Venture: Fail X-Sentrik
Penampilan
![]() | Rencana atau bahagian ini sedang melalui proses pengembangan atau penstrukturan semula. Anda dialu-alukan untuk membantu dengan turut serta menyunting. Jika rencana atau bahagian ini belum disunting untuk beberapa hari, sila padam templat ini. Rencana ini kali terakhir disunting oleh KLITE789 (bincang| sumb) 19 bulan yang lalu. (Nyahcache) |
X-Venture: Fail X-Sentrik (Cina: X探险特工队之黑色簿系列, bahasa Inggeris: X-Venture: Unexplained Files ) merupakan siri komik dalam siri X-Venture terbitan Kadokawa Gempak Starz (dahulunya Gala Unggul Resources). Siri 18 jilid ini bertemakan penyiasatan fenomena paranormal dan memperkenalkan sekumpulan watak baharu ke dalam keseluruhan metasiri X-Venture.
Kesemua jilid ditulis oleh Chang Lip Wei dan Liew Chek Kee, dan dilukis oleh pasukan Sloow Studio.
Watak
[sunting | sunting sumber]- Pasukan X-Sentrik
- Ash
- Katie
- Kuro
- Madam White
Senarai jilid
[sunting | sunting sumber]No. | Tajuk | Tarikh keluaran original | Tarikh keluaran |
---|---|---|---|
L1 | Tangga Menangis 哭泣的楼梯 | — | ISBN 9789673856640 |
Dua orang murid terdengar bunyi tangisan di salah satu tangga dalam bangunan sekolah. Kerana terkejut dan panik, mereka melarikan diri! Pasukan X-Sentrik yang terdiri daripada Madam White, Ash, Katie dan Kuro pergi ke sekolah tersebut untuk menyiasat.[1] Ini adalah satu-satunya jilid (terjemahan bahasa Melayu) yang diterbitkan di bawah nama Gala Unggul Resources. Jilid-jilid selanjutnya diterbitkan di bawah nama Kadokawa Gempak Starz. | |||
L2 | Misi Ilusi 四个瞳孔的小孩 | Jun 2015 | Mac 2016 ISBN 9789673857029 |
Pasukan X-Sentrik; Ash dan Katie bertolak ke sebuah kampung di pedalaman, Kampung Kaki Bukit untuk menyiasat satu kumpulan mistik yang digelar Tokong Nasib. Sebaik tiba mereka dapati menduduk amat menyanjungi ahli Tokong Nasib menyebelahi Ash dan Katie apabila bertembung salah seorang ahli yang membawa mereka ke tokong tersebut.[2] | |||
L3 | Jerangkap Minda 走不出的大脑迷宫 | — | Mei 2016 ISBN 9789673857395 |
Ramai pelajar menyertai Pusat Perkembangan Minda untuk menjalani latihan akademik intensif. Walaupun potensi mereka berkembang dalam masa singkat tetapi perwatakan mereka agak aneh. Keadaan ini menimbulkan kerisauan ibu bapa mereka.[3] | |||
L4 | Sumpahan Potret 谜之名画的诅咒 | — | Julai 2016 ISBN 9789673857968 |
Encik Chen, pemilik lukisan ‘The Angel’s Smile’ ditemui mati beberapa hari selepas membeli lukisan tersebut melalui lelongan. Seolah-olah beliau mati kerana ketakutan teramat sangat. Kebuntuan pihak polis mendorong Ash dan Katie membantu menyelesaikan misteri ‘The Angel’s Smile’ ini, sebelum ia membunuh lagi.[4] | |||
L5 | Penyihir Psiko 无形无影的蛊毒 | — | September 2016 ISBN 9789673858538 |
Satu kejadian bunuh diri yang aneh telah berlaku di mana seorang bintang baharu, Wendy serta pembantunya, Lin menjadi saksi. Penyiasat fenomena ghaib, Ash menemui bukti yang mengaitkannya dengan sihir Cina kuno, Gu. Perkara aneh mula berlaku di sekeliling Wendy. Mimpi ngeri dikerumuni berenga dan haiwan berbisa menghantui malamnya.[5] | |||
L6 | Jelmaan Berselut 诡异蜥蜴人 | — | November 2016 ISBN 9789673859139 |
