Shuttle KLO-Seremban
Penampilan
Shuttle KLO-Seremban merupakan nama kereta api KTM Antarabandar yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu, berjalan dari Kuala Lumpur ke Seremban pada Laluan KL-Seremban-KL. Terdapat empat perkhidmatan bagi sehari, masing-masing dengan nombor kod kereta api 71, 73, 75, dan 77.
Perkhidmatan ini bermula sejak 17 Februari 2009 dan disediakan pada hari Isnin hingga Jumaat.
Stesen-stesen
[sunting | sunting sumber]Stesen | Bandar lokasi stesen | Catatan |
---|---|---|
Stesen Keretapi Kuala Lumpur | Bandaraya Kuala Lumpur | Terminal, juga dikenali sebagai "Stesen lama Kuala Lumpur" atau "KLO" |
Sentral Kuala Lumpur | Brickfields, Kuala Lumpur | |
Stesen Bandar Tasik Selatan | Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur | Ditambah pada 23 Mac 2009 |
Stesen keretapi Kajang | Kajang, Selangor | |
Stesen keretapi Nilai | Nilai, Negeri Sembilan | Ditambah pada 23 Mac 2009 |
Stesen keretapi Seremban | Seremban, Negeri Sembilan | Terminal |