Pergi ke kandungan

Senarai watak Ghost

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Berikut ialah senarai watak-watak yang muncul dalam siri drama Malaysia berjudul Ghost terbitan Popiah Pictures untuk 8TV.

Watak utama

[sunting | sunting sumber]

Dalam musim pertama, Eza Azmi (Cheryl Samad) ialah seorang wartawan majalah yang terikat dengan roh pelakon terkenal Zack Imran dan satu-satunya manusia bernyawa yang dapat melihat roh itu setakat ini. Di rumahnyalah roh Zack bertempat sementara misterinya belum selesai. Atas gesaan roh Zack itu sendiri, Eza perlu memainkan peranan detektif dengan banyak melawat rumah kenalan-kenalan Zack dan menempuhi ancaman terhadap nyawa diri semata-mata untuk mendapatkan segala kepastian demi artis kesayangannya. Dia juga berkawan baik dengan Julie Cheah, seorang yang bercita-cita menjadi peragawati yang seolah-olah tiada kena-mengena dengan kes pembunuhan Zack Imran, tetapi lambat-laun Eza mengetahui kisah silam yang tragis di sebalik Julie dan kawan-kawannya yang lain, terutamanya melibatkan kakak Julie iaitu Cindy dan teman lelaki dan doktor peribadinya, Dr. Jamal.

Sepanjang "siasatan peribadi" ini, Eza melawat rumah Jimmy Rozario dan David Tan untuk mencari bayangan dengan bantuan roh Zack. Eza mengambil sikap berhati-hati apabila berbual dengan Zack apabila hadirnya orang lain agar tidak disangka kurang siuman. Sepanjang pencarian misteri Zack, Eza disumbat mulut dan diikat tangan kakinya tiga kali, iaitu apabila bertembung dengan seorang konco untuk mendapatkan CD-R yang membawa bukti sebalik kematian Zack[1], apabila dijerat dan diculik oleh Maria Zainal apabila dia berhadapan dengan ancaman curahan asid[2], dan apabila bertembung dengan dalang di sebalik kematian Zack, apabila dia ditembak lalu berada dalam keadaan koma di hospital selama sebulan, sekali nadi jantungnya terhenti.[3][4] Setelah sedar semula, Eza meneruskan pengembaraannya untuk menyelesaikan misteri Zack. Dia dengan bantuan Zack memecah masuk rumah Dr. Jamal untuk membongkarkan bukti terkukuh mengenai pembunuh Zack. Setelah didapati bahawa Jamal merupakan pembunuhnya, Eza menembaknya di hadapan mata Julie atas suruhan Zack yang merasuki lelaki itu. Setelah lerainya pergelutan ini, akhirnya Zack terpaksa berpisah. Setahun kemudian, Eza mengarang dan memasarkan sebuah buku berjudul Reflections mengenai pengalaman hidupnya,[5] dan seutas cincin perak milik Zack diikat pada seutas benang yang dipakai di leher Eza sebagai kenangan.

Dua tahun selepas peristiwa-peristiwa musim pertama, Eza bekerja untuk akhbar KL Metro. Sekali lagi dia menggadai nyawa dan kerjayanya untuk membantu seekor lagi hantu mangsa bunuh, seorang remaja bernama Harum, sambil membongkar misteri di sebalik kehilangan anak kaya Alicia Soo. Suspek pertama bagi Eza ialah Adnan yang mula-mula menculiknya, tetapi akhirnya tertumpas dan memberi alamat rumah usang di mana Eza menemui mayat Harum, dan kali pertama bertembung dengan Alam.[6] Mereka baru mula berkenalan di episod ke-2 apabila Eza mendapati Alam menyentuh-nyentuh keretanya.[7] Di samping itu, disebabkan Eza meliputi misteri ini, dalam hampir setiap episod dia dikirim sampul yang diisi "pembayang" dalam misteri ini oleh orang yang tidak dikenali, sehingga dia menyedari bahawa dirinya dipergunakan oleh pembunuh untuk memudahkan kerjanya lalu sekali memberi amaran kepada penyangak itu supaya tidak mengganggunya dengan hantaran sebegitu, tetapi tidak diendah pula.[8] Eza sering berasa tidak senang hati apabila bekerja bersama Alam yang kelihatan berperangai pelik. Apapun, Eza bekerjasama dengan Alam merapatkan dirinya, dan ada kalanya cuba melindungi dengan orang-orang lain yang berhubung kait dengan misteri berkenaan, iaitu kenalan-kenalan Harum dan Alicia seperti bapa mereka, Edmund Soo; Ridzuan, seorang ahli muzik yang pernah berpacaran dengan Harum dan Alicia, dan terasa ingin membunuh dirinya atas kematian Harum (tetapi akhirnya dibunuh oleh Wai); Dato' Razak, seorang usahawan yang mencintai Alicia (dibunuh oleh pembunuh tatu); Kasih, ibu kepada Harum; Aril, suami kepada Ina Hasnul, seorang lagi mangsa kepada pembunuh terlibat; Johan Putra, seorang kenalan Edmund yang ditahan kerana disyaki membunuh Ina; dan Ilyana, seorang pelacur yang mengenali Edmund (tetapi dibaham oleh pembunuh tatu).

Dalam musim kedua juga, Eza bertunang dengan ketua penyunting akhbar berkenaan iaitu Fariz sehingga diadakan jamuan yang meriah di rumah Fariz untuk meraikannya, bagaimanapun hubungan antara mereka mulai tegang apabila mendapati Fariz pernah bercinta dengan seorang bernama Lydia. Fariz pula runsing dengan cara Eza bekerja yang didapatinya seolah-olah detektif atau penyiasat polis biarpun sekadar wartawan akhbar, sehingga membandingkan kerja Eza itu dengan wartawan rancangan Melodi lalu menegurnya agar mengehadkan skop kerjanya kepada tugas wartawan akhbar. Biarpun sedemikian, namun Eza tetap meneruskan pencarian penyelesaian kepada misteri penculikan Alicia Soo yang begitu rumit, kerana dia percaya menyiasat juga tugas seorang wartawan KL Metro.[9] Lambat-laun Fariz berbaik-baik semula dengan Eza, sehingga dia menyaksikan Eza dan Alam berpegang tangan (untuk berhubung dengan Harum).[8]

Apabila Eza ditawan oleh pembunuh tatu dan dikurung di bangunan Rumah Harapan yang usang, dia berjaya menemui Alicia Soo di sebalik dinding. Fariz dan Alam datang untuk menyelamatkan Eza, tetapi pembunuh itu menembak Alam dan menahan Eza dan Fariz pada kerusi seksaan yang dilengkapkan bilah penusuk yang diikat pada sebelah lengan, di bilik-bilik yang berasingan (mereka berdua dapat saling menghubungi melalui set TV lama di bilik masing-masing). Pembunuh itu mengugut agar salah seorang menusuk dirinya atau kedua-duanya mati disedut racun dalam masa dua minit. Dan pada detik inilah Eza kehilangan Fariz buat selamanya.[10] Eza terasa sebak kerana meratapi kehilangan dua orang lelaki tersayang, iaitu Fariz dan Zack Imran, sehingga hendak mengambil nyawa dirinya sehingga Zack menghalangnya[11], agar Eza kembali mencari pembunuh itu dengan bantuan Zack yang pernah tinggal sebumbung dengan enam orang lain yang sejarah mereka berhubung kait dengan kegiatan pembunuh itu.[12]

Eza menghampiri penyelesaian kes "pembunuh tatu" apabila memperoleh arkib rakaman kemalangan Sarah pada tahun 1994 dari pihak TV3, dan memainkannya dalam komputer di rumahnya ketika dikunjungi Inspektor Mazdin. Apabila melihat wajah Mazdin dalam rakaman tersebut, maka Mazdin mendedahkan dirinya sebagai pembunuh yang dicari-cari lalu menahan Eza dalam rumahnya sebelum diselamatkan oleh Alam, Zack dan Harum.[13] Sebagai cubaan terakhir membalas dendam, Eza dirasuk oleh roh Romeo untuk membunuh Edmund Soo dan menculik Alicia sekali lagi di rumah usang (di samping membunuh Alam yang cuba menghalangnya), sebelum diusir keluar apabila Eza menusuk dirinya agar dirinya boleh bersama Zack selamanya. Di penghujung musim ini, roh Eza dan Zack merenung jasad Eza yang cuba diselamatkan di bilik kecemasan hospital, sambil dipujuk oleh Zack untuk memilih kehidupan.[14]

