Membuat semula
Bikinan semula atau buatan semula (bahasa Inggeris: remake ) merujuk kepada sebarang produksi hiburan dalam bentuk atau format filem, siri televisyen dan permainan video dibikin berdasarkan produk terdahulu yang sama ceritanya.[1]
Gambaran umum
[sunting | sunting sumber]Produksi ini sering membuat perubahan ketara terhadap gaya penceritaan berdasarkan latar asal sama ada terhadap perwatakan, jalan cerita, genre mahupun tema yang signifikan. Antara contoh mudahnya:
- The Mummy (1999) - suatu "bayangan semula" (reimagining) dalam genre berbeza - yakni, pengembaraan - daripada produksi sebelumnya yang terangkum dalam genre seram.
- Scarface tahun 1932 yang berlatarkan zaman pengharaman jualan arak di Amerika Syarikat pula telah dibikin semula pada tahun 1983 di mana watak utamanya kali ini terlibat dalam penyeludupan kokaina.
Produksi semula sebegini kadangkalanya dibuat oleh pengarah yang sama, lagi-lagi dengan memasuki format media yang baharu - misalnya dari filem hitam putih ke warna ataupun dari format televisyen ke filem.
Penceritaan semula ini jarang berlaku di televisyen berbanding filem, namun ia lazim ada dari semasa ke semasa, terutamanya sejak awal abad ke-21.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Adam, Keplerjuly (July 22, 2015). "In Hollywood, It's a Reboot by Any Other Name". The New York Times. Dicapai pada April 20, 2016.