Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru
Topik rencana ini mungkin tidak memenuhi garis panduan kelayakan akademik rencana Wikipedia. (Januari 2020) |
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Jalan Istana, Bukit Baru, 75450, Melaka,, Melaka Bandar Bersejarah Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | " Berilmu Berakhlak" |
Nombor sekolah | 6062320718 |
Kod sekolah | MEA2093[1] |
Pengerusi PIBG | Datuk Ronald Gan Yong Hoe |
Pengetua | Puan Nor Hafizah binti Musa |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Tang Poh Yap |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Rozita binti Samad |
Faks | 6062321275 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru atau nama ringkasnya SMK Bukit Baru, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Istana, Bukit Baru.
Pada 2017, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru memiliki 874 pelajar lelaki dan 880 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1754 orang. Ia mempunyai seramai 107 orang guru.2009
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru (dikenali sebagai SMKBB) ialah sebuah sekolah menengah harian yang dibina di Jalan Bukit Beruang (kini Jalan Istana) di Melaka, bersebelahan Jabatan Pendidikan Melaka. Lokasi sekolah bersamaan dengan Jabatan Pendidikan Negeri yang terletak di Lot 1853, Mukim Bukit Beruang dengan keluasan 8.636 hektar (21 ekar 340 depa).
Sejarah Sekolah
[sunting | sunting sumber]SMK Bukit Baru (SMKBB) telah dibina oleh kontraktor Mohd Ghauz Enterprise dan diserahkan kepada Jabatan Pelajaran Melaka pada 10 Mei 1993.Penubuhan SMKBB adalah hasil permintaan penduduk setempat bagi menampung kemasukan pelajar ke sekolah menengah kian bertambah. Pemilihan nama sekolah ini adalah berdasarkan nama Mukim Bukit Baru.
Oleh sebab infrastrukturnya baik,SMKBB telah menjadi tumpuan masyarakat setempat bukan sahaja dalam bidang pendidikan malahan termasuk pelbagai aktiviti luar sepanjang masa. Pada asalnya mempunyai 2 blok bangunan 4 tingkat,sebuah bengkel dan kantin. Pada tahun 1998 sebuah lagi bangunan 4 tingkat dibina yang menampung14 bilik darjah. Pada tahun 2002,SMKBB memperoleh 2 buah makmal komputer yang lengakap dan diikuti dengan pembinaan 2 blok bangunan 4 tingkat dibina lagi lengkap dengan makmal sains tulen,bilik muzik,bilik pendidikan seni,bilik ERT,bilik pendidikan khas dan sebagainya. Selain itu,SMKBB juga mempunyai kemudahan surau yang diperuntukan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka.
Pada tahun pertama seramai 376 orang murid dari SK Palembang,SK Bukit Beruang,SK Datuk Demang Husin SJK(C) Bukit Beruang,SJK (C) Wen Hua dan SJK (C) Ayer Keroh, memulakan persekolahan disini. SMKBB telah mengalami perkembangan yang menggalakkan dengan bilangan murid telah bertambah sehingga 1418 orang murid. Pencapaian prestasinya semakin cemerlang dari semasa ke semasa telah menyebabkan pihak Jabatan Pelajaran Melaka mempertanggungjawab pembukaan Kelas Rancangan Khas (RK) dan kelas Tingkatan 6 mulai persekolahan 2004. Pertambahan tenaga akademik,kakitangan sokongan,murid serta kemudahan fizikal yang baik merangsang pengajaran dan pembelajaran murid.Mata pelajaran vokasional MPV telah diperkenalkan iaitu Produksi Multimedia dan Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut.
