Siri X-Venture: Dunia Haiwan
Rencana atau bahagian ini sedang melalui proses pengembangan atau penstrukturan semula. Anda dialu-alukan untuk membantu dengan turut serta menyunting. Jika rencana atau bahagian ini belum disunting untuk beberapa hari, sila padam templat ini. Rencana ini kali terakhir disunting oleh KLITE789 (bincang| sumb) 15 bulan yang lalu. (Nyahcache) |
X-Venture: Dunia Haiwan (Cina: X探险特工队之万兽之王系列, bahasa Inggeris: X-Venture: Primal Power ) merupakan siri komik keempat dalam siri X-Venture terbitan Kadokawa Gempak Starz. Siri ini terdiri daripada 2 musim yang mewakili 24 jilod keseluruhannya dan bertemakan pengembaraan bertemu dengan haiwan liar moden. Musim ini memperkenalkan watak-watak serba baru di Pangkalan Pasukan X - Venture selain dari trio utama siri X -Venture iaitu Remy, Shah dan Jumbo. Watak - Watak yang terbaru dalam siri ini adalah Pasukan Jake iaitu yang terdiri daripada Jake, Sheri dan Taz serta juga Pasukan Louis yang terdiri daripada Louis, Bean dan Kwame.
Kesemua buku dilukis oleh pasukan Black Ink Team.
Watak
[sunting | sunting sumber]- Jake
- Tazen
- Sheri
- Louis
- Bean
- Kwame
- Dr. Darwin
- Dr. Charles
- Jason Diggs
Senarai jilid
[sunting | sunting sumber]Dunia Haiwan (Musim 1)
[sunting | sunting sumber]No. | Tajuk | Tarikh keluaran original | Tarikh keluaran |
---|---|---|---|
E1 | Rakus Taring Rimba 王者之战 | Oktober 2012 | Oktober 2013 ISBN 9789673852222 |
Pasukan Jake dan Louis dibantu Dr. Darwin dalam pencarian mencari jawapan mana satu lebih hebat antara singa atau harimau. Semasa dalam perjalanan pasukan Jake bertemu seorang budak yang berkomunikasi dengan haiwan dan bersama-sama menyelamatkan harimau Siberia, harimau bintang Amur dan harimau bintang salji. Manakala pasukan Louis menjadi sasaran singa ganas.[1] | |||
E2 | Keakuan Dua Gergasi 霸王大对决 | November 2012 | November 2013 ISBN 9789673852338 |
Pasukan X-Venture menuju ke Sumatera untuk mencari ahlinya yang hilang. Namun tanpa pengetahuan Dr. Darwin mereka pergi ke Taman Negara Yellowstone di Amerika dan menemui sesuatu. Mereka bertembung dengan sekumpulan cimpanzi yang ganas.[2] | |||
E3 | Berang Pemburu Laut 海洋争霸战 | November 2012 | Disember 2013 ISBN 9789673852321 |
Berita mengenai serangan jerung membantutkan keseronokan percutian di Atlantik kepada pencarian kapal selam. Tidak semena-mena pasukan X-Venture diserang ikan todak dan karam.[3] | |||
E4 | Gempita Savana 草原最强 | Januari 2013 | Februari 2014 ISBN 9789673852796 |
Pasukan X-Venture mengembara ke Afrika mencari haiwan darat terbesar yang diancam kepupusan. Kwame bertemu dengan Kosi, kawan sepermainannya dahulu dan pertemuan itu bukanlah seindah yang disangka. Pertembungan Jake dengan "kawan lama" membuatkan keadaan menjadi lebih rumit.[4] | |||
E5 | Penyerang Hendap 无敌大批评 | Februari 2013 | Mac 2014 ISBN 9789673852871 |
Pasukan X-Venture berpecah kepada dua iaitu kumpulan Louis dan Jake dalam pencarian reptilia paling besar dan paling ganas. Pencarian mereka membawa kepada penemuan boa Amazon dan buaya.[5] | |||