Penemuan jelmaan bersisik di kawasan paya sebuah bandar mendatangkan kegemparan. Pihak berkuasa tempatan menerima bantuan Pasukan X-Sentrik untuk mententeram keadaan. Ash, Katie dan Kuro meredah belukar mencari kebenaran yang semakin rumit.[6] | |||
L7 | Kembar Sempurna 完美三胞胎 | — | Februari 2017 ISBN 9789674780517 |
Apabila satu kemalangan dilaporkan dan polis berdepan dengan kehilangan salah seorang kembar, Inspektor Alan meminta bantuan Ash dan Katie untuk mengesan mangsa. Siasatan mereka menjadi semakin pelik apabila lembaga seorang kanak-kanak perempuan berlegar di rumah mangsa dan sikap ibu mangsa yang aneh.[7] | |||
L8 | Nyawa Tiada Hujungnya 无止境的轮回 | — | Mei 2017 ISBN 9789674781521 |
Ketika membeli-belah, Katie terjumpa seorang budak lelaki yang kemudian hilang setelah terbabit dalam satu kemalangan jalan raya. Merasakan ada sesuatu tidak kena, Katie dan Ash menyiasat perkara ini. Selepas menyiasat kedua ibu bapanya, mereka dapati budak itu berkelakuan seperti orang lain sebelum hilang.[8] | |||
L9 | Tilikan Ajal 摸骨神算玄奇 | — | Ogos 2017 ISBN 9789674782665 |
Kehidupan keluarga Celina dirundung malang sejak pembukaan projek Green Mountain. Dia keseorangan selepas suami dan anak lelakinya turut meninggal selepas kematian ayahnya. Setelah berjumpa tukang tilik dia diyakinkan terkena sumpahan. Oleh itu, dia mencari Pasukan X-Sentrik untuk menamatkan segala penderitaan.[9] | |||
L10 | Patung Bernyawa 死缠不休的毛发 | April 2017 | November 2017 ISBN 9789674783976 |
Pasukan X-Sentrik dipanggil menyelesaikan misteri menyeramkan di muzium. Madam White dan Inspektor Alan turut terlibat dalam penyiasatan sumpahan patung bernyawa! Di bandar kecoh dengan kemunculan serigala jadian... di kampung pula simptom keguguran rambut serius dan pelik berlaku tanpa diketahui puncanya.[10] | |||
L11 | Lautan Berdarah 地狱血红之泉 | Jun 2017 | Februari 2018 ISBN 9789674784737 |
Ash, Katie dan Kuro menerima isyarat kecemasan yang membawa mereka ke Pulau Balor. Penduduk tempatan taasub dengan kepercayaan yang tidak masuk akal. Di sana, Pasukan X-Sentrik terputus hubungan dengan pangkalan dan terpaksa bertindak sendiri.[11] | |||
L12 | Mistik Tubuh Berapi 神秘自燃现象 | September 2017 | Mei 2018 ISBN 9789674786090 |
Apabila kejahatan di ambang kemenangan, masih adakah harapan untuk Pasukan X-Sentrik? Kini terserah kepada Ash, Katie dan Kuro untuk menghadapi rintangan tanpa pengawasan orang dewasa. Insiden 'wabak api' muncul apabila tubuh manusia terbakar dengan tiba-tiba. Pasukan X-Sentrik terpaksa bertindak cepat dan berusaha mengawal keadaan daripada menjadi semakin teruk.[12] | |||
L13 | Penyerang Halimunan 看不见的入侵者 | Januari 2018 | Ogos 2018 ISBN 9789674787028 |
Ash dan Katie menyiasat kes baharu melibatkan sebuah keluarga dengan suami panas baran, isteri kemurungan dan anak-anak yang diganggu. Semuanya serba tidak kena di rumah keluarga ini, barang bergerak sendiri dan bayi menangis kerana sering diganggu.[13] | |||
L14 | Roh yang Kembali 灵魂出窍的真相 | April 2018 | November 2018 ISBN 9789674787998 |
Ash dan Katie tidak menyangka mereka membongkar satu misteri melibatkan kemalangan maut. Mangsa dihantui roh rakan yang sudah meninggal dunia! Banyak kejutan luar biasa bakal mendedahkan rahsia gelap kemalangan itu.[14] | |||
