Siri Kingdom Hearts
Kingdom Hearts (キングダムハーツ , Kingudamu Hātsu) ialah satu siri permainan video berperanan yang dimajukan dan diterbit oleh Square Enix (dahulunya Square), hasil usahasama Square dan Disney Interactive Studios di bawah pengarahan Tetsuya Nomura, seorang pereka watak yang sekian lama bersama Square. Kingdom Hearts menyaksikan perentasan latar-latar Disney di sebuah alam yang direka khusus untuk siri ini. Tambahan pula, siri ini menampilkan barisan pelakon suara serba ternama yang merangkumi kebanyakan pelakon suara rasmi Disney. Watak-watak dari siri Final Fantasy rekaan Square Enix turut muncul dan berinteraksi dengan pemain dan watak-watak Disney. Siri ini mengisahkan pengembaraan watak utama bernama Sora yang mencari rakan-rakannya dan pertemuannya dengan watak-watak Disney dan Final Fantasy di alam masing-masing.
Siri Kingdom Hearts kini terdiri daripada empat judul permainan untuk pelbagai platform permainan video, serta judul-judul akan datang yang sedang diusahakan. Kebanyakan permainan dalam siri ini meraih sambutan hangat dari para pengulas dan penggemar permainan video, namun setiap permainan ini telah mencapai tahap kejayaan yang berbeza-beza. Pada September 2007, siri Kingdom Hearts sudah diedarkan lebih 11 juta salinan di seluruh dunia,[1][2] dengan 2 juta salinan di rantau sistem video PAL, 3 juta di Jepun, dan 5 juta di Amerika Utara.[3][4] Terdapat beberapa jenis barang dagangan yang dikeluarkan di samping permainannya, seperti runut bunyi, figura, dan buku teman. Tambahan lagi, permainan-permainan ini telah diadaptasi menjadi siri manga dan novel.
Am
[sunting | sunting sumber]Unsur pemainan am
[sunting | sunting sumber]Siri permainan Kingdom Hearts mengandungi unsur-unsur aksi dan pemainan peranan. Permainan-permainannya dipandu oleh kemaraan lurus ke peristiwa seterusnya, yang biasanya dikisahkan dalam bentuk cut scene, namun terdapat banyak tugas sampingan (side quests) yang menawarkan faedah bonus kepada watak-watak. Pemain menjadi pengemudi watak utama siri ini, iaitu Sora. Sora biasanya ditemani oleh Donald Duck dan Goofy, yang merupakan watak bukan pemain yang membantu Sora ketika berlawan. Dalam permainan yang pertama dan ketiga, kelakuan mereka boleh diubah agar sesuai dengan keperluan pemain. Permainan ini memperlihatkan pertempuran yang melibatkan serangan badan, sihir, dan penyeruan; tetapi setiap permainan aalah berbeza cara permainannya.
