Pergi ke kandungan

Senjata anti-kapal selam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pelancar senjata Hedgehog.

Senjata anti-kapal selam adalah sebarang jenis peranti yang bertujuan bertindak terhadap kapal selam, anak kapalnya, untuk menenggelamkan kapal selam atau memusnahkan atau melumpuhkan keupayaannya sebagai senjata peperangan.

Sebarang senjata anti-kapal selam boleh digabung dengan peperangan anti-kapal selam (anti-submarine warfare, ASW) seperti Sistem Data Taktikal Tentera Laut (Navy Tactical Data System, NTDS) milik Tentera Laut Amerika Syarikat yang mengawal sistem senjata mengesan ancaman dan mensasarkan sasaran berpangkalan udara, darat dan laut. Bagaimanapun, dalam istilah mudah ia merupakan peluru, peluru berpandu atau bom yang dipertingkat bagi memusnahkan kapal selam.

Pembangunan

[sunting | sunting sumber]

Perang Dunia I

[sunting | sunting sumber]

Perang Dunia I menandakan pertelingkahan serius utama yang membabitkan penggunaan meluas kapal selam dan seterusnya menandakan permulaan usaha utama bagi menangani ancaman tersebut. Terutamanya, United Kingdom terdesak bagi mengalahkan ancaman U-Boat Jerman terhadap industri perkapalan British. Apabila bom yang digunakan didapati tidak berkesan ia mulai melengkapkan kapal pembinasanya dengan peledak dalaman - (depth charge) mudah yang boleh digugurkan kedalam air sekitar lokasi yang dipercayai terdapat kapal selam. Semasa tempoh ini mereka mendapati bahawa menetapkan kedalaman agar sesetengah letupan meletup di bawah, dan di atas kapal selam adalah lebih berkesan.

Sebelum perang berakhir, keperluan bagi senjata lontar hadapan telah diakui dan ujian dijalankan. Hidrofon telah dimajukan dan menjadi peranti yang semakin berkesan. Juga, kapal terbang dan kapal udara yang membawa bom dalam (depth bombs) (peledak dalam dari udara - (aerial depth charges)), sungguhpun agak kecil dengan bahan letupan lemah juga digunakan. Tambahan lagi, kapal selam pemburu-musnah juga muncul, HMS R-1.

Hedgehog, motar anti-kapal selam 24 laras, di pasang pada menara hadapan kapal pemusnah HMS Westcott, 28 November 1945

Perang Dunia II

[sunting | sunting sumber]

Pertempuran Atlantik

[sunting | sunting sumber]

Menjelang Perang Dunia II, senjata anti-kapal selam adalah lebih maju, tetapi semasa peperangan itu, terdapat pembaharuan bagi peperangan kapal selam sepenuhnya oleh Jerman dan juga pengunaan kapal selam secara meluas oleh pihak bertempur yang lain. Kegunaan berkesan peledak dalam memerlukan gabungan sumber dan kemahiran ramai individual semasa serangan. Maklumat sonar, juru mudi, pengendali peledak dalam dan pergerakan kapal lain perlu diselaraskan dengan berhati-hati agar menghasilkan serangan peledak dalam yang berjaya.

Bom peledak dalam dari udara biasanya di pasang agar meletup pada kedalaman cetek, sementara kapal selam menyelam pantas bagi melarikan diri dari serangan. Ketika Pertempuran Atlantik berlansung, pasukan British dan Komonwealth terbukti amat pantas memahirkan diri dengan taktik serangan peledak dalam, dan membentuk kumpulan pembinasa pemburu-musnah pertama yang bergerak secara aktif bagi memburu dan memusnahkan U-boat Jerman.

Hasilnya, barisan senjata anti-kapal selam telah dimajukan. "Motar anti-kapal selam" lontar hadapan mula diperkenalkan pada tahun 1942. Mortar ini menggunakan peledak dalam kecil nama kod Hedgehog (Landak). Satu jenis menghasilkan pola letupan bawah air sekeliling yang dijangkakan musuh, sementara jenis kedua dipasang dengan peletup sentuh, bererti peledak meletup hanya apabila bersentuhan dengan kapal selam. Reka bentuk kedua membenarkan pembinasa atau pengiring pembinasa yang memburu bagi mengekalkan hubungan sonar sehingga "kejayaan" dicapai. Tambahan lagi, senjata baru yang direka bagi kegunaan kapal terbang , dengan pantas meningkatkan kepentingan mereka dalam memerangi kapal selam. Pembangunan FIDO (Mk 24 mine) torpedo anti-kapal selam pensasar pada tahun 1943 (yang boleh digugurkan oleh kapal terbang), adalah penyumbang utama bagi peningkatan jumlah kapal selam Jerman yang ditenggelamkan.

