Sekolah Kebangsaan Felda Selasih
Sekolah Kebangsaan Felda Selasih | |
---|---|
Lokasi | |
22020,, Jerteh,, Terengganu Darul Iman Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Berilmu, Beramal, dan Berjasa |
Nombor sekolah | 6096978167 |
Kod sekolah | TBA0067[1] |
Guru besar | A. Razak B Haji Rashid[2] |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Ibrahim B Ali [2] |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Mohamed B Ismail [2] |
Penolong Kanan Kokurikulum | Rumlah Bt Sharif[2] |
Faks | 6096978168 |
Laman sesawang | Sekolah Kebangsaan Felda Selasih |
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google |
x |
Sekolah Kebangsaan (Felda) Selasih (SKSF) merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Felda Selasih, Jerteh, Terengganu, Malaysia.
Tiga blok bangunan baru telah mula dibina pada 10 Ogos 2009 dan dijangka siap pada 30 Januari 2011. Blok baru ini akan menempaatkan semua prasara SKFS. Malangnya sehingga hujung tahun 2011, blok baru ini masih belum dapat diduduki kerana kontraktor gagal menyiapkankannya.
Pada 2011, SKFS memiliki 50 orang pelajar lelaki dan 60 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 110[2] orang. Ia mempunyai seramai 19[2] orang guru.
Kedudukan Sekolah
[sunting | sunting sumber]Kedudukannya terletak di perkampungan Felda Selasih,22020 Jerteh, Terengganu.Sekolah ini terletak dalam mukim Jabi di daerah Besut dan kawasan parlimen P31 Setiu.
Sekolah ini terletak kira-kira 18 kilometer dari Bandar Jerteh dan mengambil masa lebih kurang 15-20 minit bagi perjalanan menaiki kereta menghala ke Kuala Terengganu.Sebelum sampai ke sekolah ini, terdapat papan tanda Kampung Tok Dor di sebelah kiri manakala papan tanda Institut Latihan Pertanian Besut di sebelah kanan.Dalam jarak kira-kira 100 meter di hadapan terdapat satu simpang yang yang menuju ke Perkampungan Felda Selasih yang terletak di sebelah kanan jalan bersebelahan dengan Institut Latihan Pertanian Besut.
Sekolah Kebangsaan Felda Selasih akan dapat ditemui kira-kira 2 kilometer dari simpang tersebut. Bagi perjalan dari Kuala Terengganu ke Jerteh pula, kira-kira 100 kilometer perjalanan. Terdapat papan tanda Kampung Tok Dor di sebelah kiri dan Masjid Tok Dor di sebelah kanan yang berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Tok Dor, kira-kira 100 meter di hadapan iaitu di sebelah kiri,terdapat satu simpang yang menuju ke Perkampungan Felda Selasih.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Kebangsaan Felda Selasih (SKFS) telah ditubuhkan pada tanggal 4 Januari 1984[3] . Peringkat awal persekolahan jumlah murid hanyalah seramai 33 orang murid sahaja yang terdiri daripada tahun 1,2,3 dan 4. Manakala tenaga pengajar hanya 4 orang, Encik Zainal Bin Ahmad sebagai Guru Besar yang pertama.Pada peringkat awal, bagunan sekolah yang digunakan adalah ihsan daripada pihak pengurusan Felda Selasih. Murid-murid ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat dan rumah-rumah peneroka yang belum diduduki.
Dalam tahun 1985 kerajaan telah meluluskan tapak pembinaan baru (kekal) untuk SKFS seluas 1.8 hektar di perkampungan Felda Selasih. Di awal tahun 1986, SKFS memulakan sesi pengajaran di bangunan barunya. Pada awal tahun 1993,ekoran daripada pertambahan jumlah murid, Jabatan Pendidikan Terengganu telah meluluskan bangunan sebanyak 3 bilik lagi. Kini, sesi pengajaran dan pembelajaran di SKFS dapat berjalan dengan baik berikutan terdapat kemudahan bekalan elektrik dan air disamping keperluan pasarana yang cukup.
Berikut adalah sejarah Guru Besar yang pernah berkhidmat di SKFS:
- A Razak B Hj Rashid ( Julai 2011 --> sekarang )
- Che Awin B Hasan ( Januari 2011 --> Julai 2011 )
- Che Zaharah Bt Che Teh ( Ogos 2008 --> Januari 2011 )
Lencana Sekolah
[sunting | sunting sumber]Obor membakar buku melambangkan matlamat sekolah, melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab sejajar dengan falsafah pendidikan negara.
