Shih tzu
Nama lain | Shih-tzu Anjing kekwa Anjing singa China | ||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | China | ||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Shih tzu atau shih-tzu[a] ialah satu baka anjing mainan atau anjing peliharaan yang berasal dari Tibet dan dipercayai dibiakbakakan daripada anjing Peking dan Lhasa apso.
Perihal
[sunting | sunting sumber]Shih tzu ialah anjing kecil tegap dengan muncung kecil dan biasanya mempunyai mata perang gelap besar. Orang Cina telah menggambarkan rupa bentuk kepalanya sebagai "kepala burung hantu" dan "kepala singa" dan mulutnya sebagai "mulut katak", serta bibirnya sebagai "bibir cacing tanah".[1] Ia mempunyai lapis bulu ganda lembut dan panjang yang mengusut semudahnya jika tidak diberus sekurang-kurangnya setiap 2 atau 3 hari. Shih tzu patut berdiri tidak lebih tinggi daripada 26.7 cm (10.5 in) pada paras kelasa dan dengan berat unggul 4–7.5 kg (8.8–16.5 lb). Telinga terkelepainya dilitupi dengan bulu panjang dan ekor berbulu lebatnya terangkat secara melingkar ke atas belakangnya. Lapis bulunya mungkin mempunyai sebarang warna, walaupun putih dan dengan takik kelabu kerap terlihat. Salah satu ciri sangat ketara ialah rahang pendek yang diwajibkan dalam piawaian baka.[2]
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Shih tzu | |||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Tradisional | 獅子 | ||||||||||||||||||||
Tulisan Cina Ringkas | 狮子 | ||||||||||||||||||||
Maksud harfiah | singa | ||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
Nama Cina | |||||||||||||||||||||
Bahasa Cina | 西施犬 | ||||||||||||||||||||
Maksud harfiah | anjing Hsi Shih | ||||||||||||||||||||
|
Namanya berasal daripada perkataan bahasa Cina untuk "singa" kerana jenis anjing ini dibiakbakakan untuk menyerupai "singa, seperti dalam seni oriental tradisional".[3] Baka anjing Peking juga dipanggil "anjing singa" dalam bahasa Cina. Nama shih tzu ialah perumian Wade-Giles bagi perkataan bahasa Cina Mandarin untuk "singa".
Dalam bahasa Mandarin kontemporari, shih tzu pada umumnya dikenali sebagai "anjing Xi Shi"; Xi Shi dianggap sebagai salah seorang wanita tercantik di China purba. Shih tzu digelar sebagai "anjing kekwa" di England pada tahun 1930-an.[4] Anjing ini juga boleh dipanggil anjing singa Tibet, tetapi keputusan sama ada baka ini patut dirujuk sebagai "[...] Tibet" atau "[...] China" ialah sumber perbalahan sejarah dan politik. Sebuah buku tentang baka ini menyatakan bahawa "sejarawan anjing cenderung untuk mempunyai pendapat sangat kuat" mengenai subjek berkenaan.[5]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Salah satu teori ialah bahawa shih tzu diturunkan daripada silangan antara anjing Peking dengan Lhasa apso.[6] Anjing-anjing itu merupakan kegemaran kerabat diraja China semasa dinasti Ming dan begitu berharga sehingga, selama bertahun-tahun, orang China enggan menjual, memperdagangkan, atau memberikan seekor pun. Maharani balu Cixi membangunkan program yang didedikasikan untuk pembiakbakaan shih tzu.[7] Ramai sida-sida istana juga membiakbakakan shih tzu untuk mengambil hati sang Maharaja.[8]