Medan Pasifik

[sunting | sunting sumber]

Jepun, Amerika Syarikat, Great Britain, Belanda, dan Australia kesemuanya menggunakan pasukan anti-kapal selam di Medan Pasifiksemasa Perang Dunia II. Disebabkan Tentera laut Jepun cenderung menggunakan kapal selam mereka terhadap kapal utama seperti penjajap, kapal tempur, dan kapal induk, usaha anti-kapal selam U.S. dan pihak Berikat menumpukan usaha mereka bagi menyokong pertahanan sokongan armada.

Kapal selam Jepun awal tidak mudah dikendalikan dalam air, tidak mampu menyelam dalam, dan ketiadaan radar. Lewat dalam peperangan, kapal selam Jepun dilengkapi dengan perkakasan radar. Bagaimanapun kapal selam dilengkapi radar ini dalam sesetengah kes ditenggelamkan kerana keupayaan penerima radar Amerika Syarikat bagi mengesan kesan pemancar tinjau mereka. Sebagai contoh, Batfish (SS-310) menengelamkan tiga kapal selam Jepun yang dilengkapi radar dalam tempoh empat hari. Pada 1944, pasukan anti-kapal selam U.S. mula menggunakan FIDO (Mk 24 mine) torpedo pensasar dari udara terhadap kapal selam Jepun yang menyelam dengan kejayaan besar.

Sebaliknya, kapal selam pihak Berikat tertumpu kebanyakannya terhadap perkapalan perdagangan Jepun. Akibatnya pasukan anti-kapal selam Jepun terpaksa membahagikan usaha mereka bagi mempertahankan keseluruhan laluan perkapalan perdagangan mereka, bukan hanya bagi membawa bekalan pasukan mereka, tetapi juga bagi meneruskan usaha mengimport bahan mentah peperangan yang diperlukan bagi pulau tanah air Jepun.

Pada mulanya, pertahanan anti-kapal selam Jepun terbukti kurang berkesan menentang kapal selam Amerika Syarikat. Alat mengesan kapal selam Jepun tidak semaju sesetengah negara lain. Senjata anti-kapal selam utama Jepun bagi kebanyakan Perang Dunia II adalah peledak dalam, dan serangan peledak dalam Jepun oleh pasukan permukaan mereka pada awalnya tidak begi berjaya terhadap armada kapal selam U.S.. Kecuali tertangkap di perairan cetek, komandar kapal selam U.S. biasanya mampu menyelap pada kedalaman lebih dalam bagi mengelakkan kemusnahan, kadang-kala menggunakan halangan perbezaan suhu bagi melepaskan diri dari dikejar. Tambahan lagi, semasa bahagian pertama perang, pihak Jepun cenderung memasang peledak dalam mereka terlalu cetek, tidak mengetahui bahawa kapal selam Amerika Syarikat mempunyai keupayaan untuk menyelam melebihi 150 kaki.

Malangnya, kecacatan taktik peledak dalam Jepun dibongkar pada June 1943 dalam sidang akhbar yang diadakan oleh ahli kongres U.S. Andrew J. May, ahli kepada Jawatan Kuasa Hal Ehwal Tentera Rumah (House Military Affairs Committee) yang melawat medan Pasifik dan menerima banyak menerima taklimat operasi dan risikan rahsia. Dalam sidang akhbar tersebut, May mendedahkan bahawa kapal selam Amerika mempunyai kadar selamat yang tinggi disebabkan peledak dalam Jepun dipasang agar meletup terlalu cetek, biasanya 100 kaki (kerana pasukan Jepun mempercayai bahawa kapal selam Amerika biasanya tidak melepasi kedalaman ini). Pelbagai pertubuhan akhbar menghantar berita ini melalui wayar mereka, dan banyak akhbar, termasuk satu di Honolulu, tanpa berfikir menerbitkannya. Tidak lama kemudian, peledak dalam pihak musuh dipasang agar meletup pada kedalaman lebih berkesan sekitar kedalaman 250 kaki. Laksamana Muda Charles A. Lockwood, komander armada kapal selam U.S. di Pacifik, kemudiannya menganggarkan pembongkaran May menyebabkan Tentera laut kehilangan sekitar sepuluh kapal selam dan 800 anak kapal.[1][2]