Zack Imran

[sunting | sunting sumber]

Zack Imran (1979—2008) (Nazrudin Rahman) ialah watak hantu utama dalam musim pertama. Di tahun-tahun terakhir hayatnya, Zack merupakan seorang pelakon filem terkenal yang ditemui mati dalam satu kemalangan yang amat dahsyat sehingga mayatnya teruk terbakar. Namun begitu, Zack yang hanya tinggal roh percaya bahawa dia sebenarnya dibunuh lalu mayatnya dimasukkan dalam kereta yang ditimpa kemalangan itu. Hantu ini terikat dengan Eza lalu berharap pada Eza agar membantu Zack menyelesaikan misteri di sebalik kematiannya. Kebolehan Zack menyentuh dan menggerakkan objek pendam sehingga apabila menyelamatkan Eza daripada serangan penyangak.[1]

Zack menaikkan namanya sekitar tahun 2005 apabila memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Baru Terbaik di Anugerah Skrin tahun itu.[15] Zack sering menunjukkan sifat kaki perempuannya kerana bercakap besar mengenai nafsu berahinya dan kelihatan suka hati memasuki tandas perempuan setelah menjadi hantu.

Wanita ternama terakhir yang bersama Zack pada bulan-bulan terakhir hidupnya ialah Datin Faizura, dan pada malam terakhir mereka berdua diperhati oleh Maria Zainal yang bertugas sebagai pembersih hotel ketika itu. Dan pada malam Faizura meluahkan nekadnya untuk melarikan diri, Zack memarahi Eza kerana terlalu mempercayai Farouk selaku pengawal Faizura sedangkan Faizura mengandung anak Zack sendiri.[16]

Sewaktu Eza dalam koma akibat tertembak, Zack mendapati tenaganya makin merosot dan makin terdesak untuk mencari jawapan. Selepas Eza bangkit dan siasatan disambungkan, Zack didapati didakwa merogol kakak Julie suatu ketika dahulu lalu diculik Julie sebelum dibunuh oleh teman lelakinya, Dr. Jamal Hafiz. Dan sebagai penyelesaian terakhir, Zack merasuki Jamal lalu menyuruh Eza menembaknya sebelum tiba masanya untuk "bersemadi."[5]

Rupa-rupanya Zack masih mengawasi setiap langkah Eza dari detik-detik terakhir musim pertama sehingga peristiwa-peristiwa musim kedua, seperti yang diperdengarkan suaranya di parti pertunangan Eza dan Fariz,[6], menghalang Eza dari menikam diri atas suruhan Romeo ketika diculik melalui tenaganya[10], dan apabila Zack menunjukkan mukanya untuk menghalang Eza dari mencederakan dirinya atas kehilangan Fariz lalu menerangkan kisah silam Romeo si pembunuh selaku seorang kenalan lama di Rumah Harapan yang juga ditumpangi oleh Edmund Soo, Wai dan lain-lain.[11]

Harum Abdullah

[sunting | sunting sumber]

Harum Abdullah (1992—2009) (Isma Hanum) ialah watak hantu utama untuk musim kedua. Eza menemui mayat Harum di sebuah rumah usang di Jalan Abdullah, dipercayai ada hubung kait dengan kehilangan Alicia Soo.[6] Sambil menyiasat latar belakangnya, Eza mengajar Harum selok-belok dan kebolehan menjadi hantu berdasarkan pengalaman Eza bersama Zack. Sejarah hayat Harum tidak begitu memuaskan. Harum pernah menceritakan bahawa bapanya lari dari rumah, lalu hubungannya dengan ibunya retak.[17] Di hari-hari terakhir hayatnya, Harum bekerja di sebuah kelab malam dan mengaku menjual dadah kepada seorang bernama Mansur.[7]

Harum pernah bercinta dengan Ridzuan, tetapi lambat-laun Ridzuan makin tertawan oleh godaan Alicia Soo. Setelah Harum mendapati Ridzuan bermain kayu tiga dengan berasmara dengan Alicia di dalam kereta di parkir, berlakunya pergaduhan antara Harum dan Ridzuan yang berkesudahan dengan Ridzuan mengelar leher Alicia dengan sepasang playar yang disorokkan dalam beg gitarnya, lalu Harum pengsan.[18] Di episod ke-6, dalam sebuah peti rahsia yang diamanahkan oleh Alicia kepada Harum, diketahui rahsia bahawa Harum dan Alicia berkongsi ibu.[19]

Bukan sahaja Eza yang dapat melihat Harum, malah Alam boleh menggunakan kuasa sentuhannya pada Eza untuk melihat Harum. Dan sewaktu Alam berdepan dengan "Romeo" di bekas Rumah Harapan untuk menyelamatkan Eza, rupanya-rupanya penyangak itu juga boleh melihat wajah Harum yang cuba menghalang perbuatan pembunuh bersiri itu. Oleh itu, Romeo memperalatkan Harum untuk membalas dendam terhadap Edmund Soo dan rakan-rakannya.[11] Walaupun ditegah oleh Romeo, Harum menjadi pembantu utama dalam membebaskan Alicia dari cengkaman pembunuh bersiri itu. Dia berhubung dengan Alicia dengan menulis pada tanah di hadapan Alicia dan mengapungkan benda-benda di udara.[13] Setelah Alicia dibebaskan, Harum cuba menghiburkannya di bilik, tetapi setelah dibawa kembali ke rumah usang oleh Romeo yang merasuk Eza, Harum sekali lagi menyelamatkan keadaan dengan merasuk Alicia dan mencemuh Romeo di kemuncak kisah yang tragis omo.[14]

Jelmaan roh Harum menampilkan imej "goth" dan gemar mendengar muzik rock dan metal yang bising. Di pergelangan tangan kirinya terukir lambang triquetra, kononnya oleh pembunuhnya kerana simbol tersebut juga terukir di mayat Dato' Razak.[18]

Watak tambahan

[sunting | sunting sumber]