Anjing pertama baka ini diimport ke Eropah (England dan Norway) semasa tahun 1920-an dan 1930-an. Lady Brownrigg, seorang wanita Inggeris yang tinggal di China, mula-mula membawa dua ekor shih tzu ke England pada tahun 1928.[7][8] Anjing-anjing ini dikelaskan oleh The Kennel Club sebagai "Apsos".[6] Piawaian Eropah pertama untuk baka ini telah ditulis di England pada tahun 1935 oleh Shih Tzu Club[9] dan anjing ini dikategorikan lagi sebagai Shih Tzu. Ini ialah hasil daripada perhimpunan pertama anjing ini dari China dalam Crufts pada tahun 1933, iaitu apabila terdapat kesedaran bahawa terier Tibet, Lhasa apso, dan shih tzu merupakan baka berlainan. Baka ini tersebar ke seluruh Eropah dan dibawa ke Amerika Syarikat selepas Perang Dunia Kedua, apabila anggota tentera Amerika Syarikat yang pulang membawa pulang anjing dari Eropah dan Asia, pada pertengahan tahun 1950-an. Shih tzu diiktiraf oleh American Kennel Club pada tahun 1969 dalam Kumpulan Mainan.[6][8]
Pada tahun 1934, Shih Tzu Club of England diasaskan[10] dan baka ini diiktiraf secara rasmi oleh The Kennel Club (United Kingdom) pada 7 Mei 1940. Apabila ia layak untuk Sijil Cabaran, tiada satu pun yang dianugerahkan sehingga tahun 1949. Baka ini kini diiktiraf oleh semua kelab kenel utama di dunia berbahasa Inggeris.[2] Ia juga diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa untuk pertandingan antarabangsa dalam Kumpulan Anjing Teman dan Mainan, Seksyen 5, baka Tibet.[2]
Semasa Revolusi Komunis China pada tahun 1949, semua shih tzu dihapuskan kerana perkaitannya dengan kekayaan. Oleh itu, shih tzu moden diturunkan daripada tiga belas ekor anjing yang diimport ke England dan ke Skandinavia pada antara tahun 1928 dengan tahun 1952.[8] Sehingga membangkitkan kontroversi, pembiak baka Freda Evans dari England memperkenalkan seekor anjing Peking hitam dan putih ke dalam baka ini pada tahun 1952. Kini, kelab kenel di United Kingdom dan di Amerika Syarikat mengiktiraf keturunan silangan shih tzu dengan anjing Peking sebagai shih tzu baka tulen.[7][8]
Di Amerika Syarikat, shih tzu diperingkatkan sebagai baka ke-15 paling popular pada tahun 2013, setelah jatuh sedikit dari segi kepopularan sejak tahun 2012 semasa ia ditempatkan di kedudukan ke-11.[11] Di Israel, shih tzu diperingkatkan sebagai baka paling popular pada tahun 2019.[12]
Dalam mitologi Buddha
[sunting | sunting sumber]Shih tzu sebahagian besarnya dikaitkan dengan agama Buddha dan mitologi Buddha. Nama "shih tzu" dalam bahasa Mandarin secara langsung diterjemahkan kepada "singa kecil", haiwan yang dianggap suci dalam agama Buddha. Singa melambangkan kerajaan, kekuatan, dan keberanian – "tidak takut apa-apa dan bertindak tanpa berlengah-lengah."[13] Sepasang singa batu atau anjing singa yang terletak di luar pintu istana pengawal, makam, tokong, dan bangunan awam dianggap melindungi bangunan-bangunan ini daripada individu berbahaya dan pengaruh rohani.[13] Patung-patung batu ini kerap dipanggil anjing fu dan terdapat cadangan bahawa ini merupakan bentuk singa bagi shih tzu.[14] "Fu" secara kasar diterjemahkan kepada "kebahagiaan" dalam bahasa Manchu, dengan legenda yang menyatakan bahawa anjing fu merupakan shih tzu gembira yang selama-lamanya menjaga tokong Buddha.[14] Patung anjing fu biasanya mewakili shih tzu jantan dan betina yang diukir daripada batu, jed, jati, gading, sinabar, gangsa, atau seramik.[15] Anjing jantan kerap terlihat memegang sebiji bola dengan kaki kirinya dan anjing betina pula memegang anaknya. Sumber menyatakan bahawa ini memegang maksud simbolik dengan anjing jantan yang mewakili kuasa ke atas alam semula jadi, tenaga, kebijaksanaan, dan batu permata dan anjing betina yang melambangkan perlindungan, permainan, dan sikap disiplin.[15]
