Pergi ke kandungan

Shahmaruddin Abdul Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shahmaruddin Abdul Rahman
Yang Teramat Mulia Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman
Undang Luak Jelebu
Tempoh1945 – 1963
Didahului olehAbdullah Luk
Diikuti olehAbu Bakar Maamor
KerabatWaris Kemin
AgamaIslam

Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman Shahmaruddin bin Haji Abdul Rahman ialah seorang pemerintah tempatan di Negeri Sembilan sebelum pembentukan Malaysia. Beliau ialah Undang Luak Jelebu ke-13 dari tahun 1945 hingga 1963[1]. Beliau terlibat menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.[2] Beliau ialah lepasan Kolej Melayu Kuala Kangsar.[1]

  1. ^ a b "INSTITUSI UNDANG LUAK JELEBU: KAJIAN TERHADAP. PERKEMBANGANNYA DAN ANALISIS KE ATAS KRISIS PERLANTIKAN UNDANG JELEBU 1980" (PDF).
  2. ^ Madzlan, Zabry Mohamad (2020-09-02). "Hargai jasa pembesar adat". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-09-09.