Sembah (lagu)
"Sembah" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Naim Daniel menampilkan Man Kidal | ||||
Dilancarkan |
| |||
Dirakamkan | November 2019 | |||
Format | ||||
Genre | ||||
Panjang | 4:05 | |||
Syarikat | World Peace Entertainment | |||
Penulis |
| |||
Penggubah | Naim Daniel | |||
Penerbit | Iqie Hugh | |||
Kronologi Kronologi single Naim Daniel | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
"Sembah" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh pelakon dan penyanyi Malaysia, Naim Daniel menampilkan gitaris terkenal, Man Kidal.[1][2][3][4][5] Lagu ini ialah hasil nukilan bersama Naim sendiri dan Iqie Hugh dan dikeluarkan pada 10 Februari 2020 oleh World Peace Entertainment.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Berikutan kemenangannya di Anugerah Juara Lagu ke-34, Naim Daniel dalam satu sidang media AJL34 yang diadakan pada 9 Februari 2020 mengumumkan akan muncul dengan single terbaharu menampilkan gitaris terkenal, Man Keedal.[1] Dalam temuramah bersama Astro Gempak, beliau berkata: "Alhamdulillah, kalau tak ada aral melintang, saya akan muncul dengan single terbaru yang menampilkan Man Kidal berjudul Sembah".[1]
Proses rakaman "Sembah" dijalankan pada November 2019.[6] Menurut Naim, ia berkisarkan watak seorang lelaki yang sudah mempersembah atau memberikan segalanya kepada kekasih, namun tidak dihargai. "Sembah" merupakan suatu bentuk yang meluahkan rasa terkilan, kesedihan dan kekecewaan hati lelaki terhadap kekasihnya.[6] Lagu ini juga akan dimuatkan dalam album studio pertama Naim yang akan dikeluarkan kelak.[6]
Muzik video
[sunting | sunting sumber]Muzik video rasmi untuk "Sembah" telah dimuat naik di saluran YouTube rasmi World Peace Entertainment pada 11 Februari 2020, iaitu sehari selepas pelancaran rasmi lagu itu. Sejak dikeluarkan, ia telah meraih sebanyak 1.6 juta tontonan, malah dalam klip video, Naim memasukkan tulisan jawi dan bahasa Melayu.[7][8] Sehingga Julai 2020, muzik video "Sembah" telah meraih jumlah tontonan sebanyak 100,000 tontonan.[9]
Kontroversi
[sunting | sunting sumber]#sembahnaim
[sunting | sunting sumber]Tidak lama selepas dikeluarkan, "Sembah" menjadi subjek kontroversi kerana menggunakan tanda pagar "#sembahnaim" bagi tujuan mempromosikan lagu itu.[10] Dalam temuramah bersama Harian Metro, Naim berkata tujuan tanda pagar itu digunakan untuk memudahkan pencarian di Internet dan media sosial tanpa sebarang niat untuk memesongkan akidah dan sebagainya, sambil menegaskan ia bukan bertujuan untuk menyembah sesuatu.[11]
Ketidaklayakan ke Anugerah Juara Lagu ke-35
[sunting | sunting sumber]"Sembah" menjadi subjek kecaman masyarakat apabila ia menjadi salah satu daripada dua lagu yang tidak layak dipertandingkan di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35). Naim meluahkan rasa keliru dengan penjelasan daripada pihak juri, selain turut hairan dengan penilaian yang dibuat terhadap vokalnya memandangkan AJL mengutamakan melodi dan lirik sesebuah lagu, bukannya vokal penyanyi sesebuah lagu. Beliau bagaimanapun, akur dengan keputusan juri.[12][13] Turut tidak layak bertanding di AJL 35 ialah lagu "Sakit" oleh Zynakal dan Yonnyboii.[14] Naim dilaporkan berkata:
"Tidak dinafikan saya ada letak harapan agar lagu "Sembah" mara ke AJL 35 tapi apabila tidak terpilih saya okay sahaja, tidaklah terlalu kecewa. Cumanya saya ada sedikit kekeliruan apabila ketua juri, Azmeer menjelaskan bunyi gitar lagu "Sembah" dikatakan mengganggu untuk menyerlahkan vokal saya. Seperti yang kita tahu, AJL adalah anugerah untuk mengiktiraf melodi dan lirik sesebuah lagu, bukannya vokal penyanyi".[14]
Persembahan secara langsung
[sunting | sunting sumber]Bagi mempromosikan "Sembah", Naim mempersembahkan lagu ini secara langsung dalam rancangan I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga di TV3 pada 21 Jun 2020,[15] Malaysia Hari Ini pada 30 Julai,[16] MeleTOP di Astro Ria pada 12 Ogos,[17] dan Vokal Mania pada 7 November.[18]
Pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]Pada 27 Februari 2020, Naim menerima penghargaan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atas usahanya memartabatkan tulisan jawi dalam muzik video "Sembah", malah kulit single lagu itu juga turut diamsukkan dengan tulisan jawi. Naim berkata di akaun Instagram miliknya: "Allahuakbar, satu penghargaan besar bagi saya dan World Peace Entertainment. Terima kasih Dewan Bahasa dan Pustaka untuk penghargaan ini". Beliau turut memuatnaik gambar surat yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran.[19][20][21]
Format dan senarai runut
[sunting | sunting sumber]- Muat turun digital[22]
- "Sembah" – 4:05
Tenaga kerja
[sunting | sunting sumber]Kredit diperoleh daripada GHZ.[23]
- Lagu
- Naim Daniel & Iqie Hugh - komposer, penulis lirik
- Iqie Hugh - penerbit
- Muzik video
- Sleepybear - pengarah
- Usaid Hamdi - penerbit
- Ghazi Maslan - pengarah fotografi
- Azam Abdulalim - pengurus penerbitan
- Ray Musa - pengarah seni
- Liong Jian Yep - Gaffer
- Faylin - jurusolek
- Ashrafiqal, Ipanikram - jurukamera
- Jack Lam, Wai Kong, Calvin Koh - pencahayaan
- Rasta, Din Koldoey - pasukan seni
- Iman Ezzaty, Anis Lydia, Ikhmal - pembantu penerbitan
- Dean Amir Hussain, Hidir - di belakang tabir
- GHZMSN - pos-produksi
Carta
[sunting | sunting sumber]Carta (2020) | Kedudukan carta |
---|---|
Carta RIM (Domestik)[24] | 9 |
Carta 40 Suria FM | 1 |
Carta ERA 40 | 1 |
Muzik Muzik 35 | 1 |
Sejarah keluaran
[sunting | sunting sumber]Negara | Tarikh | Format | Label |
---|---|---|---|
Malaysia | 10 Februari 2020 | Muat turun digital[22] Media penstriman[25] |
World Peace Entertainment |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Azwa Rahman (11 Februari 2020). "Tampil single bersama Man Kidal, Naim Daniel muncul dengan Sumpah". Astro Gempak. Dicapai pada 11 Februari 2020.
- ^ "Berkolaborasi bersama Man Kidal, Sembah buah tangan terbaru Naim Daniel untuk peminat". The Malaya Post. 12 Februari 2020. Dicapai pada 13 Februari 2020.
- ^ Fauzan Uda Ahmad (13 Februari 2020). "Sembah Naim Daniel tundukkan Sumpah". Kita Reporters. Dicapai pada 1 Mac 2020.
- ^ Azam A. (11 Februari 2020). "Naim Daniel tampilkan Man Keedal untuk single baharu, Sembah". The Vocket. Dicapai pada 1 Mac 2020.
- ^ Faridzul Izwany Ibrahim (14 Mei 2020). "Naim Daniel kongsi impian kolaborasi bersama Man Keedal tercapai dari mesej menerusi IG". Maskulin. Dicapai pada 1 Jun 2020.