Penganut agama Buddha menganggap bahawa shih Tzu diberkati oleh Buddha dan merupakan binatang suci Buddha. Legenda menyatakan bahawa Buddha menunggang ke bumi dengan menaiki seekor singa dan membawa bersama dengannya seekor anjing singa kecil yang menemaninya ke mana-mana dia pergi.[14] Legenda berbeza-beza mengikut sumber berlainan, namun ramai mengutip bahawa shih tzu menemani Buddha kebijaksanaan, Manjushri.[15] Anjing singa ini mempunyai keupayaan untuk mengubah dirinya menjadi singa untuk membawa Manjushri di atas belakangnya. Ciri-ciri fizikal shih tzu berfungsi sebagai bukti hubungan abadi antara Buddha dengan baka ini. Menurut legenda, beberapa orang perompak mengepung Buddha dengan niat untuk merompak dan membunuhnya apabila shih tzu itu berubah menjadi singa ganas yang begitu besar sehingga para perompak itu takut dan melarikan diri dari tempat kejadian.[14] Semasa shih tzu kembali kepada bentuk anjingnya, Buddha memberkatinya kerana keberaniannya.[14] Banyak shih tzu mencerminkan keberkatan ini dalam bentuk "Bintang Buddha", yang juga dapat dipanggil "ciuman Buddha", yang diwakili sebagai tompok bulu putih di bahagian atas kepala anjing. Tanda-tanda pada belakang anjing dikatakan sebagai pelana Buddha yang digunakan untuk menunggang anjing itu dalam bentuk singanya.[16] Legenda berbeza-beza mengikut sumber, sebahagian besarnya kerana legenda secara sejarah diwarisi dari mulut ke mulut. Sesetengah orang menyebut tanda ini di kepala sebagai tempat Buddha mencium anjing itu, lalu memberinya keberkatan.[16] Sumber lain pula menyatakan Buddha meletakkan jarinya pada dahi anjing itu sebagai berkat, lalu memberinya kilatan bulu putih pada dahinya.[14]
Warna bulu
[sunting | sunting sumber]Shih tzu terdapat dengan banyak warna. Warna-warna berikut diiktiraf oleh The Kennel Club:
- hitam dan putih
- brindle
- brindle dan putih
- emas dan putih
- brindle emas
- bridle emas dan putih
- emas dengan topeng hitam
- kelabu dan putih
- hitam padu
- emas padu
- hati
- hati dan putih
Selain itu, warna-warna berikut diiktiraf sebagai warna yang wujud dalam baka ini tetapi tidak menjadi sebahagian daripada piawaian, iaitu: biru, krim, ungu lembut, ungu lembut dan putih, putih, berwarna-warni.[17]
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]Sebilangan isu kesihatan, sebahagian daripadanya turun-temurun, telah ditemukan pada individu shih tzu, dan disenaraikan di bawah. Kepopularan baka ini telah membolehkan pembiakbakaan sangat buruk pada umumnya, lalu membawa kepada penyakit umum dan seumur hidup, kerap dari usia agak awal.[perlu rujukan]
Penyakit jantung
[sunting | sunting sumber]Penyakit injap mitral ialah penyakit jantung paling umum pada anjing dan dapat menyebabkan kegagalan jantung kongestif (CHF). Keadaan ini lebih umum pada anjing lebih kecil termasuk shih tzu.[18]
Brakisefali
