Sekolah Kebangsaan Tengkawang
Sekolah Kebangsaan Tengkawang | |
---|---|
Lokasi | |
Kampung Tengkawang, Jalan Sungai Tong,, Kuala Berang, Terengganu Darul Iman Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan, sekolah berasrama |
Nombor sekolah | 6096818963 |
Kod sekolah | TBA5013 |
Pengerusi PIBG | ENCIK SAIFUL NADIA BIN BIDIN |
Guru besar | CIKGU MOHAMAD SABRI BIN ABU BAKAR |
GPK Pentadbiran dan Akademik | CIKGU MOHD HISYAM BIN MUHAMMAD |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | CIKGU RAPIAH BINTI YUSOF |
Penolong Kanan Kokurikulum | CIKGU AMRAN BIN ISMAIL |
Faks | 6096818962 |
Laman sesawang | Sekolah Kebangsaan Tengkawang |
Sekolah Kebangsaan Tengkawang merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Tengkawang, Jalan Sungai Tong , Kuala Berang , Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tengkawang memiliki 182 pelajar lelaki dan 149 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 331 orang. Ia mempunyai seramai 28 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Kebangsaan Tengkawang telah ditubuhkan bermula pada tahun 1948, sebagai sekolah rakyat. Ia dibina di tepi Sungai Telemong. Pengasasnya ialah Ahmad Bin Taha yang berasal dari negeri Pahang.
Bangunan awal sekolah ini dibina secara gotong-royong oleh penduduk kampung berasaskan buluh beratapkan daun rumbia. Kerusi dan meja diperbuat daripada kayu dan buluh. Manakala alat tulis pula terdiri dari papan batu atau papan selit.
Pelajar rata-ratanya adalah dari penduduk setempat, iaitu dari Kampung Tengkawang, Kampung Padang Setar dan Kampung Hulu Sat. Pada permulaan sekolah di buka, bilangan murid hanyalah berjumlah seramai 20 orang. Pada tahun 1975 sekolah ini berpindah ke tapak yang ada sekarang. Bangunan sekolah masih lagi diperbuat daripada buluh dan kayu.
Peningkatan dari jumlah bilangan murid ketara dari 20 ke 30 orang dan ditambah dengan adanya 3 orang guru. Selang 2 tahun kemudian sekolah telah dinaiktaraf menjadi bangunan batu dengan keramaian murid berjumlah 86 orang dan guru 6 orang.
Pada tahun 1977 jumlah murid bertambah lagi kepada 100 orang dan blok baru telah dibina untuk menampung jumlah murid yang ramai itu. Pada tahun 1988 penambahan sebuah kantin dan dua unit rumah guru dibina bagi melengkapkan bangunan baru SK Tengkawang.
Dua blok asrama dan sebuah dewan makan untuk kemudahan murid dan ditambah dengan dua blok bangunan kilat untuk menampung kekurangan bilik darjah. Di sini bermulanya Sekolah Kebangsaan Tengkawang sebagai satu-satunya sekolah berasrama di daerah Hulu Terengganu.
Pada bulan Mac 2011 bangunan baru bertingkat mula beroperasi yang kebanyakannya kelas dan bilik-bilik utama dipindahkan ke bangunan ini.
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Tengkawang
- Kampung Tengkawang,
- Jalan Sungai Tong ,
- Kuala Berang ,
- Terengganu Darul Iman, Malaysia
- Telefon = 6096818963
- Fax = 6096818962