SMKBB telah menempa beberapa kejayaan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum dan dibawah pimpinan pengetua yang pertama iaitu Tuan Haji Othman Bin Hassan (1993-Mac 1998).Kecemerlangan terus menyerlah dibawah pentadbiran pengetua kedua iaitu Puan Hjh Hazizah bt Md Salleh (April 1998 – 16 Mei 2003). Kini di bawah pimpinan pengetua ketiga iaitu Puan Hjh Umaizahrah bt Alwi (Mei 2003-30Jun2007) kecemerlangan terus dicapai. Puan Mainon binti Abdul Wahid selaku pengetua keempat (1Julai-30Sept2008) pula menerajui SMK Bukit Baru dengan penuh keazaman dan iltizam untuk membudayakan kecemerlangan sekolah ini. Dan kini di bawah pimpinan pengetua kelima Tuan Haji Mohammad Yusoff bin Osman (Nov2008-kini) sangat komited dengan kecemerlangan sekolah sehingga telah dinobatkan sebagai SEKOLAH CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2008.
Kronologi Pembukaan Sekolah
Majlis Penyerahan Projek SMK Bukit Baru
26 Jun 1993 (10.00 pagi) Wakil JPN : Tn. Hj. Isa bin Abu Wakil JKR : Ir. En Zaid bin Ali Wakil Kontraktor : Tn. Hj. Md Khauz bin Hamid |
Kerja Menambak Tanah Padang Sekolah
September 1994 440 Lori digunakan untuk menambak tanah |
Majlis Gotong Royong Pembukaan SMK Bukit Baru
11 Disember 1993 (8.00 am) Perasmi : Tn. Pengarah Pendidikan Melaka Tn. Haji Sabri bin Salleh |
---|---|---|
Coretan Sejarah SM BUKIT BARU
[sunting | sunting sumber]Sekitar Tahun 90an | |||
---|---|---|---|
Prasarana Sekolah
[sunting | sunting sumber]Dahulu dan sekarang
Prasarana | Prasarana tahun 90an | Prasarana
Kini |
---|---|---|
Astaka Dataran Perhimpunan | ||
The Wall of Friendship | ||
Bengkel Sekolah | ||
Tempat Letak Kereta | ||
Bangunan Sekolah | ||
Tempat duduk Guru |
Lencana Sekolah
[sunting | sunting sumber]- Kuning - Kecemerlangan
- Oren - Keindahan & Keberanian
- Merah Hati - Kesungguhan & Kekentalan
- Segienam - Keimanan & Kerajinan
- Bentuk V - Tumpuan Untuk Menjadi Manusia Berilmu, Berakhlak & Beramal
- Roda - Sains & Teknologi
- Jangka - Asas Pembinaan
- Buku - Keilmuan
- Cogankata - Berilmu & Berakhla
Nilai Teras Sekolah
[sunting | sunting sumber]- Hormat-menghormati - Respect
- Bertanggungjawab - Responsible
- Ikhlas - Honest
- Integriti - Integrity
- Usaha - Diligent
Misi Sekolah
[sunting | sunting sumber]- Meningkatkan pencapaian akademik berprestasi tinggi mengikut potensi individu.
- Melahirkan pelajar yang berdisiplin,berketrampilan dan berakhlak mulia serta mempunyai daya saing yang tinggi.
- Mengekalkan pencapaian gemilang dan mempertingkatkan pelbagai bidang kokurikulum.
- Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih,ceria dan selamat.
- Perhubungan baik antara stake,agensi luar dan komuniti setempat.
Objektif Sekolah
[sunting | sunting sumber]- Mencapai kelulusan cemerlang dalam setiap matapelajaran bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
- Pengurusan dan pentadbiran sekolah agar sentiasa di tahap gemilang.
- Peningakatan tingkah laku murid yang cemerlang dan berbudaya hormat-menghormati.
- Mengekalkan pencapaian gemilang dan mempertingkatkan pelbagai bidang kokurikulum.
Piagam Pelanggan
[sunting | sunting sumber]Kami warga kerja SMK Bukit Baru beriltizam akan:
- Memberikan layanan mesra kepada semua pihak yang berurusan dengan menepati konsep kepuasan pelanggan.
- Mengajar dan mendidik murid-murid dengan penuh semangat untuk memastikan kecemerlangan di bidang akademik,sahsiah dan meraih kejayaan dalam aktivit kokurikulum.
- Memastikan prasarana dan persekitaran sekolah dalam keadaan selamat dengan mengamalkan Konsep Sekolah Selamat dan 3K (Kebersihan,Kesihatan dan Keselamatan).
- Pengwujudan dan pangakalan data untuk mengakses maklumat yang tepat bagi pengurusan yang cekap dan cemerlang.
- Menjalin hubungan harmoni dengan stake holder,agensi luar dan komuniti setempat bagi memastikan keberkesanan pengurusan murid agar mematuhi disiplin serta menjaga kebajikan mereka.
Lagu Sekolah
[sunting | sunting sumber]Bersih segar nyamannya udara,
SMKBB termasyhur namanya
Murid bersatu
Ganding bahu bersama
Terus maju
Ke arah wawasan yang ada
Terkenal sudah di mana-mana
Guru tegas dan bertimbang rasa
Murid dan gurunya sepakat bersama
Meningkatkan pendidikan kita
Berilmu, berakhlak, majukan negara
Sekolah bertuah tercinta
Membangun, membantu
Oh! putera, puterinya
Demi bangsa, agama
Capai cita matlamat bersama
Pertahankan nama sekolah
Bersatu bak tali yang tersimpul mati
Biar reput namun tak terlerai
PIBG SMK Bukit Baru
[sunting | sunting sumber]Senarai YDP PIBG sekolah
- Tn.Hj Idris bin Hamem Marikar (1993-2005)
- En. Anuar bin Othman (2005-2007)
- Tn. Hj Othman bin hj Daud (2007-2017)
- Datuk Ronald Gan Yong Hoe (2017 hingga kini)
Mesyurat PIBG pertama tahun 1993 | ||
---|---|---|
Pencapaian 2017
[sunting | sunting sumber]Bil | Pertandingan | Pencapaian |
---|---|---|
1 | Pertandingan Koir Sekolah-sekolah Menengah Negeri Melaka | Anugerah Pingat Emas
Johan Keseluruhan |
2 | KL International Choral Competition | Silver Diploma |
3 | Pertandingan Gamelan dan Caklempong Sekolah-sekolah Menengah Negeri Melaka | Anugerah Emas kategori Gamelan Tradisional
Anugerah Emas kategori Caklempong Tradisional Anugerah Emas kategori Kontemporari Johan Keseluruhan |
4 | 21st Bible Knowledge Oral Quiz 2017 state and southern region level | 1st runner up(naib johan) |
5 | Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Inggeris peringkat negeri Melaka | Naib Johan |
6 | Doubles Junior Golf syaaban Husin Cup | Johan |
7 | Pertandingan Valar Tamil peringkat negeri Melaka | Johan (Pertandingan Syarahan Men. Rendah)
Naib Johan ( Pertandingan Mengarang Esei) |
8 | Karnival Persatuan Bahasa Cina sekolah-sekolah menengah Negeri Melaka | Tempat ke-4 (Pertandingan Melafaz Karya Sastera Cina)
Saguhati (Pertandingan Mereka cipta Gambar "Mingju" Saguhati (Pertandingan Saya Pemberita) |
9 | Kejohanan Roket peringkat Negeri Melaka | Johan Keseluruhan |
10 | Kejohanan Roket peringkat Kebangsaan | Tempat Ketiga
Kategori Roket Sasaran |
11 | Kejohanan Balapan dan Padang MSS Peringkat Kawasan MelakaTengah | 2 Emas
3 Perak 4 Gangsa |
12 | Kejohanan Balapan dan Padang MSS Peringkat Negeri Melaka | 1 Perak |
13 | Kejohanan Young Athletic Negeri Melaka | 7 Emas
5 Perak 3 Gangsa |
14 | Kejohanan Terbuka Melaka Peringkat Kebangsaan | 1 Emas
1 Perak 3 Gangsa |