Musim pertama

[sunting | sunting sumber]
Julie Cheah (Carmen Soo)
Rakan baik Eza dan seorang peragawati berharap di dunia permodelan tempatan. Kehidupannya menjadi huru-hara apabila teh yang diberi agen barunya dibubuhi ubat tidur[20], lalu setelah bangun di bilik hotel hari seterusnya, dia terjebak ke dalam satu dilema yang agak serius. Masalah peribadi Julie memaksanya banyak berselindung khususnya dengan Eza. Selama ini Julie menyimpan ratapan yang pahit mengenai kakaknya Cindy yang sudah meninggal dunia, di penghujung siri dia kelihatan dapat melihat dan berhubung dengan roh kakaknya.[3][4] Selain timbulnya kemungkinan penglibatan kakaknya dalam pembunuhan Zack Imran, kisah hidup Julie sepanjang siri ini seolah-olah tiada kena-mengena dengan misteri kematian Zack – namun adakalanya Eza meminta Zack menjenguk keadaan Julie apabila risau – sehingga Eza memainkan pita video yang dicuri dari rumah Dr. Jamal, bahawa Julie dirakamkan dari luar pandangan kamera, suaranya keras mengugut Zack Imran mengenai kes rogol Cindy.[5]
Dr. Jamal Hafiz (Tony Eusoff)
Seorang pakar terapi dan psikiatri dan juga teman lelaki Julie. Pada kemunculan pertamanya dia menyoal siasat Maria Zainal yang ditahan, kemudian menjenguk Julie yang murung pada malam yang sama di episod 7.[16] Dia kelihatan risau akan keadaan mental Julie yang mengaku dapat melihat roh atau bayangan Cindy yang sudah tiada. Namun pada detik noktah misteri pembunuhan Zack Imran, didapati bahawa dialah yang membunuh Zack Imran yang terikat dalam bilik hotel dengan menyuntik lehernya. Dia akhirnya ditembak mati oleh Eza apabila dirasuki Zack.[5]
Jimmy Rozario (Reefa)
Pengurus Zack Imran ketika Zack masih ada. Dalam berita, dia diumumkan mewarisi harta syarikat Zack selepas kematian Zack.[1] Semenjak kematian Zack, Jimmy telah berusaha mencari bakat baru untuk menyertai jagaannya, tetapi pada masa yang sama, kelihatan serba murung dan tidak tenang. Rumahnya selalu dihantui roh Zack yang tidak tenteram menunggu jawapan di sebalik kematiannya. Jimmy dengan berat hatinya membantu Eza dengan mengadakan peraduan palsu untuk mencari suspek,[20] tetapi dia pula yang menjadi hero apabila menjejak kaki ke dalam rumah Maria lalu mendapati Eza diculik.[2] Lambat laun, adalah diketahui bahawa penglibatan Jimmy dalam misteri semata-mata diperas oleh Datuk Zakaria agar menggelapkan wang syarikat Zack Imran.[3] Sebulan kemudian, tekanan terhadap Jimmy semakin memuncak dan akhirnya dia dibunuh orang sama yang membunuh Zack ketika cuba melarikan diri.[5]
Datin Faizura (Yasmin Isa)
Salah seorang wanita kaya yang pernah bersama dengan Zack Imran, mungkin sekali wanita ternama terakhir yang didampingi Zack sebelum dibunuh. Dalam penampilan pertamanya dalam cerita, Datin Faizura mengaku di dapan Eza bahawa dirinya pernah cuba melarikan diri bersama Zack.[15] Dialah yang didakwa oleh Maria Zainal sebagai pembunuh Zack Imran.[2]
Di episod 7, Datin Faizura bertemu dengan Eza untuk memaklumkan bahawa suaminya sudah tahu hubungannya bersama Zack, sebelum menempah tiket ke Sydney untuk melarikan diri, mamun cubaan itu gagal. Rupanya Datin Faizura sedang mengandung anak Zack selama ini.[16] Akhirnya, Datin menggunakan peluang sebaiknya untuk menegakkan ekadilan demi Zack dengan menyebabkan kematian suami sendiri, meletakkan pistol di tangan Farouk, lalu melarikan diri ke luar negara.[3] Setahun selepas misteri selesai, Faizura kembali ke tanah air dengan seorang cahaya mata bernama Zack, lalu menjenguk Eza yang tengah mempromosi buku barunya.[5]
Datuk Zakaria (Radhi Khalid)
Seorang ahli perniagaan berpengaruh dan garang yang menjalankan hubungan renggang dengan isterinya, Faizura; dia juga seolah-olah merupakan suspek dalang di sebalik msiteri kematian Zack (sungguhpun tidak beigut jelas siapa yang menyebabkan kematian Zack dengan tangan sendirinya), kerana marah akan sikap isterinya bermain kayu tiga dengan Zack.[3] Dia pernah mengarah orang bawahannya menggeledah rumah Jimmy gara-gara Zack.[15] Di episod 7, syarikat milik Zakaria telah menerima kontrak kerajaan sungguhpun diketahui bahawa syarikat itu telah muflis sembilan tahun sebelum itu. Rupanya, Datuk Zakaria memeras Jimmy agar wang dari simpanan Zack Imran Enterprises.[16] Selama ini dia selalu menguasai segala hal ehwal rumah tangganya, akhirnya menemui penghujung yang tragis apabila dijatuhkan oleh isteri sendiri setelah misteri terbongkar.[3]
Maria Zainal (Sharon Syarafina)
Peminat taksub Zack Imran dan seorang suspek di sebalik apa yang didakwa sebagai pembunuhan Zack. Dia menyasarkan semua perempuan yang pernah tidur bersama Zack dengan curahan asid.[21] Ini menjadi nyata di episod 4 apabila Eza menerima sepucuk surat untuk Zack dari Maria. Maria berbadan gemuk dan dia pernah bekerja di sebuah hotel di mana Zack selalu tidur bersama wanita berlainan. Mukanya tidak kelihatan oleh penonton sehingga episod 5, apabila dia menyamar sebagai "Susan Voon" untuk menyertai peraduan palsu yang dicadangkan Eza, lalu dirinya mengumpan Eza ke rumahnya dan mengerjakannya[20], dengan menyangka bahawa Eza dihantar oleh pembunuh itu, iaitu didakwa Datin Faizura[2].
Maria kehampaan kerana Zack seolah-olah tidak menghiraukannya kerana mengejar wanita-wanita yang ternama dan lawa. Ketaksubannya memuncak menjadi kegilaan setelah kematian zack. Akhirnya Maria tumpas apabila cuba membahayakan Datin Faizura[2] lalu dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.
Di penghujung siri, Maria berada di rumah sakit jiwa dan apabila Eza berjumpa dengannya di situ, dia tengah melakar rupa pembunuh Zack Imran.[4]Julie memakai gaun dan loket itu ketika menculik Zack pada malam Zack dibunuh.[5]
Farouk (Nas-T)
Pengawal keselamatan peribadi kepada pasangan Datuk Zakaria dan Datin Faizura yang menjadi teman lelaki baru Eza, sehingga di penghujung siri, terjebak ke dalam dilema pihak mana yang harus disebelahinya. Roh Zack amat berasa sangsi sejak kali pertama melihat Farouk memegang pistol, lebih-lebih lagi apabila Eza semakin mesra dengan Farouk.[21] Kesangsian Zack terjawab apabila Farouk dengan berat hatinya memaksa Datin Faizura pulang ke pangkuan Datuk Zakaria, sebelum hatinya beralih untuk mengkhianati Datuk Zakaria lalu menemui penghujung yang penuh tragis.[3]
Azham (Razif Hashim)
Seorang penyiasat dan bekas teman lelaki Eza, yang berpisah ketika bermakan malam bersama di episod pertama, setelah lima tahun.[22] Selama ini Azham sudah mencari seorang teman wanita baru, Hafleen. Sekitar penghujung siri, engan menyamar sebagai wartawan di sidang media bersama Datuk Zakaria, Azham menyiasat helah tokoh korporat itu dengan bantuan Zahid, lalu diculik dan teruk ditindas oleh orang bawahan Datuk Zakaria.[16][3] Namun begitu, Azham selamat dan sebulan kemudian, dia cuba merapatkan diri semula dengan Eza.[4]
Cindy Cheah (Belinda Chee)
Kakak kepada Julie yang lama meninggal dunia sebelum siri drama ini bermula, dan rohnya (atau bayangannya) dapat dilihat dan dihubungi oleh Julie. Cindy meninggalkan sebuah buku diari untuk tatapan adiknya yang mengandungi kenangan-kenangan manis sepanjang hayatnya yang singkat. Di dalam diari ini terkandung beraneka foto Cindy; apabila Eza membuka diari itu, dia menemui persamaan antara foto-foto terakhir Cindy dengan lakaran Maria Zainal dari rumah sakit jiwa yang dikatakan adalah rupa pembunuh Zack Imran, iaitu gaun merah dan loket berbentuk sauh.[3][4]
Amesh (Mohd Razak Salimin)
Seorang konco yang menyamar sebagai pengawal keselamatan untuk melitupi misteri kematian Zack dengan ditugaskan melindungi sekeping CD-R yang merakamkan kejadian di tempat letak kereta. Dia menculik Eza yang cuba merampas CD-R itu sebelum dihantui Zack yang melindungi Eza.[1] Oleh sebab kelalaiannya dalam menjaga cakera itu itu Jimmy membakar Amesh, sepatutnya sampai mati, tetapi di penghujung siri Amesh muncul lagi untuk mengerjakan Jimmy dan Eza. Ketika berbuat kacau buat kali terakhir, Zack sempat merasukinya untuk menolong Eza sebelum ditembak Jimmy.[4]
David Tan (Chew Kin Wah)
Penerbit filem Impak Kuat, iaitu filem terakhir Zack Imran yang tergugat oleh skandal foto hangat Zack. Meskipun beria-ia untuk menyaksikan filem tersebut keluar, rupa-rupanya dialah yang di sebalik skandal foto tersebut dengan tujuan "mengenakan" Zack.[22]
Sham
Artis baru Jimmy Rozario setelah kematian Zack, itupun sehingga perkara sebenar mengenai foto skandal Zack Imran didedahkan kepada umum. Demi mencuri perhatian, Sham hendak membalas dendam terhadap Zack dengan berpakat dengan David untuk menjatuhkan nama Zack.[22]
"Baby" (Chelsia Ng)
Gadis dalam foto berskandal yang melibatkan Zack Imran. Apabila menghadap Eza yang menyiasat foto skandal Zack di episod ke-2, Baby menceritakan segalanya yang benar mengenai foto tersebut kepada Eza.[22]
Chong Kee Keong ()
Seorang kawan lama Julie. Muncul di episod 4 dan memaklumkan bahawa dia sudah bertunang dengan wanita lain.[21]
Danny Khoo ()
Danny bertemu dengan Julie sewaktu mengelola ujibakat mencari peragawati sebagai duta produk teh hijau Otago. Dia menimbulkan rasa curiga Julie yang mendapati dirinya tertidur di bilik hotel Zack dengan pakaian dalamnya di atas lantai.
Zahid
Seorang pekerja di syarikat Datuk Zakaria yang sebenarnya mejadi musuh dalam selimut bagi membantu siasatan Azham.
Insp. Razak (Jamal Jamaluddin)
Penyiasat polis yang ditugaskan dalam misteri pembunuhan Zack Imran.

Musim kedua

[sunting | sunting sumber]

"Romeo" (suara Megat Sharizal[12]) ialah gelaran yang diberi kepada lelaki bertopeng putih yang memakai hoodie berwarna hitam, yang mendalangi Harum, Mansur, Dato' Razak, Ina Hasnul, dan anak Wai dan juga orang yang menyimpan bukti-bukti kekejamannya dalam sampul, termasuk gambar foto, harta benda mangsa ataupun potongan mayat mangsanya, untuk dibiarkan di hadapan pintu rumah Eza. Pembunuh ini dikenali oleh pihak media sebagai "pembunuh tatu" kerana mengukir lambang triquetra yang tebal seolah-olah tatu atau meterai pada mayat mangsa-mangsanya. Orang ini diberi jolokan "Romeo" oleh Edmund Soo dan kawan-kawannya kerana wujudnya hubung kait antara orang ini dengan masa silam mereka. Pembunuh ini selalu menghantar bukti-bukti kepada Eza untuk mendedahkan kisah menarik penculikan Alicia Soo, anak emas Edmund Soo, di samping mengejar sesiapa sahaja yang hendak menumpaskannya.

Nama sebenar Romeo ialah Ramlan Said. Ramlan pernah tinggal sebumbung Zack, Edmund, Wai dan lain-lain di Rumah Harapan, tetapi selalu dibuli oleh Edmund dan rakan-rakannya. Di situ Ramlan bercinta dengan penjaga rumah bernama Sara, tetapi penganiayaan oleh kaki buli merenggangkan hubungannya buat selamanya. Ramlan bergelar "Romeo" kerana suka bercinta, dan nama jolokan inilah yang menjadi perkataan yang menakutkan Edmund Soo dan kawan-kawannya apabila berdepan dengan pembunuh berbahaya ini. Eza juga mendengar kisah-kisah dari En. de Silva (bapa Sara), bapa angkat Ramlan dan Edmund Soo (dan juga diceritakan oleh pembunuh tatu kepada Harum), bahawa pada majlis perjumpaan semula (reunion) Rumah Harapan pada malam kematian Sara pada tahun 1994, Romeo pernah muncul di reunion yang dihadiri Edmund Soo, Sara, Zack Imran dan kawan-kawan, untuk mendedahkan sehelai foto lama Edmund Soo untuk tatapan Sara untuk menunjukkan siapa Edmund itu sebenarnya. Ini menyebabkan Sara kecil hati lalu menjauhkan diri dari Edmund dalam perasaan sebak, maka Edmund pun berang lalu membelasah Ramlan hingga mati, lalu menyorok Ramlan bersebelahan binaan usang tak berbumbung di mana pembunuh tatu menahan Alicia.[12] Apabila Mazdin mendengar suara Ramlan yang samar-samar yang menyuruhnya pergi ke rumah usang, maka dia ke situ untuk menggali mayat Ramlan. Tangan Ramlan mencekau Mazdin untuk sesaat untuk membolehkan rohnya memasuki badan Mazdin agar bolehlah dia membalas dendam.
Selepas menemuinya di hotel di mana Ilyana dijadikan mangsa, penyangak ini menyambar Eza lalu mengurungnya di dalam bekas bangunan Rumah Harapan yang usang; Rumah Harapan ini ialah rumah kebajikan yang pernah didiami Edmund Soo dan rakan-rakan karibnya, iaitu Johan, Wai dan mungkin pembunuh ini sendiri. Selain itu, nyata sekali dia juga sedang menahan Alicia Soo yang dicari-cari oleh bapanya dan pihak polis. Fariz dan Alam yang mencarinya turut terjerat dalam perangkapnya di tempat usang itu; pembunuh ini menembak ke arah kepala Alam menembusi roh Harum, dan mengikat Fariz dan Eza pada kerusi seksaan yang dilengkapi bilah penusuk, di bilik-bilik berasingan, untuk melengkapkan ugutan yang pasti meragut nyawa; Fariz mengorbankan dirinya untuk meleraikan keadaan.[10] Memeranjatkan lagi, pembunuh tatu boleh melihat hantu Harum dan Zack, maka dia mempergunakan Harum untuk memudahkan kerja-kerja jahatnya. Selepas menguruskan Eza, Fariz dan Alam, Romeo membawa Alicia ke sebuah binaan usang yang lebih kecil di tengah semak untuk menjalankan suatu upacara untuk "mengembalikan" jiwa Sara melalui Alicia, tetapi setelah diganggu oleh Harum, dia bergegas untuk mengejar Devi di rumah Edmund, dan berjaya berbuat demikian dengan dijadikan Wai sebagai umpan untuk "dimakan" Edmund Soo.[11] Maka pembunuh itu membuat persiapan untuk mengakhiri riwayat Alicia untuk melengkapkan dendamnya terhadap Edmund dan rakan-rakannya.[12]
Rupa-rupanya Romeo selama ini merasuk abang angkat sendiri iaitu anggota polis bernama Inspektor Mazdin (Jefri Jefrizal) yang pernah menyiasat kemalangan jalan raya yang meragut nyawa isteri Edmund Soo, apabila dia menunjukkan diri di rumah Eza ketika Eza memainkan rakaman berita kemalangan Sara dari arkib stesen TV. Sepanjang musim ini, Mazdin bertindak menjadi ketua penyiasatan kehilangan Alicia Soo dan kes-kes pembunuhan yang berkaitan, yang rupa-rupanya merupakan angkara Mazdin sendiri ketika dilitupi topeng. Mazdin menjadi pembunuh misteri semata-mata untuk membalas dendam atas kematian adik angkatnya, Ramlan. Maka, Mazdin menahan Eza dalam rumahnya, sehingga mencetuskan perbalahan antara dirinya, roh Zack, Harum dan Alam yang cuba menyelamatkan Eza. Mazdin sempat mengukir triquetra yang sama yang diukirnya pada mangsa-mangsa lain, sebelum ditembak pada kepalanya oleh Alam dengan bantuan Zack dan Harum, tetapi dia sudah menyiapkan detik-detik terakhir bagi Alicia melalui peranti yang memasang saluran racun yang dipasang pada badan Alicia yang ditahan dalam kerusi di rumah usang.[13] (Sungguhpun demikian, Alicia sempat diselamatkan oleh Alam.) Tak habis-habis berdendam, Romeo beralih ke badan Eza untuk membunuh Edmund Soo di rumah usang di malam buta, membawa Alicia balik ke tempat itu pada hari keesokannya dan menghabiskan "upacara" mengembalikan Sara itu (di samping menembak Alam yang cuba menghalangnya) sebelum akhirnya ditumpaskan oleh tusukan Eza dengan pisaunya.[14]

