Senarai penerima darjah kebesaran negeri Melaka 2023
Sebahagian daripada pengurniaan darjah kebesaran di Malaysia tahun 2023 | |
Tarikh |
|
---|---|
Lokasi | Dewan Istiadat, Kompleks Seri Negeri, Melaka |
Penyebab | Hari ulang tahun kelahiran Yang di-Pertua Negeri |
Hasil | 1,042 penerima anugerah |
Istiadat pengurniaan darjah kebesaran negeri Melaka sempena hari ulang tahun Yang di-Pertua Negeri Melaka Mohd Ali Mohd Rustam telah diadakan di Dewan Istiadat Seri Negeri di Ayer Keroh pada 24 Ogos 2023.
Secara keseluruhan, sebanyak 1,042 penerima bagi tahun 2023. Berikut ialah senarai penerima darjah kebesaran negeri Melaka pada 2023.
Senarai penerima
[sunting | sunting sumber]Darjah Utama Negeri Melaka
[sunting | sunting sumber]Penerima darjah ini membawa gelaran Datuk Seri Utama. Berikut ialah penerima darjah kebesaran ini:
- Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka
Darjah Gemilang Seri Melaka
[sunting | sunting sumber]Penerima darjah ini membawa gelaran Datuk Seri. Berikut ialah penerima darjah kebesaran ini:
- Tan Sri Datuk Seri Razarudin Husain. Ketua Polis Negara Malaysia
Darjah Cemerlang Seri Melaka
[sunting | sunting sumber]Penerima darjah ini membawa gelaran Datuk Wira. Berikut ialah antara penerima darjah kebesaran ini:
- Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Melaka
- Datuk Wira M Noor Azman Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
- Datuk Wira Tajul Razi Abdul Aziz, Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Timbalan Perdana Menteri
- Datuk Wira Zainol Samah, Ketua Polis Melaka
- Datuk Wira Asyraf Wajdi Dusuki, Setiausaha Agung UMNO
- Datuk Wira Norzaity Othman, Pengarah Southern Power Generation Sdn Bhd
Darjah Mulia Seri Melaka
[sunting | sunting sumber]Penerima darjah ini membawa gelaran Datuk. Berikut ialah antara penerima darjah kebesaran ini:
- Datuk Fairul Nizam Roslan, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka,
- Datuk Zulkiflee Mohd Zin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning
- Datuk Dr Anasee Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)
- Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik Perdana Menteri
- Prof Datuk Dr Massila Kamalrudin, Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
- Datuk Mohd Efendi Bin Omar, Ketua Pegawai Operasi Media Prima Berhad
Darjah Pangkuan Seri Melaka
[sunting | sunting sumber]Penerima darjah ini membawa gelaran Datuk. Berikut ialah antara penerima darjah kebesaran ini:
- Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, ADUN Duyong dan Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri
- Brigedier Jeneral Datuk Mohd Fazly Mat Said, Pengarah Kor Armor Diraja
- Datuk Badaruddin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)
- Datuk Rahizi Ranom, Pegawai Daerah Jasin
- Datuk Nuraslina Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Theta Edge Berhad
- Mejar Jeneral Datuk Khairul Azmizai Ahmad Natal, Panglima 10 Briged
- Datuk Hashim Said @ S. Atan, Komposer muzik
- Datuk Suhaimi Sulaiman, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia
- Datuk Mohamad Sabir Mohamad Sabri, Pengarah Urusan Kumpulan, Dataprep Holdings Bhd
Anugerah lain
[sunting | sunting sumber]- Darjah Seri Melaka (DSM): 62 orang
- Bintang Cemerlang Melaka (BCM): 96 orang
- Bintang Khidmat Terpuji (BKT): 205 orang
- Pingat Jasa Kebaktian (PJK): 292 orang
- Pingat Bakti Masyarakat (PBM): 129 orang
- Pingat Khidmat Lama (PKL): 10 orang
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- "Ab Rauf dahului senarai penerima pingat kebesaran Melaka". Sinar Harian. 2023-08-24. Dicapai pada 2023-08-25.
- Amir Mamat (24 Ogos 2023). "Ab Rauf dahului senarai 1,042 penerima anugerah kebesaran Melaka". Berita Harian. Dicapai pada 25 Ogos 2023.