Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong, Melaka
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong | |
---|---|
Lokasi | |
Tanjung Kling Pos, 76400, Tanjong Kling, Melaka Bandar Bersejarah Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | USAHA JAYA |
Nombor sekolah | +606-3511539 |
Kod sekolah | MEA2089[1] |
Pengerusi PIBG | Datuk Noor Haizan bin Hj Mat Rasali |
Pengetua | Dr. Ramnan bin Saidun |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Tn. Hj. Zulkifli bin Amil |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Tn. Hj. Khamis bin Kapil |
Faks | +606-3510825 |
Laman sesawang | https://serihebat.blogspot.my/
http://seritanjongmelaka.blogspot.my/ http://directory.yellavia.com/schools/smk-seri-tanjung-21074/ |
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong atau nama ringkasnya SMK Seri Tanjong, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Tanjung Kling Pos.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong memiliki 1001 orang pelajar lelaki dan 983 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1984 orang. Ia mempunyai seramai 126 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sejarah Awal
[sunting | sunting sumber]Idea untuk mewujudkan sebuah sekolah menengah di kawasan Tanjong Kling telah terjelma sejak awal tahun 1960-an lagi. Kesedaran ini timbul disebabkan oleh masalah pengangkutan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar kawasan ini yang bersekolah di Bandar Melaka. Atas kesedaran inilah beberapa orang AJK UMNO kawasan Tanjong antaranya Allahyarham Tuan Haji bin Haji Abdul Manap, Allahyarham Tuan Haji Jaafar bin Alang dan Tuan Haji Mohd. Amin bin Saad telah megemukakan idea tersebut kepada Wakil Rakyat Kawasan Tanjong pada masa itu.
Justeru itu, pada tahun 1968 lahirlah sebuah sekolah menengah yang menempatkan pelajar-pelajar aliran Melayu dari kawasan Tanjong yang meliputi pelajar-pelajar dari Sungai Udang hingga Klebang. Sekolah ini diberi nama Sekolah Menengah Tanjong Kling. Oleh kerana belum mempunyai bangunan sendiri, pelajar-pelajar pelopor (tingkatan satu) telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Lereh. Pelajar Sekolah Menengah Tanjong Kling menumpang di sekolah tersebut sehingga 1970.
Perkembangan Sekolah
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1970 bangunan tetap Sekolah Menengah Tanjong Kling telah siap dibina di kampung Ghafar Baba berhampiran Tangga Batu dan Kampung Gelam. Semua pelajar yang menumpang di Sekolah Kebangsaan Lereh telah berpindah ke sini. Pada awal penubuhannya, sekolah mempunyai 10 orang guru dan 308 orang murid. Terdapat 8 buah kelas yang terdiri dari 4 buah kelas Tingkatan Satu dan 4 buah kelas Tingakatan Dua.
Selaras dengan perkembangan pesat kawasan ini dari segi penempatan dan ekonomi sekolah ini juga turut berkembang. Pelajarnya semakin hari semakin bertambah. Kini sekolah ini mempunyai hampir 1800 orang pelajar, yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu hingga Enam Atas yang belajar dalam 49 buah kelas. Pada tahun 1979, nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Menengah Seri Tanjong. Gred sekolah juga telah dinaikkan ke gred A.
Beberapa buah bangunan tambahan terpaksa dibina untuk menampung pertambahan murid. Pada tahun 1977 sebuah bangunan yang mengandungi 7 buah bilik darjah dan sebuah bilik perpustakaan telah dibina. Pada tahun 1985, dengan pengambilan tanah yang berhampiran, kawasan sekolah telah bertambah luas menjadi 12.1 ekar. Di atas tanah ini telah dibina sebuah bangunan yang menempatkan 3 buah makmal sains tulen dan sebuah bangunan tiga tingkat. Bangunan ini mengandungi 13 buah bilik darjah sebuah perpustakaan, bilik sumber dan bilik tayangan. Bangunan ini bernilai RM500,000.00. Oleh kerana bilangan murid terus bertambah, dua buah bangunan gotong-royong yang mengandungi 9 bilik darjah telah dibina pada tahun 1989.
