Serangan Mongol terhadap Jepun
Penyerbuan negara Jepun oleh Mongol (元寇 , Genkō) dari 1274 sehingga 1281 merupakan kejadian besar dalam kepentingan sejarahmakro (macrohistorical), disebalik kegagalannya. Penjajahan ini adalah antara kejadian yang paling terkemuka dalam sejarah Jepun, dan disebabkan oleh peranan mereka dalam menghadkan pengembangan Mongol, boleh dikatakan kejadian penting dalam sejarah dunia secara keseleuruhan. Ia dirujuk dalam banyak hasil rekaan, dan kejadian terawal dari mana perkataan kamikaze, atau "angin suci - divine wind", digunakan secara meluas. Tambahan lagi, dengan pengecualian pada akhir Perang Dunia II, percubaan penjajahan yang gagal ini merupakan antara yang paling hampir berjaya menjajah Japan dalam tempoh 1500 tahun terakhir ini.
Penjajahan
[sunting | sunting sumber]Kublai Khan menjadi Maharaja China pada 1259 dan menubuhkan ibu negaranya di Beijing pada 1264. Korea kemudiannya dipaksa tunduk kepada kuasa Mongol. Dua tahun kemudian, dia menghantar utusan ke Jepun untuk tunduk kepada pemerintahan Mongol, atau berdepan dengan penjajahan. Kumpulan utusan kedua dihantar pada 1268, kembali dengan tangan kosong, sebagaimana sebelumnya. Kedua kumpulan utusan tersebut berjumpa dengan Chinzei Bugy?, atau Defense Commissioner bagi Barat, yang menghantar perutusan kepada Shogun di Kamakura, dan Maharaja di Kyoto. Beberapa utusan dihantar selepas itu, sesetengahnya melalui utusan Korea, dan sesetengah oleh duta Mongol. Bakufu (kerajaan Shogun) memerintah kesemua yang memegang tanah (fiefs) di Kyushu (kawasan terhampir dengan Korea, dan dengan itu paling cenderung diserang) untuk kembali kejajahan mereka, dan pasukan di Kyushu bergerak ke barat, meningkat kawalan dititik pendaratan paling mungkin. Tambahan lagi, khidmat sembahyang besar-besaran diselenggarakan, dan banyak pekerjaan pemerintahan diketepikan bagi menangani krisis ini.
Pihak Khan sanggup untuk berperang seawal 1268, tetapi mendapati pihak Korea tidak mempunyai sumber untuk membekalkannya dengan tentera dan tentera laut yang mencukupi ketika itu. Dia menghantar pasukan ke Korea pada 1273, untuk bertindak sebagai pengawal hadapan, tetapi mereka gagal mendapatkan makanan mencukupi bagi diri mereka dan kuda mereka di kawasan desa di Korea, dan terpaksa kembali ke China bagi mendapatkan bekalan. Jumlah kuda yang diperlukan bagi menyokong tentera Mongol, dan padang ragut yang diperlukan menghadkan pergerakan tentera dikawasan tandus di mana hampir tiada apa yang tumbuh! Akhirnya, pada 1274, armada Mongol belayar keluar, dengan sekitar 15,000 tentera Mongol dan China dan 8,000 tentera Korea, dalam 300 kapal besar dan 400-500 kapal lebih kecil. Mereka menakluk kepulauan di Tsushima dan Iki dengan mudah, dan mendarat pada bulan 19 November di Teluk Hakata, tidak jauh dari Dazaifu, pusat pentadbiran silam Kyushu. Pada hari berikutnya berlaku Pertempuran Bun'ei (????), juga dikenali sebagai "Pertempuran Teluk Hakata"; pihak Mongol mempunyai taktik dan senjata yang lebih baik, tetapi jumlah mereka jauh lebih sedikit berbanding pahlawan Jepun yang telahpun bersedia menghadapi serangan tersebut selama beberapa bulan, dan turut menerima bantuan sebaik sahaja mereka mendengar khabar mengenai kejatuhan Tsushima dan Iki. Pihak Jepun berjaya bertahan sepanjang hari itu, dan ribut yang melanda pada malam itu mendorong tentera Mongol untuk berundur.
Bermula dari 1275, Bakufu meningkatkan usaha bagi mempertahankan penjajahan kedua yang mereka yakin akan datang. Selain pengurusan samurai di Kyushu yang lebih baik, mereka memerintahkan pembinaan struktur pertahanan di kebanyakan tempat pendaratan yang mungkin, termasuk Hakata. Sementara itu, raja Korea cuba beberapa kali untuk berunding dengan Mongol, menentang cubaan penjajahan lanjut terhadap Jepun.
Pada musim bunga 1281, armada China Mongol terhalang disebabkan kesukaran dalam membekalkan dan mengendalikan sejumlah besar kapal yang mereka ada. Armada Korea sebaliknya berlayar, dan menghadapi kemusnahan besar di Tsushima, sebelum berpatah balik. Pada musim panas, armada gabungan Korea/China menakluk Iki-shima, dan bergerak ke Kyushu, di mana mereka mendarat pada beberapa kedudukan. Dalam sejumlah pertempuran secara individu, dikenali secara menyeluruh sebagai Pertempuran Kouan (????), atau Pertempuran Kedua Teluk Hakata, pasukan Mongol diundurkan kembali ke kapal mereka. Ribut Kamikaze yang terkenal, taufan ganas, kemudiannya melanda persisiran Kyushu selama dua hari berterusan, dan memusnahkan sebahagian besar armada Mongol.
Kesannya
[sunting | sunting sumber]Kublai Khan ingin menjajah Jepun sekali lagi pada 1286, tetapi mendapati sumbernya amat kekurangan bagi cubaan sedemikian. Di Jepun pula, penstrukturan semula tahap national yang diperlukan bagi menangkis penjajahan Mongol telah memberi tekanan keatas struktur tentera dan ekonomi, dan menggunakan sumber negara kepenghujung had. Serangan ini turut memberikan alasan kepada bakufu untuk mengekalkan pemerintahan mereka keatas negara, dan tidak menyerahkan kawalan kepada Maharaja. Mereka terus memperkukuhkan pertahanan Kyushu selama beberapa tahun, dan banyak tindakan ketenteraan kekal selama beberapa tahun.
Walaupun tidak dipersetujui secara menyeluruh, ramai cendiakawan masa kini percaya bahawa jumlah pejuang dikedua belah pihak adalah lebih rendah daripada apa yang dinyatakan secara tradisi. Ramai cendikawan turut menekankan bahawa Jepun mampu menangkis penjajahan secara berkesan walaupun tanpa bantuan nasib ataupun angin kamikaze yang terkenal.
Sumber
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Serangan Mongol terhadap Jepun. |
- Sansom, George (1958). 'A History of Japan to 1334'. Stanford, California: Stanford University Press.