Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah
Rencana ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (Mei 2018) |
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah | |
---|---|
Lokasi | |
Inanam, Kota Kinabalu, Sabah Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) berasrama harian |
Moto | Berilmu, Beramal, Bertaqwa |
Ditubuhkan | 1 Januari 1988 |
Nombor sekolah | 088-429050 |
Kod sekolah | XRA4002 |
Pengerusi PIBG | Tn. Hj. Mazlan bin Daiman |
Pengetua | Utzh. Rosnani binti Sidin |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Us. Shariful Bahri bin Rahmat |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Tn. Hj. Ismail bin Hassan |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Masni binti Hj. Atu |
Faks | 088-432346 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah ialah sebuah sekolah menengah agama di Kota Kinabalu, Sabah. Nama sekolah ini sebelum 9 September 2009 ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Inanam. Nama sekolah ini pernah menjadi satu isu kontroversi dalam kalangan warga pendidikan negeri Sabah suatu masa dahulu. Namun, pemakaian nama sekolah yang baharu tetap diteruskan setelah Tun Ahmadshah Abdullah turun takhta Kerajaan Negeri Sabah pada 31 Disember 2010 dan setelah Kementerian Pelajaran Malaysia meluluskan nama baharu sekolah ini pada 9 September 2009.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Inanam pada awalnya merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan biasa yang dibuka pada 1 Januari 1988, dengan bilangan guru seramai 14 orang pada semester pertama dan bertambah sehingga 24 orang pada semester kedua. Bilangan pelajar pula ialah seramai 455 orang pelajar dan seramai 184 daripadanya tinggal di asrama. Pengetua pada masa itu ialah Encik Matshah Abdul Hamid. Pada peringkat awal, sebanyak 4 buah kelas tingkatan 1 aliran agama ditumpangkan buat sementara waktu dan kemudiannya sebanyak 10 buah kelas aliran akademik dibuka di sekolah ini pada tahun tersebut.
Pada penghujung tahun 1988, terdapat cadangan untuk menjadikan sekolah ini sebagai sekolah menengah agama memandangkan sekolah asal yang dicadangkan sebagai sekolah menengah agama yang terletak di daerah Ranau masih di dalam proses pembinaan. Pihak jabatan telah bersetuju memandangkan sekolah ini sangat strategik untuk dijadikan sekolah menengah agama disebabkan sekolah ini berhampiran dengan pusat pentadbiran.
Cadangan tersebut menjadi kenyataan apabila pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6 atas bersama 20 orang tenaga pengajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limauan dipindahkan ke sekolah ini pada 3 Januari 1989. Pada masa itu juga berlaku perubahan dalam pentadbiran dengan pertukaran pengetua dan 2 orang penolong kanan. Maka, rasmilah sekolah ini menjadi salah sebuah sekolah menengah agama di negeri Sabah. Nama sekolah ini juga turut diubah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Inanam kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Inanam. Bilangan guru dan pelajar sekolah ini meningkat dari tahun ke tahun sehinggalah pada tahun 2000, bilangan guru telah mencecah sebanyak 53 orang, manakala bilangan pelajar pula seramai 479 orang pelajar.
Setakat bulan Mei 2010, sekolah ini berkapasiti 440 orang pelajar dengan sesi persekolahannya dikendalikan oleh 42 orang tenaga pengajar termasuk dua orang guru kanan gred DG48 dan 11 orang guru kanan gred DG44, manakala pentadbirannya dikendalikan oleh 14 orang kakitangan bukan mengajar (KTBM) yang terdiri daripada seorang Pembantu Tadbir, tiga orang Penyelia Asrama, dua orang Pembantu Sains (Makmal), seorang Juruteknik Komputer dan selebihnya berperanan sebagai Pembantu Am dan Pemandu.
Senarai pengetua
[sunting | sunting sumber]Nama pengetua | Tempoh perkhidmatan |
Us. Salehuddin bin Hj. Mansur | 1989-1992 |
Us. Mohd. Isa bin Hj. Shaari | 1992-1994 |
Utzh. Hjh. Arpah binti Mohammad | 1994-2004 |
Us. Idrus bin Abdul Rahman | 2004-2008 |
Utzh. Affida binti Helmi | 2009-2011 |
Dr. Hj. Mohd. Kassim bin Tusin | 2011-2016 |
Datin Hasnah binti Mohd Yakob | 2016-2017 |
Us. Zulkifli bin Mohamad | 2017-2022 |
Utzh. Rosnani binti Sidin | 2022-kini |
Pernyataan arah
[sunting | sunting sumber]Visi
[sunting | sunting sumber]Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
Misi
[sunting | sunting sumber]Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
Etos
[sunting | sunting sumber]Permuafakatan pintar menjana modal insan cemerlang.
Prinsip
[sunting | sunting sumber]سمعنا واطعنا ولد صالح صاحب الامتياز الآمرون بالمعروف
"Kami dengar dan kami taat. Kamilah anak-anak soleh yang menerajui kecemerlangan dan menyeru ke arah kebaikan."
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah
- Peti Surat A-235
- 88856, Inanam
- Sabah, Malaysia
- Telefon: 088-429050
- Faks: 088-432346