Salah satu kebanggaan sekolah ini ialah suraunya. Surau ini merupakan salah sebuah surau sekolah yang besar di negeri Melaka. Surau ini berharga RM120,000.00 adalah hasil dari derma dan sumbangan yang diberikan oleh orang ramai. Bangunan surau ini memberikan kemudahan kepda pelajar dan guru-guru beragama Islam menjalankan aktiviti-aktiviti agama dan solat. Selain itu, projek keceriaan bagi tujuan keindahan sekolah dan menarik minat pelajar ke seolah turut dipergiatkan. Hasilnya, pada tahun 1994 sebuah Taman Kemahiran Hidup diwujudkan. Pada tahun 1995, sebuah bangunan mengandungi 2 buah bengkel kemahiran hidup, sebuah bangunan yang mengandungi enam bilik darjah dan Dewan Sekolah siap dibina. dengan siapnya bangunan ini mulai 1995 semua pelajar sekolah ini belajar dalam satu sesi. Dengan adanya dewan sekolah (Dewan Seri Tanjong) beberapa aktiviti dan pertandingan peringkat sekolah negeri Melaka telah diadakan di sini. Pada tahun 1996 Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Melaka telah diadakan di sini.
Sejak penubuhan sekolah ini hingga kini (2017), Sekolah Menengah Seri Tanjong telah ditadbirkan oleh 1 orang pengetua. Hasil usaha mereka inilah, sekolah ini berada seperti dalam keadaannya sekarang.
Senarai Pengetua (1968 - 2017)
[sunting | sunting sumber]Semenjak penubuhannya hingga kini, SMK Seri Tanjong telah ditadbir oleh pengetua berikut:
Bil | Nama | Tahun Berkhidmat |
---|---|---|
1 | Encik Ismail bin Saleh | 1968 - 1969 |
2 | Encik Sulaiman bin Atan | 1970 |
3 | Encik Abdul Rahman bin Salim | 1971 - 1979 |
4 | Encik Mohammad bin Maarop | 1980 - 1982 |
5 | Encik Mohammad bin Ismail | 1982 - 1983 |
6 | Tuan Haji Abu Hashim bin Haji Abdul Manaf | 1984 - 1989 |
7 | Tuan Haji Muhammad bin Yunus | 1989 - 1990 |
8 | Puan Hajah Zawiyah binti Pendek | 1991 - 1995 |
9 | Tuan Haji Othman bin Rejab | 1995 |
10 | Cik Alice Wee Siew Eng | 1995 - 1996 |
11 | Puan Hajah Mazni binti Mat Salleh | 1996-1997 |
12 | Puan Hajah Salmiah binti Haji Sulaiman | 1997 - 2001 |
13 | Encik Zainal bin Haji Aman | 2002 - 2003 |
14 | Tuan Haji Abdul RasiVisid budin | 2003 - 2005 |
15 | Tuan Haji Mohamad bin Adam | 2005 – 2008 |
16 | Pn. Shaleha binti Abdol | 2008 - 2010 |
17 | Encik Abu Bakar bin Alim | 2011 - 2011 |
18 | Cik Jamilah binti Ismail | 2012 - 2016 |
19 | Pn. Hjh. Azallah binti Mohd Salleh | 2016 hingga sekarang |
Hala Tuju Sekolah
[sunting | sunting sumber]Visi Sekolah
[sunting | sunting sumber]Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi Sekolah
[sunting | sunting sumber]Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Kebitaraan Sekolah
[sunting | sunting sumber]Subjek Sejarah , Bicara Berirama, Petanque
Slogan Sekolah
[sunting | sunting sumber]'Usaha Jaya’
Motto Sekolah
[sunting | sunting sumber]'SERI HEBAT!!!!'