15 | Karnival Nak Sihat Melaka Tengah (Team Senamrobik) | Saguhati |
16 | Perlawanan Softball peringkat Negeri Melaka | Tempat Keempat |
17 | Pertandingan Eksplorace Aktif dan sihat Expo Melaka Sihat 2017 | Johan |
Pencapaian Kurikulum
[sunting | sunting sumber]SPM
[sunting | sunting sumber]Gred Purata sekolah dan Peratus mendapat sijil tahun 2006-2016
Tahun | Bil. Calon | GPS | % Mendapat Sijil |
---|---|---|---|
2006 | 203 | 5.54 | 96.6 |
2007 | 232 | 5.42 | 93.9 |
2008 | 234 | 5.46 | 88.5 |
2009 | 288 | 4.99 | 91.0 |
2010 | 308 | 5.32 | 88.5 |
2011 | 349 | 4.77 | 91.1 |
2012 | 289 | 4.70 | 95.5 |
2013 | 311 | 4.59 | 87.9 |
2014 | 345 | 4.59 | 87.9 |
2015 | 313 | 5.28 | 77.0 |
2016 | 291 | 5.24 | 89.3 |
STPM
[sunting | sunting sumber]Tahun | 5P | 4P | 3P | 2P | 1P | LULUS PENUH | LULUS SEBAHAGIAN | GAGAL | CALON HADIR | CALON AMBIL | PNGK | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
BIL | % | BIL | % | BIL | % | BIL | % | BIL | % | BIL | % | BIL | % | BIL | % | ||||
2015 | 0 | 0.00 | 30 | 54.20 | 10 | 27.08 | 3 | 8.33 | 3 | 6.25 | 46 | 95.83 | 2 | 4.17 | 0 | 0.00 | 48 | 48 | 2.59 |
2016 | 0 | 0.00 | 40 | 70.18 | 11 | 19.30 | 3 | 5.26 | 1 | 1.75 | 55 | 96.49 | 2 | 3.51 | 0 | 0.00 | 57 | 57 | 2.58 |
PT3
[sunting | sunting sumber]TAHUN | BIL CALON | GPS |
---|---|---|
2015 | 340 | 3.49 |
2016 | 335 | 3.42 |
Pencapaian Ko Kurikulum
[sunting | sunting sumber]Pencapaian Kelab dan Persatuan
[sunting | sunting sumber]BIL | NAMA PROGRAM | TARIKH | TEMPAT | PENCAPAIAN
JOHAN/NAIB JOHAN/KETIGA | ||
---|---|---|---|---|---|---|
PERINGKAT DAERAH | PERINGKAT NEGERI | PERINGKAT KEBANGSAAN | ||||
1 | PERTANDINGAN TREASURE HUNT | 7.5.2016 | MELAKA MALL | JOHAN | ||
2 | PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA TAMIL | 25.6.2016 | DEWAN DATO DOL SAID | NAIB JOHAN | ||
3 | GEGAR 10 000 LANGKAH MERDEKA | 3.9.2016 | DATARAN RESTORAN MELAYU MELAKA | KE 4 & SAGUHATI | ||
4 | KONSERT FUSION MUZIK 2016 | 30.4.2016 | DEWAN SERI NEGERI | PENYERTAAN | ||
5 | LAWATAN KE MPO (MALAYSIAN PHILHARMONIC OCHESTRA) | 20.2.2016 | KLCC | PENYERTAAN | ||
6 | HARI PERINGATAN SEDUNIA 2016 PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA (PERSEMBAHAN (NG) | 27.2.2016 | DEWAN SERI NEGERI | PENYERTAAN | ||
7 | PERSEMBAHAN SEMPENA MAJLIS PETRONAS | 9.3.2016 | LOGI PENAPISAN PETRONAS (SG.UDANG) | PENYERTAAN | ||
8 | INTERNATIONAL CHORAL FESTIVAL | 23-24.07.2016 | AUDITORIUM CEMPAKA SARI | SILVER DIPLOMA | ||
9 | FESTIVAL MUZIK KEBANGSAAN | 10.10.2016 | PERLIS | PENYERTAAN | ||
10 | KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN | 06-09.11.2016 | CINTA SAYANG RESORT, SG PETANI, KEDAH | PENYERTAAN | ||
11 | PETANDINGAN KOIR SEMPENA KARNIVAL PELANCONGAN PERINGKAT KEBANGSAAN | 10-13.11.2016 | PORT DICKSON GLORY BEACH RESORT | PENYERTAAN |
