Fairchild AC-119
AC-119G Shadow AC-119K Stinger | |
---|---|
| |
Peranan | Kapal terbang penembak |
Pengeluar | Fairchild |
Diperkenalkan | November 1968 |
Dihentikan | Tentera Udara A.S: 1971 Tentera Udara Republik Vietnam Utara: 1975 |
Pengguna utama | Tentera Udara Amerika Syarikat Tentera Udara Vietnam Selatan |
Jumlah dibina | 52 |
AC-119G Shadow dan AC-119K Stinger dimajukan semasa Perang Vietnam. Mereka menggantikan AC-47 Spooky yang tidak mencukupi dan tambahan kepada AC-130 yang lebih baru. Program pembinaan pesawat AC-119G dan AC-119K sebenarnya dibuat selepas pembinaan pesawat AC-130 Spectre dan bukan sebaliknya.
AC-47 terbukti terdedah pada tembakan dari darat, dan ia dirasakan bahawa kapasiti senjata yang lebih diperlukan. AC-119 Shadow membawa empat meriam mini, berbanding dengan tiga pada AC-47 dan lebih banyak peluru. Stinger menggantikan dua meriam mini dengan dua meriam 20 mm (.26") dari setiap jenis ditukarkan.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Menjelang akhir tahun 1967, penggunaan pesawat senjata AC-47 Spooky amat berjaya, tetapi Tentera Udara Amerika Syarikat merasakan pesawat AC-47 Spooky terlalu kecil. Mereka merancang untuk menggunakan pesawat yang lebih besar. Pesawat AC-130 Spectre amat berjaya tetapi kos operasinya dan kos kerangkanya mahal. Penggunaan AC-130 Spectre kebanyakkan tertumpu di Laluan Ho Chi Minh.
Sebaliknya, Tentera Udara Amerika Syarikat mempunyai banyak kerangka C-119 kerana pesawat ini tidak lagi bera dalam perkhidmatan aktif dan diletakkan dalam simpanan. Di bawah projek Project Gunship III, 26 buah pesawat C-119G dibina sebagai pesawat AC-119G dan 26 buah pesawat C-119K diubahsuai menjadi pesawat AC-119K (Model AC-119K mempunyai tambahan 2 laras meriam M61 berkaliber 20 mm).
Menjelang bulan November 1968, pesawat-pesawat ini dihantar ke Vietnam bagi menyertai Sayap Operasi Khas ke-14 terdiri dari Skuadron Ke-17 dengan AC-119G dan Skuadron Ke-18 dengan C-119K. Pesawat ini berkhidmat sehingga tahun 1971 apabila pasukan ini dibubarkan. Pesawat AC-119 meneruskan perkhidmatan dengan Tentera Udara Vietnam Selatan.
Kelengkapan
[sunting | sunting sumber]Project Gunship III mewujudkan pesawat penyerang yang jauh lebih berupaya berbanding dengan pesawat AC-47 Spooky. Pesawat AC-119 dilengkapkan alat ECM dan radar, berserta dengan Sistem Penglihatan Malam, sistem lampu AVQ-8 Xenon dan pelancar lampu suar LAU-74/A.
Pesawat AC-119K yang dibina untuk menyerang trak di Laluan Ho Chi Minh mempunyai peralatan radar Doppler AN/APN-147, pengimbas infra merah AN/AAD-4, dan radar-radar AN/APQ-133 dan AN/APQ-136. Pesawat AC-119G dilengkapkan dengan 4 pucuk mesingan GAU-2A/A dalam pod SUU-11A/A seperti yang dipasangkan dalam pesawat AC-47 Spooky. Kelengkapan ini kemudiannya ditukarkan dengan modul MXU-470/A. Pesawat AC-119K diberikan kelengkapan lebih berat dan dilengkapkan dengan tambahan 2 pucuk meriam M61 20 mm.
Spesifikasi (AC-119G)
[sunting | sunting sumber]Ciri umum
- Anak kapal: 6 (siang), 8 (malam)
- Panjang: 86 kaki 5¾ in (26.36 m)
- Rentang sayap: 109 kaki 3¼ in (33.31 m)
- Tinggi: 26 kaki 7¾ in (8.12 m)
- Sayap luas: 1,400 kaki² (130 m²)
- Berat kosong: 40,125 lb (18,200 kg)
- Berat berlepas maksimum: 62,000 lb (28,100 kg)
- Loji kuasa: 2× Wright R-3350-85 "Duplex Cyclone" enjin jejari, 3,500 k.k (2,610 kW) setiap satu
Prestasi
- Kelajuan maksimum: 180 knot (210 bsj, 335 km/j)
- Kelajuan sederhana: 130 knot (150 bsj, 240 km/j)
- Jarak: 1,680 batu nautika (1,930 batu, 3,100 km)
- Lelangit khidmat 23,300 kaki (7,100 m)
Persenjataan
- 4× meriam mini GAU-2/A 7.62 mm (0.30 in), 1,500 butir peluru/meriam
- 2x meriam M61 Vulcan 20 mm (versi AC-119K)
- 60× Mk 24 suar dalam pelancar suar LAU-74/A
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding