Zon benam
Dalam bidang geologi, pembenaman ialah proses yang berlaku di sempadan-sempadan pertemuan yang mana satu keping (atau plat) tektonik bergerak di bawah satu lagi keping tektonik, sehingga tenggelam ke dalam mantel Bumi sementara plat-plat itu bertemu. Kawasan junam alir mantel inilah yang dipanggil zon benam. Kadar pembenaman biasanya diukur dalam sentimeter setahun, dengan purata kadar pertemuan kira-kira 2 hingga 8 sentimeter setahun (iaitu lebih kurang kadar pertumbuhan kuku jari).[1]
Keping-keping ini terbentuk sama ada daripada litosfera lautan atau kebenuaan. Zon-zon benam yang stabil melibatkan keping lautan yang menggelongsor ke bawah keping benua atau satu lagi plat lautan (dalam erti kata lain, keping yang dibenam semestinya keping lautan tetapi keping yang membenam pula tidak semestinya). Zon benam ini sering terkenal dengan banyaknya terjadi letusan gunung berapi, gempa bumi, and pembentukan gunung. Pertembungan benua terjadi di mana keping benua dibenamkan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Defant, M. J. (1998). Voyage of Discovery: From the Big Bang to the Ice Age. Mancorp. m/s. 325. ISBN 0931541611.