E6 | Arena Kesateria Tombak 终极王者 | Mac 2013 | April 2014 ISBN 9789673852963 |
Pasukan X-Venture diberi tugas untuk menyiasat sebuah pulau yang dikatakan dihuni gergasi berkaki enam. Sepanjang perjalanan mereka dikejutkan dengan situasi aneh dan bertemu abang Bean yang terpisah. Louis pula pertaruhkan nyawa demi menyelamatkan Bean. Insiden ini membuatkan Bean dan rakan lain lebih bersemangat untuk menyelongkar misteri serangga gergasi ini.[6] | |||
E7 | Gelora Laut Dalam 深海大激战 | April 2013 | April 2014 ISBN 9789673853083 |
Tragedi ngeri banyak paus pandu yang terdampar membuatkan Dr. Darwin menghantar Pasukan X-Venture membantu siasatan ahli oseanografi Dr.Yoko Mori. Kesan luka berbentuk bulat pada haiwan setasea itu memaksa mereka menyelidik hingga ke laut dalam.[7] | |||
E8 | Kesumat Perang Saudara 最强猎手 | Mei 2013 | Mei 2014 ISBN 9789673853298 |
Kebijaksanaan menentang keberanian adalah keputusan terburu-buru yang menyebabkan wira X-VENTURE tumbang. Mereka perlu menerima kenyataan ini disebabkan satu kesilapan! Kejadian menimpa Kwame telah membuktikan kumpulan mereka tidak sehaluan lagi. Louis kecewa lalu meninggalkan pasukan.[8] | |||
E9 | Liukan Berbisa 毒王之王 | Ogos 2013 | Jun 2014 ISBN 9789673853472 |
Dr. Darwin mengarahkan Pasukan X-Venture ke pesta ular di India kerana kes kecurian ular yang menjadi-jadi. Kejadian lembu gila mengamuk menjadi punca kehilangan ular di pesta itu. Malangnya mereka tidak sempat berbuat apa-apa. Jake bersemangat dan tidak mahu membuang masa untuk menjejak dalangnya.[9] | |||
E10 | Penangan Pembunuh Senyap 生死擂台战 | Ogos 2013 | Julai 2014 ISBN 9789673853588 |
Pasukan X-Venture kembali ke Pulau Pepijat bertindak selepas menerima panggilan daripada seseorang. Perselisihan antara kumpulan Jake dan Louis terpaksa diketepikan seketika untuk menangkis serangan serangga dan penghuni lain di hutan itu.[10] | |||
E11 | Tampuk Kuasa Geroda 空中大激斗 | September 2013 | Ogos 2014 ISBN 9789673853809 |
Louis kecewa apabila mengetahui bapanya dalang sindiket FWW dan bersubahat dalam kes penculikan Dr. Charles serta rampasan pangkalan Borneo. Jake, Sheri dan Taz ditugaskan menghalang rancangan jahat FWW. Manakala Louis Bean dan Yuna ingin menuntut hak mereka kembali bersatu melawan penjahat.[11] | |||
E12 | Menangkis Pencak Bertanduk 高原霸王 | Oktober 2013 | September 2014 ISBN 9789673854011 |
Pasukan X-Venture berhadapan dengan kumpulan FWW tidak sudah-sudah mencetuskan masalah dan menimbulkan kemarahan "perwira semula jadi", malah mahu mempergunakan biri-biri untuk tujuan penindasan.[12] |
Dunia Haiwan II
[sunting | sunting sumber]X-Venture: Dunia Haiwan II (Cina: X探险特工队之万兽之王II系列, bahasa Inggeris: X-Venture: Primal Power II ) merupakan siri komik kelapan dan musim 2 kepada Siri Dunia Haiwan serta siri ini sambungan daripada musim pertamanya. Ia merangkumi 12 jilid yang bertemakan pengembaraan bertemu dengan haiwan liar moden.