[sunting | sunting sumber]Hidung pendek shih tzu menyebabkan kesukaran pernafasan dan isu kesihatan lain pada anjing ini. Sindrom obstruksi salur udara brakisefalik (BAOS) ialah keadaan yang disebabkan oleh brakisefali. Isu utama yang timbul daripada muncung pendek ialah lubang hidung stenotik, iaitu apabila lubang hidung rapat sehingga menyebabkan kesukaran pernafasan melalui hidung; lelangit lembut memanjang; dan hipoplasia tenggorokan, salur udara sempit. Ini menyebabkan kesukaran pernafasan yang membawa kepada peningkatan usaha pernafasan yang menyempitkan lagi tenggorokan yang dapat menyebabkan keruntuhan larinks. Anjing yang menderitai BAOS bergelut dengan senaman, terdedah kepada strok haba kerana keupayaan penyejatan tidak berkesan, dan mengalami masalah untuk tidur.[19]
Isu mata
[sunting | sunting sumber]Shih tzu sangat lazim menghidap masalah mata pada usia bila-bila dan lebih-lebih lagi apabila lebih tua. Kebanyakan doktor haiwan mengesyorkan ubat titis mata untuk membantu dengan sebarang kerengsaan mata. Sesetengah anjing mempunyai alahan yang menyebabkan lelehan berlebihan di sekeliling mata. Shih tzu lebih tua diketahui menghidap katarak yang dapat dibetulkan dengan pembedahan. Sekiranya tidak terawat, anjing berkenaan mungkin menjadi buta pada mata yang mempunyai katarak itu. Mata besar distingtif mudah tercalar yang mungkin menyebabkan ulser. Anjing berkenaan biasanya menutup mata tercedera sepenuhnya atau separuhnya dan mungkin mempunyai air mata berlebihan. Masalah paling umum bagi shih tzu mengenai keadaan mata ialah pembentukan epifora yang disebabkan oleh bulu pada kelopak mata yang mencalarkan konjunktiva dan kornea. Walau bagaimanapun, ini dapat diubati dengan penggunaan ubat titis mata yang ditetapkan daripada doktor haiwan bertauliah seperti eyevita.[20] Shih tzu juga terdedah kepada pengeluaran air mata berlebihan yang kemudian menyebabkan kesan bekas air mata di sekeliling mata.[21] Sebuah kajian dari Jepun yang menyemak kes anjing yang dibentangkan untuk pemeriksaan oftalmologi mendapati bahawa shih tzu membentuk 16% daripada semua kes glaukoma walaupun hanya membentuk 8.2% daripada jumlah populasi yang digunakan dalam kajian itu.[22]
Isu telinga
[sunting | sunting sumber]Isu sangat lazim untuk shih tzu ialah perkembangan jangkitan telinga, kerana ia mempunyai lapis bulu panjang dan bulu tumbuh di dalam telinganya. Jika bulu telinga tidak dicabut dan telinga tidak dibersihkan dengan kerap, jangkitan telinga akan berulang dan menyebabkan masalah kesihatan lebih serius.[1]
Isu hati hempedu
[sunting | sunting sumber]Sebuah kajian United Kingdom mendapati bahawa shih tzu mempunyai risiko lebih besar sebanyak 4.02 kali bagi perfusi hati terganggu berbanding dengan anjing lain.[23]
Jangka hayat
[sunting | sunting sumber]Sebuah kajian tahun 2022 di United Kingdom mendapati bahawa jangka hayatshih tzu ialah 11 tahun, beberapa bulan di bawah purata kelanjutan usia bagi semua anjing.[24] Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 pula mendapati jangka hayat sebanyak 12.8 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[25] Sebuah kajian Jepun mendapati bahawa shih tzu mempunyai kelanjutan usia selama 15 tahun, melebihi purata 14 tahun untuk semua anjing.[26][b]
Ubahan
[sunting | sunting sumber]Perbezaan kelab kenel
[sunting | sunting sumber]Terdapat perbezaan antara shih tzu menurut American Kennel Club dengan shih tzu menurut The Kennel Club (United Kingdom):
Shih tzu AKC (American Kennel Club)
[sunting | sunting sumber]- Tungkai hadapan (sukuan hadapan) adalah lurus. Sukuan belakang adalah berotot. Tiada sukuan yang patut terlalu pendek atau tidak terlalu panjang.