Selain dari menukar kedalaman peledak dalam mereka kepada kedalaman lebih dalam, pasukan anti-kapal selam Jepun juga mula menggunakan pesawat udara autogyro dan perkakasan Pengesan Kelainan Magnetik (Magnetic Anomaly Detector) (MAD) bagi menenggelamkan kapal selam U.S., terutamanya yang berada di laluan perkapalan utama atau beroperasi berhampiran pulau tanah air. Sungguhpun begitu, penengelaman kapal selam U.S. perkapalan Jepun berterusan pada kadar meningkat dengan lebih banyak kapal selam Amerika Syarikat diletakkan di Pasifik setiap bulan. Menjelang akhir peperangan, kapal selam U.S. telah memusnahkan lebih banyak perkapalan Jepun berbanding keseluruhan gabungan senjata lain, termasuk kapal terbang.

Kemajuan Selepas Perang

[sunting | sunting sumber]

Perang Dingin membawa pertelingkahan baru bagi peperangan kapal selam. Peperangan pembangunan ini telah mendorong Amerika Syarikat dan Soviet Union berlumba bagi memajukan kapal selam yang lebih baik, lebih halimunan, dan lebih merbahaya sementara pada masa yang sama memajukan senjata anti-kapal selam yang lebih baik dan tepat dan pelantar senjata baru termasuk helikopter.

Kapal selam penyerang (SSKs dan SSNs) dimajukan agar memiliki torpedo yang lebih pantas, jarak lebih jauh, dan lebih memilih. Ini, bersama dengan peningkatan dalam sistem sonar, menjadikan kapal selam peluru berpandu balistik lebih terdedah kepada kapal selam penyerang dan meningkatkan keupayaan peperangan anti permukaan (anti-surface warfare) (ASuW) kapal selam penyerang. SSBN sendiri termasuk kapal selam peluru berpandu kruise (cruise-missile submarines - SSGN) dilengkapi dengan peluru berpandu yang lebih tepat dan dilengkapi dengan teknologi penyeyap tinggi.

Untuk menangani ancaman ini, torpedo yang dipertingkat bagi mensasar kapal selam dengan lebih berkesan, dan roket dan peluru berpandu anti-kapal selam baru yang lebih berkesan telah dimajukan bagi memberi kapal keupayaan anti-kapal selam jarak jauh. Kapal, kapl selam, dan Kapal terbang Ronda Marin - (Maritime Patrol Aircraft - MPA) turut dilengkapi dengan teknologi yang semakin berkesan bagi mengesan kapal selam, contohnya Pengesan Kelainan Magnetik - (Magnetic Anomaly Detectors - MAD) dan sonar yang dipertingkatkan.

Teknologi anti-kapal selam

[sunting | sunting sumber]

Banyak konsep telah dicuba bagi menyerang kapal selam. Komponen serangan anti-kapal selam adalah pengesanan: senjata anti-kapal selam tidak dapat digunakan dengan jayanya tanpa mula-mula menjejak kapal selam musuh.

Peralatan Pengesanan

[sunting | sunting sumber]

Radar adalah peralatan utama dalam Perang Dunia II bagi mengesan kapal selam yang timbul. Selepas pembangunan kapal selam berkuasa nuklear menjadi biasa, kapal selam jarang timbul di luar pelabuhan asal, menjadikan pengesanan radar tidak berkesan.

Semenjak Perang Dunia II, sonar telah muncul sebagai kaedah utama bagi pengesan kapal selam bawah air. Keupayaannya telah dipertingkatkan dengan pembangunan boya sonar yang dicampak dari udara, yeng menghantar isyarat sonar kepada kapal udara di udara.

Pengesan Kelainan Magnetik

[sunting | sunting sumber]

Pengesan Kelainan Magnetik (MAD) adalah penerima eletronik direka bagi mengesan radiasi magnet objek logam besar, seperti badan keluli kapal selam. Sebelum pembangunan boya sonar, peralatan MAD seringkali dipasang pada kapal terbang bagi mengesan kapal selam di air cetek. Ia masih digunakan sehingga hari ini.

Senjata Anti-kapal selam

[sunting | sunting sumber]
Peledak dalaman Tentera laut U.S., digunakan semasa Perang Dunia II.

Yang paling mudah dalam senjata anti-kapal selam, peledak dalam adalah bekas besar yang diisi dengan bahan letupan dan dipasang agar meletup pada kedalaman yang telah ditentukan terlebih awal. Kesan gegaran letupan mampu merosakkan kapal selam dari jarak jauh, sungguhpun ledakan dalam perlu berada hampir dengan kapal selam bagi memecahkan badan kapal selam tersebut. Peledak dalaman yang digugurkan dari udara dirujuk sebagai 'bom dalam'; ini kadang kala dilengkapi dengan sarung aerodinamik.

Peledak dalam yang dilancarkan dari permukaan biasanya digunakan dalam gugusan agar menhasilkan kerosakan besar melalui hentaman berterusan ke atas kapal selam dengan letupan yang mengegarkan. Peledak dalam dipertingkat dengan banyaknya semenjak ia mula digunakan dalam Perang Dunia I. Untuk menandingi kemajuan dalam reka bentuk kapal selam, mekanisma mengesan tekanan dan bahan letupan dipertingkatkan semasa Perang Dunia II bagi memberikan lebih kuasa gegaran dan peledak yang mampu meledak dengan berkesan pada pelbagai tahap kedalaman.

Bom dalam dari udara biasanya dijatuhkan secara berdua atau bertiga dalam pola yang telah ditetapkan sebelumnya, sama ada daripada kapal terbang, helikopter, atau kapal udara. Oleh kerana serangan udara biasanya mampu mengejutkan kapal selam di permukaan, bom dalam dari udara biasanya dipasang agar meletupkan pada kedalaman cetek, sementara kapal selam sedang cuba menyelam menjunam. Dalam kebanyakan kes kemusnahan sepenuhnya tidak dicapai, tetapi kapal selam masih terpaksa berundur untuk diperbaiki.

Peledak awal direka untuk digolek kedalam air dari belakang kapal laju. Kapal perlu bergerak cukup pantas untuk mengelakkan gegaran peletus dalam. Reka bentuk terkemudian membenarkan peledak dalam dilontar jauh dari kapal, membenarkan kapal lebih perlahan menggunakannya dan kawasan lebih luas dapat dilitupi.

Kini, peledak dalam bukan hanya digugurkan oleh kapal udara atau kapal laut, tetapi mampu dibawa oleh peluru berpandu kepada sasarannya.

Apabila didapati bahawa peletup dalam jarang mengenai dan memusnahkan kapal selam, tetapi sebaliknya paling berkesan dalam kelompok, ia didapati bahawa kesan yang sama atau lebih baik boleh didapati dengan sejumlah besar letupan kecil. Motar anti-kapal selam sebenarnya adalah susunan motar spigot, direka bagi menembak sejumlah bahan letupan kecil serentak dan direka bagi menghasilkan barisan letupan sekeliling kedudukan kapal selam. Ini sering kali dikenali sebagai Hedgehogs menurut nama yang diberikan semasa Perang Dunia II rekaan British. Tidak lama kemudian peluru motar ASW dilengkapi dengan peletup hentaman yang meletup hanya apabila benar-benar menghentam badan kapal selam, membenarkan pengendali sonar mengekalkan jejak bunyi berterusan sehingga hentaman dicapai.

Torpedo penjejak yang pertama sekali berjaya diperkenalkan oleh Tentera laut Jerman bagi kegunaan cabang U-boatnya menentang perkapalan pihak Berikat. Selepat menawan beberapa dari senjata ini, bersama penyelidikan bebas, Amerika Syarikat memperkenalkan torpedo penjejak dari udara FIDO (juga dikenali sebagai periuk api Mark 24 sebagai penyamaran) pada tahun 1943. FIDO direka bagi menembusi badan tekanan besi kapal selam, tetapi tidak semestinya menyebabkan bencana (catastrophic implosion), membolehkan kapal selam yang lumpuh untuk timbul ke permukaan di mana kapal selam dan anak kapalnya boleh ditawan. Selepas Perang Dunia II, torpedo penjejak menjadi salah satu senjata anti-kapal selam utama, digunakan oleh kebanyakan kuasa tentera laut dunia. Pesawat udara turut berterusan menjadi pelantar pelancar utama, termasuk helikopter yang baru diperkenalkan, sungguhpun torpedo penjejak juga boleh dilancarkan dari kapal permukaan atau kapal selam. Bagaimanapun, kekangan kelajuan torpedo ketika menyerang dan mengesan sasaran telah mendorong kepada pembangunan senjata anti-kapal selam bawaan peluru berpandu yang boleh dilancarkan lansung keatas kapal selam musuh, seperti ASROC.