Badan Beruniform
[sunting | sunting sumber]BIL |
NAMA PROGRAM/PERTANDINGAN |
TARIKH | TEMPAT |
PENCAPAIAN (JOHAN/NAIB JOHAN/KETIGA) | ||
---|---|---|---|---|---|---|
PERINGKAT DAERAH | PERINGKAT NEGERI | PERINGKAT KEBANGSAAN | ||||
1 | NYANYIAN BERKUMPULAN HARI PERINGATAN PANDU PUTERI SEDUNIA | 27.02.2016 | DEWAN SERI NEGERI | JOHAN | ||
2 | PERTOLONGAN ASAS CEMAS ST JOHN | 05.06.2016 | SMK SERI BEMBAN | JOHAN | ||
3 | PERAWATAN ASAS (HOME NURSING) | 19-20 MAC 2016 | SMK MUNSYI ABDULLAH | JOHAN | ||
4 | PERKHEMAHAN JAMBORI KEBANGSAAN | 14-16.10.2016 | KEM PENGAKAP TAN CHAY YAN BUKIT KATIL | PENYERTAAN | ||
5 | KARNIVAL UDARA ANTARABANGSA MELAKA | 15-17.04.2016 | LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA MELAKA BATU BERENDAM | |||
6 | PERKHEMAHAN SKIM LENCANA PENGAKAP MUDA DAN REMAJA | 11-13.03.2016 | SMK BUKT BARU | PENYERTAAN | ||
7 | PERHIMPUNAN PENGAKAP UDARA NEGERI MELAKA | 15-17.05.2016 | MOZAC | PENYERTAAN | ||
8 | AIRPORT EMERGENCY EXERCISE | 12.05.2016 | LAPANGAN TERBANG ANTARABABGSA MEAKA | PENYERTAAN | ||
9 | JAMBOREE PENGAKAP ASEAN | 15-20.09.2016 | KEM TENGKU MAHMUD TELAGA BATIN TERENGGANU | PENYERTAAN ANTARABANGSA | ||
10 | JAMBOREE DI UDARA (JOTA) MALAYSIA KALI KE-5 BERSAMA SKMM | 6.8.2016 | KEM PENGAKAP TAN CHAY YAN BUKIT KATIL | PENYERTAAN | ||
11 | EKSPEDESI BERBASIKAL MASJID TANAH 2016 | 04-05.11.2016 | KEM PANGKALAN BALAK MASJID TANAH | PENYERTAAN | ||
12 | PERKAMPUNGAN BELIA DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM | 13-19.11.2016 | KEM PLKN JAYA GEMILANG A'FARMOSA | PENYERTAAN ANTARABANGSA | ||
13 | PERTANDINGAN KOR KADET POLIS PERINGKAT NEGERI | 10.03.2016 | IPK BUKIT BERUANG | PENYERTAAN | ||
14 | SUKIM 2016 (KARATE) | 14-17.7.2016 | USIM NILAI NEGERI SEMBILAN | PENYERTAAN | ||
15 | KURSUS KENAIKAN PANGKAT KOPRAL KADET BOMBA PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH | 02-03.11.2016 | BALAI BOMBA AYER KEROH | PENYERTAAN | PENYERTAAN | |
16 | PUNGUTAN HARI BENDERA ST JOHN | 24.07.2016 | MELAKA | KETIGA | ||
17 | PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS DAN PERAWATAN (KATEGIRI KAWAD KAKI) | 17.05.2016 | SMJK PULAU SEBANG | NAIB JOHAN | ||
18 | KARNIVAL PANDU PUTERI
- NYANYIAN BERKUMPULAN - KAWAD KAKI |
07.05.2016 | SMK GAJAH BERANG | NAIB JOHAN
KEEMPAT |
||
19 | COOKING THON PERGERAKAN PUTERI ISLAM PERINGKAT NEGERI MELAKA
- PERTANDINGAN GUBAHAN HANTARAN |
22.10.2016 | SMK BUKIT BARU | KETIGA |
Sukan dan Permainan
[sunting | sunting sumber]BIL | NAMA PROGRAM/PERTANDINGAN | TARIKH | TEMPAT | PENCAPAIAN
(JOHAN/NAIB JOHAN/KETIGA) | ||
---|---|---|---|---|---|---|
PERINGKAT DAERAH | PERINGKAT NEGERI | PERINGKAT KEBANGSAAN | ||||
