Tsunami
Tsunami (津波 , "ombak pelabuhan", Jawi: تسونامي ) atau semong (Jawi: سموڠ ) merupakan satu siri ombak yang berlaku selepas gempa bumi , tanah runtuh(di dasar laut), aktiviti gunung berapi, letupan, atau hentaman meteor yang berlaku di dalam atau berhampiran laut. Tenaga dijana dalam setiap tsunami atau semong ini adalah tetap dari segi fungsi ketinggiannya dan kelajuannya. Oleh itu, apabila gelombang semong menghampiri pantai, ketinggiannya meningkat sementara kelajuannya menurun. Gelombang tersebut bergerak pada kelajuan tinggi, hampir tidak disedari apabila melintasi air dalam, tetapi boleh meningkat kepada ketinggian 30 meter atau lebih sehingga boleh dinampakkan menaik seakan air pasang deras tidak seperti ombak biasa yang pecah meneduh.[1] Tsunami boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kawasan persisiran pantai dan kepulauan.
Kebanyakan bandar di sekitar Lautan Pasifik, terutamanya di Jepun tetapi juga di Hawaii, mempunyai sistem amaran dan prosedur pemindahan sekiranya tsunami yang serius berlaku. Tsunami boleh dijangka dengan pelbagai institusi seismologi di sekeliling dunia dan perkembangannya dipantau melalui satelit.
Bukti menunjukkan tidak mustahil berlakunya megatsunami, yang disebabkan oleh sebahagian besar pulau yang runtuh ke dalam laut. Lebih ramai orang dibunuh oleh tsunami daripada gempa bumi.
Peristilahan
[sunting | sunting sumber]Perkataan tsunami menyerap daripada perkataan bahasa Jepun 津波 (tsunami) menggabungkan kata tsu bererti "pelabuhan" dan nami bererti "gelombang", pengungkapan ini dikatakan berasal daripada pemerhatian para nelayan Jepun terhadap kapal-kapal dan bangunan di pelabuhan yang rosak akibat fenomena ini sekalipun mereka tidak merasakan sebarang gelombang besar ketika berada di laut.[2] Masyarakat awam kadangkala menyangka tsunami berkait rapat dengan pasang surut laut namun disangkal tolak para pakar kerana pengetahuan pasang surut yang berlaku akibat tarikan graviti Matahari dan Bulan.[3] Para pakar lebih menyukai istilah tsunami walaupun fenomena ini tidak hanya berlaku di pelabuhan.[4]
Perkataan semong pula menyerap dari kata smong bahasa Devayan tuturan masyarakat setempat Pulau Simeulue terletak di barat pulau Sumatera berdasarkan pengalaman masyarakat pulau ini menghadapi bencana ombak besar serupa berikutan gempa bumi melanda pada tahun 1907 yang turut diabadikan dalam suatu syair lisan:[5][6][7][8]
Enggel mon sao curito |
dengarlah sebuah cerita |
Istilah semong telah dimasukkan dalam edisi ke-3 dan terbaharu Kamus Besar Bahasa Indonesia yang dikemaskini tahun 2017.[8][9]
Tsunami dalam sejarah
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan kejadian tsunami utama dalam sejarah:
- 2011: Gempa bumi berukuran 8.9 di utara Jepun
- 2004: Gempa bumi di Lautan India menyebabkan tsunami melanda banyak negara dan mengorbankan lebih 150,000 orang.
- 1998: Gempa bumi berukuran 7.0 di perairan Papua New Guinea menghasilkan ombak setinggi 10 m, dan membunuh lebih 6,000 orang.
- 1976: Tsunami yang melanda Filipina mengorbankan lebih 5,000 orang.
- 1960: Gempa bumi paling besar dalam sejarah (berukuran 9.5) di selatan perairan Chile menghasilkan tsunami di Lautan Pasifik dan membunuh lebih 3,000 orang di Chile dan Hawaii.
- 1946: Gempa bumi berukuran 7.8 berhampiran Alaska, Amerika Syarikat menghasilkan ombak besar setinggi 35 m, dan membunuh sebanyak 165 orang.
- 1883: Letupan gunung berapi Krakatoa di Selat Sunda menghasilkan tsunami setinggi 35 m, dan mengorbankan 36,000 orang.
- 1755: Tsunami menghancurkan Lisbon, Portugal dan mengorbankan kira-kira 60,000 orang.