L15 | Merungkai Memori 记忆中的残影 | Julai 2018 | April 2019 ISBN 9789674789398 |
Kali ini Pasukan X-Sentrik ditugaskan ke panggung wayang terbiar. Kemudian berkenalan dengan pemuda misteri yang seolah-olah ada suatu hubungan dengan anak yatim piatu tetapi tidak dapat dijelaskan.[15] | |||
L16 | Cahaya Masa Depan 感知未来的眼 | Disember 2018 | Jun 2019 ISBN 9789672315490 |
Kes kematian aneh berlaku secara berturut menandakan Pasukan X-Sentrik perlu bertindak! Namun suspeknya dikatakan makhluk asing. Kebetulan mereka terserempak dengan budak perempuan yang boleh melihat gambaran masa depan. Madam White pula memberikan cadangan bertemu seseorang yang pakar tentang makhluk asing tetapi 'pakar' itu pesakit hospital sakit jiwa.[16] | |||
L17 | Sumpah Mati 活死人的诅咒 | April 2019 | Ogos 2019 ISBN 9789672315872 |
Sekumpulan pelajar berada di tanah perkuburan dan terkejut apabila terserempak dengan si mati. Namun salah seorang masih meracau dan tidak dapat melupakan insiden menakutkan itu. Pasukan X-Sentrik dipanggil untuk menyelesaikan kes itu. Siasatan mereka membawa ke sebuah lombong di pergunungan.[17] | |||
L18 | Derita Tulang 噬骨奇闻 | Ogos 2019 | Oktober 2019 ISBN 9789672341840 |
Mayat kering dijumpai dalam rumah batu yang muncul semasa air pasang... sesuatu yang pelik dari awal lagi! Pasukan X-Sentrik dipanggil untuk menyiasat rumah yang didakwa ada sumpahan. Ditambah lagi dengan penduduk sekitar yang menghidap penyakit misteri.[18] |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Siri X-VENTURE Fail X-Sentrik 01: Tangga Menangis". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Fail X-Sentrik 02: Misi Ilusi". Gempak Starz Store.
- ^ "Siri X-VENTURE Fail X-Sentrik 03: Jerangkap Minda". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Fail X-Sentrik 04: Sumpahan Potret". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Fail X-Sentrik 05: Penyihir Psiko". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Fail X-Sentrik 06: Jelmaan Berselut". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Fail X-Sentrik 07: Kembar Sempurna". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Fail X-Sentrik 08: Nyawa Tiada Hujungnya". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Fail X-Sentrik 09: Tilikan Ajal". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Fail X-Sentrik 10: Patung Bernyawa". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Fail X-Sentrik 11: Lautan Berdarah". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Fail X-Sentrik 12: Mistik Tubuh Berapi". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Fail X-Sentrik 13: Penyerang Halimunan". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Fail X-Sentrik 14: Roh Yang Kembali". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Fail X-Sentrik 15: Merungkai Memori". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Fail X-Sentrik 16: Cahaya Masa Depan". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Fail X-Sentrik 17: Sumpah Mati". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Fail X-Sentrik 18: Derita Tulang". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2023.