1 | KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT NEGERI | FEB | SSN SERI KOTA | PENYERTAAN | ||
2 | KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT KEBANGSAAN | MAC | MELAKA | PENYERTAAN | ||
3 | KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN BOLA JARING 3 ON 3 | 2017 |
SSN SERI KOTA | PENYERTAAN | ||
4 | KEJOHANAN OLAHRAGA BALAPAN PERINGKAT NEGERI | SSN SERI KOTA | NAIB JOHAN (L18)
(4X400M) |
|||
5 | KEJOHANAN HOKI PERINGKAT NEGERI KATEGORI BAWAH 18 TAHUN | JULAI | STADIUM TUN FATIMAH | PENYERTAAN | ||
6 | KEJOHANAN PING PONG PERINGKAT KAWASAN KATEGORI BEREGU BAWAH 18 TAHUN | JAN | SJKC BUKIT BERUANG | JOHAN | ||
7 | KEJOHANAN PING PONG PERINGKAT NEGERI KATEGORI BEREGU BAWAH 18 TAHUN | FEB | SJKC BACHANG | JOHAN | ||
8 | KEJOHANAN BOLA BALING MSSM PERINGKAT KEBANGSAAN | JUN | KEDAH | PENYERTAAN | ||
9 | PERTANDINGAN MEMANAH PERINGKAT NEGERI (KATEGORI- INDIVIDU L18 ) | 16-17 FEB 2016 | SMK DATO BENDAHARA JASIN | JOHAN
TEMPAT KETIGA |
||
10 | PERTANDINGAN MEMANAH PERINGKAT NEGERI (KATEGORI- BERKUMPULAN L18 ) | 16-17 FEB 2016 | SMK DATO BENDAHARA JASIN | JOHAN | ||
11 | PERTANDINGAN MEMANAH PERINGKAT NEGERI (KATEGORI- CAMPURAN BAWAH 18 ) | 16-17 FEB 2016 | SMK DATO BENDAHARA JASIN | |||
12 | KEJOHANAN MENEMBAK KEBANGSAAN CHIA WAH TROPHY | 2.2.2016 | LAPANG SASAR SUBANG | AIR | ||
13 | KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 2/2016 KATEGIRI 10M " AIR PISTOL" INDIVIDU BAWAH 15 TAHUN | 17 OGOS 2016 | PULAU PINANG | KETIGA | ||
14 | KEJOHANAN AKUATIK MSS PERINGKAT NEGERI MELAKA | 17-18 FEB 2016 | MELAKA | PENYERTAAN | ||
15 | KEJOHANAN SUKAN BOLA KERANJANG MSSN MELAKA 2016 | 16-19 FEB 2016 | MELAKA | PENYERTAAN | ||
16 | SIRKIT RAGBI BAWAH 17 TAHUN | 27 FEB 2016 | MELAKA | NAIB JOHAN | ||
17 | KEJOHANAN RAGBI 15 SEPASUKAN MSS MELAKA SIRKIT 4 BAWAH 16TAHUN | 5 NOV 2016 | MELAKA | NAIB JOHAN | ||
18 | PERTANDINGAN SOFBOL MSS MELAKA | 18-19 JUL 2016 | MELAKA | PENYERTAAN |
Senarai Pengetua
[sunting | sunting sumber]- Tuan Haji Othman Bin Hassan (1993 - Mac 1998)
- Puan Hajah Hazizah Binti Md Salleh (April 1998 - 16 Mei 2003)
- Puan Hajjah Umaizahrah Binti Alwi (Mei 2003 - 30 Jun 2007)
- Puan Mainon Binti Abdul Wahid (1 Julai - 30 September 2008)
- Datuk Haji Mohammad Yusoff Bin Osman (November 2008- Jun 2011)
- Tuan Haji Mohd Rashid Bin Sidek (Julai 2008 - 2014)
- Tuan Megat Nasir Bin Megat Hashim (2014 - 2018)
- Tuan Abdul Malik bin Kassim (2018 hingga kini)
Galeri Warisan Rakyat
[sunting | sunting sumber]Galeri Warisan Rakyat SMK Bukit baru terletak di Pusat Sumber Sekolah
Objektif Galeri Warisan Rakyat
[sunting | sunting sumber]- Mendidik dan menanam semangat mencintai dan menghargai budaya dan warisan negara dalam kalangan pelajar.
