Sekolah Kebangsaan Terentang
Sekolah Kebangsaan Terentang | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Km. 34, Jalan Chinchin, 77000, Jasin,, Melaka Bandar Bersejarah Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6065246537 |
Kod sekolah | MBA1014 |
Faks | 6065246537 |
Sekolah Kebangsaan Terentang atau nama ringkasnya SK Terentang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km. 34, Jalan Chinchin.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Terentang memiliki 75 pelajar lelaki dan 73 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 148 orang. Ia mempunyai seramai 21 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Tuan Haji Ganil Bin Haji Sudin merupakan anak jati Kampung Terentang. Beliau dilahirkan pada tahun 1880 di Kampung Terentang dan merupakan seorang guru agama yang mengajar Al Quran.
Sebagai seorang pendidik, beliau telah mengesyorkan agar didirikan sebuah sekolah di Kampung Terentang bagi memberi peluang untuk kanak-kanak mendapatkan pendidikan.[perlu rujukan]
Pada peringkat awal, penduduk kampung telah mengadakan pertunjukkan amal untuk membeli sebidang tanah. Usaha ini berjaya dan dengan bantuan dari penduduk kampung, sekolah ini telah siap dibina pada 1949 dan dirasmikan oleh Pegawai Daerah Jasin ketika itu.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Terentang
- Km. 34, Jalan Chinchin
- 77000, Jasin
- Melaka, Malaysia
- Telefon = 6065246537
- Fax = 6065246537