Gummi Ship juga merupakan tema yang biasa dalam siri, namun hanya digunakan dalam permainan pertama dan ketiga. Gummi Ship ini merupakan kaedah pengangkutan utama untuk merentasi alam dalam permainan. Oleh sebab menerima ulasan kurang memuaskan dalam permainan pertama, maka Gummi Ship diperbaiki dalam permainan ketiga.[5] Ketiga-tiga permainan turut menampilkan jurnal yang boleh dicapai dari menu utama. Jurnal ini mencatat maklumat mengenai kisah, watak-watak, musuh, dan lokasi. Dalam permainan, jurnal ini disimpan oleh Jiminy Cricket, yang dilantik oleh Ratu Minnie sebagai pencatat diraja.[6]
Permainan-permainan Kingdom Hearts dipengaruhi oleh francais induknya, iaitu Final Fantasy.[7] Seperti yang dilihat dalam permainan berperanan yang lain, Kingdom Hearts mempunyai sistem mata pengalaman yang menetukan perkembangan watak. Setiap kali musuh ditewaskan, pemain meraih pengalaman yang memuncak menjadi "level-up", apabila watak-watak semakin kuat serta memperoleh capaian kepada kebolehan baru.[8] Jumlah pengalaman ini dikongsi dengan semua ahli kumpulan dan setiap watak bertambah kuat sambil menambah pengalaman.[9]
Watak-watak Disney dan Final Fantasy
[sunting | sunting sumber]Kingdom Hearts menampilkan percampuran watak-watak Disney dan Final Fantasy terkenal, dan juga beberapa watak baru yang direka oleh Nomura.[10] Walaupun adanya tempat-tempat yang hanya terdapat dalam francais Kingdom Hearts, namun alam-alam dari filem Disney banyak sekali diterokai. Sora mesti mengunjungi alam-alam ini dan berinteraksi dengan watak-watak Disney tersohor untuk melindungi mereka daripada musuh. Selalunya, tindak-tanduk Sora di alam-alam ini amat menyerupai jalan-jalan cerita yang diperlihatkan dalam filem Disney asal masing-masing. Donald Duck menegur Sora agar tidak terlampau masuk campur di alam-alam ini, kerana khuatir akan menimbulkan masalah.[11][12] Moogle, iaitu makhluk-makhluk kecil dari Final Fantasy, juga kerap ditemui dalam permainan, untuk menawarkan kedai sintesis kepada pemain untuk mereka barang-barang untuk kegunaan dalam permainan.
Kisah
[sunting | sunting sumber]Tiga permainan utama dalam siri Kingdom Hearts tertumpu pada pengembaraan Sora yang mencari rakan-rakannya, Kairi and Riku. Permainan pertama menunjukkan bagaimana Sora terpisah dari rakan-rakannya apabila dunia mereka dicerobohi oleh seangkatan heart rosak yang bergelar Heartless. Ketika serangan berlaku, dia meraih senjata khas yang dikenali sebagai Keyblade. Kemudian, Sora menemui Donald Duck, tukang sihir diraja Istana Disney, dan Goofy, kapten pengawal diraja Istana Disney.[13] Donald dan Goofy sedang mencari "kunci" atas titah Raja Mickey.[14] Ketiga-tiga mereka bersatu dan mengembara ke pelbagai alam bertema Disney, melindungi segala heart di setiap alam untuk mengekang serangan Heartless. Di sepanjang jalan mereka menemui segerombolan watak jahat Disney yang diketuai Maleficent yang mengawal makhluk Heartless.[15][16] Kumpulan bertiga itu lama-kelamaan menyedari bahawa seorang lelaki bernama Ansem ialah antagonis yang sebenar. Rancangan Ansem adalah membuka pintu ke dalam Kingdom Hearts. Sora, Donald, dan Goofy menumpaskan Ansem, lalu menutup pintu itu dengan bantuan Riku dan Raja Mickey di sebelah lain pintu.
