Pergi ke kandungan

Serangan dan penaklukan Mongol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Serangan dan penaklukan Mongol
Peta animasi menunjukan perkembangan Empayar Mongol
Perluasan Empayar Mongol 1206–94
Tarikh1206–1337
Lokasi
Keputusan
Penaklukan Mongol ke atas sebahagian besar Eurasia
  • Pengasasan Empayar Mongol
  • Penghapusan
  • Pengvasalan ke atas
  • Kehancuran
  • Penaklukan separuh jalan ke atas Benua Kecil India dan Asia Tenggara
  • Kegagalan untuk menguasai Jepun dan Kesultanan Mamluk
  • Kemunculan Pax Mongolica
Perluasan Empayar Mongol

Serangan dan penaklukan Mongol berlangsung sepanjang kurun ke-13, menghasilkan sebuah Empayar Mongol yang besar yang mana menjelang tahun 1300, merangkumi sebahagian besar Asia dan Eropah Timur. Sejarawan mencadangkan bahawa serbuan dan serangan Mongol merupakan antara konflik paling berdarah dalam sejarah manusia. Selain itu, mereka juga membawa wabak bubonik bersama-sama mereka, menyebarkannya hampir ke seluruh Asia dan Eropah dan menjadi antara penyebab kehilangan nyawa dalam Black Death.[1][2][3][4]

Empayar Mongol muncul dalam kurun ke-13 melalui siri-siri serangan dan penaklukan ke seluruh Asia Tengah dan Barat, dan tiba di Eropah Timur menjelang tahun 1240-an.

Serbuan ke atas Rusia oleh Tartar dan Mongol terus berlangsung selepas kejatuhan Empayar Mongol sekitar tahun 1260. Penaklukan wilayah di China oleh Mongol berterusan sehingga kurun ke-14 di bawah Dinasti Yuan, sementara puak-puak di Parsi kekal wujud sehingga kurun ke-15 di bawah Empayar Timurid. Di India, kekuasaan Mongol kekal sehingga kurun ke-19 melalui Empayar Mughal.

Asia Tenggara

[sunting | sunting sumber]


Dinasti Yuan yang dipimpin oleh Kublai Khan menceroboh Burma antara tahun 1277 dan 1287, mengakibatkan kehancuran dan perpecahan Kerajaan Beraja Pagan. Bagaimanapun, serangan pada tahun 1301 berjaya diundurkan oleh Kerajaan Beraja Myinsaing, Burma. Serangan Mongol ke atas Vietnam (kemudian dikenali sebagai Đại Việt) dan Jawa membawa kekalahan kepada Mongol, walaubagaimanapun kebanyakan negara di Asia Selatan bersetuju untuk membayar ufti untuk mengelakkan pertumpahan darah.[5][6][7][8][9][10][11]

Pertempuran Legnica berlaku semasa Serangan pertama Mongol ke atas Poland.
Serangan Mongol pada kurun ke-13 menyebabkan pembinaan istana kota batu yang kukuh, seperti Istana kota Spiš di Slovakia.

Mongol menyerang dan memusnahkan Volga Bulgaria dan Rus' Kiev, sebelum menyerbu Poland, Hungary dan Bulgaria, dan lain-lain. Selama tiga tahun (1237–1240), Mongol memusnahkan dan melenyapkan kesemua kota-kota utama di Rusia kecuali Novgorod dan Pskov.[12]

Giovanni da Pian del Carpine, utusan Paus kepada Khan Besar Mongol, mengembara melalui Kiev pada bulan Februari 1246 dan menulis:

Mereka [orang Mongol] telah menyerang Rus, di mana mereka membuatkan keadaan kacau-bilau, memusnahkan kota-kota dan kubu-kubu dan menyembelih manusia; dan mereka juga telah mengepung Kiev, ibu kota bagi Rus; selepas mereka mengepung kota untuk jangka masa yang panjang, mereka menawannya dan membunuh penduduknya. Apabila meneruskan perjalan melalui daratan kami menjumpai tengkorak dan tulang manusia yang tidak terkira banyaknya di atas tanah. Kiev adalah sebuah kota yang besar yang mempunyai ramai penduduk, tetapi kini tiada penghuni, kini terdapat kurang daripada dua ratus buah rumah dan penduduknya dijadikan hamba.[13]

Serangan-serangan Mongol menyebabkan perpindahan penduduk pada skala yang tidak pernah dilihat sebelumnya di tengah Asia dan timur Eropah. Khabar akan kedatangan gerombolan Mongol menyebabkan ketakutan dan panik di kalangan penduduk.[14]

Garis masa

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Robert Tignor et al. Worlds Together, Worlds Apart A History of the World: From the Beginnings of Humankind to the Present (2nd ed. 2008) ch 11 pp 472-75 and map p 476-77
  2. ^ Vincent Barras and Gilbert Greub. "History of biological warfare and bioterrorism" in Clinical Microbiology and Infection (2014) 20#6 pp 497-502.
  3. ^ Andrew G. Robertson, and Laura J. Robertson. "From asps to allegations: biological warfare in history," Military medicine (1995) 160#8 pp: 369-373.
  4. ^ Rakibul Hasan, "Biological Weapons: covert threats to Global Health Security." Asian Journal of Multidisciplinary Studies (2014) 2#9 p 38. online
  5. ^ Taylor 2013, p. 120.
  6. ^ Taylor 2013, p. 103.
  7. ^ ed. Hall 2008, p. 159.
  8. ^ eds. Dutton & Werner & Whitmore 2013 .
  9. ^ Gunn 2011, p. 112.
  10. ^ Embree & Lewis 1988, p. 190.
  11. ^ Woodside 1971, p. 8.
  12. ^ "History of Russia, Early Slavs history, Kievan Rus, Mongol invasion". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-01. Dicapai pada 2016-10-14.
  13. ^ The Destruction of Kiev
  14. ^ Diana Lary (2012). Chinese Migrations: The Movement of People, Goods, and Ideas over Four Millennia. Rowman & Littlefield. m/s. 49.