Watak lain

[sunting | sunting sumber]
Alam (Anding Indrawani)
Alam menampilkan dirinya sebagai penyiasat misteri yang dikurniakan anugerah istimewa, iaitu dia boleh menyentuh orang lain atau benda bukan hidup untuk melihat sejarah yang "dirakamkan" oleh orang atau benda tersebut. Oleh itu, khidmat Alam diminta oleh Edmund Soo untuk mencari anaknya Alicia. Alam pertama kali bertembung dengan Eza di rumah usang yang mana terletaknya mayat Harum[6], dan sekali lagi apabila Eza menghalang Alam dari merasai sejarah yang dilalui kereta Eza di tempat letak kereta.[7] Semenjak itu mereka bersama-sama berusaha menyelesaikan misteri Harum dan Alicia, itupun mereka kurang saling mempercayai. Pokoknya, Alam tidak boleh melihat hantu, tetapi aapbila menyentuh Eza barulah dia dapat melihat wajah Harum dan Zack.
Terbongkarnya suatu rahsia gelap mengenai masa silam Alam, apabila Fariz menyerahkan laporan pembunuhan seorang penyiasat handal bernama Alam Zainal, iaitu satu-satunya orang bernama Alam yang pernah tersenarai dalam daftar penyiasat persendirian sah negara, dan melibatkan seorang suspek bernama Ali Amri. Rupa-rupanya Ali Amri selama ini adalah Alam yang pernah dihantar ke hospital atas masalah kesihatan mental, tetapi melarikan diri lalu memakai identiti Alam Zainal untuk mencapai cita-citanya sebagai penyiasat.[23] Setelah mendengar berita kematian Ridzuan, Alam memutuskan bahawa kes pembunuhan Harum ditutup dan tumpuan diberi kepada pencarian Alicia, dan dia mula bersikap tegas terhadap Edmund apabila diketahui dialah kaitan utama antara Alicia dan Harum.[19] Akan tetapi selepas satu lagi pembunuhan yang menampakkan ukiran lambang yang sama dengan Harum, Mansur dan Dato' Razak, maka Alam mengakui Ridzuan bukan pembunuhnya.[9]
Dalam pemburuan mereka ke arah dalang di sebalik pembunuhan dan penculikan yang berlaku, Alam membantu Eza dan Harum mengawasi langkah-langkah seorang pelacur bernama Ilyana dan pemandunya, tetapi syak wasangka yang mendalam terhadap pemandu itu menimbulkan salah faham antara mereka yang membawa padah.[8] Dalam episod ke-9, setelah mengetahui Eza diculik, Alam balik ke rumah Eza dan dan bertembung dengan Fariz, dan sehelai gambar lama Edmund. Setelah mendapatkan penjelasan dari Edmund, mereka bergegas ke Rumah Harapan yang usang untuk mencari pembunuh tersebut, tetapi Alam ditembak di kepalanya oleh penyangak tersebut.[10] Alam terselamat dan bangkit di hospital untuk mendengar cerita kehilangan Fariz oleh Eza dan perkembangan terbaru mengenai Romeo.[11] Tetapi, apabila cuba mengimbas sejarah benda-benda yang disentuhnya (mayat Wai, sut Ramlan), Alam mengalami sakit kepala akibat tembakan pembunuh tatu.[12] Alam dengan bantuan Zack yang tidak dapat melihatnya tanpa bantuan Eza menceroboh masuk rumah Pak Hassan untuk mencari lagi bukti, dan setelah berjaya menenangkan Pak Hassan yang bengis dan mendapatkan gambar Ramlan bersama abangnya, maka mereka berdua bergegas ke rumah Eza untuk menyelamatkan Eza dan mengakhiri kemaharajalelaan si pembunuh tatu iaitu abang Ramlan. Apabila menembak penyangak itu, Alam secara tidak sengaja memasang alat kawalan jauh yang membuka jentera saluran toksik yang disalurkan pada tubuh Alicia yang ditahan pada kerusi seksa di rumah usang.[13] Setelah merasai prarasa ajalnya kesan tembakan seorang wanita, Alam mendapat nasihat ibunya yang menyuruhnya jangan mendekati perempuan itu. Namun dia tak endah juga, dia bergegas ke rumah usang untuk menghalang Eza yang dirasuk oleh Romeo, sebelum merasai tembakan peluru dari pistol di tangan Eza.[14]
Edmund Soo Yiuh Hung (Colin Kirton)
Peguambela berpengaruh yang pernah mempertahankan ramai suspek jenayah ternama dan maka itulah bertambah jua musuhnya. Anaknya Alicia Soo hilang, disyaki diculik, apatah lagi pengawal peribadinya Zafrul Mohamed bin Attas dibunuh di awal musim ini, juga ada kaitan dengan kehilangan Alicia.[6] Dialah yang memperoleh khidmat Alam untuk mencari anaknya yang hilang akibat diculik dan menangkap penyangak itu juga. Walaupun begitu, Edmund yang sukar mengamalkan kesabaran ini tidak begitu yakin dengan prestasi Alam, lebih-lebih lagi apabila pencarian makin berlarutan. Edmund juga digeruni kerana perwatakan yang bengis.
Edmund pernah tinggal sebumbung dengan Ramlan, Wai, Johan, Bob dan Ramesh, dan juga Zack Imran dan Sara, dalam rumah anak yatim Rumah Harapan yang kini ditutup dan premisnya dibiarkan hingga usang. Apabila baru mencecah usia dewasa, Edmund berkahwin dengan Sara, anak kepada pengetua ruah anak yatim tersebut yang pernah bercinta dengan Ramlan di Rumah Harapan dahulunya, sebelum Sara meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Berikutan "kebangkitan Romeo" dan kehilangan Alicia, Edmund selalu berbincang dengan lima orang rakan-rakannya mengenai segala masalah yang timbul, di samping berkongsi satu rahsia yang sekiranya terbongkar di khalayak awam akan membawa padah kepada dirinya. Juga terbongkarnya rahsia bahawa sebelum berkahwin dengan Sara, Edmund pernah menjalin hubungan dengan Kasih, dan dari hubungan itulah lahirnya Harum.[19]
Edmund dipanggil untuk menyelamatkan seorang lagi kawan lamanya iaitu Johan Putra, dari tuduhan membunuh pembantu dan teman cintanya Ina Hasnul. Apabila Eza dan Alam tiba di balai polis yang menahan Johan untuk mendapatkan maklumat hubungan antara Edmund dan Johan dan kes penculikan Alicia, Edmund semakin tertekan untuk mendedahkan rahsia tersebut sama atau Wai merestuinya atau tidak. Maka dia menjemput Eza dan Alam ke rumahnya untuk berkongsi rahsia tersebut dengan syarat rahsia tersebut tidak boleh diketahui umum selagi Alicia masih belum dijumpai, tetapi tidak menjadi jua apabila diganggu penggera keselamatan dan penghantaran pita video dari penculik Alicia. Selepas menyuruh Eza dan Alam pulang, Edmund menonton pita tersebut untuk memandang rakaman Alicia tengah menderita dalam rantaian, tanpa menyedari adanya helah di sebalik penculikan anak emasnya ini.[9] Selepas mendengar khabar anak Wai dibunuh, Edmund mengadakan perjumpaan kecemasan dengan Wai dan dua orang sahabat lain di restoran hotel untuk membincangkan nasib mereka dan orang-orang lain yang mereka kenali, dan pada masa itulah mereka "disajikan" dengan gambar ugutan terbaru yang memaparkan keempat-empat mereka dan dua orang kawan lain sewaktu di bangku sekolah, tiga daripada muka mereka dipadam sampai putih. Edmund mendapat khabar Ilyana yang fotonya disiarkan di TV sebagai sasaran pembunuh, lalu meminta bantuan kawan-kawannya untuk mencarinya.[8]
Edmund ditunjukkan foto lama yang merakamkan wajah diri dan kawan-kawannya oleh Alam dan Fariz, dan Edmund menjelaskan foto tersebut diambil sewaktu berdiam di Rumah Harapan.[10] Dengan ancaman terbaru terhadap isteri seorang rakannya, Edmund dan kawan-kawan merancang agar iteri itu dibawa di rumah Edmund untuk perlindungan sementara cuba menjerat Romeo di rumah Edmund. Malangnya, Romeo cukup licik untuk mempergunakan Wai (dengan memakaikan Wai pakaian dan topeng yang sama dengan Romeo) agar dijadikan penahan peluru Edmund sendiri.[11] Selepas kejadian itu, Edmund menceritakan segalanya kepada Eza mengenai Ramlan dan mendedahkan rahsia tergempar bahawa dirinya membunuh Ramlan, lalu membawa Eza ke tempat persemadian Ramlan semata-mata untuk mendapati liangnya kosong.[12] Beberapa hari selepas Alicia berjaya diselamatkan, Edmund dipanggil ke mari oleh Eza ke rumah usang itu untuk dibunuh oleh Romeo yang merasuk jasad Eza di malam buta.[14]
Alicia Soo Yik Peng (Melissa Campbell)
Anak kesayangan Edmund Soo yang hilang, disyaki diculik sebagai tindakan membalas dendam terhadap bapanya. Kehilangannya hampir pasti ada kaitan dengan pembunuhan Harum. Walaupun memperlihatkan dirinya sebagai anak emas kepada bapanya, namun dia juga menunjukkan belang di dengan gemar minum arak dan menghisap dadah di kelab malam serta selalu bertukar teman lelaki. Alicia memiliki seutas gelang emas yang berukir huruf "A&R FOREVER", sebagai tanda hubungan dirinya dengan Ridzuan.[17] Alicia juga mempunyai nama samaran "Sasha" yang memberi identiti kepada "segalanya yang Alicia bukan."[19] Dalam peti rahsia Alicia tersimpannya sehelai surat yang diajukan kepada Harum, menyatakan sejarah perhubungan bapanya dengan ibu Harum dan mengakhirinya dengan kenyataan bahawa Alicia dan Harum adalah adik-beradik.[19]
Pada suatu malam, sebaik sahaja Edmund mahu mendedahkan rahsia mengenai pembunuh tatu kepada Eza dan Alam yang dijemputnya ke rumah secara senyap-senyap, sebuah pita video dihantar ke rumah Edmund untuk tatapan si bapa sebagai amaran dari penculik Alicia agar tidak membongkarkan rashia terpenting mengenai penculik Alicia, tetapi di babak akhir episod tersebut, rupa-rupanya rakaman "penculikan" Alicia Soo yang diberi adalah lakonan semata-mata yang didalangi oleh Wai atas sebab yang tidak jelas.[9] Eza akhirnya menemui Alicia di bangunan Rumah Harapan yang usang tetapi tidak boleh melihat wajahnya, maka terpaksalah mereka berbual melalui dinding sehingga pembunuh tatu yang bertopeng menghentikan perbualan mereka dengan menyuntuk Alicia hingga pengsan.[10] Pembunuh tatu membawa Alicia ke sebuah binaan usang yang kelihatan tak berbumbung untuk melakukan suatu upacara yang berkaitan dengan mendiang Sara, kerana hendak Alicia memainkan peranan Sara untuk pihak Romeo.[11] Nasib baik adanya roh Harum di sisinya, yang berhubung melalui tulisan pada tanah dan mengapung-apungkan benda di samping juga bisikan yang samar bagai tiupan angin.