Dasar Kualiti Sekolah
[sunting | sunting sumber]Dalam usaha mencapai misi selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), SMK Seri Tanjong menetapkan beberapa dasar ke arah pencapaian kualiti:-
1. Meningkatkan pencapaian prestasi akademik sekurang-kurangnya 5% setiap tahun.
2. Mencapai:
* 95% pelajar mencapai melebihi band 3 pada peringkat PT3. * 10% pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran, 30% layak ke Matrikulasi,50% layak ke tingkatan 6 dan lulus 100% pada peringkat SPM. * 10% pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran, 100% layak ke IPT dan 100% mendapat sijil penuh pada peringkat STPM.
3. Kurang daripada 0.2% pelajar terlibat dalam masalah disiplin berat. 95% purata kehadiran pelajar.
4. Memperkasa pelbagai program untuk pembentukan sahsiah terpuji pelajar.
5. Mencapai johan peringkat kebangsaan dalam semua pertandingan atau permainan yang menjadi ETOS sekolah.
6. Semua panitia dapat membelanjakan sekurang-kurangnya 95%daripada wang yang diperuntukkan menjelang akhir tahun dan semua bil
dapat dijelaskan dalam masa 14 hari.
7. Sistem pengurusan kewangan sekolah pada tahap cemerlang dan tiada audit bersyarat.
8. Persekitaran sekolah yang kondusif, ceria dan bermaklumat berfokuskan 3K.
9. Membudayakan PLC dalam PdP.
Logo Sekolah
[sunting | sunting sumber]1) Buku dan Pena, Lima Bulatan Atom Dan Roda Tenaga
Merupakan ciri-ciri yang digunakan untuk membentuk murid-murid dalam semua aspek didikan akademik, sukan serta sains dan teknologi tanpa mengabaikan unsur-unsur yang dapat membentuk akhlak yang mulia.
2) Dua Ekor Pelanduk yang Memegang Anak Bulan dan Bintang
Menunjukkan SMK Seri Tanjong dalam negeri Melaka dan Persekutuan
3) Lima Bilah Keris
Melambangkan taat setia dan keluhuran dalam mempertahankan panji-panji sekolah
4) Warna Kuning
adalah simbol kecintaan suci murni kepada sekolah.
5) Warna Hijau
Warna hijau ialah warna rasmi sekolah
6) Usaha Jaya
Adalah cogan kata sekolah
Lagu Sekolah
[sunting | sunting sumber]Seri Tanjong, Seri Tanjong
Sekolah kemegahan kita
Tekad putra putri bangsa
Capai cita mulia
Berkat usaha serta jaya
Tingkat prestasi bersama
Berdisplin bermoral tinggi
Itulah ikrar dan janji
Seri Tanjong Seri Tanjong
Kan kukenang sentiasa
Bina bangsa dan agama
Melaka dan Malaysia
Pelan
[sunting | sunting sumber]Pelan Sekolah Utama
[sunting | sunting sumber]
Pelan Kedudukan Kelas
[sunting | sunting sumber]
Maklumat Am dan Enrolmen
[sunting | sunting sumber]Maklumat Am
[sunting | sunting sumber]
Enrolmen
[sunting | sunting sumber]
Piagam Pelanggan Seri
[sunting | sunting sumber]Kami warga pendidik sekolah ini dengan penuh kesedaran berikrar dan berjanji akan melaksanakan dan menjayakan perkara-perkara berikut :
- Sentiasa berusaha meningkatkan prestasi akademik murid
- Berusaha memberi pendidikan kepada semua murid tanpa mengira tahap keupayaan mereka.
- Sentiasa berusaha membentuk generasi yang berpendidikan dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
- Sentiasa bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan agensi luar ke arah kecemerlangan sekolah.
- Sentiasa peka dan prihatin dengan permasalahan dan kebajikan warga Seri Tanjong.