Mekanisme
[sunting | sunting sumber]Tsunami atau semong terhasil oleh gangguan di dasar laut yang menyebabkan penyesaran sejumlah besar air.[10] Dalam proses penyeimbangan air yang terganggu ini, suatu gelombang dapat terbentuk dan tersebar meninggalkan pusat gangguan, sehingga menyebabkan tsunami.[11] Punca-punca yang dapat menyebabkan perpindahan air seperti ini meliputi gempa bumi bawah laut, keruntuhan yang terjadi di dasar laut, atau jatuhnya sesuatu objek ke dalam air seperti letusan gunung berapi, meteor atau ledakan senjata nuklear.[12][13]
Punca tsunami paling umum ialah gempa bumi yang mengakibatkan sekitar 80%–90% tsunami.[14] Gempa yang paling berpotensi menimbulkan tsunami adalah gempa yang terjadi di zon benam yang dangkal. Namun, tidak semua gempa bumi seperti ini menyebabkan tsunami. Selain itu, jenis gempa bumi lain juga boleh menyebabkan tsunami, tetapi jarang berlaku dan hanya pernah berlaku pada gempa-gempa bumi dengan kekuatan yang amat besar.[15] Biasanya, hanya gempa bumi dengan kekuatan skala magnitud momen bernilai 7.0 dan ke atas yang memiliki kebolehan ini. Semakin kuat suatu gempa, semakin besar peluang tsunami untuk terbentuk akibat gempa bumi tersebut.[16] Selain itu, tsunami seperti ini ialah satu-satunya yang dapat bertahan jauh, bahkan boleh menyeberangi lautan sehingga membahayakan kawasan yang lebih luas.[17]
Pada 1950-an, kajian menunjukkan bahawa tsunami dengan ketinggian yang amat tinggi boleh terbentuk akibat tanah runtuh berskala besar. Dalam kejadian ini, tenaga dipindahkan dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar yang boleh diserap oleh badan air lalu menyebabkan penyesaran air yang besar. Peristiwa ini pernah direkodkan dua kali dalam sejarah moden: peristiwa tanah runtuh di Teluk Lituya di Alaska, Amerika Syarikat pada 1958 yang membentuk ombak terbesar yang pernah direkodkan dengan ketinggian mencecah 524 meter,[18] dan peristiwa tanah runtuh di takungan air Empangan Vayont di Itali pada 1963.[19]
Kesiapsiagaan
[sunting | sunting sumber]Sistem amaran
[sunting | sunting sumber]Sistem peringatan dini tsunami berfungsi untuk mengesan risiko tsunami, mengenal pasti kawasan yang berisiko terkena tsunami, dan mengeluarkan pengumuman agar masyarakat awam dapat mengambil tindakan untuk mengurangkan kematian dan kecederaan.[20] Amaran tsunami biasanya bermula dari terjadinya gempa bumi berkekuatan besar (lazimnya berskala 7.0 atau lebih).[21][22] Saat gempa seperti ini terjadi, penduduk kawasan berisiko dapat diberi amaran secara langsung serta perkiraan kasar ukuran atau waktu kedatangan tsunami. Sementara itu, pusat sistem amaran mengumpulkan data-data lain seperti perubahan pada permukaan laut, serta kedalaman dan ciri-ciri dasar laut setempat.[23][24]
Kesiapsiagaan infrastruktur
[sunting | sunting sumber]Reka bentuk bangunan
[sunting | sunting sumber]Arus tsunami boleh memiliki tenaga tinggi yang dapat menghancurkan atau merosakkan bangunan-bangunan di kawasan pesisir.[25] Namun begitu, bangunan-bangunan dengan rancangan tertentu memiliki peluang lebih besar untuk bertahan. Bangunan dengan ruangan terbuka yang luas, yang boleh dilalui oleh air tanpa banyak halangan sering mampu bertahan ketika dilanda tsunami.[26] Bangunan bestruktur konkrit diperkukuhkan juga sering tidak hancur dalam tsunami, meskipun dinding-dinding bangunannya boleh hancur.[26] Jika bangunan dengan struktur ini cukup tinggi, tingkat-tingkat atasan dapat dirancang sebagai zon perpindahan kecemasan kepada penduduk yang tidak sempat berpindah ke kawasan tanah tinggi.[25]
Pembinaan penghadang
[sunting | sunting sumber]Tembok-tembok laut dan pemecah gelombang lazimnya dibina di kawasan berisiko tsunami untuk mengurangkan kesan ombak di kawasan pesisir.[27] Sebagai contoh, kawasan pesisir Jepun dilindungi oleh tembok laut atau struktur-struktur lain untuk membendung kesan tsunami serta bencana-bencana lain seperti taufan.[28] Tembok-tembok ini mungkin tidak cukup tinggi dan kuat untuk menghalang tsunami daripada membadai kawasan pesisir, tetapi masih berperanan untuk melemahkan arus ombak.[26] Oleh itu, tembok laut boleh memperlahankan dan mengurangkan ketinggian tsunami, tetapi tidak semestinya menghalang kerosakan yang besar serta kehilangan nyawa.[29]
Kesiapsiagaan kendiri
[sunting | sunting sumber]Ada beberapa panduan jika seseorang berhadapan dengan tsunami. Individu dan keluarga perlu dipindahkan ke zon yang lebih jauh selepas amaran tsunami dibunyikan; dan individu perlu bergerak dengan teratur, tenang dan cara yang selamat. Individu tersebut perlu mematuhi arahan pihak berkuasa dan pemantau kecemasan.