Setelah menutup pintu Kingdom Hearts, barulah mereka bertiga mencari Riku dan Raja Mickey.[17] Mereka menemui sebuah kubu misteri bernama Castle Oblivion.[18] Sewaktu memasuki kubu itu, mereka mula beransur-ansur kehilangan ingatan mereka.[19] Mereka bertiga menemui sekumpulan penjahat berpakaian serba gelap yang bergelar Organization. Selepas menewaskan ahli-ahli Organization dalam kubu, Sora menyedari ingatannya telah dimanipulasi oleh seorang gadis bernama Naminé yang dikawal oleh Organization. Untuk membolehkan mereka memulihkan ingatan mereka, Naminé menidurkan Sora, Donald, dan Goofy selama setahun.[20] Apabila mereka bertiga dibawa ke aras tertinggi kubu tersebut, Riku dan Raja Mickey tiba di aras bawah tanah lalu bergegas ke aras atas jua. Riku melawan kegelapan dalam hatinya sambil cuba menerima penduaan sifatnya antara cahaya dan kegelapan.[21]
Setahun kemudian, Sora, Donald, dan Goofy bangkit lalu meneruskan pencarian mereka untuk Riku dan King Mickey. Mereka mengenali puak Nobody dan pempmpin mereka, iaitu Organization XIII. Kemudian, Maleficent bangkit lalu bersatu dengan Pete, seorang lagi penjahat Disney, untuk meneruskan pencarian kuasanya. Sora sekali lagi mengembara ke merata alam bertemakan Disney untuk menyelesaikan haru-biru yang diangkarakan Organization XIII, makhluk Heartless, Maleficent dan Pete, serta penjahat-penjahat tempatan. Sementara itu, Kairi diculik oleh Organization. Mereka bertemu Raja Mickey, yang mendedahkan sifat sebenar Ansem, iaitu antagonis Kingdom Hearts. Ansem yang ditewaskan Sora semula ini sebenarnya merupakan Heartless of Xehanort, seorang anak murid Ansem the Wise. Xemnas, iaitu ketua Organization XIII, menunjukkan dirinya sebagai Nobody of Xehanort.[22][23] Tiga sekawan itu tiba di markas Organization XIII, di mana Kingdom Hearts menjelma di atas. Ansem the Wise menggunakan suatu peranti yang menghamburkan sedikit kuasa Kingdom Hearts, tetapi kesaratan dalam sistem menyebabkan peranti itu meletup lalu meragut nyawa Ansem.[24] Di atas kubu Organization XIII, Sora dan rakan-rakannya melawan Xemnas, yang menggunakan saki-baki Kingdom Hearts untuk melawan mereka.[25] Setelah Xemnas gugur, Sora dan Riku disatukan semula dengan kawan-kawan yang lain di tempat asal mereka di Destiny Islands.[26]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Dunham, Alexis (2007-09-21). "Three New Kingdom Hearts Titles Announced". IGN. Dicapai pada 2008-02-14.
- ^ Boyes, Emma (2007-09-20). "TGS '07: Three new Kingdom Hearts games coming". GameSpot. Dicapai pada 2008-02-14.
- ^ Square EA (2007-02-05). "Kingdom Hearts Series Ships over 10 Million Worldwide". GameSpot. Dicapai pada 2007-05-13.
- ^ "スクウェア・エニックス、イベントなど追加「Kingdom Hearts II Final Mix+」「キングダム ハーツ」 シリーズ累計出荷本数1,000万本達成" (dalam bahasa Japanese). Game Watch. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-10. Dicapai pada 2007-03-11.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "1UP - E3 2005 Interview". Kingdom Hearts Ultimania. Dicapai pada 2007-08-31.
- ^ Minnie: Oh, and to chronicle your travels, he will accompany you. / Jiminy: Over here! Cricket’s the name. Jiminy Cricket, at your service. Square (2002-11-15). Kingdom Hearts (PlayStation 2) (dalam bahasa English). Square Electronic Arts.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Tetsuya Nomura Interview", Edge, Future Publishing (177), m/s. 80–81, July 2007
|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ Square (2002). Kingdom Hearts Instruction Booklet (dalam bahasa English). Square.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Greg Kasavin (2002-09-09). "Kingdom Hearts for PlayStation 2 Review". GameSpot. Dicapai pada 2007-05-13.
- ^ "Kingdom Hearts Company Line". GameSpot. Dicapai pada 2007-05-13.
- ^ Donald: But we can’t. If we take him to another world, we would be... / Goofy: Muh... Mudd-- / Donald: Meddling! Square (2002-11-15). Kingdom Hearts (PlayStation 2) (dalam bahasa English). Square Electronic Arts.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Kingdom Hearts manga, Volume 1. Page 99. Tokyopop.
- ^ Turner, Benjamin (September 3, 2002). "Kingdom Hearts Review (PS2)". GameSpy. Dicapai pada 2007-07-05.
