Ghost (Musim 2)
Ghost | |
---|---|
Genre | Paranormal, misteri, drama |
Pengarah | Ng Ping Ho |
Dibintangi oleh | Cheryl Samad Anding Indrawani Isma Hanum Colin Kirton Melissa Campbell Fairil Emran Zahiril Adzim |
Lagu pembukaan | Masih Jua oleh Douglas Lim dan Chelsia Ng |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Ng Ping Ho Anne Low |
Penerbit | Ng Ping Ho |
Tempoh siaran | 1 jam per episod |
Penyiaran | |
Saluran asal | 8TV |
Siaran asal | 19 April 2009 – 12 Julai 2009 |
Kronologi | |
Mengikuti | Ghost (Musim 1) |
Musim kedua Ghost disiarkan di 8TV selama 13 episod dari 19 April hingga 12 Julai 2009, kali ini Cheryl Samad dan Nazrudin Habibur Rahman digandingkan dengan Anding Indrawani, Isma Hanum, Colin Kirton, Melissa Campbell, Fairil Emran dan Zahiril Adzim.
Musim kedua Ghost memenangi anugerah Hadiah Khas Juri (Judges' Special Prize) di temasya Seoul International Drama Awards 2010 di Korea Selatan.[1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Dua tahun berlalu selepas kematian Zack Imran (Nazrudin Habibur Rahman), kerjaya Eza (Cheryl Samad) sebagai wartawan sudah banyak berkembang ketika dia sedang menyiasat kehilangan Alicia Soo (Melissa Campbell), anak perempuan kepada Edmund Soo (Colin Kirton), seorang peguam yang digeruni ramai. Di tengah pencarian misteri ini, Eza bertembung dengan hantu baru yang hanya bergelar Harum (Isma Hanum) dan diminta menyiasat kematian Harum pula. Pada masa yang sama, Edmund menggaji seorang penyiasat persendirian bernama Alam (Anding Indrawani) yang berkebolehan luar biasa.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Cheryl Samad - Eza Azmi
- Anding Indrawani - Alam
- Isma Hanum - Harum
- Colin Kirton - Edmund Soo
- Melissa Campbell - Alicia Soo
- Fairil Emran - Fariz
- Zahiril Adzim - Ridzuan
- Nazrudin Habibur Rahman - Zack Imran
- Jefri Jefrizal - Inspektor Mazdin
Episod
[sunting | sunting sumber]# | Tarikh siaran | Sinopsis |
---|---|---|
1 | 19 April 2009 | Eza memulakan peneyiasatan kehilangan Alicia Soo. Dia mengunjungi sebuah rumah usang di Jalan Abdullah untuk mencari klu dan bertembung dengan hantu bernama Harum. Pada masa yang sama, seorang penyiasat misteri bernama Alam memperagakan kebolehan luar biasanya di hadapan bapa Alicia. |
2 | 26 April 2009 | Eza mengenali latar belakang dan pengalaman terakhir hayat Harum, dan perlu bekerjasama dengan Alam. Harum juga cuba mempelajari kebolehan dirinya sebagai hantu. Suspek yang dijejaki ialah Mansur yang pernah membeli dadah dari Harum di hari-hari terakhir hayatnya, maka terancamlah kerjaya dan nyawa Eza. |
3 | 3 Mei 2009 |
Seutas gelang milik Alicia berukir huruf "A&R FOREVER" menjadi klu terbaru. Adakah R ini singkatan Dato' Razak yang pernah cuba melamar Alicia? Alam dan Eza memecah masuk pejabatnya untuk mendapat kepastian. Sementara itu, ada seorang kawan lama Fairuz yang cuba menawan hatinya. Atau huruf R tadi itu milik Ridzuan, seorang pemuzik yang mempunyai seutas lagi gelang yang sama ukirannya? |
4 | 10 Mei 2009 | Dato' Razak dibunuh, lalu dikudung sebatang jarinya untuk dihantar ke rumah Eza. Sekali lagi Eza menjenguk Ridzuan untuk mendengar lagi kisah, lalu menerima sebilah pembuka botol yang ada kesan darah, sementara Alam berjumpa dengan Zamri yang membawa barang-barang milik Alicia. Zamripula yang menjadi sasaran, sementara Harum datang untuk menengking Ridzuan kerana hubungannya dengan Alicia. Ridzuan yang diperkosa oleh zaman silam bersama Harum cuba membunuh diri, tetapi dihalang oleh Eza dan Alam, lalu dimasukkan ke hospital sambil disiasat oleh polis. |
5 | 17 Mei 2009 | Edmund pergi ke hospital untuk memaksa Ridzuan untuk menjawab Alicia di mana, hanya untuk mendengar kisah asal-usul Harum yang menggemparkan Edmund sendiri. Eza mendapati Alam rupa-rupanya sedang menyamar sebagai penyiasat dan pernah dihantar ke hospital atas masalah kesihatan mental gara-gara "kebolehan istimewanya". Ridzuan diculik oleh seorang rakan Edmund untuk disoal lagi mengenai Alicia, sementara Eza dan Alam menemui klu lagi dalam foto Edmund bersama ibu Harum. |
6 | 24 Mei 2009 | Ridzuan dibunuh oleh Wai, seorang kawan lama Edmund, setelah mengungkitkan hal seorang bernama Romeo ketika diculik. Alam menganggap sahaja Ridzuan sebagai pembunuh Harum lalu hendak memberi tumpuan kepada Alicia. sebagai Setelah menggelintar buku diarinya, Harum teringat akan seutas kunci yang membuka sebuah peti rahsia milik Alicia Soo, lalu meminta Eza dan Alam mencarinya. Setelah terbongkarnya rahsia bahawa Alicia dan Harum sama ibunya, maka Edmund bersemuka lagi dengan ibu Harum. |