Individu di pantai atau berhampiran laut yang merasai bumi bergegar sepatutnya bersegera ke kawasan lebih tinggi tanpa perlu menunggu amaran kehadiran tsunami. Individu mesti menjauhi kawasan pantai, tepi laut, sungai dan saliran yang bercantum ke laut. Individu tidak patut pergi ke pantai untuk menyaksikan tsunami.
Selain itu, bangunan tinggi dan hotel turut dibina di kawasan rendah di sepanjang pantai. Justeru, jika berlaku tsunami, individu perlu naik ke tingkat atas bangunan berkenaan. Individu tidak patut sekali-kali berada dalam rumah atau bangunan kecil bila ada amaran kemunculan tsunami.
Jika ada dalam bot, jangan sekali-kali balik ke pangkalan. Kehadiran tsunami mampu mengakibatkan kemusnahan serius di pelabuhan dan pangkalan. Hubungi pihak berkuasa pangkalan atau pelabuhan bagi mengetahui keadaan sebelum bercadang pulang ke sana.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Tsunami 101". University of Washington. Dicapai pada 1 Disember 2018.
- ^ Gupta & Gahalaut 2014, m/s. 1.
- ^ Rinard Hinga 2015, m/s. 338.
- ^ Awate, S.J. (2016). Environmental Geography (dalam bahasa Inggeris). Raleigh: Lulu Publication. m/s. 114. ISBN 978-1-365-64482-5.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ Rahman, Alfi; Sakurai, Aiko; Munadi, Khairul (1 Ogos 2018). "The analysis of the development of the Smong story on the 1907 and 2004 Indian Ocean tsunamis in strengthening the Simeulue island community's resilience". International Journal of Disaster Risk Reduction. 29: 13–23. doi:10.1016/j.ijdrr.2017.07.015. ISSN 2212-4209.
- ^ McAdoo, Brian G.; Dengler, Lori; Prasetya, Gegar; Titov, Vasily (June 2006). "Smong: How an Oral History Saved Thousands on Indonesia's Simeulue Island during the December 2004 and March 2005 Tsunamis". Earthquake Spectra. 22 (S3): 661–669. doi:10.1193/1.2204966. ISSN 8755-2930. S2CID 111256838.
- ^ Karokaro, Ayat (20 Disember 2014). "Kearifan Lokal Selamatkan Warga Simeulue dari Amukan Tsunami". Mongabay. Dicapai pada 20 Oktober 2018.
- ^ a b Alfi Rahman; Sutton, Stephen A. (21 Disember 2018). "Setelah 14 tahun tsunami Aceh, saatnya kata 'smong' masuk kosakata bahasa Indonesia". Dicapai pada 1 Disember 2021.
- ^ "semong". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. 2016.
- ^ Haugen, K; Lovholt, F; Harbitz, C (2005). "Fundamental mechanisms for tsunami generation by submarine mass flows in idealised geometries". Marine and Petroleum Geology. 22 (1–2): 209–217. doi:10.1016/j.marpetgeo.2004.10.016.
- ^ "How do earthquakes generate tsunamis?". University of Washington. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-03.