- Mempelajari seni warisan yang semakin dilupakan dalam kalangan warga sekolah.
- Memupuk warga sekolah menghargai warisan tinggalan nenek moyang..
- Sebagai pusat informasi warisan budaya Malaysia.
Matlamat Galeri Warisan Rakyat
[sunting | sunting sumber]- Melahirkan generasi alaf 21 yang menyayangi warisan tinggalan masa lalu.
- Menggalakkan guru menggunakan artifak sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
- Dapat mendidik warga sekolah supaya celik warisan dalam laman wikipedia
Maklumat Bahan Pameran dan Artifak
[sunting | sunting sumber]Antara peralatan yang terdapat dalam Galeri Warisan/Sudut Warisan.
Alatan Sudut Warisan
- Tengkolok -1 kain ikat (tutup) kepala; tanjak; destar. 2 kain tutup kepala atau selubung yg biasanya dibuat drpd kain sarung atau kain lepas (pakaian wanita). Video [1]
- Kepok - Alat ini berbentuk bulat. Dibuat daripada buluh. Ianya digunakan untuk menyimpan ketul-ketul padi (gemai padi). Artikel [2]
- Lesung Kayu - Juga dikenali Lesung tumbuk ini juga diperbuat daripada kayu yang tahan lama dan terdiri dari ibu dan alunya. Walaupun fungsinya sama untuk melumatkan padi dan beras, tetapi cara penggunaannya berbeza dengan lesung hindik kerana ia menggunakan tangan. Ia juga boleh digunakan lebih dari satu alu dalam masa yang sama bagi mempercepatkan proses menumbuk. Video [3]
- Rumah Warisan Melaka - Rumah tradisional orang-orang Melayu Melaka pada kebiasaanya berteraskan bumbung atap yang panjang dan sesuatu yang menjadi tanda pengenalan bagi rumah Melayu Melaka adalah mempunyai tangga batu yang istimewa ianya unik berbanding dengan rumah tradisional orang Melayu di negeri-negeri lain. Video [4]
- Serkap - "Serkap" lazimnya diperbuat daripada buluh, rotan dan akar. Serkap merupakan sejenis alat penangkapan ikan Melayu tradisional yang terdapat dalam berbagai-bagai jenis. Antaranya ialah "Serkap Perlis", "Serkap Banjar" dan "Serkap Kedah". Arkitel [5]
- Gendang Sarawak - Gendang Sarawak ialah sejenis gendang yang panjang. Arannya diperbuat daripada batang kayu yang dibuang isi tengahnya. Pada hujungnya dipasang kulit kerbau atau kulit lembu.
- Tambuk - Tambuk ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang. Artikel [6]
- Angklung - Angklung merupakan sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh dalam kategori idiofon. Ia lazimnya terdiri dari dua hingga empat tiub yang diikat pada rangka yang dikenali sebagai 'ancak'. Angklung biasanya digetarkan agar ia berlaga antara dua bahagian. Angklung tidak dipukul tetapi ia menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian alat muzik ini berlaga ketika ia digetarkan. Artikel [7]
- Caklempong -Caklempong merupakan alat muzik tradisional Melayu yang tergolong dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Ia diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan. Perkataan Cak Lempong juga digunakan untuk menerangkankan jenis ensemblenya. Cak Lempong mula berkembang di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan yang berasal dari Minangkabau atau Sumatera Barat. Kini kesenian muzik Cak Lempong telah bertapak di negeri-negeri lain dan diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi. Video [8]
Antara Peralatan warisan yang lain yang terdapat dalam Galeri Warisan Rakyat
Alatan | Fungsi | QR Code |
---|---|---|
Bakul Siah kebiasaannya diperbuat daripada buluh, kayu dan dibalut dengan kertas tebal atau kulit. Masyarakat umum di Melaka menggunakan bakul ini untuk pelbagai tujuan seperti hantaran perkahwinan dan pemberian hadiah.