- ^ a b c Syafil Syazwan Jefri (29 Januari 2020). "Kolaborasi gitaris legenda". Harian Metro. Dicapai pada 1 Februari 2020.
- ^ "Naim Daniel lancar video lirik Sembah". Hot FM. 12 Februari 2020. Dicapai pada 1 Mac 2020.
- ^ "Video lirik single terbaharu Sembah Naim Daniel cecah setengah juta tontonan". TV Sarawak. 11 Februari 2020. Dicapai pada 11 Februari 2020.
- ^ "Sembah inspirasi kolaborasi Michael Jackson, Carlos Santana". Berita Harian. 25 Julai 2020. Dicapai pada 1 Ogos 2020.
- ^ Arini Salleh (12 Februari 2020). "Kontroversi hashtag didakwa pesongkan akidah, Naim Daniel lancar lagu baru Sembah". Oh Bulan!. Dicapai pada 1 Mac 2020.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (21 Januari 2020). "#sembahnaim bukannya sembah saya". Harian Metro. Dicapai pada 1 Februari 2020.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (16 Disember 2020). naim-daniel "Juri lebih tahu apa diinginkan - Naim Daniel". Harian Metro. Dicapai pada 1 Januari 2021. no-break space character in
|url=
at position 78 (bantuan) - ^ Budiey (16 Disember 2020). "Lagu Sembah gagal ke AJL35, Naim Daniel akur dengan keputusan juri". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 Januari 2021.
- ^ a b Juliana Johar (17 Disember 2020). "Petikan gitar ganggu vokal punca "Sembah" gagal ke AJL 35, Naim Daniel keliru penjelasan juri – "Anugerah nilai melodi dan lirik, bukan vokal"". mStar Online. Dicapai pada 1 Januari 2021.
- ^ "I Can See Your Voice Malaysia: Naim Daniel - Sembah". TV3. 21 Jun 2020. Dicapai pada 22 Jun 2020 – melalui YouTube.
- ^ "Artis jemputan: Naim Daniel & Man Kidal". Malaysia Hari Ini. TV3. 30 Julai 2020. Dicapai pada 1 Ogos 2020 – melalui YouTube.
- ^ "Naim Daniel feat. Man Keedal - Sembah - Persembahan Live MeleTOP". MeleTOP. 12 Ogos 2020. Dicapai pada 12 Ogos 2020 – melalui YouTube.
- ^ "Naim Daniel & Man Keedal - Sembah - Vokal Mania". Vokal Mania. TV3. 7 November 2020. Dicapai pada 8 November 2020 – melalui YouTube.
- ^ Aqmar Mustaza (1 Mac 2020). "Naim Daniel terima penghargaan daripada DBP". Sinar Harian. Dicapai pada 1 Mac 2020.
- ^ Georgie Joseph (1 Mac 2020). "Naim dapat pengiktirafan DBP pula". Harian Metro. Dicapai pada 1 Mac 2020.
- ^ Aiman Alif (1 Februari 2020). "Dewan Bahasa dan Pustaka beri penghargaan kepada Naim Daniel menerusi klip video lagu Sembah". Iamlejen. Dicapai pada 1 Februari 2020.
- ^ a b "Sembah - Single by Naim Daniel on Apple Music". iTunes (MY). 11 Februari 2020. Dicapai pada 11 Februari 2020.
- ^ "Naim Daniel feat. Man Keedal - Sembah". GHZ MSN. Dicapai pada 1 Mac 2020.
- ^ RIM (7 Mac 2020). "RIM CHARTS Top 10 Most Streamed Domestic Singles in Malaysia". RIM.org.my. Dicapai pada 17 September 2020.
- ^ "Sembah - Single by Naim Daniel". Spotify. 24 Julai 2020. Dicapai pada 16 September 2020.