- ^ Margaritondo, G (2005). "Explaining the physics of tsunamis to undergraduate and non-physics students" (PDF). European Journal of Physics. 26 (3): 401–407. Bibcode:2005EJPh...26..401M. doi:10.1088/0143-0807/26/3/007. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-02-19. Dicapai pada 2020-06-10.
- ^ Voit, S.S (1987). "Tsunamis". Annual Review of Fluid Mechanics. 19 (1): 217–236. Bibcode:1987AnRFM..19..217V. doi:10.1146/annurev.fl.19.010187.001245.
- ^ Ward 2011, m/s. 5.
- ^ Kanamori H. (1971). "Seismological evidence for a lithospheric normal faulting – the Sanriku earthquake of 1933". Physics of the Earth and Planetary Interiors. 4 (4): 298–300. Bibcode:1971PEPI....4..289K. doi:10.1016/0031-9201(71)90013-6.
- ^ Rinard Hinga 2015, m/s. 340.
- ^ Dudley & Lee 1988, m/s. 35.
- ^ George Pararas-Carayannis (1999). "The Mega-Tsunami of July 9, 1958 in Lituya Bay, Alaska". Dicapai pada 2014-02-27.
- ^ Petley, Dave (Professor) (2008-12-11). "The Vaiont (Vajont) landslide of 1963". The Landslide Blog. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-06. Dicapai pada 2014-02-26.
- ^ Intergovernmental Oceanographic Commission 2012, m/s. 7–8.
- ^ Encyclopædia Britannica 2019, Tsunami Warning Systems.
- ^ Rinard Hinga 2015, m/s. 342.
- ^ Rinard Hinga 2015, m/s. 343.
- ^ Intergovernmental Oceanographic Commission 2012, m/s. 7.
- ^ a b Intergovernmental Oceanographic Commission 2012, m/s. 10.
- ^ a b c Dudley & Lee 1988, m/s. 42.
- ^ Kamphuis, W J. (2010) Introduction to Coastal Engineering and Management. World Scientific Publishing Co Ltd. Singapore.
- ^ Norimitsu Onishi (March 13, 2011). "Japan's Seawalls Didn't Provide Security from tsunami". The Star (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Oktober 2012. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ George Pararas-Carayannis. "The Earthquake and Tsunami of July 12, 1993 in the Sea of Japan/East Sea". www.drgeorgepc.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2016-09-18.
Sumber utama
[sunting | sunting sumber]- Dudley, Walter C.; Lee, Min (1988). Tsunami!. Honolulu: University of Hawaii Press. ISBN 978-0-8248-1125-9.CS1 maint: ref=harv (link)
- Intergovernmental Oceanographic Commission (2012). Tsunami, The Great Waves, Second Revised Edition (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Paris: UNESCO.CS1 maint: ref=harv (link)
- Gupta, Harsh K.; Gahalaut, Vineet K. (2014). Three Great Tsunamis: Lisbon (1755), Sumatra-Andaman (2004) and Japan (2011). Springer Science & Business Media. ISBN 978-94-007-6576-4.CS1 maint: ref=harv (link)
- Rinard Hinga, Bethany D. (2015). Ring of Fire: An Encyclopedia of the Pacific Rim's Earthquakes, Tsunamis, and Volcanoes: An Encyclopedia of the Pacific Rim's Earthquakes, Tsunamis, and Volcanoes. Santa Barbara: ABC-CLIO. ISBN 978-1-61069-297-7. Dicapai pada 2019-01-14.CS1 maint: ref=harv (link)
- Encyclopædia Britannica (2019). "Tsunami". Encyclopædia Britannica. Encyclopædia Britannica, inc. Dicapai pada 2019-01-14.
- Ward, Steven N. (2011) [naskah 2010]. "Tsunami" (PDF). Dalam Gupta, Harsh K. (penyunting). Encyclopedia of Solid Earth Geophysics. Dordrecht: Springer. doi:10.1007/978-90-481-8702-7_2. Dicapai pada 14 Januari 2019. Unknown parameter
|editors=
ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Tsunami. |
- (Melayu) Lebih lanjut mengenai tsunami.
- (Inggeris) Animasi komputer mengenai tsunami.
- (Inggeris) NOAA Pusat Amaran Tsunami NWS Pantai Barat & Alaska. Diarkibkan 2005-01-11 di Wayback Machine
- (Inggeris) http://www.ess.washington.edu/tsunami/index.html
- (Indonesia) Jakarta Tsunami Information Centre