Sebagai gundik, kemudian Permaisuri (dinaikkan beberapa kali sepanjang pemerintahan Maharaja Xianfeng) September 1851 - 22 Ogos1861, Sebagai Maharani Balu sehingga 15 November1908
Maharani Balu Cixi (Bahasa Cina: 慈禧太后code: zh is deprecated ; pinyin: Cíxī Tàihòu) (29 November1835 – 15 November1908), lebih dikenali di China sebagai Maharani Balu Barat (Bahasa Cina: 西太后code: zh is deprecated ; pinyin: Xī Tàihòu), berasal dari Puak Manchu Yehe Nara. Baginda merupakan tokoh berkuasa dan penuh karisma yang menjadi pemerintah de factoDinasti QingManchu yang memerintah China selama 47 tahun dari tahun 1861 sehingga kemangkatannya pada tahun 1908.
Cixi yang berasal daripada sebuah keluarga Manchu biasa dan pernah dipilih oleh Maharaja Xianfeng sebagai seorang gundik, hampir mengawal seluruh istana di bawah pemerintahan pada anakanda baginda Maharaja Tongzhi dan anakanda saudaranya Maharaja Guangxu yang kedua-duanya cuba memegang tampuk pemerintahan baginda namun gagal. Tingkah laku baginda yang berfahaman konservatif sepanjang pemerintahannya disifatkan oleh ramai ahli sejarah sebagai pemerintah kuku besi, dan merupakan punca kejatuhan Dinasti Qing dan penghapusan sistem beraja di China.