Pergi ke kandungan

Senarai penerima darjah kebesaran negeri Pulau Pinang 2024

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran bintang dan pingat kehormatan negeri Pulau Pinang sempena ulang tahun kelahiran ke-75 Yang Di-Pertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak telah diadakan di George Town, Pulau Pinang pada 27 Julai hingga 1 Ogos 2024. Hari Ulang Tahun Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang telah disambut secara rasmi pada 13 Julai 2024 namun ditangguhkan bagi memberi laluan kepada sambutan pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.[1][2][3]

Berikut ialah senarai penerima darjah kebesaran negeri Pulau Pinang pada 2024.

Senarai penerima

[sunting | sunting sumber]

Darjah Utama Pangkuan Negeri

[sunting | sunting sumber]

Penerima tunggal darjah DUPN yang membawa gelaran Datuk Seri Utama ialah:

  1. Tan Sri Datuk Seri Utama Lim Kit Siang, bekas ahli parlimen Malaysia

Darjah Gemilang Pangkuan Negeri

[sunting | sunting sumber]

28 orang penerima darjah DGPN yang membawa gelaran Datuk Seri, antaranya

  1. Datuk Seri Law Choo Kiang, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang
  2. Datuk Seri Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)
  3. Datuk Seri Abdul Mutalib Mohamed Razak, bekas Pengerusi Media Prima Berhad
  4. Datuk Seri Khaw Kok Chin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman
  5. Datuk Seri Rosli Isa, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
  6. Datuk Seri Azman Ibrahim, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri
  7. Leftenan Jeneral Datuk Seri Pahlawan Muhammad Huzaimi Sabri, Panglima Medan Barat Tentera Darat ke-24

Darjah Mulia Pangkuan Negeri

[sunting | sunting sumber]

10 orang penerima darjah DMPN yang membawa gelaran Datuk, antaranya

  1. Datuk Dr Mohamaed Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang
  2. Datuk Muhammad Usuf Jan Mohamed, Timbalan Pengarah Siasatan dan Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah
  3. Datuk Ng Yan Meng, Presiden Persatuan Perusahaan-Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
  4. Datuk Mohamed Sani Bakar, Penasihat Nibong Tebal Paper Mill Sdn Bhd

Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN)

[sunting | sunting sumber]

103 orang penerima darjah DSPN yang membawa gelaran Datuk, antaranya

  1. Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman, Mufti Pulau Pinang
  2. Datuk Amarjit Singh Sarjit Singh, Duta Besar Malaysia ke Timor Leste
  3. Datuk Mohamed Shamir Abdul Aziz, Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
  4. Datuk Moorthy Murugaiah, Pengarah Kanan Perkongsian Perniagaan Asia, Micron Technology
  5. Datuk Dr Vijayaindiaran Visvalingam, Pengurus Besar Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP)
  6. Datuk Rashidi Zinol, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar Negeri Pulau Pinang
  7. Datuk Abdul Kahar Abdullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
  8. Datuk Baderul Amin Abdul Hamid, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai
  9. SAC Datuk Winston Tan Thye Wah, Ketua Cawangan Khas Pulau Pinang

Penerima lain

[sunting | sunting sumber]
  • Darjah Johan Negeri (DJN) - 102 orang
  • Bintang Cemerlang Negeri (BCN) - 30 orang
  • Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) - 205 orang
  • Pingat Jasa Kebaktian (PJK) - 328 orang
  • Pingat Jasa Masyarakat (PJM) - 516 orang
  • Pingat Bakti Setia (PBS) - 22 orang
  • Pingat Gagah Perwira (PGP) - 1 orang, Sarjan Mazlan Abdul Rahman, Anggota Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sungai Ara yang menyelamatkan dua mangsa yang terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang pada 15 Januari 2024.[4]
  1. ^ "DAP veteran Lim Kit Siang leads Penang governor's birthday honours list". www.malaymail.com. Dicapai pada 2024-07-28.
  2. ^ "Kit Siang dahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat PP". BH. 26 Julai 2024. Dicapai pada 28 Julai 2024.
  3. ^ BERNAMA (2024-07-26). "Lim Kit Siang dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang". BERNAMA. Dicapai pada 2024-07-28.
  4. ^ "Khaw Kok Chin terima Darjah Kebesaran Pulau Pinang". Portal Berita. Dicapai pada 2024-07-28.