Pergi ke kandungan

Silvio Horta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Silvio Horta
Kelahiran(1974-08-14)14 Ogos 1974
Meninggal dunia7 Januari 2020(2020-01-07) (umur 45)
Miami, Florida, Amerika Syarikat.
Pusat pendidikanUniversiti New York
Pekerjaan
  • Penulis skrin
  • penerbit televisyen
Tahun aktif1998–2012
Karya terkenal
Ugly Betty

Silvio Horta (14 Ogos 1974 - 7 Januari 2020) adalah seorang penulis skrip dan penerbit televisyen Amerika Syarikat yang terkenal melalui bikinan semula mengadaptasi telenovela Colombia terkenal Yo soy Betty, la fea kepada Ugly Betty untuk ABC sebagai. Horta berkhidmat sebagai penulis dan penerbit eksekutif bagi siri ini.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Horta lahir di Miami, Florida dalam sebuah keluarga Cuba-Amerika. Beliau giat melukis dan ,engarang drama ketika di sekolah menengah, menghadiri kedua-dua Teater Baccalaureate Antarabangsa, dan program Teater Eksperimental di Sekolah Menengah Senior Coral Gables di Miami. Selepas tamat pengajian pada tahun 1992, beliau memasuki Sekolah Seni Tisch di Universiti New York, belajar dalam aspek perfileman.[1]

Horta secara terang melela dirinya cenderung gay sejak berterangan kepada keluarganya pada usia 19 tahun.[2]

Horta menuliskan banyak penampilan yang belum dihasilkan termasuk "Even Exchange" dan "The Furies" (dengan pencipta Nip/Tuck Ryan Murphy). Sebelum Ugly Betty, Horta menulis senario untuk filem satira remaja pada tahun 1998 Urban Legend dan dia juga muncul sebagai pengomen bagi edisi DVD. Sebelum Urban Legend, beliau bekerja sebagai tukang penyembur minyak wangi.[3]

Horta juga pencipta dua rancangan televisyen fiksyen sains pendek bertajuk Jake 2.0, yang membintangi Christopher Gorham, yang kemudiannya menyertai sebagai pelakon Ugly Betty, dan The Chronicle. Pada tahun 2007, beliau menerima Anugerah Golden Globe untuk Siri Komedi Terbaik yaitu Ugly Betty. Selepas menerima anugerah, beliau menyatakan "Seperti kebanyakan kita di sini, Betty adalah seorang pendatang dan Impian Amerika masih hidup dan baik dan dapat dicapai oleh siapa sahaja yang mahukannya".

Horta memulakan syarikat pengeluarannya sendiri bernama "Silent H Productions".

Horta ditemui mati di bilik hotelnya di Miami pada 7 Januari 2020. Pelbagai media melaporkan bahawa dia meninggal dunia akibat luka tembakan yang disengajakan kepada diri sendiri.[4][5][6][7] Kenyataan yang dikeluarkan keluarga Horta juga ada mendedahkan bahawa Silvia sudah lama mengalami masalah ketagihan dan kemurungan.[8]

  1. ^ Jensen, Michael (30 September 2008). "Interview with "Ugly Betty'"s Silvio Horta". Logo. Dicapai pada 4 November 2018.
  2. ^ "Indelicato gives bite to 'Betty'". USA Today. 4 Mac 2007. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  3. ^ "The LAist Interview: Silvio Horta". Gothamist. 11 Oktober 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-01-11. Dicapai pada 7 Januari 2020.
  4. ^ "Pencipta 'Ugly Betty' ditemui mati". Harian Metro. 8 Januari 2020. Dicapai pada 11 Januari 2020. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  5. ^ Oldham, Stuart (7 Januari 2020). "Silvio Horta, 'Ugly Betty' Creator, Found Dead in Apparent Suicide". Variety. Dicapai pada 7 Januari 2020.
  6. ^ "Ugly Betty Star America Ferrera Is 'Heartbroken' Over the Death of Show's Creator Silvio Horta". PEOPLE.com. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  7. ^ Petski, Denise (8 Januari 2020). "'Ugly Betty' Cast Mourn Death Of Creator Silvio Horta". Dicapai pada 8 Januari 2020.
  8. ^ Diaz, Johnny (8 Januari 2020). "'Ugly Betty' Executive Producer, Silvio Horta, Dies at 45". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 8 Januari 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]