Kapal induk pesawat udara
Kapal induk pesawat udara atau kapal pengangkut pesawat (Bahasa Inggeris: aircraft carrier[1] - kapal induk pinjam terjemah Belanda: moederschip[2]) ialah kapal perang terbesar yang memainkan peranan untuk melancar dan mendaratkan jet-jet pejuang. Kapal jenis ini mampu membenarkan pasukan tentera laut untuk meletakkan kuasa udara di jarak jauh tanpa bergantung kepada pangkalan tempatan di darat bagi menyediakan landasan untuk kapal terbang berlepas/mendarat. Tentera laut moden, yang mengendalikan kapal sedemikian menganggap kapal pengangkut pesawat sebagai unit pusat angkatan, peranan yang sebelumnya dimainkan oleh kapal tempur. Pertukaran, sebahagian daripada pertumbuhan kuasa udara sebagai sebahagian kuasa penting dalam perperangan, berlaku ketika Perang Dunia II. Kapal pengangkut pesawat tanpa kapal pengiring dianggap lemah terhadap serangan peluru berpandu dan dengan itu bergerak sebagai sebahagian pasukan tempur kapal induk.
Kapal ini biasanya merupakan kapal terbesar dikendalikan oleh tentera laut; kapal pengangkut pesawat Kelas Nimitz digerakkan dengan menggunakan dua reaktor nuklear dan empat reaktor turbin stim. Ia sepanjang 333 meter (1092 kaki) dan berharga sekitar AS$ 5 bilion. Amerika Syarikat memiliki kebanyakan kapal induk dengan lebih sedozen dalam perkhidmatan, dan kapal pengangkut pesawatnya merupakan batu asas (cornerstone) untuk menunjukkan keupayaan peluncuran kuasa Amerika Syarikat.
Sembilan negara memiliki kapal pengangkut pesawat: Amerika Syarikat, Perancis, India, Rusia, Sepanyol, Brazil, Itali, Thailand, dan United Kingdom. Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat China memiliki kapal pengangkut pesawat bekas Kesatuan Soviet Varyag, tetapi kebanyakan pakar analisis percaya mereka tidak berminat mengendalikannya, tetapi menggunakan Varyag untuk mempelajari operasi kapal pengangkut pesawat bagi kapal pengangkut pesawat masa depan China.
Tatarajah asas
[sunting | sunting sumber]Kapal induk memiliki dua tatarajah. Tatarajah kapal ang paling biasa mempunyai bahagian atas yang rata untuk kawasan pelancaran dan pendaratan kapal terbang. Manjanik kapal terbang berkuasa wap, memecut kapal terbang dengan pecutan penuh, daripada 0 kepada 265 kilometer sejam (165 bsj) dalam tempoh 2 saat semasa berlepas bagi membantu ia mencecah kelajuan berlepas. Untuk mendarat di atas kapal induk, kapal terbang yang mendarat yang bergerak pada kelajuan 240 kilometer sejam (150 bsj) dilengkapkan dengan pencangkuk ekor akan menangkap salah satu daripada empat kabel penahan yang dipasang merentangi dek dan akan menghentikan kapal terbang dalam jarak 100 meter (320 kaki) selepas menangkap kabel tersebut.
Tatarajah kedua dan yang terkini, dimajukan untuk Tentera Laut Diraja , mempunyai "loncatan ski" di hujung dek rata, yang membantu melancarkan kapal terbang. Susunan ini direka untuk kegunaan dengan pesawat VTOL atau STOVL yang mampu berlepas dan mendarat tanpa pergerakan hadapan atau hanya sedikit. Pesawat ini tidak memerlukan kemudahan manjanik atau kabel penahan untuk direntangkan merentasi dek penerbangan.
Dalam kedua-dua kes ini, kapal induk akan bergerak sehingga 35 knot (65 kilometer sejam) menghadap angin semasa operasi berlepas atau pendaratan agar meningkatkan kelajuan angin sebenar, dengan itu mengurangkan kelajuan yang diperlukan dibandingkan dengan kelajuan kapal.
Jenis asas
[sunting | sunting sumber]Terdapat beberapa jenis asas kapal induk, sesetengahnya telah lapuk penggunaannya:
- Kapal pengangkut kapal terbang laut, seperti HMS Engadine (1911), tidak lagi digunakan selepas 1950an.