- Kepala piawai adalah besar dan bulat dan terletak tinggi-tinggi dengan muka yang menghadap ke hadapan atau ke atas.
- Leher dan tubuh merupakan yang paling penting dan tidak patut dibesar-besarkan.
- Matanya besar dan menghadap ke hadapan.
- Bahu pada jenis Amerika bagi shih tzu adalah frontal.[27]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: شي تسو , Sebutan bahasa Melayu: [ʃi tsu]; Cina: 西施犬; pinyin: xīshīquǎn; bahasa Inggeris: shih tzu, shih-tzu , UK: /ˌʃiːˈtsuː/, A.S.: /ˈʃiːtsuː/
- ^ Kajian Jepun menyemak data perkuburan yang tidak berkemungkinan mempunyai sebarang catatan bagi lahir mati dan kematian altrisial walaupun klinik veterinar berkemungkinan mempunyai data tentang ini.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Shih tzu |
- ^ a b Cunliffe, Juliette (September 2003). Shih Tzu: A Comprehensive Guide to Owning and Caring for Your Dog [Shih Tzu: Panduan Komprehensif untuk Memiliki dan Menjaga Anjing Anda] (dalam bahasa Inggeris). Allenhurst, New Jersey, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. ISBN 9781593782160. OCLC 53181698.
- ^ a b c "FCI-Standard N° 208 SHIH TZU" [Piawaian FCI No. 208 Shih Tzu] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 9 Oktober 2017. Dicapai pada 7 Februari 2024.
- ^ Sucher, Jaime J. (1 Mac 2000). Shih Tzu: A Complete Pet Owner's Manual [Shih Tzu: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris) (ed. semakan). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 5. ISBN 9780764110436. OCLC 42421048.
- ^ Adamson, Eve (2 April 2007). Shih Tzu for Dummies (dalam bahasa Inggeris). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 257. ISBN 9780470089453. OCLC 144611902.
Lady Brownrigg, who brought the first Shih Tzu into England, coined the phrase Chrysanthemum Dog.
- ^ Adamson, Eve (2 April 2007). Shih Tzu for Dummies (dalam bahasa Inggeris). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 27. ISBN 9780470089453. OCLC 144611902.
...dogs related to the modern-day Shih Tzu probably came from Tibet, but how long they were there and how much influence they had on the present day Shih Tzu may never be known. [...] Dog historians tend to have very strong opinions.
- ^ a b c Rogers Clark, Anne; Brace, Andrew H., penyunting (10 November 1995). The International Encyclopedia of Dogs [Ensiklopedia Antarabangsa tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Renée Sporre-Willes. (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 416–417. ISBN 9780876056240. OCLC 32697706.
- ^ a b c "Breed History - Shih Tzu Club UK" [Sejarah Baka - Shih Tzu Club UK]. The Shih Tzu Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Mei 2024.
- ^ a b c d e "Shih Tzu History: How the Royal Tibetan Dog Was Saved From Extinction" [Sejarah Shih Tzu: Cara Anjing Diraja Tibet Diselamatkan daripada Kepupusan]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 27 Disember 2023. Dicapai pada 4 Mei 2024.
- ^ Dadds, Audrey (1975). The Shih Tzu [Shih Tzu] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 29. ISBN 9780876053096. OCLC 1622084.
- ^ "The Kennel Club" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 November 2016. Dicapai pada 7 Februari 2024.
- ^ American Kennel Club 2013 Dog Registration Statistics Historical Comparisons & Notable Trends (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 17 Januari 2017 di Wayback Machine, American Kennel Club, Dicapai pada 7 Februari 2024
- ^ "dog ownership data in Israel, government data" [data pemilikan anjing di Israel, data pemerintah] (dalam bahasa Inggeris).
- ^ a b "History of the Shih Tzu Dog Breed" [Sejarah Baka Anjing Shih Tzu]. Everything Shih Tzu (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2024.
