Istana Hijau
Istana Hijau ايستان هيجاو | |
---|---|
Maklumat umum | |
Status | Musnah terbakar |
Jenis | Istana diraja, istana |
Lokasi | Bukit Puteri, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia |
Negara | Terengganu |
Koordinat | 5°20′9″N 103°8′15″E / 5.33583°N 103.13750°E |
Penyewa terkini | Sultan Omar |
Pecah tanah | 7 Zulhijah 1281 H (3 Mei 1865 M) |
Pembinaan bermula | 7 Zulhijah 1286 H (10 Mac 1870 M) |
Dimusnahkan pada | 1300 H (Ogos 1883 M) |
Pemilik | Sultan Omar |
Butiran teknikal | |
Bilangan tingkat | 2 |
sunting · sunting di Wikidata |
Istana Hijau (Jawi: ايستان هيجاو ) ialah sebuah istana Kesultanan Terengganu. Istana ini telah dibina pada 7 Zulhijah 1281 H [3 Mei 1865 M][1] dan didirikan pada pukul 7 pagi hari Jumaat, 7 Zulhijah 1286 H [10 Mac 1870 M][2] ketika pemerintahan sultan Terengganu ketika itu iaitu baginda Sultan Omar (1220H/1806M—1293H/1876M). Istana ini merupakan bangunan bertingkat dua dengan menara setinggi lima tingkat. Pada 1300 H bersamaan Ogos 1883 M semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1282H/1866M—1337H/1918M), istana ini telah musnah dalam sebuah kebakaran ketika peristiwa Api Pecah Gedung yang turut memusnahkan 1,600 buah rumah.[3]
Tapak bekas berdirinya Istana Hijau kemudiannya dijadikan tempat pembinaan istana baharu Kesultanan Terengganu. Upacara peletakan batu asas istana baharu ini telah diadakan pada tahun 1312 H bersamaan 1895 M ketika masih dalam pemerintahan Sultan Zainal Abidin III lalu dinamakan Istana Maziah.
Nota kaki
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- "Istana Maziah". www.arkib.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-29. Dicapai pada 2019-11-08.
- "Istana Maziah". mbkt.terengganu.gov.my. Dicapai pada 2019-11-08.
- "Istana Hijau". Ganupedia. Dicapai pada 2019-11-08.
- "Api Pecah Gedung". Ganupedia. Dicapai pada 2019-11-08.
Buku
[sunting | sunting sumber]- Dato' Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang (Misbaha) (1983). Sejarah Darul Iman hingga 1337H = 1918M. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9789676100115. OCLC 23565321.CS1 maint: ref=harv (link)