- Kapal induk armada, seperti USS Essex (CV-9), biasanya 20,000 hingga 65,000 tan.
- Kapal induk pengiring, seperti USS Barnes (CVE-20), dibina hanya semasa Perang Dunia II, dan digunakan oleh Tentera Laut Diraja dan Tentera Laut A.S.
- Kapal induk ringan, seperti USS Independence (CVL-22), direka khas untuk membawa kapal terbang pejuang sahaja.
- Kapal CAM, seperti SS Michael E, kapal pembawa kargo yang mampu melancarkan kapal terbang pejuang tetapi tidak mampu mendaratkan kapal terbang. Kapal ini merupakan langkah kecermasan semasa Perang Dunia II.
- Kapal induk dagang, seperti MV Empire MacAlpine, satu lagi langkah kecermasan yang mana kapal dagang kargo dilengkapkan dengan dek penerbangan.
- Kapal serangan amfibia, seperti USS Tarawa, yang turut bertindak untuk tujuan membawa dan mendaratkan tentera.
- Kapal induk pertempuran anti-kapal selam, seperti HMS Invincible, juga dikenali sebagai "kapal pembawa helikopter."
- Kapal pengangkut pesawat super, seperti USS Nimitz, biasanya seberat melebihi 75,000 tan.
Kapal pengangkut biasanya disertai oleh beberapa kapal lain, bertujuan memberikan perlindungan untuk kapal induk yang sukar dikendali, untuk membawa bekalan, dan memberikan keupayaan menyerang tambahan. Ia sering diistilah sebagai kumpulan perang (battle group) atau kumpulan kapal induk (carrier group), kadangkala sebagai kumpulan tempur kapal induk (carrier battle group).
Penjajap dan kapal perang utama semasa tahun-tahun antara-perang sering membawa manjanik bagi melancarkan kapal terbang laut bagi tujuan peninjauan. Ia dilancarkan menggunakan manjanik dan diambil dengan menggunakan kren selepas mendarat. Ini kebanyakannya dibuang semasa Perang Dunia II.
Kebanyakan kapal tempur moden mempunyai keupayaan mengendalikan helikopter dan helikopter penyerang sebagai mewakili bentuk baru kapal pengangkut.
Armada-armada negara di dunia
[sunting | sunting sumber]Tentera Laut AS mempunyai armada kapal pengangkut pesawat terbesar di dunia, dengan 10 buah kapal pengangkut pesawat super yang berada dalam perkhidmatan aktif. China dan India setiap satu memiliki dua buah kapal induk STOBAR dalam perkhidmatan. UK juga mempunyai dua buah kapal induk STOVL. Tentera laut Perancis dan Rusia mengoperasikan sebuah kapal induk bersaiz sederhana.[a] AS juga mempunyai sembilan buah kapal peperangan amfibia dengan saiz setara. Terdapat juga lima buah kapal induk kecil yang mampu mengoperasikan pesawat kepak kaku dan helikopter; di mana dua buah dimiliki oleh Jepun dan Itali, dan sebuah oleh Sepanyol.
Selain itu, 18 buah kapal induk kecil yang hanya mengoperasikan helikopter digunakan oleh negara-negara seperti Australia (2), Brazil (1), China (2), Mesir (2), Perancis (3), Jepun (4), Korea Selatan (2), Thailand (1) dan Turkiye (1).
Australia
[sunting | sunting sumber]Kapal pembawa helikopter kelas Canberra dibina berdasarkan kapal kapal serangan amfibia kelas Juan Carlos I, yang mana terdiri daripada dua buah kapal. Kapal kelas ini dibina oleh Navantia dan BAE Systems Australia. Canberra merupakan kapal terbesar yang telah dibina untuk Tentera Laut Diraja Australia.[3] Canberra melakukan ujian dilaut pada akhir tahun 2013 dan ditauliahkan pada tahun 2014.
Kapal kedua daripada kelas Canberra, HMAS Adelaide, telah ditauliahkan pada bulan Disember 2015. Versi milik Australia mengekalkan lompatan ski daripada rekabentuk Juan Carlos I, meskipun Australia tidak membeli sebarang pesawat kepak kaku yang berpangkalan di atas kapal pengangkut.
