Pergi ke kandungan

Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17
Nama asal Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
Tarikh20 Julai 2024 (2024-07-20)
LokasiIstana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur
Koordinat3°09′41″N 101°39′49″E / 3.16139°N 101.66361°E / 3.16139; 101.66361Koordinat: 3°09′41″N 101°39′49″E / 3.16139°N 101.66361°E / 3.16139; 101.66361
Hadirin

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang ke-17 telah dilangsungkan pada 20 Julai 2024[1] bagi menabalkan Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 2024. [2] Sultan Ibrahim telah dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja ke-263 di Istana Negara pada 27 Oktober 2023 bagi tempoh 5 tahun mulai 31 Januari 2024 untuk menggantikan Al-Sultan Abdullah. [3]

Sultan Ibrahim, Sultan Johor yang akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Yang di-Pertuan Agong berkhidmat sebagai raja berperlembagaan dan ketua negara di Malaysia, sebuah jawatan yang ditubuhkan pada 1957 selepas kemerdekaan negara dari United Kingdom. Jawatan ini diisi dengan proses pemilihan dilakukan oleh Majlis Raja-Raja, yang mengandungi sembilan orang raja pemerintah negeri-negeri Melayu.[4] Malaysia menjadi salah satu negara yang mengamalkan pemerintahan beraja dipilih.

Tempoh khidmat Yang di-Pertuan Agong ialah selama lima tahun, dan pelantikan semula secara serta merta tidak diamalkan. Sehingga 30 Januari 2024, Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah akan melengkapkan persemayaman baginda di singgahsana negara.

Sebuah mesyuarat khas diadakan pada 26 Oktober 2023, oleh Majlis Raja-Raja untuk membincangkan pemilihan yang seterusnya. Dalam mesyuarat tersebut, Sultan Johor, Sultan Ibrahim, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, menggantikan Sultan Abdullah. Tempoh 5 tahun baginda akan bermula pada 31 Januari 2024. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, dengan tempoh khidmat baginda bermula tarikh yang sama.

Berbeza dengan pemerintahan beraja di negara lain, Yang di-Pertuan Agong memulakan jawatan tanpa istiadat pemakhotaan. Sebaliknya, sambutan permulaan diadakan dengan dua istiadat penting, iaitu Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah dan Istiadat Pertabalan.

Istiadat Pertabalan

[sunting | sunting sumber]

Keberangkatan tiba

[sunting | sunting sumber]

Permulaan istiadat akan ditandai oleh keberangkatan tiba Raja-Raja, Permaisuri-Permaisuri dan Yang di-Pertua Negeri . Istiadat Pecah Bendera telah dilaksanakan iaitu bendera peribadi masing-masing dipecah dan dikibarkan menandakan keberangkatan tiba tetamu-tetamu kenamaan utama di istana.

Berikut merupakan senarai ketibaan mengikut turutan masa:

  1. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Fadillah Yusof
  2. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi
  3. Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong
  4. Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim
  5. Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra
  6. Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Wan Junaidi Tuanku Jaafar
  7. Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Ahmad Fuzi Abdul Razak
  8. Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Ali Mohd Rustam
  9. Yang di-Pertua Negeri Sabah, Juhar Mahiruddin
  10. Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
  11. Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
  12. Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail
  13. Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin
  14. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
  15. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz
  16. Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin
  17. Raja Bahrain, Syeikh Hamad bin Isa Al Khalifa
  18. Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah

Tetamu luar Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai tetamu luar Malaysia menyertai istiadat:

  1. Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah[5]
  2. Raja Bahrain, Hamad bin Isa Al Khalifa[6]
  3. Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong[7]


Istiadat sebelum

[sunting | sunting sumber]

Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan

[sunting | sunting sumber]
Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan
Nama asal Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan
Tarikh31 Januari 2024 (2024-01-31)
LokasiIstana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur
Koordinat3°09′41″N 101°39′49″E / 3.16139°N 101.66361°E / 3.16139; 101.66361Koordinat: 3°09′41″N 101°39′49″E / 3.16139°N 101.66361°E / 3.16139; 101.66361{{#coordinates:}}: tidak boleh ada lebih daripada satu teg utama sehalaman
Hadirin
  • Sultan Ibrahim
  • Raja-raja Melayu
  • Azuan Affendy Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara
  • Anwar Ibrahim, Perdana Menteri
  • Munir Md Salleh, Pegawai Agama Istana Negara
  • Pegawai-pegawai Istana Negara terpilih
Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim ke Istana Negara bagi majlis Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan, 31 Januari 2024.

Istiadat mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim telah berlangsung pada 31 Januari 2024, menandakan permulaan khidmat baginda bagi tempoh 5 tahun.[8] Istiadat didahului dengan keberangkatan Agong baharu dari Istana Bukit Serene, Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Sebelum rombongan diraja berangkat ke Kuala Lumpur menaiki pesawat peribadi, Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad telah memimpin bacaan doa, disusuli dengan laungan 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mejar Jeneral Datuk Indera Indera Zahari Mohd Ariffin. [9] Baginda bersama-sama menteri pengiring, Mohamed Khaled Nordin [9] dan kerabat diraja berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor ke Pangkalan Udara Subang, Selangor sebelum bergerak menghadiri istiadat di ke Istana Negara, Kuala Lumpur. [10]

Setibanya di istana, Sultan Ibrahim menerima sambutan istiadat ketenteraan di dataran istana. Pasukan Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja mempersembahkan Hormat Diraja, selepas Agong selesai memeriksa.[11] Selesai daripada itu, Sultan Ibrahim memasuki Istana Negara untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas), di Balairung Seri, Istana Negara.[12]

Semasa mesyuarat tersebut, istiadat penting, seperti majlis mengangkat sumpah dan pemasyhuran jawatan , telah berlangsung, Sultan Ibrahim secara rasmi menaiki takhta dan dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, berkhidmat bagi tempoh lima tahun dari 31 Januari 2024. Majlis turut menyaksikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.[12]

Berikut ialah teks sumpah jawatan Agong yang dibaca oleh Sultan Ibrahim:[13]

Kami, Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong bagi Malaysia bersumpah dengan melafazkan: Wallahi, Wabillahi, Watallahi; maka dengan lafaz ini berikrarlah Kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana undang-undang dan Perlembagaan yang telah disahkan dan dimasyurkan dan akan disah dan dimasyurkan di masa hadapan ini. Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas permintaan yang adil dan aman di dalam Negeri.

Persiapan majlis istiadat

[sunting | sunting sumber]

Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim tidak ditabal di negeri sendiri iaitu negeri Johor, sebaliknya baginda telah dimahkotakan pada 23 Mac 2015, 5 tahun selepas menaiki takhta negeri. Persiapan tersebut telah dilaksanakan melalui Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong ke-17 yang dipengerusikan oleh Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi Malaysia. Disebabkan persiapan tersebut, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah berkenan menangguhkan sambutan ulang tahun keputeraan baginda pada 3 Jun 2024 ke bulan September 2024.[1][14] Beliau, bersama Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini selaku Datuk Paduka Maharaja Lela, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Awang Alik Jeman merangkap Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan bersama Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan, Datuk Rozainor Ramli telah dipertanggungjawabkan untuk menghadap Raja, Sultan serta semua Tuan Yang Terutama bagi mempersembahkan warkah persilaan ke Istiadat Pertabalan.[15]

Busana Seri Paduka Baginda juga dirancang dengan memakai muskat yang juga persalinan kebesaran Yang di-Pertuan Agong lengkap dengan tengkolok, pending serta keris. Bagi Raja Permaisuri Agong pula, Seri Paduka Baginda yang bakal mengenakan persalinan yang dilengkapkan oleh seorang pereka terkemuka tempatan.[15] Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menyatukan penggunaan warna kegemaran mereka iaitu biru Tiffany dengan warna kuning diraja iaitu kuning sempena istiadat ini. Padanan rona tersebut muncul pada kad jemputan istiadat dan buku atur cara pertabalan.[16]

Istiadat pertabalan kali ini juga menggunakan Nobat Diraja Perak setelah Sultan Ibrahim memohon sendiri perkenan daripada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah melalui warkah persembah.[16] Alatan muzik Nobat Diraja Perak itu akan dimainkan oleh susur galur Orang Kalur Perak. Sebagai balasan, Sultan Ibrahim juga telah memberi perkenan kepada Sultan Nazrin untuk memilih menu yang akan disajikan sewaktu Majlis Santapan Diraja sempena istiadat ini.[16]

Acara sampingan

[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa acara yang mengiringi istiadat pertabalan pada kali ini. Antaranya ialah:

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Faruqi, Irfan (2024-05-16). "Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-07-10.
  2. ^ Ahmad, Daniel; Jariah, Ainun (2024-01-01). "Towards 2024: Excitement mounting over new Yang di-Pertuan Agong [NSTTV] | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-20.
  3. ^ ADNAN, AHMAD FADHLULLAH (2023-10-27). "Sultan Johor dipilih sebagai Agong Ke-17, Sultan Nazrin timbalan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2024-01-20.
  4. ^ "Let me be the King of your hearts: Outgoing Agong". Bernama. The Sun (Malaysia). 29 Januari 2024. Dicapai pada 30 Januari 2024.
  5. ^ KOSMO! (2024-07-19). "Sultan Brunei tiba di Malaysia sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 esok". Kosmo Digital. Dicapai pada 2024-07-19.
  6. ^ "Raja Bahrain tiba di Malaysia untuk hadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17". Portal Berita. Dicapai pada 2024-07-19.
  7. ^ "Lee Hsien Loong tiba di Malaysia, hadir istiadat pertabalan Agong". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-07-19.
  8. ^ Yusof, Amir; Bedi, Rashvinjeet S (31 January 2024). "Johor ruler Sultan Ibrahim sworn in as Malaysia's 17th king; monarch's evolving role raises hopes over diplomacy, unity". Channel News Asia. Dicapai pada 1 February 2024.
  9. ^ a b "Ribuan rakyat Johor iringi keberangkatan Sultan Ibrahim ke Istana Negara". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-01-31.
  10. ^ ABDULLAH, LUQMAN HAZIQ (2024-01-31). "Sultan Ibrahim berangkat ke Istana Negara". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2024-01-31.
  11. ^ "Istiadat ketenteraan sambut ketibaan Sultan Ibrahim di Istana Negara". Bernama. Berita Harian. 31 Januari 2024. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  12. ^ a b "Sultan Ibrahim dimasyhur Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII" [Sultan Ibrahim proclaimed 17th Yang di-Pertuan Agong]. Bernama. Astro Awani. 31 Januari 2024. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  13. ^ "Jadual Keempat - Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong".
  14. ^ "Astro Awani: "Persiapan Istiadat Pertabalan Agong berjalan lancar" - Fahmi". www.astroawani.com. 2024-07-05. Dicapai pada 2024-07-10.
  15. ^ a b "Berita Harian: "Istiadat pertabalan Agong ke-17: Tonjol keunikan, identiti Kesultanan Melayu"". 2024-07-02. Dicapai pada 2024-07-10.
  16. ^ a b c "Sinar Harian: Istiadat pertabalan Agong ke-17 imbau nostalgia peribadi Sultan Ibrahim". Sinar Harian. 2024-07-03.