Jangka melambangkan Sains dan teknologi menjadi asas kemajuan sesebuah negara.
Tahun 1984 melambangkan tahun sekolah mula beroperasi.
Warna Hijau dibelakang perkataan SEK. KEB. FELDA SELASIH melambangkan agama Islam agama rasmi negara yang dianuti oleh seluruh murid dan guru SKFS
Warna Merah Bata melambangkan keberanian dan kegigihan pelajar dan guru menghadapi cabaran.
Lambang Atom sesuai sebagai tugas sebagai seorang pelajar menimba sebanyak mungkin ilmu, mengamalkan apa yang dipelajari dan seterusnya menabur bakti untuk masyarakat dan negara.
Warna Biru dibelakang perkataan BERILMU, BERAMAL, BERJASA melambangkan ketenangan yang perlu ada dalam diri induvidu dalam menghadapi apa jua keadaan.
Bendera Sekolah
[sunting | sunting sumber]Warna Oren melambangkan kawasan persekitaran sekolah dikelilingi oleh tanah felda
Warna Hijau melambangkan kesuburan dan masyarakat setempat yang berpengan teguh kepada ajaran islam.
Warna Biru melambangkan kemakmuran dan kerohanian hidup masyarakat setempat disamping interaksi yang sihat antara guru dengan guru,guru dengan pekerja,guru dengan murid dan ibu-bapa dengan guru.
Lagu sekolah
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan lagu rasmi[2] SKFS yang dinyanyikan semasa majlis rasmi selepas menyayikan lagu Negaraku dan Lagu Negeri Terengganu.
Sekolah Kebangsaan Felda Selasih |
---|
|
SKFS Dalam Pembangunan
[sunting | sunting sumber]SKFS telah mendapat 3 bangunan blok baru yang telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia untuk dibangunkan. Blok baru dibangunkan diatas tapak surau dan bangunan lama satu tingkat yang menempatkan beberapa bilik darjah, bilik pusat sumber dan perpustakaan. Kesemua bilik guru sementara, perpustakaan sementara dan pusat sumber sementara telah dipindah ke blok sebelah yang menempatkan beberapa bilik darjah. Kesemua bilik darjah pelajar ditempatkan di bilik darjah sementara yang dibangunkan.
Bangunan untuk pra-sekolah juga terpaksa dipindahkan kerana bangunannya berada didalam kawasan pembinaan namun tidak dirobohkan. Bangunan ini akan meneruskan operasi setelah kerja-kerja pembinaan blok baru selesai. Hanya makmal komputer dan kantin yang masih ditempat asal. Blok baru akan menempatkan kesemua bilik darjah untuk Tahun 1 hingga Tahun 6. Blok baru juga akan menempatkan kesemua prasarana sekolah yang terkini seperti bilik guru berhawa dingin, pusat sumber, perpustakaan dan bilik mesyuarat berhawa dingin, bilik sains, bilik sukan, bilik persalinan, surau, pejabat, dan dewan perhimpunan. Pembinaan bermula pada 10 Ogos 2009 dan dijangka siap pada 30 Januari 2011. Akan tetapi kontraktor yang dilantik Kerajaan Malaysia iaitu Tenang Selalu Construction SDN. BHD. gagal untuk menyiapkan mengikut masa dan tertangguh sehingga akhir tahun 2011.
-
Jalan masuk dari pagar utama
-
Dewan perhimpunan terbuka
-
Kauter Pejabat
-
Perpustakaan
-
Pusat Sumber
-
Pejabat (Lounge)
-
Bilik Guru Besar
-
Bilik Mesyuarat
-
Surau
-
Bilik Sains
-
Bilik Darjah
-
Wuduk
Guru dan Kakitangan SKFS 2011.
[sunting | sunting sumber]Berikut adalah senarai guru-guru dan kakitangan SKFS[2] pada tahun 2011
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]
Bilangan Murid 2011
[sunting | sunting sumber]Berikut adalah bilangan murid[2] mengikut kelas pada tahun 2011.