No. | Tajuk | Tarikh keluaran original | Tarikh keluaran |
---|---|---|---|
R01 | Sengatan Maut 致命杀手 | April 2017 | Mac 2018 ISBN 9789674784935 |
Kumpulan Jake telah memintas kumpulan Louis dalam kawalan krisis makhluk. Jake, Sheri dan Taz terjerat dalam pertempuran labah-labah manakala Louis, Bean dan Kwame ke China untuk membantu serangan di apiari. Maruah Pasukan X-VENTURE dipertaruhkan dalam pertempuran makhluk berbisa.[13] | |||
R02 | Tendangan Padu 劲腿博战 | Julai 2017 | Mei 2018 ISBN 9789674785611 |
Jake dan Louis mengetuai pasukan masing-masing untuk memenuhi permintaan Dr. Darwin mencari haiwan dengan tendangan terkuat di Australia. Semasa pencarian kasuari, pasukan Jake diancam penjahat dan mereka cuba melindunginya. Manakala pasukan Louis mendapati kanggaru dalam bahaya.[14] | |||
R03 | Arus Binasa 死亡触碰 | Oktober 2017 | Julai 2018 ISBN 9789674786670 |
Masalah besar menanti Louis, Yuna dan Bean di Amazon apabila buaya caiman hitam muncul. Manakala Jake, Taz dan Sheri yang sedang berseronok di pantai Australia tiba-tiba dikejutkan serangan makhluk laut berbisa hingga menimbulkan huru-hara.[15] | |||
R04 | Gigitan Siat 夺命撕咬 | Januari 2018 | Oktober 2018 ISBN 9789674787592 |
Kali ini Dr. Charles dan Diggs keluar sendiri mencari bukti kegagahan biawak komodo dan penyu snapping alligator. Mereka berpecah kepada dua kumpulan dan bersemuka dengan 'kebangkitan' haiwan liar. Haiwan reptilia mula menunjukkan kebencian kepada manusia.[16] | |||
R05 | Impak Kejam 蛮悍撞击 | Mei 2018 | April 2019 ISBN 9789674789718 |
Kosi menyiasat kematian beberapa kerbau dan badak air di Afrika sebelum dia tiba-tiba hilang! Jake dan yang lain segera mencarinya. Tanpa disangka mereka bertembung suatu keadaan yang kejam. Amukan haiwan memburukkan keadaan menyebabkan mereka terperangkap dalam 'keganasan'.[17] | |||
R06 | Langit Gelita 飞兽狂袭 | Julai 2018 | Jun 2019 ISBN 9789672315643 |
[18] | |||
R07 | Akuatik Mania 群攻噬咬 | Oktober 2018 | Ogos 2019 ISBN 9789672341208 |
Jake mengetuai Pasukan X-VENTURE di Amazon untuk mencari seseorang dalam swafoto ayahnya. Jika mahu hidup mereka perlu bertahan dengan serangga merimaskan, ancaman mamalia dan reptilia serta sungai besar yang deras. Malangnya bot mereka tenggelam dan diserang pirana.[19] | |||
R08 | Angkatan Perang 狂蚁之灾 | Februari 2019 | Oktober 2019 |
Selepas kegagalan sebelum ini, raja Kerajaan Haiwan masih tidak menyerah dan bertekad menghapuskan bumi. Malangnya Jake, Louis dan Diggs awal-awal lagi sudah tumbang dikalahkan semut peluru. Kini terserah kepada Bean, Yuna, Taz dan Sheri untuk menangani peperangan semut.[20] | |||
R09 | Penangan Heavyweight 巨兽抗争 | Mei 2019 | Februari 2020 ISBN 9789672431114 |
Selepas Dr. Darwin menugaskan Jake, Louis dan yang lain menyiasat aktiviti pelik haiwan di kutub utara dan selatan. Haiwan ini didapati berkumpul secara besar-besaran dan kemungkinan besar berkaitan dengan Kerajaan Haiwan.[21] | |||
R10 | Taklukan Ganas 利牙狂爪 | September 2019 | Jun 2020 ISBN 9789672431800 |
Jake dan Louis dihantar ke tempat berlainan untuk mengetuai pasukan mencari dua spesies paling kuat di dunia. Namun Kerajaan Haiwan telah mencul dengan agenda lain! Semasa pencarian Dr. Charles lagi telah muncul tanda-tanda kebangkitan hidupan liar yang bersedia untuk melawan.[22] | |||
R11 | Amuk Lautan 海洋恶斗 | Disember 2019 | Ogos 2020 ISBN 9789672471622 |
Dr. Charles dan Jason Diggs mengetuai Pasukan X-VENTURE ke lokasi tersembunyi di kepulauan Afrika untuk menghentikan rancangan Kerajaan Haiwan. Jake, Louis dan yang lain mendapati mereka terjerumus dalam bahaya maut dengan kerumunan 'kepala tukul'.[23] | |||
