Sekolah Menengah Arab Jaim Al Ahmadi
Sekolah Menengah Arab Jaim Al Ahmadi | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Km 18, Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, 76300, Melaka Tengah,, Melaka Bandar Bersejarah![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah arab, Sekolah kerajaan |
Moto | Berilmu,Beriman, Bertaqwa |
Ditubuhkan | 1963 |
Nombor sekolah | 6063531245 |
Kod sekolah | MFT2001[1] |
Pengetua | Nor Shima |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Ustaz Mohd Rasidi bin Abd Rahman |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Tuan Haji Ibrahim bin Mohd Noor |
Penolong Kanan Kokurikulum | Ustazah Jumai'ah binti Omar |
Faks | 6063531245 |
Sekolah Menengah Arab Jaim Al Ahmadi atau nama ringkasnya SMAJAA, merupakan sebuah Sekolah menengah arab yang terletak di Km 18, Paya Rumput Jaya, Sungai Udang.
Pada 2017, Sekolah Menengah Arab Jaim Al Ahmadi memiliki 233 pelajar lelaki dan 67 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 300 orang. SMA Jaim Al-Ahmadi mempunyai seramai 36 orang guru dan 9 orang staf sokongan.
![Selamat Datang ke SMA Jaim Al-Ahmadi](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/31/Pintu_Masuk_SMA_Jaim_Al-Ahmadi.jpg/400px-Pintu_Masuk_SMA_Jaim_Al-Ahmadi.jpg)
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Arab Al-Ahmadi ini , telah diasaskan oleh Tuan Haji Abd. Karim bin Haji Mohsin pada tahun 1963. Sekolah ini pada asalnya adalah berkonsepkan sekolah pondok. Pada tahun 1980, sIstem pembelajaran telah diubah kepada pengajian mengikut kurikulum Al Azhar, mempunyai dua komponen iaitu kurikulum akademik mengikut sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran dan kurikulum agama mengikut sukatan pelajaran Al-Azhar.
Pada masa tersebut, sekolah ini mempunyai sistem pendidikan sepadu 50 % bagi matapelajaran Arab dan 50 % matapelajaran akademik. Kemasukan pelajar bermula daripada tingkatan peralihan sehingga ke tingkatan lima. Di samping itu juga , mereka menduduki peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) diTingkatan Dua, Sijil Menengah Agama (SMA) di Tingkatan Empat, Penilaian Tingkatan 3 (PT3) diTingkatan Tiga dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Tingkatan Lima.
Pelajar-pelajar yang telah menduduki peperiksaan SPM dan mendapat keputusan yang baik layak memohon untuk menyambung pengajian ke Universiti tempatan dan luar negeri serta melanjutkan pelajaran di kolej-kolej.
Dalam bidang kokurikulum,sekolah ini terkenal dalam bidang sepak takraw dan menjadi johan dalam setiap pertandingan bahagian kawasan Tanjung sejak tahun 80 an sehingga sekarang
Sekolah Menengah Arab JAIM Al Ahmadi yang terletak di lot 1250, mukim Paya Rumput Jaya (PARUJAS) seluas 10 ekar ialah tapak sekolah dan bangunan baru yang telah siap dibina pada awal tahun 2000. Warga sekolah telah berpindah ke sekolah baru yang ada sekarang pada minggu pertama bulan Februari tahun 2000.
Kompleks sekolah baru ini terdiri daripada dua blok bangunan. Blok A mempunyai tiga tingkat yang mengandungi sembilan bilik darjah darjah, makmal sains, pejabat, bilik guru, pusat sumber sekolah, bilik komputer, koperasi dan tandas guru dan pelajar. Manakala blok B pula setinggi dua tingkat mempunyai dua makmal sains, tiga bengkel kemahiran hidup dan bilik SPBT serta dua buah tandas.Terdapat juga sebuah blok bangunan asrama yang boleh memuatkan 300 orang pelajar. Selain daripada itu, terdapat juga sebuah kantin harian dan juga kantin asrama.