Pentadbiran Sekolah
[sunting | sunting sumber]Barisan pentadbir bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong bagi sesi 2017 adalah seperti berikut :
Pengetua
[sunting | sunting sumber]Pengetua Cemerlang DG54
Pn. Hjh. Azallah binti Mohd Salleh Tagline Pengetua : "Kejayaan Boleh dicipta,Kegagalan Jangan dipinta ! " |
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Tn. Hj. Borhan bin Md Nor |
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
[sunting | sunting sumber]Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En. Khalid bin Bujang |
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
[sunting | sunting sumber]Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Pn. Sahreah binti Md Zin |
Program Kecemerlangan
[sunting | sunting sumber]Akademik
[sunting | sunting sumber]- Program Asuh, Asah Asak untuk pelajar Tingkatan 3
- Program Kecemerlangan PT3, SPM dan STPM
- Kelas tambahan koperasi - Biologi
- Kelas Tambahan dan Tuisyen
- Program Gerak Minda
- Prep Oh My English
- Kelas Prep PT3
- Program gali A+
Hal Ehwal Murid
[sunting | sunting sumber]- Program Keselamatan Jalan Raya Bersama JKKR
- Program Tiada Aedes, Tiada Denggi
- Program Pemeriksaan Kesihatan
- Program Sekolah Penyayang
- Program Gaya Hidup Sihat
- Program 3K
Kokurikulum
[sunting | sunting sumber]- Sambutan Maulidurrasul - Pimpinan Kelab Imam Muda
- Aktiviti Kelab/Persatuan dan Badan Beruniform
- Smart Street Learning - Kelab Keselamatan Jalan Raya
- Program Cekap Tenaga
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Tahun | Pencapaian |
---|---|
2013 |
|
2014 |
|
2015 |
|
2016 |
|
2017 |
|
Sambutan Bulan Kebangsaan 2017
[sunting | sunting sumber]Tarikh : 7 Ogos 2017 (Isnin)
Masa : 7.30 - 9.30 pagi
Tempat : Dewan Seri
Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-60 tahun telah diadakan bagi peringkat SMK Seri Tanjong. Sambutan inu adalah anjuran bersama Unit Hem, Unit Kokurikulum, Bidang Kemanusiaan, Kelab 1Malaysia bersama Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang bulan Ogos tersebut. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :
- Kahoot Merdeka
- Berita Arkib
- Ceria Merdeka Kelas
- Buletin Merdeka
- Deklamasi Sajak Merdeka
- Melukis Tokoh Negara
- Permainan Tradisional (Batu Seremban, Capte dan Sahibba)
- Arca Kemerdekaan
- Pertandingan Filem Pendek (Malaysiaku Dirgahayu)
- Komik Merdeka
- Doodle Merdeka
- Video Erti kemerdekaan
- Kuiz LATUBI Merdeka
- Nyanyian Lagu Patriotik
- Sayembara Puisi Merdeka
Antara gambar menarik sepanjang Sambutan Bulan Kebangsaan yang dijalankan :
Galeri Warisan
[sunting | sunting sumber]Galeri ini memainkan peranan yang penting sebagai tempat penyimpanan khazanah bersejarah sekolah dan menjadi pusat rujukan kepada sekolah lain, mahupun pengunjung luar. Pelbagai peralatan, permainan, dan barangan antik yang ditempatkan di galeri ini. Berikut merupakan antara gambar dan suasana di dalam Galeri Warisan SMK Seri Tanjong.
Prasarana
[sunting | sunting sumber]Sekolah ini mempunyai pelbagai prasarana. Antaranya ialah :
- 18 blok bangunan semuanya
- Padang
- Gelanggang Pentaque
- Kantin
- 3 buah Makmal Siber
- Kuaters Guru
- Dataran Nilam
- Gelanggang Bola Tampar
- Dewan Seri
- Surau
Panorama Sekolah
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjung
- Tanjung Kling Pos
- 76400, Tanjong Kling
- Melaka, Malaysia
- Telefon = 06-3511539
- Faks = 6063510825
- E-mel =smkseritanjung@ppdmelakatengah.net