"Romeo" yang rupa-rupanya merasuk jasad Insp. Mazdin yang menyiasat kes-kes jenayah yang menyelubungi penculikan Alicia, membuat persiapan untuk melengkapkan dendam terhadap Edmund dengan menahan Alicia pada kerusi seksaan yang dilengkapi saluran racun yang dipasang melalui alat kawalan jauh di binaan usang itu. Apabila Mazdin ditembak di rumah Eza lalu jatuh, terpasangnya jentera saluran racun itu dari jauh hingga ke rumah usang.[13] Nasib baik Alam sempat menyelamatkan Alicia dari situ walaupun sudah lama dimasukkan racun. Beberapa hari kemudian, Alicia yang kembali ceria tiba-tiba dikejutkan oleh Eza (yang dirasuk Romeo) membawanya ke rumah usang itu untuk melengkapkan upacara yang tergendala bagi Romeo melengkapi cintanya kepada Sara. Walau bagaimanapun, Harum membantu dengan merasuk Alicia untuk mencemuh Romeo, sehingga Romeo diusir dari jasad Eza.[14]

Fariz (Fairil Emran)
Ketua penyunting akhbar KL Metro, serta orang atasan dan tunang kepada Eza. Sebuah parti diadakan di episod pertama sempena pertunangan mereka.[6] Di episod ke-3, bekas teman wanitanya Lydia muncul lagi dan cuba menawan semula hati Fariz.[17] Eza mendapat tahu hubungan lalu itu danmula berdingin dengan Fariz.[23] Dalam episod ke-7, Fariz selaku orang atasan Eza mendapati kerja Eza lebih kepada tugas detektif sepanjang misteri kehilangan Alicia akhir-akhir ini, lalu menegur Eza dengan tegas agar mengingati skop tanggungjawab seorang wartawan.[9] Dalam episod ke-8, Fariz berjaya berbaik-baik semula dengan Eza sehingga dia melihat Eza dan Alam berpegang tangan (untuk berhubung dengan Harum), lalu membawa hatinya kembali kepada Lydia untuk seketika.[8]
Ketika tidur besama Lydia pada suatu malam, Fariz terjaga menjawab panggilan ugutan dari pembunuh tatu. Selepas itu, dia bergegas ke rumah Eza, bertembung dengan Alam dan menjumpai foto lama Edmund dan kawan-kawan dalam sampul. Mereka berdua bergegas ke rumah Edmund untuk mendapatkan penjelasan, kemudian pergi ke bekas Rumah Harapan untuk menyelamatkan Eza dan Alicia. Malangnya, penyangak berjaya menumpaskan mereka berdua; Fariz diikat pada kerusi seksa sambil mengugut Eza yang juga diikat dalam kerusi yang sama, yang mana salah satu daripada mereka terpaksa menusuk diri sampai mati ataupun kedua-dua mereka mati disuntik racun. Fariz cuba meleraikan dilema ini dengan menikam dirinya hingga mati.[10] Sepanjang hayatnya, Fariz tidak berkesempatan mengetahui rahsia kebolehan Eza melihat hantu.
Adnan (Iedil Putra Alaudin)
Orang pertama yang dijejaki oleh Eza ketika mula menyiasat kehilangan Alicia. Eza memasuki rumah pangsanya sambil menyamar sebagai jiran, lalu menculiknya dan mengugutnya apabila mendapati niat sebenar Eza. Eza berjaya mengatasi Adnan dengan menjerat lehernya sewaktu melepaskan diri, dan sempat mendapatkan maklumat dari Adnan mengenai Alicia, iaitu alamat rumah usang di Jalan Abdullah, sebelum Adnan mati akibat kecederaan tadi.[6]
Mansur (Adi Bear)
Salah seorang yang disyaki dalam kes penculikan Alicia. Harum menceritakan dia pernah menjual dadah kepada Mansur dan lelaki ini cuba menyembunyikan sesuatu dari Alicia. Eza bersama Alam menggadaikan keselamatan diri apabila mengekori lalu bertembung dengan Mansur yang bertindak dengan sebilah pisau, tetapi nasib baik si hantu Harum turut membantu memudahkan kerja mereka berdua dengan keupayaan hantunya.[7] Akhirnya Mansur dibunuh dan mayatnya diukir lambang yang sama dengan Harum juga.
Lydia (Juliana Evans)
Lydia juga bekerja di KL Metro sebagai penyelia kepada Fariz dan juga anak kepada pengerusi KL Metro. Di episod ke-3, nampaknya Lydia pernah bercinta dengan Fariz, dan oleh itu cuba memikat semula Fariz.[17] Lydia muncul lagi di episod ke-6, kali ini Fariz memujuknya agar tidak mendekatinya lagi,[19] dan akhirnya setelah Fariz tersalah sangka Eza dan Alam bercinta, dirinya kembali berminat terhadap Lydia.[8]
Dato' Razak (Azmir Abdullah)
Seorang ahli perniagaan yang pernah cuba melamar Alicia walaupun, begitulah yang didapati oleh Alam ketika menyentuh harta benda miliknya ketika menyelinap masuk pejabatnya di episod ke-3. Apabila Alam membawa bukti dari pejabat Dato' Razak ke Edmund, maka Edmund bertindak tergesa-gesa hendak "mengajar" Dato' Razak.[17] Dalam episod ke-4, Dato' Razak dibunuh, dan pembunuhnya mengukir lambang triquetra di atas tangan kirinya lalu memotong jarinya untuk dihantar ke rumah Eza.[18]
Ridzuan Salleh (Zahiril Adzim)
Ridzuan ialah seorang pemuzik yang cuba sedaya upaya untuk merangkul kontrak rakaman, dan juga teman lelaki Harum yang tulus ikhlas mencintai Harum, tetapi pernah digoda oleh Alicia. Apabila Harum mendapati Ridzuan berpacaran dengan Alicia, maka Ridzuan menamatkan riwayatnya dengan sepasang playar. Eza berulang-alik menjenguk Ridzuan untuk mendapatkan maklumat mengenai Alicia dan Harum; apabila ditanya oleh Eza mengenai detik Harum terserempak dengan Ridzuan dan Alicia di parkir, Ridzuan mengaku dia menjadi pitam, bangun di biliknya pada hari kemudian dan dipekik "Kau cakap kau sayang dia" ke arahnya.[18] Ridzuan juga memiliki seutas gelang emas yang berukir "A&R FOREVER".[17]
Apabila Ridzuan cuba membunuh dirinya di rumahnya setelah Harum menyepahkan rumah Ridzuan, Alam mendapati bahawa Ridzuan mengerat leher Harum dengan playar yang disorokkan dalam beg gitarnya. Ridzuan dibawa ke hospital untuk rawatan sambil disiasat polis.[18] Edmund tiba di wad Ridzuan untuk memaksa Ridzuan menjawab soalan mengenai kehilangan Alicia, tetapi jawapannya berbunyi asal-usul Harum yang menggemparkan Edmund.[23] Ridzuan diheret ke sebuah tempat tersembunyi atas suruhan Wai, dan di sanalah riwayatnya tamat apabila setelah banyak kali disoal paksasambil diseksa bertubi-tubi, Ridzuan menyebut nama Romeo, sekaligus memberangkan Wai agar menembaknya sampai mati.[19]