Daripada segi kemudahan untuk aktiviti sukan dan kokurikulum, terdapat sebuah padang bolasepak, dua buah gelanggang sepak takraw dan sebuah gelanggang bola tampar.
![Kemudahan-Kemudahan yang terdapat di Sekolah](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/48/Kemudahan_Asas.jpg/431px-Kemudahan_Asas.jpg)
![PelajarTerbaik Sekolah-Sekolah Agama Negeri Melaka](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/45/Pelajar_Terbaik_Sekolah-Sekolah_Agama_Seluruh_Negeri_Melaka_2016.jpg/463px-Pelajar_Terbaik_Sekolah-Sekolah_Agama_Seluruh_Negeri_Melaka_2016.jpg)
Pengetua-Pengetua
[sunting | sunting sumber]Bil | Tempoh Berkhidmat | Nama Pengetua |
---|---|---|
1 | Tahun 1963 - 22 Februari 1976 | Tuan Guru Haji Karim bin Haji Mohsin |
2 | 23 Februari - 31Disember 1983 | Puan Arifah bt Ahmad |
3 | 01 Januari 1984 - 30 April 1985 | Encik Sulaiman bin Daud |
4 | 01 Mei 1987 - 31 Ogos 1990 | Encik Jaafar bin Ali |
5 | 01 September 1990 - 10 Jun 1991 | Encik Muhammad bin Shariff |
6 | 01 November 1991 - 15 Jun 1994 | Encik Suboh bin Ma'soom |
7 | 31 Mei 1998 - 01 Jun 1999 | Encik Ahyak bin Haji Ibrahim |
8 | 02 Jun 1999 - 01 Februari 2001 | Encik Wazali bin Talib |
9 | 02 Februari 2001- 09 Jun 2003 | Haji Suboh bin Ma'soom |
10 | 01 Mac 2003 - 31 Disember 204 | Haji Baderi bin Saidin |
11 | 23 Jun 2004 - 10 Jun 2009 | Cik Kamariah bt Ismail |
12 | 11 Jun 2009 - 19 Disember 2014 | Haji Suboh bin Ma'soom |
13 | 19 Disember - 31 Oktober 2016 | Hajah Noriah bt Haron |
14 | 01 November 2016 - Sekarang | Haji Dahrom bin Haji Hashim |
Lagu Sekolah
[sunting | sunting sumber]Kami berusaha terus berjaya,
Bersatu menuju cita-cita,
Ahmadi perlu menabur jasa,
Untuk agama, bangsa, dan negara,
Ahmadi terus maju,
Impian sejuta harapan,
Kami menuju kealaf baru,
Demi gemilang mencapai tujuan,
Ahmadi adalah generasi printis,
Kita pula generasi pewaris,
Bersama menghidupkan perjuangan,
Harumkan nama tanpa sempadan,
Lama dan baru kami berganding bahu,
Visi dan misi yang terus dituju,
Bersama doa kehadrat Ilahi,
Rahmati kami di Ahmadi,
Rahmati kami di Ahmadi,
........TAMAT.........
Program Sepanjang Tahun
[sunting | sunting sumber]Bil | Program/Rancangan | Bulan Dijalankan |
---|---|---|
1 | Merentas Desa | Januari |
2 | Program Ahmadi Pasti Cemerlang | Januari |
3 | Majlis Pelancaran Program Nilam | Februari |
4 | Program Keselamatan Jalan Raya | Februari |
5 | Ceramah Israk Mikraj | Mac |
6 | Kem Membaca 1 Malaysia | April |
7 | Pidato Diraja Malaysia | April |
8 | Liga Permainan | Mei |
9 | Sukantara | Mei |
10 | Tilawah Al-Quran | Julai |
11 | Ikhtifal Ilmi | Julai |
12 | Sambutan Hari Kemerdekaan | Ogos |
13 | Petanque Top 30 | 28/7-29/7 |
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Arab Jaim Al Ahmadi
- Km 18, Paya Rumput Jaya, Sungai Udang
- 76300, Melaka Tengah
- Melaka, Malaysia
- Telefon = 6063531245
- Fax = 6063531245