Periuk api

[sunting | sunting sumber]

Sama seperti yang direka untuk menewaskan kapal permukaan, periuk api boleh dipasang bagi menantikan kapal selam musuh lalu berhampiran sebelum meletup untuk menyebabkan kerosakan gegaran kepada kapal selam. Sesetengah mampu bergerak dan apabila mengesan kapal selam ia mampu bergerak kearah kapal selam sehingga memasuki jarak pemusnah. Malah terdapat pembangunan periuk api yang mempunyai keupayaan melancarkan torpedo yang tertutup kearah kapal selam musuh yang dikesan. Periuk api boleh dipasang oleh kapal selam, kapal atau kapal terbang.

Roket anti kapal selam

[sunting | sunting sumber]

Salah satu senjata anti-kapal selam terkini, Roket Anti-Kapal Selam (Anti-Submarine ROCkets (ASROCs), SUBROC, Ikara dan peluru berpandu Malafon Perancis berbeza dengan peluru berpandu jenis lain dari segi ia tidak membawa kepala peledak yang akan meletup di atas sasaran sebagaimana peluru berpandu lain tetapi sebaliknya membawa senjata anti kapal selam kepada permukaan di mana senjata itu digugurkan bagi melengkapkan serangan. Peluru berpandu itu sendiri dilancarkan dari pelantarnya dan bergerak ke titik penghantaran yang telah ditetapkan.

Peluru berpandu mempunyai kelebihan utama dari segi jarak dan kepantasan menyerang. Torpedoe amat perlahan berbanding peluru berpandu, mempunyai jarak lebih dekat, dan lebih mudak dikesan oleh kapal selam musuh. Peluru berpandu anti-kapal selam biasanya dilancarkan daripada kapal permukaan, membenarkan pengiring permukaan senjata yang sentiasa bersedia dalam semua cuaca, semua keadaan laut untuk menyerang sasaran yang memerlukan kepantasan, yang tidak dapat ditandingi oleh sebarang sistem penghantaran dari segi kepantasan tindak balas. Ia mempunyai kelebihan tambahan dari segi ia sentiasa di bawah kawalan komander kapal pengiring, dan tidak seperti senjata hantaran udara tidak dapat dilencung bagi tugasan lain, atau bergantung kepada cuaca atau kesediaan penyelengaraan. Penghantaran udara juga bergantung kepada keadaan kurang bahan api, atau beban senjata meningkat. Peluru berpandu sentiasa ada, dan sentiasa dalam keadaan sedia. Ia membenarkan torpedo atau Bom Dalam Nuklear untuk memasuki air hampir tepat di atas kedudukan kapal selam musuh, mengurangkan keupayaan kapal selam untuk mengesan dan mengelak serangan. Peluru berpandu juga lebih pantas dan tepat dalam kebanyakan kes berbanding helicopter atau kapal terbang bagi menjatuhkan torpedo dan peledak dalam, dengan jangka masa 1 hingga 1.5 minute dari keputusan melancarkan hingga torpedo memasuki air. Helicopter biasanya memakan lebih banyak masa hanya untuk berlepas dari dek kapal pengiring.

  1. ^ Blair, Clay, Silent Victory (Vol.1), The Naval Institute Press, 2001
  2. ^ Lanning, Michael Lee (Lt. Col.), Senseless Secrets: The Failures of U.S. Military Intelligence from George Washington to the Present, Carol Publishing Group, 1995
  • Blair, Clay, Silent Victory (Vol.1), The Naval Institute Press, 2001
  • Lanning, Michael Lee (Lt. Col.), Senseless Secrets: The Failures of U.S. Military Intelligence from George Washington to the Present, Carol Publishing Group, 1995

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]