R12 | Penyerang Taring 獠牙突击 | Mac 2020 | Oktober 2020 ISBN 9789672926115 |
Ketika permusuhan terhadap kekejaman manusia hanya untuk mengaburi ketidakadilan. Kerajaan Haiwan mula menghadapi pergolakan dalaman. Rancangan jahat Kerajaan Haiwan untuk menimbulkan huru-hara perlu dikorek. Kini sudah tiba masanya mengetepikan perbezaan fahaman untuk menyelamatkan dunia. Jake, Louis dan yang lain terperangkap di antara pertembungan dua pihak.[24] |
Dunia Haiwan III
[sunting | sunting sumber]X-Venture: Dunia Haiwan III (Cina: X探险特工队之万兽之王III系列, bahasa Inggeris: X-Venture: Primal Power III ) merupakan musim ketiga kepada Siri Dunia Haiwan serta siri ini sambungan daripada musim kedua.
No. | Tajuk | Tarikh keluaran original | Tarikh keluaran |
---|---|---|---|
AL01 | Taring dan Cakar 攀越恶战 | Ogos 2020 | Februari 2021 ISBN 9789672993049 |
Pasukan X-Venture diserang sekumpulan mandril agresif dalam satu misi di Afrika. Sementara itu, Charles kecewa dan meninggalkan pasukan menuju ke menara radio berdekatan.[25] | |||
AL02 | Juang Hidupan Liar 尖喙刺盾 | November 2020 | April 2021 ISBN 9789672993810 |
Ketika Pasukan X-VENTURE menuju ke Institut Penyelidikan Hidupan Liar Oregon untuk membantu perpindahan dan kosongkan kawasan, keadaan bertukar menjadi operasi menyelamat. Mereka bertembung pula landak Amerika Utara dan burung hantu barred! Misi yang sepatutnya mudah berubah menjadi huru-hara![26] | |||
AL03 | Serangan Perisai 狂拳硬甲 | Februari 2021 | Jun 2021 ISBN 9789672849735 |
Pasukan X-Venture pergi ke kampung Taz untuk menyiasat kejadian "manusia haiwan" yang mengganas. Taz berhadapan dengan dilema besar yang memungkinkan dia dilabel pengkhianat.[27] | |||
AL04 | Bergelut Bawah Air 腕擒锯刃 | Jun 2021 | September 2021 ISBN 9789672818236 |
Jake, Louis dan ahli X-Venture berusaha untuk menggagalkan aktiviti pemburuan haram tetapi mereka bertembung dengan Neptune Field yang terkenal. Mereka bergabung untuk mencari haiwan yang 'diculik' hingga sampai ke lokasi terakhir, iaitu kapal perjudian.[28] | |||
AL05 | Baham Bersiung 尖牙强袭 | September 2021 | November 2021 ISBN 9789672718444 |
Pasukan X-Venture berpecah dua kumpulan untuk menghentikan perlawanan haiwan. Orang yang dikatakan lawan terkuat Dr. Darwin berada di atas kapal dengan motif tidak diketahui. Pasukan Louis telah ditangkap dan Pasukan Jake pula terserempak dengan seorang penumpang.[29] | |||
AL06 | Dendam Pemusnah 毒颚吞噬 | Januari 2022 | April 2022 ISBN 9789672790815 |
Manusia Haiwan dan orang suruhannya telah membuat huru-hara. Kapal telah bertukar menjadi tempat pemburuan di mana orang ramai menjadi mangsa! Amarah haiwan liar yang terlepas dari kurungan tidak memberikan banyak pilihan pada wira X-Venture untuk menyelamatkan mangsa. Manusia Haiwan semakin hampir mendapat apa yang diingini tetapi ada seseorang yang mampu selamatkan keadaan.[30] | |||
AL07 | Huf Besi 铁蹄脖击 | April 2022 | Jun 2022 ISBN 9789670028477 |
Pasukan X-Venture berhadapan dengan sekumpulan pelampau aktivis haiwan yang muncul di Afrika dengan agenda tersendiri, namun mereka keliru sama ada berdepan dengan pengikut Manusia Haiwan atau pihak lain. Muncul pula seorang gadis berkebolehan luar biasa.[31] | |||
AL08 | Sayap Amarah 悍翼猎杀 | Julai 2022 | Ogos 2022 ISBN 9789670056142 |
Neptune mendedahkan 'warna' sebenar apabila Dr. Darwin menolak permintaan mereka. Kawanan burung camar hitam yang marah telah menghukum dunia, malah keluarga LeGume yang terkenal turut terlibat dalam kekacauan ini.[32] | |||
AL09 | Laga Dua Tanduk 巨角攻袭 | Oktober 2022 | Disember 2022 ISBN 9786297522029 |
Encik Piet melihat keupayaan semula jadi Hansie dan menggunakannya untuk membalas dendam pada X-Central.[33] | |||