Brazil
[sunting | sunting sumber]Sebuah kapal pengangkut jenis CATOBAR kelas São Paulo asalnya ialah kapal kelas Clemenceau yang kini berkhidmat dengan Tentera Laut Brazil. São Paulo telah ditauliahkan pada tahun 1963 oleh Tentera Laut Perancis sebagai Foch dan dijual kepada Brazil pada tahun 2000, di mana ia menjadi kapal induk baru bagi Tentera Laut Brazil. Semasa tempoh 2005–2010, São Paulo menjalani pemodenan ekstensif.[4] Pada akhir tahun 2010, ujian laut dimulakan, dan setakat 2011[kemas kini] São Paulo telah dinilai oleh CIASA (Inspection Commission and Training Advisory). Ia dijangka akan memasuki armada pada akhir tahun 2013, tetapi terlibat di dalam kebakaran besar pada tahun 2012.[5]
Setakat September 2016, kapal ini masih dibaiki; komander Tentera Laut Brazil, Laksamana Eduardo Leal Ferreira, berkata rancangan telah dibuat untuk memperbaharui sistem pendorongannya. Sistem manjanik kapal juga dilaporkan mengalami masalah.[6] Pada 14 Februari 2017, pihak tentera laut mengumumkan bahawa kapal ini akan dilucut tauliah, memetik kos yang tidak ekonomik untuk membuat pembaikan lebih lanjut.[7][8]
China
[sunting | sunting sumber]Sebuah pengangkut jenis STOBAR iaitu Liaoning asalnya dibina sebagai kapal kelas Laksamana Kuznetsov seberat 57,000 tan yang diberi nama Varyag[9] dan kemudian dibeli dalam bentuk ceraian oleh China pada tahun 1998 dengan alasan akan digunakan sebagai sebuah kasino terapung, kemudian dibina semula secara separa dan ditunda ke China untuk disudahkan.[10][11] Liaoning telah ditauliahkan pada 25 September 2012, dan mula digunakan dalama ujian dan latihan.[12] Pada 24 atau 25 November 2012, Liaoning berjaya melancarkan dan menerima beberapa buah pesawat Shenyang J-15.[13][14][15] Kapal ini dikelaskan sebagai sebuah kapal latihan, bertujuan untuk memberi latihan kepada tentera laut berlatih di atas kapal pengangkut. Pada 26 Disember 2012, akhbar People's Daily melaporkan bahawa Liaoning akan mengambil masa selama 4-5 tahun untuk mencapai keupayaan penuh, di sebabkan latihan dan koordinasi oleh Tentera Laut Tentera Pembebasan Rakyat akan memerlukan sejumlah besar masa kerana ini merupakan kapal pengangkut pesawat pertama milik mereka.[16] Oleh kerana statusnya sebagai kapal latihan, Liaoning tidak ditugaskan ke mana-mana operasi armada China.[17]
Mesir
[sunting | sunting sumber]Mesir telah menandatangani satu kontrak dengan pembuat kapal Perancis DCNS untuk membeli dua buah kapal pengangkut helikopter kelas Mistral sekitar 950 juta Euro. Kapal-kapal ini asalnya telah dibeli oleh Rusia, akan tetapi perjanjian telah dibatalkan oleh Perancis di sebabkan penglibatkan Rusia dalam konflik di Ukraine pada tahun 2014.[18]
Pada 2 Jun 2016, Mesir telah menerima kapal pertama daripada dua buah yang ditandatangani pada bulan Oktober 2015, iaitu Gamal Abdel Nasser. Majlis pertukaran panji telah dilakukan dengan kehadiran panglima tentera laut Mesir dan Perancis, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif dari kedua-dua DCNS dan STX Perancis, dan para pegawai kanan Mesir dan Perancis.[19] Pada 16 September 2016, DCNS telah menyerahkan kapal kedua iaitu Anwar El Sadat yang mana telah terlibat dalam satu latihan tentera bersama dengan Tentera Laut Perancis sebelum tiba di pelabuhannya di Alexandria.[20]
Mesir kini merupakan satu-satunya negara di Afrika dan Timur Tengah yang memiliki kapal pengangkut helikopter.[21]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ 'Aircraft carrier' - Maklumat Kata. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 18 Disember 2017.
