Pergi ke kandungan

Sekolah Kebangsaan Tok Jembal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Tok Jembal
Lokasi
Jalan Tok Jembal, Kampung Tok Jembal,, 21300 Kuala Nerus,, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Nombor sekolah+6096621255
Kod sekolahTBA7013 (Kod Lama TBA3058)
Guru besarCikgu Haji Aznordin Jahan
GPK Pentadbiran dan AkademikCikgu Haji Saiful Bahari Sidek
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridCikgu Zuzaini
Penolong Kanan KokurikulumCikgu Rohaiza
Faks+6096621255
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar Sekolah Kebangsaan Tok Jembal dari Peta Google.


Sekolah Kebangsaan Tok Jembal merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Pantai, di Jalan Tok Jembal dan di Jalan Lorong Sekolah Kebangsaan Tok Jembal, Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman, Malaysia.Sekolah Kebangsaan Tok Jembal mempunyai hanya beberapa murid yang berkefahaman bukan beragama Islam.

Pada 2019, Sekolah Kebangsaan Tok Jembal memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 900 lebih orang. Ia mempunyai seramai 60 lebih orang guru.2009

Sekolah Kebangsaan Tok Jembal dibina pada 2 Februari 1953. Tertubuhnya sekolah ini hasil usaha ketua kampung, Encik Salleh bin Muda yang menyedarkan penduduk kampung Tok Jembal sedar betapa pentingnya pendidikan terhadap anak-anak mereka. Mulai hari tersebut, pembinaan sekolah didirikan dengan keluasan 10m X 30m (30’ X 100’ persegi). Pembinaan sekolah ini berstrukturkan kayu dan berbumbungkan atap. Memperoleh sumber air daripada telaga yang berhampiran dengan sekolah tersebut.

Kemudahan bilik darjah yang disediakan oleh penduduk kampung kebanyakkannya dibekalkan oleh Pejabat Pendidikan Negeri di Kuala Terengganu. Dibuka secara rasmi oleh Guru Besar pertama En. Kadir bin Hashim.[1]

Sekolah Kebangsaan Tok Jembal
Kampung Tok Jembal,
21300 Kuala Nerus,
Terengganu Darul Iman,
Malaysia
Telefon = 6096621255
Fax = 6096621255

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]