AL10 | Gigitan Cengkam 铁牙爪击 | Mac 2023 | Mei 2023 ISBN 9786297563435 |
Protes menuntut pembebasan Manusia Haiwan di luar X-Central menjadi tidak terkawal. Kini staf X-Central 'terancam' kerana Hansie telah melarikan diri! Dr. Charles dijadikan tebusan.[34] |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ . Gempak Starz Store. Missing or empty
|title=
(bantuan); Missing or empty|url=
(bantuan) - ^ "X-Venture Dunia Haiwan: Keakuan Dua Gergasi Gorila Vs Beruang". MPH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan 03: Berang Pemburu Laut". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan 04: Gempita Savana". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan 05: Penyerang Hendap". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan 06: Arena Kesateria Tombak". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan 07: Gelora Laut Dalam". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan 08: Kesumat Perang Saudara". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan 09: Liukan Berbisa". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan 10: Penangan Pembunuh Senyap". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan 08: Kesumat Perang Saudara". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan 12: Menangkis Pencak Bertanduk". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan II 01: Sengatan Maut". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan II 02: Tendangan Padu". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mei 2013.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan II 03: Arus Binasa". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan II 04: Gigitan Siat". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan II 05: Impak Kejam". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan II 06: Langit Gelita". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan II 07: Akuatik Mania". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan II 08: Angkatan Perang". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan II 09: Penangan Heavyweight". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan II 10: Taklukan Ganas". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan II 11: Amuk Lautan". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan II 12: Penyerang Taring". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan III 01: Taring Dan Cakar: Harimau VS Mandril". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan III 02: Juang Hidupan Liar: Burung Hantu Barred VS Landak Amerika Utara". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan III 03: Serangan Perisai: Tenggiling Sunda VS Orang Utan Sumatera". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan III 04: Bergelut Bawah Air: Kurita Raksasa Pasifik VS Ikan Gergaji". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan III 05: Baham Bersiung: Lynx Eurasia VS American Pitbull Terrier". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan III 06: Dendam Pemusnah: Lipan Gurun Gergasi VS Katak Bullfrog Afrika". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan III 07: Huf Besi: Zirafah Masai VS Kuda Belang". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan III 08: Sayap Amarah: Burung Camar Hitam VS Swan Putih". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan III 09: Laga Dua Tanduk: Musk Ox VS Moose". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2023.
- ^ "Siri X-VENTURE Dunia Haiwan III 10: Gigitan Cenggam: Memerangi Sungai Amerika Utara VS Beaver Amerika Utara". Gempak Starz Store. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2023.