Pergi ke kandungan

Sokongan udara dekat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Serangan bantuan rapat)
Latihan USAF untuk komando Afghan.

Bantuan rapat udara (bahasa Inggeris: close air support; seringkali diringkaskan sebagai "CAS" ataupun "CAIRS") adalah penggunaan pesawat tentera berperanan sebagai penyerang sasaran berdekatan dengan tentera rakan, menyokong operasi tempur darat. Dalam peranan ini, pesawat serang darat bertindak serupa dengan artileri.

Sokongan udara dekat merupakan sebahagian daripada doktrin gabungan tempur moden yang diambil daripada doktrin blitzkrieg tentera Jerman semasa Perang Dunia II. Ia perlu diperhatikan bahawa pesawat tentera juga boleh menujukan sasaran darat yang berada jauh dalam kawasan musuh; serangan sedemikian jauh dibelakang barisan hadapan musuh dikenali sebagai penyekatan udara.

Sokongan udara dekat memerlukan penyelarasan yang baik bersama tentera darat. Sebarang pegawai bertauliah boleh meminta CARS tetapi ia paling baik dikendalikan oleh pegawai khas seperti pegawai artileri, pemerhati hadapan atau lebih baik lagi pegawai perhubungan udara (pegawai tentera udara).

Luftwaffe merupakan peneroka sokongan udara dekat, menggabungkan sepenuhnya doktrin blitzkrieg yang digunakan dalam Perang Dunia II. Menyediakan kedudukan menembak bagi artileri adalah lambat dan memerlukan masa. Kapal terbang lebih sesuai bagi menyelaras dengan kepantasan kemaraan barisan panzer Jerman. Pesawat yang paling terkemuka dalam peranan ini adalah Ju 87 Stuka, terkenal kerana kesan psikologi dan juga keupayaan ketenteraan langsung.

Sokongan udara dekat juga penting dalam operasi amfibia Perang Dunia II yang membolehkan kapal induk memberi sokongan kepada tentera yang mendarat di pantai.

Di Korea dan Vietnam, sokongan udara dekat ternyata penting bagi menyelamatkan nyawa tentera Amerika Syarikat dan turut memberikan penciptaan pengawal udara hadapan (FAC). Tentera Amerika Syarikat mahukan kehadiran Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) khusus di medan pertempuran untuk mengurangkan pembunuhan saudara atau kecederaan tentera sahabat. Pegawai perhubungan penerbangan (ALO) dilahirkan. ALO adalah pegawai aeronautik yang berkhidmat di luar kokpit sebagai penasihat utama kepada pemerintah darat mengenai keupayaan dan had kuasa udara.

Selepas Perang Vietnam pada pertengahan 1970-an, USAF memutuskan untuk melatih tentera berkhidmat bagi mengendalikan kebanyakan tugasan yang membebani ALO, termasuk kawalan serangan terminal. Sekarang, tugas utama ALO dalam peranan perhubungan, iaitu perincian halus dalam merancang sesuatu misi, ditugaskan kepada "Pihak Kawalan Udara Taktikal".

Republic F-84 Thunderjet melaksanakan misi CAS

Kontengensi udara Kor Marin Amerika Syarikat juga mengkhusus dalam sokongan udara dekat, kebanyakannya menggunakan pesawat pejuang V/STOL AV-8B Harrier, F/A-18 Hornet C dan D, serta helikopter penyerang AH-1 Cobra dalam memenuhi peranan ini.

Pelbagai jenis pesawat boleh memenuhi peranan sokongan udara dekat. Helikopter sering kali digunakan bagi sokongan udara dekat dan digabung rapi dengan operasi darat sehinggakan dalam kebanyakan negara ia beroperasi di bawah pemerintahan tentera darat dan bukannya tentera udara. Pesawat pejuang dan pesawat serang darat seperti A-10 Thunderbolt II memberikan sokongan udara dekat dengan menggunakan roket, peluru berpandu, bom ringan, dan tembakan yang bertubi-tubi.

Semasa Perang Dunia II, pengebom junam dan pesawat pejuang digunakan dalam peranan sokongan udara dekat. Kini, sokongan udara dekat biasanya dilakukan oleh pesawat pejuang-pengebom atau pesawat penyerang darat khusus, tetapi pengebom altitud tinggi yang besar turut mampu memenuhi peranan sokongan udara dekat dengan bantuan amunisi berpanduan tepat.

Semasa Perang Vietnam, Amerika Syarikat memperkenalkan pesawat bersenjata sayap kekal, yakni pesawat kargo yang diubah suai, untuk berperanan sebagai pesawat penyekatan udara sokongan udara dekat. Pesawat yang pertama adalah AC-47 Spooky. Model kemudian termasuk AC-119 dan AC-130.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]