- ^ Gustaaf Kusno (1 Disember 2010). "Kenapa Diberi Nama 'Kapal Induk'?". Kompasiana. Dicapai pada 27 Jun 2020.
Saya sering bertanya-tanya dalam hati, mengapa kapal maha-besar yang dapat menampung puluhan pesawat jet tempur ini diberi nama ’kapal induk’. Dalam bahasa Inggris dia dinamakan aircraft carrier (kapal pengangkut pesawat) dan jawaban atas kepenasaran saya ini rupanya ada pada bahasa Belanda. Di dalam istilah Belanda, dia dinamakan moederschip (moeder = induk, schip = kapal), sehingga terciptalah istilah kapal induk.
- ^ A segunda docagem do NAe São Paulo (dalam bahasa Portugis), BR: Alide, dicapai pada 24 Jun 2009 Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan) - ^ "Militar ferido em incêndio no porta-aviões São Paulo permanece em observação", Agência Brasil (dalam bahasa Portugis), EBC Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan). - ^ Brazilian admiral: Work continues on carrier Sao Paulo, IHS Jane's 360, 28 September 2016
- ^ Desmobilização do NAe 'São Paulo' (A 12), Defesa Aérea & Naval.
- ^ "Brazilian Navy retires Sao Paulo carrier" (dalam bahasa Inggeris). Mönch Publishing Group News. 15 Februari 2017.
- ^ "China aircraft carrier confirmed by general". BBC News. 8 Jun 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Jun 2011. Dicapai pada 9 Jun 2011. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "China brings its first aircraft carrier into service, joining 9-nation club". Behind The Wall. NBC. 25 September 2012. Dicapai pada 26 Oktober 2013.
- ^ "Liaoning, ex-Varyag". Global Security. Dicapai pada 30 September 2013.
- ^ "China's first aircraft carrier enters service". BBC News. 25 September 2012. Dicapai pada 30 September 2013.
- ^ Axe, David (26 November 2012). "China's aircraft carrier successfully launches its first jet fighters". Wired. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-29. Dicapai pada 30 September 2013.
- ^ "China lands first jet on its aircraft carrier". News. Fox. 25 November 2012. Dicapai pada 26 Oktober 2013.
- ^ "China lands first jet on its aircraft carrier". News info. Inquirer. 25 November 2012. Dicapai pada 26 Oktober 2013.
- ^ "Liaoning aircraft carrier will reach full capacity in 4-5 years". AirForceWorld.com. Dec 26, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-27. Dicapai pada 2016-06-23.
- ^ [Waldron, Greg (24 April 2013). "Chinese officer hints at country's big aircraft carrier plans". Flight International. FlightGlobal. Dicapai pada April 24, 2013.]
- ^ "Egypt signs Mistral contract with France". defenceweb.co.za. 12 Oktober 2015.
- ^ "DCNS DELIVERS THE FIRST MISTRAL-CLASS HELICOPTER CARRIER TO THE EGYPTIAN NAVY, THE LHD GAMAL ABDEL NASSER". 2 June 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2016. Dicapai pada 24 June 2016.
- ^ "DCNS DELIVERS THE SECOND MISTRAL-CLASS HELICOPTER CARRIER TO THE EGYPTIAN NAVY, THE LHD ANWAR EL SADAT". 16 September 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2016. Dicapai pada 17 September 2016.
- ^ "Egypt is only Middle East country to own Mistral helicopter carriers". 8 October 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 October 2016. Dicapai pada 9 October 2016.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kapal induk pesawat udara |
- Haze Gray & Underway, Senarai kapal pengangkut pesawat di dunia Senarai terperinci dan lengkap semua kapal pengangkut pesawat di dunia termasuk galeri foto.
- Kapal pengangkut pesawat dalam inventori Tentera Laut A.S
- Maklumat berkenaan anak kapal dek penerbangan, kabel pecangkuk, manjanik
- Bagaimana Alat Bekerja - Kapal pengangkut pesawat
- Senarai kapal pengangkut pesawat - Globalsecurity.org
- Sejarah dek bersudut
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan