Senarai penerima darjah kebesaran Wilayah Persekutuan 2023
Penampilan
Sebahagian daripada pengurniaan darjah kebesaran di Malaysia tahun 2023 | |
Tarikh | 1 Februari 2023 |
---|---|
Lokasi | Istana Negara |
Penyebab | Hari Wilayah Persekutuan |
Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023 telah diadakan di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 1 Februari 2023.
Komposisi anugerah
[sunting | sunting sumber]- Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri: 7 orang[1]
- Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk: 15 orang
- Johan Mahkota Wilayah (JMW): 16 orang
- Kesatria Mahkota Wilayah (KMW): 19 orang
- Ahli Mahkota Wilayah (AMW): 15 orang
- Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW): 92 orang
Senarai penerima
[sunting | sunting sumber]Seri Mahkota Wilayah
Seri Mahkota Wilayah
[sunting | sunting sumber]Penerima darjah ini membawa gelaran Datuk Seri. Berikut ialah penerima darjah kebesaran ini:
- Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan presiden Parti Amanah Negara
- Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri
- Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
- TYT Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu
- Lt Jen Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris, Timbalan Panglima Tentera Udara
- Datuk Seri Dr Eng Wei Chun, Pengarah Urusan Orando Holdings Sdn Bhd
- Datuk Seri Lawrence Yeo Chua Poh, Pengarah Eksekutif Amechanus Holdings Sdn Bhd
Panglima Mahkota Wilayah
[sunting | sunting sumber]Penerima darjah ini membawa gelaran Datuk. Berikut ialah antara penerima darjah kebesaran ini:
Perkhidmatan dan perniagaan
[sunting | sunting sumber]- Datuk Toisin Gantor, Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri
- Datuk Azah Hanim Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
- Datuk Azmi Abu Kassim, Ketua Polis Kuala Lumpur
- Datuk Azman Adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
- Datuk Muhammad Azmi Zulkifli, Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL
- Datuk Md Shah Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KLCC (Holdings) Sdn Bhd
- Datuk K. Ravindran Kurusamy, Presiden UMW Toyota Motor
- Datuk Sr Mohd Salem Kailany, Presiden UDA Holdings Sdn Bhd
- Datuk Peter Chong Ton Nen, Penasihat perakaunan bertauliah
- Datuk Gan Kah Siong, Pengarah urusan Radium Development Berhad
- Datuk Tan Tang Peng, Pengarah latihan TPT Resources Sdn Bhd.
Sukan
[sunting | sunting sumber]- Datuk Lim Teong Kim, bekas pemain bola sepak kebangsaan (aktif 1982–1996)
- Datuk Shalin Zulkifli, bekas pemain boling negara (aktif 1993–2019)
- Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah, atlet negara (emas fizik atletik lelaki, bina badan Sukan SEA 2021 Hanoi)
- Datuk P. Arivalagan Ponniyah, bekas pengarah kejurulatihan Persekutuan Karate Malaysia
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Mat Sabu kini bergelar Datuk Seri". Berita Harian. 1 Februari 2023. Dicapai pada 1 Februari 2023.
Petikan
[sunting | sunting sumber]- "Mat Sabu kini bergelar Datuk Seri, Shalin Zulkifli dianugerah pingat Datuk". Astro Awani. 1 Februari 2023. Dicapai pada 1 Februari 2023.