Rupa-rupanya Ridzuan pernah dirasuki oleh roh Romeo untuk membunuh Harum agar boleh mendekati Alicia, seperti yang diterangkan oleh Romeo di kemuncak kisah musim kedua.[14]
Kasih Ismail (Azah Yasmin Yusoff)
Ibu kepada Harum yang menguruskan sebuah kedai kek. Hubungan antara mereka retak semenjak suaminya lari dari rumah, sehingga enam bulan kemudian apabila ditanya oleh Alam, dia mengaku tidak pernah melahirkan anak. Wajahnya kelihatan dalam foto bersama Edmund di bilik wad Ridzuan di episod kelima.[23]
Wai Teong Huat (Wong Wai Hoong)
Seorang kawan lama kepada Edmund Soo, muncul di episod ke-5. Mula-mulanya membincangkan misteri Alicia dan Harum bersama Edmund di restoran, kemudian Wai mengarahkan orang-orang suruhan menculik Ridzuan dari hospital untuk mengorek lagi apa-apa maklumat yang dia ada mengenai Alicia.[23] Apabila terdengar nama Romeo, Wai bengang lalu menembak Ridzuan sampai mati. Mengikut siasatan Alam, didapati bahawa Wai melibatkan dirinya dalam kegiatan cetak rompak dan pelacuran.[19] Sebaik sahaja Edmund menjemput Eza dan Alam ke rumahnya untuk berkongsi rahsia mengenai "Romeo", Wai secara senyap-senyap menghantar pita rakaman babak-babak penculikan Alicia yang palsu kepada Edmund sebagai amaran kepada Edmund agar tidak membocorkan rahsia.[9]
Pada malam yang sama, Wai sedang menegur anaknya yang mahu bermain dalam bilik tidur, tiba-tiba pembunuh tatu memecah masuk rumahnya lalu menahan Wai dan membunuh anaknya. Selepas kejadian itu, Wai memanggil Edmund dan dua orang rakan lain untuk membincangkan nasib mereka di restoran, tetapi menerima ugutan dalam bentuk foto enam sekawan (termasuk mereka berempat) sewaktu muda, tiga muka mereka terpadam.[8] Setelah mendengar ugutan nyawa terhadap Devi, Wai ditengking Edmund atas pita video pemalsuan Alicia Soo tersebut, tetapi akhirnya Wai dan kawan-kawan meleraikan pergaduhan dan berpakat agar cuba menjerat Romeo di rumah Edmund, tetapi diketahui bahawa Wai selama ini memang ada bersuhabat dengan Romeo; dia dipakaikan topeng dan hoodie gelap yang sama dengan Romeo sebagai "korban" untuk memakan peluru Edmund Soo agar memudahkan Romeo membaham mangsa seterusnya.[11]
Zafrul Mohamed Attas (Mohammed Falliq)
Pengawal peribadi Edmund Soo yang dijumpa mati, yang dilaporkan di TV dan akhbar di awal musim kedua, dipercayai ada kena-mengena dengan kehilangan Alicia.[6]
Zamri ()
Seorang pekerja gim yang menjual barang-barang milik Alicia melalui Internet, untuk disiasat oleh Alam di episod ke-4. Di rumahnya, dia diserang oleh seorang penceroboh bertopeng (pembunuh tatu), gara-gara kerana terlibat dalam misteri Alicia.[18]
Hanifah ()
Ibu kandung kepada Alam yang terlantar di hospital atas masalah kesihatan mental. Rupanya dia juga ada kebolehan istimewa sama yang diakui oleh Alam apabila menyentuh cincin yang dijadikan loket Eza, lalu bertanya siapa Zack.[23]
Ina Hasnul (Valerie Vanessa Ebal)
Mangsa pembunuhan keempat sepanjang musim ini yang diukir lambang yang ada pada Harum, mayatnya ditemui berlumuran darah oleh pembantu di hotel dalam episod ke-7.[9] Ketika ditemubual oleh Eza dan Alam di rumahnya, suami Ina menerangkan bahawa akhir-akhir ini Ina bermain kayu tiga dengannya dengan mencintai lelaki yang menjadikannya sebagai pembantu peribadinya iaitu Johan Putra.[9] Mengikut rakaman gerak-geri Johan dalam CCTV yang diserahkan kepada polis, malam kejadian adalah sekitar 10 malam, 27 Februari 2009.[9]
Johan Putra (Adzrie Faiz)
Seorang pengucap seminar cepat kaya dan orang atasan kepada Ina yang ditahan oleh polis atas tuduhan membunuh Ina. Johan mendapatkan guaman dari tak lain tak bukan Edmund Soo, yang juga seorang kawan lamanya bersama Wai, dan Johan mengakui di hadapan Edmund dan para penyiasat bahawa dia ada hubungan sulit dengan Ina akhir-akhir ini. Eza dan Alam juga bergegas ke balai polis setelah mengetahui bahawa Johan berkenalan dengan Edmund. Alam pun memeras Johan dengan tangan saktinya untuk mendapatkan jawapan, tetapi dihentikan oleh Edmund.[9]
Rupa-rupanya Johan pernah dirasuki oleh roh Romeo untuk membunuh Ina sebagai langkah menganiaya Johan, seperti yang diterangkan oleh Romeo di kemuncak kisah musim kedua.[14]
Bob ()
Seorang ahli geng Edmund Soo dan juga kenalan Zack Imran semenjak tinggal bersama di Rumah Harapan.
Ramesh ()
Seorang ahli geng Edmund Soo dan juga kenalan Zack Imran semenjak tinggal bersama di Rumah Harapan. Dalam episod ke-10, dia membawa isterinya untuk melindunginya dari ancaman pembunuh tatu.
Adli (Azri Abdul Hamid)
Suami kepada Ina. Menjelang penghujung nyawa Ina, nampaknya hubungan pasangan suami isteri ini agak tegang sejak Adli mengesyaki Ina bermain kayu tiga dengannya, begitulah yang didapati dari kegiatan sentuh-menyentuh Alam pada barang-barang di rumah mereka. Adli kelihatan murung atas kehilangan isteri tetapi Alam agak mencurigainya.[9]
Ilyana/Estelle (Juliana Ibrahim)
