Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1
Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1 | |
---|---|
Lokasi | |
Kem Terendak, 76200, Alor Gajah,, Melaka Bandar Bersejarah Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6063573793 |
Kod sekolah | MBE0045 |
Faks | 06-3573793 |
Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1 atau nama ringkasnya SK Kem Terendak 1, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kem Terendak.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1 memiliki 629 pelajar lelaki dan 587 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1216 orang. Ia mempunyai seramai 72 orang guru.2009
Sejarah Sekolah
[sunting | sunting sumber]- Sekolah ini pada mulanya dinamakan Mountbatten School dan dibuka pada tahun 1960. Ianya di buka dengan tujuan memberi khidmat pendidikan kepada anak-anak anggota tentera British, Australia dan New Zealand dari Commonwealth Camp yang sekarangnya dikenali dengan nama Kem Terendak.
- Mounbatten School pada mula nya hanya mempunyai sebuah bangunan blok pentadbiran dan sebuah lagi bangunan pendidikan yang mempunyai 5 buah bilik darjah. Guru Besar yang pertama bertugas di sekolah ini ialah Encik M.A. Hopkins Clarke dari 1960 hingga 1964.
- Mountbatten School telah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan pada 27 Mac 1970. Pada 20 April 1970 sekolah ini diberi nama Sekolah Rendah Kebangsaan Kem Terendak. Guru Besar yang pertama ialah Encik Mohd. Kamaruddin bin Zaman P.J.K. yang mentadbir sekolah hingga tahun 1988. Beliau diikuti oleh ;
Senarai Guru Besar
[sunting | sunting sumber]- Tuan Haji Mohamad bin Haji Ibrahim 1989 – 1990
- Tuan Haji Kamaruddin bin Haji Jantan 1991 – 1992
- Puan Habibah binti Busu 1992 – 2004
- En.Md.Yusof bin Baba 2004 - 2011
- En. Safian bin Ab Rahman 2011 - 2013
- En Mansor bin Maalip 2013 hingga kini
*************************************************************************************************************************************************************************************
Visi
[sunting | sunting sumber]Menjadikan sekolah ini sebagai sekolah yang Maju dan Cemerlang Kurikulum Kokurikulum dan Kerohanian.
Misi
[sunting | sunting sumber]Memberikan pendidikan berkualiti bagi menghasilkan murid yang cemerlang melalui budaya kerja berpasukan
Slogan
[sunting | sunting sumber]Hidup Mesti Berbakti
*****************************************************************************************************************************************************************************************************************************************
Lencana SK Kem Terendak 1
[sunting | sunting sumber]- Lencana sekolah berbentuk perisai dan menyerupai lambang Garison Kem Terendak yang mentadbir Kem Terendak di mana terletaknya sekolah ini.
- Warna merah di bahagian atas melambangkan ketabahan dan keberanian murid-murid sekolah ini iaitu putera dan puteri perwira negara kita.
- Warna hitam melambangkan kekentalan semangat untuk berdaya saing dan memajukan diri. Bersama kedua-dua wama melambangkan cogan kata wira Kem Terendak
"SEMERAH SEHITAM"
- Warna kuning melambangkan penerangan dan kecemerlangan dalam kehidupan yang menjadi harapan dan sasaran warga sekolah.
- Lambang buku menandakan ilmu, sementara obor menandakan pengetahuan.
- Cogan kata "Hidup Mesti Berbakti" melambangkan pedoman hidup warga sekolah.