Ia terdiri daripada beras, daging, kain, kuih muih dan sebagainya sehingga ia menjadi salah satu daripada bahan yang dilihat semasa upacara perkahwinan. Bakul Sia mempunyai satu tingkat hingga ke beberapa tingkat. Corak hiasan dan besarnya bakul ini bergantung kepada kemampuan dan tujuan seperti mana yang dikehendaki oleh pemiliknya. |
||
Terompah mempunyai kaitan dengan nilai warisan masyarakat Baba Nyonya, Melayu, Cina dan India. Terompah diperbuat daripada kayu dan dijadikan pilihan sebagai pengalas kaki bagi menggantikan kasut kerana terompah lebih murah, tahan lasak dan praktikal. Terompah juga boleh didapati dalam berbagai-bagai warna.Terompah bukan sahaja dipakai oleh golongan wanita, tetapi juga kaum lelaki Satu perbezaan terompah perempuan dan terompah lelaki adalah terompah perempuan berlekuk di tengahnya sementara terompah lelaki sama memanjang.
Terompah bercat merah sering menjadi pilihan untuk dipadankan dengan pakaian tradisi seperti baju kurung pesak atau kebaya nyonya oleh kaum wanita. Kaum lelaki menggunakan terompah untuk dipakai ke surau kerana sifat tahan lasaknya itu. Bunyi terompah yang unik iaitu seperti bunyi ketukan mampu menarik perhatian orang berdekatan.apabila si pemakai berjalan. Terompah dipakai sama ada dalam rumah mahupun kawasan luar kediaman. |
||
Tepak sireh merupakan barang perhiasan yang digunakan oleh masyarakat Melayu khasnya dalam upacara-upacara adat istiadat dan majlis perkahwinan. Tepak sirih terdiri daripada beberapa komponen iaitu bekas sirih, cembul, bujam epok, kacip, gobek, celepa dan ketur.
Bekas sirih diperbuat sama ada daripada logam, perak atau gading gajah. Bekas ini berbentuk pipih iaitu ia lebar di bahagian mulut dan menguncup di bahagian bawahnya, Daun-daun sirih yang telah dipetik dan dibuang tangkainya akan dimasukkan ke dalam bekas ini dalam jumlah tujuh hingga sembilan helai. Ianya akan disajikan bersama tepak sirih atau puan kepada tetamu. |
||
Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut.
Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar. Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung. |
Rakaman Video Peralatan Warisan Rakyat
[sunting | sunting sumber]Pakaian Tradisional | Peralatan Muzik Tradisional | ||
---|---|---|---|
Permainan Tradisional | Kuih Muih Tradisional | Peralatan Warisan | |
---|---|---|---|
Pelancaran Hari Kebangsaan
[sunting | sunting sumber]Pelancaran Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah 2017 telah dilancarkan pada 31 Julai 2017 di Dataran Perhimpuan SMKBB
Pertandingan Nyanyian Lagu-lagu Patriotik
Pertandingan Nyanyian Lagu-lagu patriotik sempena Pelancaran Hari Kebangsan Peringkat Sekolah
Sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah | ||
---|---|---|
Selebriti Terkenal
[sunting | sunting sumber]Tokoh murid yang telah berjaya.
Khairul Hafiz bin Jantan
[sunting | sunting sumber]Ayda Jebat
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru
- Jalan Istana, Bukit Beruang
- 75450, Melaka
- Malaysia
- Telefon = 6062320718
- Fax = 6062321275