- ^ King Mickey's Note: Donald, Sorry to rush off without sayin’ goodbye, but there’s big trouble brewin’. Not sure why, but the stars have been blinkin’ out, one by one. And that means disaster can’t be far behind. I hate to leave you all but I’ve gotta go check into it. There’s someone with a “key”—the key to our survival. So I need you and Goofy to find him, and stick with him. Got it? We need that key or we’re doomed! So go to Traverse Town and find Leon. He’ll point you in the right direction. P.S. Would ya apologize to Minnie for me? Thanks, pal. Square (2002-11-15). Kingdom Hearts (PlayStation 2) (dalam bahasa English). Square Electronic Arts.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Dave Zdyrko (2002-02-06). "Kingdom Hearts Preview". IGN. Dicapai pada 2007-09-05.
- ^ "Kingdom Hearts for PlayStation2". MobyGames. Dicapai pada 2007-05-18.
- ^ Donald: Well, now what do we do? / Sora: We’ve gotta find Riku and King Mickey. Square (2002-11-15). Kingdom Hearts (PlayStation 2) (dalam bahasa English). Square Electronic Arts.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Hollinger, Elizabeth (2004). Kingdom Hearts: Chain of Memories Official Strategy Guide. BradyGames Publishing. ISBN 0-7440-0473-X.
- ^ Unknown: The moment you set foot in this castle, you forgot every spell and ability you knew...though the forgetting does not end there. In this place, to find is to lose and to lose is to find. That is the way of things in Castle Oblivion. Jupiter (2004-12-07). Kingdom Hearts: Chain of Memories (Game Boy Advance). Square Enix U.S.A., Disney Interactive.
- ^ Donald: We have to sleep in these to get our memories back? / Naminé: You'll be fine. It might take a little time, but I'll take care of you. / Goofy: But when we wake up, we won't remember you anymore... Jupiter (2004-12-07). Kingdom Hearts: Chain of Memories (Game Boy Advance). Square Enix U.S.A., Disney Interactive.
- ^ Ansem: You need the darkness. Submit! Bow to the darkness, and bow to me. / Riku: Not a...chance... / Ansem: Only darkness can help you now. Jupiter (2004-12-07). Kingdom Hearts: Chain of Memories (Game Boy Advance). Square Enix U.S.A., Disney Interactive.
- ^ Mickey: But, what you actually fought was his Heartless. Ya see, he wasn't really Ansem. He just went around telling everybody that he was. Square Enix (2006-03-28). Kingdom Hearts II (PlayStation 2) (dalam bahasa English). Square Enix U.S.A., Buena Vista Games.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Mickey: Now I remember! Xehanort! Ansem's apprentice! The leader of Organization XIII is Xehanort's Nobody! Square Enix (2006-03-28). Kingdom Hearts II (PlayStation 2) (dalam bahasa English). Square Enix U.S.A., Buena Vista Games.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Ansem the Wise: It's a device to reclaim Kingdom Hearts and encode it as data. / Mickey: Not sure I get it. / Ansem the Wise: I do not claim to know the outcome of this venture, either. After all...Hearts are unpredictable. Square Enix (2006-03-28). Kingdom Hearts II (PlayStation 2) (dalam bahasa English). Square Enix U.S.A., Buena Vista Games.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Xemnas: Heed me, Kingdom Hearts! Lend me your power, so that we may be complete! The power to erase the fools that hinder us. Square Enix (2006-03-28). Kingdom Hearts II (PlayStation 2) (dalam bahasa English). Square Enix U.S.A., Buena Vista Games.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Sora: W-We're back. / Kairi: You're home. Square Enix (2006-03-28). Kingdom Hearts II (PlayStation 2) (dalam bahasa English). Square Enix U.S.A., Buena Vista Games.CS1 maint: unrecognized language (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Tapak rasmi
- (Jepun) Tapak rasmi
- (Jepun) Laman web Disney untukKingdom Hearts
- Wikia Kingdom Hearts