****************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************
Lagu Rasmi SK Kem Terendak 1
[sunting | sunting sumber]HIDUP MESTI BERBAKTI
BERILMU BERHEMAH MULIA
KAMI BERIKRAR BERUSAHA
MAJU DAN BERJAYA
PUTERA PUTERI SKKT1
MURID TEKUN UNTUK MAJU
BUDAYA ILMU DIAMAL
SOPAN SANTUN DIJAGA
TAAT IBU BAPA DAN JUGA GURU
TAK MUDAH BERPUTUS ASA
SKKT1 LAMBANG KEMEGAHAN
CEMERLANG GEMILANG TERBILANG
HIDUP MESTI BERBAKTI
MURID TEKUN UNTUK MAJU
BAKTI SUCI YANG DIBERI
JASA JADI SANJUNGAN
*****************************************************************************************************************************************************************************************************************************************
Latar Belakang SK Kem Terendak 1
[sunting | sunting sumber]SK Kem Terendak 1 terletak di dalam kawasan Kem Terendak. Selain SK Kem Terendak 1, terdapat 5 sekolah lain di dalam kawasan kem ini iaitu SK Kem Terendak 2, SMK Kem Terendak, MRSM Kampus Kem Terendak, SRA JAIM Kem Terendak dan Tadika JAIM Kem Terendak. Di dalam kem ini juga terdapat kemudahan-kemudahan yang lain seperti Balai Bomba Kem Terendak dan Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak. Hospital ini bukan sahaja memberi perkhidmatan kepada anggota tentera, malah juga kepada orang awam.
SK Kem Terendak 1 merupakan sebuah sekolah yang mempunyai kemudahan dan prasarana yang lengkap untuk warga sekolah. Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah seperti Dewan Tertutup yang boleh menampung semua murid dan guru di SKKT 1 serta Dewan Terbuka yang berbumbung dan luas serta dilengkapi dengan kerusi di bahagian atas dewan. Turut terdapat sebuah Surau yang selesa dan berhawa dingin untuk kemudahan warga sekolah. Selain itu, terdapat sebuah Pentas Gazebo yang berbumbung yang terletak di padang sekolah. Di sini juga terdapat sebuah padang yang agak luas untuk kegunaan murid-murid.
Jumlah guru ialah seramai 79 orang dan jumlah murid seramai 890 orang. Terdapat 9 blok bangunan di sini termasuklah sebuah blok bangunan pejabat serta sebuah bilik guru. Sebuah Makmal Komputer terletak berhampiran dengan Kantin Sekolah. Terdapat 43 buah kelas serta 2 buah kelas Prasekolah yang dibuka. Majoriti murid-murid di sini adalah daripada kalangan anak-anak anggota tentera yang berkhidmat di Kem Terendak ini sendiri yang terdiri daripada pelbagai kaum etnik di Sabah dan Sarawak yang menetap di sini. Namun, sebahagian besarnya adalah murid-murid yang berbangsa Melayu.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]PENCAPAIAN & KEJAYAAN TERTINGGI SEKOLAH
[sunting | sunting sumber]BIDANG KURIKULUM
[sunting | sunting sumber]- PENCAPAIAN 5A UPSR : 14 ORANG PADA TAHUN 2014.
BIDANG KOKURIKULUM
[sunting | sunting sumber]- JOHAN KESELURUHAN KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA PERINGKAT KAWASAN MASJID TANAH SELAMA 7 TAHUN BERTURUT-TURUT BERMULA (2011-2017). Antara acara yang dimenangi ialah ;
- JOHAN ACARA LARIAN 100 M (P) PERINGKAT NEGERI MELAKA.
- JOHAN ACARA LARIAN 200 M (P) PERINGKAT NEGERI MELAKA.
- PENGELOLA PERTANDINGAN MTQS PERINGKAT NEGERI MELAKA PADA TAHUN 2016. Acara yang dimenangi ialah ;
- Mendapat tempat Ke-3 dalam kategori Bercerita Kisah Agama (P).
- PENGELOLA PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA PERINGKAT NEGERI MELAKA.
BIDANG KO AKADEMIK
[sunting | sunting sumber]- JOHAN PERTANDINGAN PUBLIC SPEAKING PERINGKAT NEGERI MELAKA (2014) - Mewakili negeri Melaka ke Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di negeri Kelantan.
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1
- Kem Terendak
- 76200, Alor Gajah
- Melaka, Malaysia
- Telefon = 6063573793
- Fax = 06-3573793
- Suntingan oleh ; Ketua Panitia Sejarah SK Kem Terendak 1 Puan Mariani binti Omar (2011-2017)
GALERI WARISAN
[sunting | sunting sumber]Kemudahan dan Prasarana di SK Kem Terendak 1
[sunting | sunting sumber]Aktiviti Bulan Kebangsaan SK Kem Terendak 1 2017
[sunting | sunting sumber]Galeri Gambar