Bilangan | Nama Kelas | Lelaki | Perempuan | Jumlah |
---|---|---|---|---|
1 | 0 Pra | 8 | 14 | 22 |
2 | 1 Melati | 4 | 7 | 11 |
3 | 2 Melati | 8 | 5 | 13 |
4 | 3 Melati | 3 | 5 | 8 |
5 | 4 Melati | 10 | 9 | 19 |
6 | 5 Melati | 8 | 7 | 15 |
7 | 6 Melati | 9 | 13 | 22 |
Jumlah | 50 | 60 | 110 |
Kurikulum SKFS
[sunting | sunting sumber]Guru Kelas Tahun 2011
Berikut adalah senarai guru kelas pada tahun 2011.
Tahun | Guru Kelas |
---|---|
Tahun 1 | Rohana bt Ramli |
Tahun 2 | Alim b Snow |
Tahun 3 | Roslida bt Ahmad |
Tahun 4 | Siti Ruzaimah bt Ahmad Mantor |
Tahun 5 | Sukimah Yaacob (berpindah) |
Tahun 6 | Mohd Afezul b Ab. Rahman |
Pra- Sekolah | Zainal b Abd Majid |
Pemulihan/penderas | Mohamad Junid Zaki b Mohamed Nawi |
Ko-Kurikulum SKFS
[sunting | sunting sumber]Badan Beruniform
Rasional
Melahirkan hubungan mesra diantara murid dan guru sebagai program sokongan kepada kurikulum ke arah kecemerlangan pendidikan yang seimbang.
Objektif
- Memberi peluang kepada murid berdikari dalam aktiviti perkhemahan.
- Memberi galakan dan dorongan supaya murid berdikari dan dapat menyumbangkan bakat mereka dengan berkesan.
- Memberi peluang kepada murid untuk memperkembangkan bakat dan minat mereka.
Sasaran
Murud-murid tahun 3, 4, 5 dan 6
Aktiviti
Memandangkan jumlah murid yang tidak ramai, SKFS hanya mempunyai 2 unit badan beruniform, iaitu Pengakap dan Puteri Islam. Pada bulan September 2011, Badan beruniform ini telah menyertai perkemahan perdana yang diadakan di kawasan sekolah. Semua murid-murid dari Tahun 4 hingga tahun 6 telah menyertainya.
Sukan dan Permainan
Rasional
Memberi peluang kepada semua murid mengambil bahagian dalam sukan dan permainan disamping dapat mengembangkan bakat murid.
Objektif
- Mendedahkan murid kepada aktiviti yang berfaedah.
- Memberi galakan dan dorongan supaya murid berdikari dan dapat menyumbangkan bakat mereka dengan berkesan.
- Memperkembangkan bakat dan minat pelajar.
- Mengamalkan cara hidup yang sihat.
Rumah Sukan
- Rumah Kuning
- Rumah Biru
- Rumah Merah
- Rumah Hijau
Permainan
- BOLA SEPAK
- BOLA BALING
- BOLA TAMPAR
- HOKI
- OLAHRAGA
- TAKRAW
- BOLA JARING
- CATUR
- BADMINTON
Kelab dan Persatuan
Rasional
Dapat memberi peluang kepada semua murid mengambil bahagian dalam aktiviti sukan dan permainan dan memperkembangkan bakat.
Objektif
- Memberi peluang kepada murid berdikari dalam aktiviti perkhemahan.
- Memberi galakan dan dorongan supaya murid berdikari dan dapat menyumbangkan bakat mereka dengan berkesan.
- Dapat memperkembangkan bakat dan minat pelajar.
Sasaran
Murid tahun 3, 4, 5 dan 6.
Kelab-Kelab
- BAHASA MELAYU
- BAHASA INGGERIS
- AGAMA ISLAM
- SAINS & MATEMATIK
- KOMPUTER
Pencapaian SKFS
[sunting | sunting sumber]- Akademik
- 5 orang pelajar mendapat 5A dalam pencapaian UPSR tahun 2011 dari 22 orang calon.[perlu rujukan]
- Olahraga
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-10. Dicapai pada 2018-11-10.
- ^ a b c d e f g h i "5. Buku Panduan Tugas Guru 2011 SKFS". Sekolah Kebangsaan Felda Selasih. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan); Missing or empty|url=
(bantuan);|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ "5. Buku Sejarah SKFS". Sekolah Kebangsaan Felda Selasih. Text "http://skfeldaselasih.blogspot.com/" ignored (bantuan); Missing or empty
|url=
(bantuan);|access-date=
requires|url=
(bantuan)