- ^ a b c d e f "Shih Tzu Legends" [Legenda Shih Tzu]. nationalpurebreddogday.com (dalam bahasa Inggeris). National Purebred Dog Day. 26 April 2019. Dicapai pada 7 Februari 2024.
- ^ a b c Jorgensen, Anthony. "Shih Tzu – History and Legends | HealthGuidance.org" [Shih Tzu – Sejarah dan Legenda | HealthGuidance.org]. HealthGuidance.org | (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2024.
- ^ a b "14 Insane (but true!) Facts About Shih Tzus - Shih Tzu Daily" [14 Fakta Gila (tetapi benar!) tentang Shih Tzu - Shih Tzu Daily]. shihtzudaily.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2024.
- ^ "Shih Tzu" [Shih Tzu]. The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2024.
- ^ "Heart Diseases - Dogs" [Penyakit Jantung - Anjing]. Cummings School of Veterinary Medicine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2024.
- ^ "Genetic Welfare Problems of Companion Animals" [Masalah Kebajikan Genetik Haiwan Teman]. Universities Federation for Animal Welfare (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2024.
- ^ Christmas, Richard E. (Jun 1992). "Common ocular problems of Shin Tzu dogs = Les problèmes oculaires fréquents du Shih Tzu" [Masalah mata lazim bagi shih tzu = Masalah mata kerap bagi shih tzu]. Canadian Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Canadian Veterinary Medical Association. 33 (6): 390–393. ISSN 0008-5286. PMC 1481255. PMID 17424020. S2CID 24462113.
- ^ Johnstone, Gemma (24 Oktober 2022). "Why Is My Dog's Fur Pink or Brown?" [Mengapa Bulu Anjing Saya Merah Jambu atau Perang?]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2024.
- ^ Kato, Kumiko; Sasaki, Nobuo; Matsunaga, Satoru; Nishimura, Ryohei; Ogawa, Hiroyuki (5 September 2006). "Incidence of Canine Glaucoma with Goniodysplasia in Japan : A Retrospective Study" [Insiden Glaukoma Anjing dengan Goniodisplasia di Jepun: Kajian Retrospektif]. Journal of Veterinary Medical Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Sains Veterinar Jepun. 68 (8): 853–858. doi:10.1292/jvms.68.853. ISSN 1347-7439. PMID 16953087. S2CID 10676600.
- ^ Bandara, Yuvani; Bayton, W. A.; Williams, T. L.; Scase, T.; Bexfield, Nicholas H. (21 Jun 2021). "Histopathological frequency of canine hepatobiliary disease in the United Kingdom" [Kekerapan histopatologi penyakit hati hempedu anjing di United Kingdom]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 62 (9): 730–736. doi:10.1111/jsap.13354. ISSN 1748-5827. PMID 34155648. S2CID 235595314 Check
|s2cid=
value (bantuan). - ^ Teng, Kendy Tzu-yun; Brodbelt, David C.; Pegram, Camilla; Church, David B.; O'Neill, Dan Gerard (28 April 2022). "Life tables of annual life expectancy and mortality for companion dogs in the United Kingdom" [Jadual kehidupan jangka hayat dan mortaliti tahunan untuk anjing teman di United Kingdom]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 12 (1): 6415. Bibcode:2022NatSR..12.6415T. doi:10.1038/s41598-022-10341-6. ISSN 2045-2322. PMC 9050668 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 35484374 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 248432001 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Inoue, Mai; Kwan, Nigel C. L.; Sugiura, Katsuaki (24 Mei 2018). "Estimating the life expectancy of companion dogs in Japan using pet cemetery data" [Menganggarkan jangka hayat anjing teman di Jepun dengan menggunakan data perkuburan haiwan peliharaan]. Journal of Veterinary Medical Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Sains Veterinar Jepun. 80 (7): 1153–1158. doi:10.1292/jvms.17-0384. ISSN 1347-7439. PMC 6068313. PMID 29798968. S2CID 44157193.
- ^ "Shih Tzu Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Shih Tzu]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Disember 2017. Dicapai pada 7 Februari 2024.