Sekolah Kebangsaan Seri Bandar
Sekolah Kebangsaan Seri Bandar | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Jalan Ayer Leleh,, 75050, Melaka, Melaka Bandar Bersejarah Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | BERILMU, BERBAKTI |
Nombor sekolah | 06-2831020 |
Kod sekolah | MBB2039 |
Pengerusi PIBG | Encik Abd Razak bin Hasan |
Guru besar | Tn Hj Rozaimee bin Hj Muszali |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn Hanitah binti Osman |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Azlan bin Abd Hamid |
Penolong Kanan Kokurikulum | Tn Hj Zainal bin Daud |
Faks | 6062831020 |
Sekolah Kebangsaan Seri Bandar atau nama ringkasnya SK Seri Bandar, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Air Leleh Melaka.
Pada 2020, Sekolah Kebangsaan Seri Bandar memiliki 407 orang murid termasuk murid prasekolah dan ppki, dan jumlah tenaga pengajar guru seramai 40 orang serta AKP seramai 6 orang.
Latar Belakang Sekolah
[sunting | sunting sumber]Sekolah ini dibuka di pertengahan tahun 1976.
Guru Besar
[sunting | sunting sumber]Daripada awal penubuhan sekolah sehingga 2020, SK Seri Bandar telah mendapat pimpinan di bawah 16 orang Guru Besar seperti senarai di bawah :
- En Tan Beng Hooi
- En Ramli bin Johan
- En S. Balasubramaniam
- En Sahari bin Abd Ghani
- En Sulaiman bin Hashim
- En Muhamat bin Ali
- Tn. Hj Ahmad bin Haron
- En Leong Weng Song
- Tn. Hj Isa bin Hj. Bachek
- Tn. Hj Norbin Hj Baba
- En Mohd Ali bin Yusop
- En Tan Kwee Lim
- Pn Hjh Zaharah binti Hj Shafee
- En Edie Gan
- En Abd Rahman bin Mat
- Tn Hj Rozaimee bin Hj Muszali
Matlamat, Moto, Cogan Kata dan Lagu Sekolah
[sunting | sunting sumber]Matlamat SK Seri Bandar :
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia
Moto SK Seri Bandar :
S = Semangat
K = Kesungguhan
S = Sehingga
B = Berjaya
Cogan Kata SK Seri Bandar :
“BERILMU BERBAKTI”
Lagu Sekolah
Seri Bandar sekolah indah
Gagah kukuhnya di padang megah
Mari kita mengorak langkah
Bersungguh - sungguh
Bersama agar berjaya
Patuhlah Rukun Negara
Peraturan sekolah diamalkan
Berilmu berbakti cogan kata kita
Yang kita idamkan
Rajinlah tekunlah
Pada tiap masa
Tanam cita - cita
Mencari jaya hidup sejahtera
Persekitaran Sekolah
[sunting | sunting sumber]SK Seri Bandar merangkumi Blok Pentadbiran, Dewan Hikmah, Dataran Hikmah, Makmal Komputer, Blok Pra Sekolah, Kantin, Surau, Padang dan prasarana yang lain lagi.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]SK Seri Bandar telah berjaya mencapai pelbagai pencapaian yang membanggakan yang mengharumkan nama sekolah. Berikut merupakan senarai kejayaan yang telah dicapai pada tahun 2017.
- Memenangi naib johan peringkat kebangsaan dalam pertandingan "WarCry" sempena Hari Guru 2017
- Memenangi tempat keempat peringkat kawasan Ayer Keroh dalam pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2017
Aktiviti Kemerdekaan 2017
[sunting | sunting sumber]Sambutan Bulan Kemerdekaan telah dijalankan pelancaran dengan meriah pada tahun 2017.
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Seri Bandar
- Jalan Ayer Leleh,
- 75050, Melaka
- Melaka, Malaysia
- Telefon = 06-2831020
- Faks = 6062831020