Seorang pelacur yang menjadi sasaran pembunuh melalui hantaran foto yang dicuri dari pemandu peribadinya ke pintu rumah Eza, lalu disampaikan kepada media untuk disiarkan, dalam episod ke-8, dan maka itu dicari-cari oleh Eza dan Alam dengan kerjasama polis dan juga Edmund dan kawan-kawannya kerana Ilyana dan Edmund juga saling berkenalan. Ilyana menjadi pelacur sejak lari dari rumah akibat hubungan dengan bapanya yang retak. Bapanya juga dibawa ke balai polis untuk membantu siasatan. Eza dan Alam berjaya memujuk Ilyana ke sebuah hotel untuk bersembunyi, tetapi salah faham yang timbul antara Alam dan pemandu tersebut sehingga mencetuskan perbalahan di hadapan lif di aras parkir hotel, membolehkan pembunuh mengambil kesempatan untuk menghabiskan riwayat Ilyana dan menculik Eza.[8]
Halim ()
Pemandu peribadi Ilyana yang menjadikan teksi sebagai pengangkutan peribadi. Harum yang berasa curiga memerhati gerak-gerinya dalam usaha membantu Eza dan Alam melindungi Ilyana. Sebaik sahaja Harum memaklumkan Eza bahawa Halim hendak menaiki lif hotel dengan sebilah pisau, maka Alam cuba menghalangnya dengan berlawan dengannya di lobi hotel di aras parkir, namun Halim sedaya upaya menerangkan segalanya kepada Alam, bahawa pisau yang dibawanya adalah untuk melindungi Ilyana dan gambar tersebut adalah dicuri. Akibatnya misi melindungi Ilyana tak kesampaian.[8]
Sara (Daphne Iking)
Mendiang isteri Edmund Soo dan anak kepada bekas pengetua Rumah Harapan. Ramlan menyimpan gambar foto sara dalam bilik yang digunakan untuk mengurung Alicia. Romeo mengheret Alicia ke sebuah lagi rumah usang untuk menjalankan suatu "upacara" gara-gara untuk mengembalikan jiwa Sara melalui Alicia. Zack menceritakan kepada Eza Sara pernah bercinta dengan Ramlan sewaktu remaja, tetapi dipisahkan oleh penganiayaan oleh kaki buli terhadap Ramlan.[11] Sesudah mencecah usia dewasa, Sara menghawini Edmund, tetapi Ramlan menunjukkan muka di reunion pada tahun 1994 untuk menunjukkan bukti Edmund bukannya taat kepada Sara. Sara terasa amat pedih hati, menjadi meluat dengan Edmund dan memecut keluar dari jamuan dengan memandu kereta sebelum terkorban dalam kemalangan.[12] Degan rasa penuh kemarahan dan sukar menerima hakikat ini, maka bermulanya pemaharajalelaan penjenayah bergelar Romeo yang hendak menjadikan Alicia sebagai pengganti Sara untuk memuaskan impiannya sewaktu hidup.
Devi ()
Isteri kepada Ramesh, dibawa ke rumah Edmund sebagai langkah mengumpan pembunuh tatu yang bergelar "Romeo" tetapi akhirnya dibunuh oleh Romeo ketika Wai mengalih perhatian kawan-kawannya.[11]
En. DeSilva ()
Bekas pengetua Rumah Harapan dan bapa kepada Sara, yang dikunjungi oleh Eza untuk memperoleh cerita kisah antara Ramlan dan Sara dalam insiden jamuan reunion pada malam Sara terkorban dalam kemalangan.[12]
Pak Hassan (Jeff Omar)
Bapa angkat kepada Ramlan selepas penutupan Rumah Harapan dan bapa kandung Insp. Mazdin. Eza mengunjungi lelaki berusia yang kelihatan kurang siuman ini untuk mendengar cerita selanjutnya mengenai Ramlan. Sambil mengelak dari dibaham oleh orang tua yang bengis ini, Eza mencuri sut yang dipakai Ramlan dalam majlis reunion malam kematian Sara, untuk ditunjukkan kepada Alam.[12] Alam dan Zack membantu Eza dengan memecah masuk rumah Pak Hassan, tetapi kali ini mereka berdepan dengan taring Pak Hassan dengan membuat-buat kehadiran roh Ramlan untuk meyakinkan Pak Hassan bahawa anak angkatnya itu sudah meninggal dunia (Zack yang halimunan menggerak-gerak pintu bilik untuk berhubung dengan Alam dan Pak Hassan).[13]
  1. ^ a b c d Video Episod 1 Ghost.
  2. ^ a b c d e Video Episod 6 Ghost.
  3. ^ a b c d e f g h i Episod 8 Ghost.
  4. ^ a b c d e f Episod 9 Ghost.
  5. ^ a b c d e f g Episod 10 Ghost.
  6. ^ a b c d e f g h "Episod 1". Ghost. Musim 2. Episod 1. 2009-04-19. 8TV. Unknown parameter |seriesno= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameters: |episodelink= dan |serieslink= (bantuan)
  7. ^ a b c d "Episod 2". Ghost. Musim 2. Episod 2. 2009-04-26. 8TV. Unknown parameter |seriesno= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameters: |episodelink= dan |serieslink= (bantuan)
  8. ^ a b c d e f g h i "Episod 5". Ghost. Musim 2. Episod 8. 8TV.
  9. ^ a b c d e f g h i j k "Episod 7". Ghost. Musim 2. 2009-05-31. Text "number-7" ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |episodelink= (bantuan)
  10. ^ a b c d e f g "Ep 9". Ghost. Musim 2. Episod 9. 14 Jun 2009. 8TV.
  11. ^ a b c d e f g h i j "Episod 10". Ghost 2. 20 Jun 2009. 8TV. Cite has empty unknown parameter: |(empty string)= (bantuan)
  12. ^ a b c d e f g h i "Episod 11". Ghost 2. 28 Jun 2009. 8TV. Cite has empty unknown parameter: |(empty string)= (bantuan)
  13. ^ a b c d e f "Episod 12". Ghost 2. 5 Julai 2009. 8TV. Cite has empty unknown parameter: |(empty string)= (bantuan)
  14. ^ a b c d e f g h "Episod 13". Ghost 2. 12 Julai 2009. 8TV. Cite has empty unknown parameter: |(empty string)= (bantuan)
  15. ^ a b c Video Episod 3 Ghost.
  16. ^ a b c d e Video Episod 7 Ghost.
  17. ^ a b c d e f "Episod 3". Ghost. Musim 2. Episod 3. 2009-05-03. 8TV. Unknown parameter |seriesno= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameters: |episodelink= dan |serieslink= (bantuan)
  18. ^ a b c d e f "Episod 4". Ghost. Musim 2. Episod 4. 10 Mei 2009. 8TV. Unknown parameter |seriesno= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |episodelink= (bantuan)
  19. ^ a b c d e f g h "Episod 6". Ghost. Musim 2. Episod 6. 25 Mei 2009. 8TV. Unknown parameter |seriesno= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |episodelink= (bantuan)
  20. ^ a b c Video Episod 5 Ghost.
  21. ^ a b c Video Episod 4 Ghost.
  22. ^ a b c d Video Episod 2 Ghost.
  23. ^ a b c d e f "Episod 5". Ghost 2. Musim 2. Episod 5. 17 Mei 2009. 8TV.