7 | 31 Mei 2009 | Eza dan Alam menyiasat satu lagi pembunuhan dari penyangak yang meragut nyawa Harum, rupa-rupanya bukan Ridzuan yang dibunuh sebelum ini. Namanya Ina Hasnul, dan akhir-akhir ini dia mencintai majikannya Johan secara senyap-senyap jatuh walaupun sudah bersuami. Rupa-rupanya Johan berkawan lama dengan Edmund dan Wai dan apabila dalam tahanan polis, Johan mendapatkan guaman Edmund. Edmund semakin tertekan untuk mendedahkan suatu rahsia lalu memanggil Eza dan Alam ke rumahnya, tetapi diganggu oleh bunyi penggera dan hantaran video yang merakam Alicia tengah diculik, tetapi rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. |
8 | 7 Jun 2009 | Pembunuh tatu bertopeng memecah masuk rumah Wai dan membunuh anaknya. Eza merasa bahawa dirinya diperguna oleh pembunuh itu kerana selalu dikirim macam-macam benda agar dijadikan bahan laporan, dan terpaksa melayan foto seorang pelacur yang menjadi sasaran seterusnya. Eza dan Alam cuba menjejaki wanita tersebut untuk melindunginya dari penyangak tersebut, tetapi salah faham yang timbul antara mereka dengan pemandu peribadi Ilyana membawa padah. |
9 | 14 Jun 2009 | Eza diculik oleh pembunuh tatu lalu dikurung di sebuah bangunan usang dan berjaya menemui Alicia yang dikurung di bilik sebelah. Tempat usang tersebut rupa-rupanya ialah Rumah Harapan yang menjadi tempat tinggal Edmund Soo dan kawan-kawannya, apabila ditunjukkan fotonya oleh Alam dan Fariz. Alam dan Fariz bergegas ke bekas premis Rumah Harapan, lalu membahayakan nyawa sendiri agar menyelamatkan Eza. |
10 | 21 Jun 2009 | Eza sudah kehilangan Fariz, memudahkan "Romeo" si pembunuh tatu menjalankan suatu upacara terhadap Alicia, tetapi dihalang oleh Harum. Roh Zack Imran muncul semula untuk memastikan Eza tidak mengapa-apakan dirinya demi Fariz, lalu dia menceritakan kisah silam kenalannya yang bernama Romeo kepada Eza. Pembunuh tatu membawa Harum ke rumah Edmund untuk memburu mangsa seterusnya dan setibanya di situ, dia menjadikan Wai sebagai alat helah untuk membaham isteri seorang kenalannya yang menyorok di situ. |
11 | 28 Jun 2009 | Eza mengetahui kisah silam Romeo/Ramlan secara mendalam dan terperinci dari Edmund, bekas pengetua Rumah Harapan dan Pak Hassan, bapa angkat Ramlan sendiri, iaitu peristiwa di jamuan reunion 15 tahun lalu ketika Ramlan cuba memikat Sara dengan menunjukkan gambar lama Edmund dan perempuan lain di hadapan Sara, menyebabkan hubungan Edmund dan Sara renggang, lalu Edmund dan kawan-kawannya marah dan menyerang Ramlan "hingga mati". Atas permintaan Zack, Eza mencuri sut yang pernah dipakai oleh Ramlan dari rumah Pak Hassan untuk diperiksa oleh Alam yang mengalami sakit kepala di hospital. |
12 | 5 Julai 2009 | Eza dan Edmund bertemu dengan pembunuh tatu yang menahan Alicia dengan ancaman pisau. Edmund perasan loket yang dipakai Alicia adalah loket sama yang dipakai oleh Sara pada hari kematiannya, lalu teringatkan barang-barang yang ada dalam kereta ketika kemalangan berlaku. Alam mengimbas detik-detik tragis itu melalui barang-barang tersebut dan mendapati ada seorang berpakaian polis memanggil nama Ramlan. Alam dan Zack pula ke rumah Pak Hassan untuk mencari lagi bukti dan berdepan dengan betapa bengisnya orang tua itu. Eza berjaya mendapatkan rakaman berita kemalangan Sara untuk dikaji di rumah. Inspektor Mazdin melawat Eza dan mendedahkan dirinya sebagai pembunuh tatu yang dicari-cari, maka Alam, Zack dan Harum segera menumpaskan penyangak itu. Malangnya, terpasang pula peranti yang menghitung saat-saat akhir Alicia. |
13 | 12 Julai 2009 | Alam sempat menyelamatkan Alicia di rumah usang walaupun badannya sudah diracuni. Roh Romeo tak serik berdendam, lalu merasuk Eza untuk membaham Edmund dan membawa Alicia ke perangkap lamanya. Setelah mengalami visi masa hadapan yang menggerunkan, Alam bergegas ke rumah usang itu untuk menyelamatkan keadaan, tetapi termakan peluru Romeo dalam badan Eza agar dia boleh melengkapkan upacaranya. Biarpun Harum dan Zack cuba membantu, Eza yang cuba melawan pengaruh Romeo terpaksa menikam dirinya untuk menamatkan kezaliman Romeo, sekaligus menyelamatkan Alicia Soo. Episod berakhir dengan babak roh Eza dan Zack merenung badan Eza yang cuba diselamatkan oleh para doktor bedah di bilik kecemasan. |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ 5th Annual Seoul International Drama Awards 2010, allkpop, 10 September 2010. Dicapai pada 14 September 2010.