Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Senggeh
Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Senggeh | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Felda Bukit Senggeh, 77100 Asahan, Melaka Bandar Bersejarah![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Rajin Usaha Jaya |
Ditubuhkan | 1 Januari 1974 |
Nombor sekolah | 6065229668 |
Kod sekolah | MBA1075[1] |
Pengerusi PIBG | Encik Jamaludin bin Jakpar |
Guru besar | Puan Amaliah binti Khamis |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Encik Zulkifli bin Atan |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Tuan Haji Mazlizam bin Ramli |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Nur Hayati binti Ab Karim |
Faks | 6065229668 |
Laman sesawang | http://skfbsasahan.blogspot.my/ |
Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Senggeh atau nama ringkasnya SKFBS, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Tun Ghaffar Bukit Senggeh.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Senggeh memiliki 85 pelajar lelaki dan 107 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 192 orang. Ia mempunyai seramai 22 orang guru.2009
Pada 2017, sekolah ini mempunyai 168 orang murid dan 25 orang murid prasekolah. Guru pula seramai 22 orang, dan 5 orang kakitangan sokongan.
Kini pada 20 Februari 2025, sekolah ini mempunyai 216 orang murid, 7 orang murid PPKI dan 25 orang murid prasekolah. Guru pula seramai 24 orang dan 5 orang kakitangan sokongan.

Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Senggeh telah dibuka pada tahun 1974, di atas tapak seluas 9.3 ekar. Sekolah ini terletak di luar bandar dari kawasan bandar Melaka, kira-kira 64 kilometer dari pusat bandar.
Bangunan sekolah ini mempunyai 6 bilik darjah untuk menampung enam aliran. Bilangan muridnya pada masa itu seramai 53 orang murid lelaki dan murid perempuan. Tenaga pengajarnya ketika itu seramai 4 orang dan dan 4 orang pekerja. Guru Besarnya pada ketika itu bernama Tuan Haji Daud bin Abdul Majid.
Dari setahun ke setahun, bilangan murid di sekolah ini bertambah ramai dan bagi menampung pertambahan murid yang semakin ramai itu maka pada tahun berikutnya sebuah bangunan separuh kekal yang mempunyai 4 buah bilik darjah didirikan oleh kerajaan.
Tanggal 24 Oktober 1981, YB Dato’ Haji Kamarudin, PPMS, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia telah merasmikan bangunan Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Senggeh. Di mana sewaktu itu hanya terdapat 3 blok utama iaitu Blok A, Blok B dan Blok C yang dilengkapi dengan pejabat, bilik guru, bilik darjah, bilik tayang, perpustakaan, tandas guru, dan tandas murid.
Awal tahun 80an, bilangan murid meningkat hingga 773 orang. Selepas itu, bilangan murid-murid di sekolah ini mula mengalami kemerosotan sehinggalah pada tahun 2005 bilangan muridnya hanya seramai 183 orang.
Kemudiannya, pada tahun 2002 sekolah ini telah mula dilengkapi dengan kemudahan komputer yang dibekalkan oleh kerajaan sebagai pemangkin kepada pembentukan sekolah bestari.
Berkembang pesat sejajar dengan perubahan era teknologi, kerajaan juga telah membina sebuah makmal komputer yang berhawa dingin pada tahun 2005, bersebelahan dengan Blok B sebagai kemudahan kepada pelajar meneroka dan menjelajah maklumat.
Pelbagai kemudahan telah dibina sedikit demi sedikit SKFBS membangun dan melahirkan variasi generasi yang gemilang, cemerlang dan terbilang. Dulu, kini dan selamanya SKFBS masih gah di pandangan mata masyarakat dengan pelbagai kecemerlangan baik dari segi kokurikulum mahupun kurikulum.
Guru Besar
[sunting | sunting sumber]Senarai Guru Besar yang pernah berkhidmat di SK Felda Bukit Senggeh :.
Nama Guru Besar | Tempoh Berkhidmat |
---|---|
Tn. Hj. Daud Bin Abd Majid | 1 Januari 1974 - 31 Ogos 1977 |
Tn. Hj. Abd. Karim Bin Abu Husin | 1 September 1977 - 31 Disember 1979 |
Tn. Hj. Ahmad Bin Montel | 1 Januari 1980 - 30 April 1982 |
Tn. Hj. Abd. Karim Bin Abu Husin | 1 Mei 1982 - 9 September 1989 |
En. Abdul Wahid Bin Mohamad Said | 1 November 1989 - 30 April 1994 |
En. Abdul Rahim Bin Hasan | 1 Mei 1994 - 16 Januari 1998 |
Pn. Jariah Binti Ujang | 16 Januari 1998 - 1 Jun 2001 |
En. Haron Bin Amat | 23 Ogos 2001 - 2 Julai 2003 |
Tn. Hj. Mohamad Nor Bin Yos | 16 Disember 2003 - 31 Oktober 2011 |
En. Jasni Bin Hj Ramli | 1 November 2011 - 31 Januari 2016 |
En. Imran Bin Hj Lamin | 1 Februari 2016 - 31 Julai 2017 |
En. Mohd Amir Bin Md Deh | 1 Ogos 2017 - 8 Julai 2020 |
En. Azahri bin Ahmad | 4 Ogos 2020 - 2 Januari 2022 |
Dr. Zaidi bin Saleh | 6 Januari 2022 - 31 Mac 2024 |
Puan Amaliah binti Khamis | 31 Januari 2025 - sekarang |
Pengerusi PIBG
[sunting | sunting sumber]Senarai Pengerusi PIBG yang pernah berkhidmat di SK Felda Bukit Senggeh :.
Nama | Tahun Berkhidmat |
---|---|
En Khamis Bin Jambak | 1974 |
En Lajim Bin Awaludin | 1975 |
En Abdul Razak @ Onn Bin Mihat | 1976-1977 |
Tn Hj Kadir Bin Atin | 1978 - 2020 |
En. Jamaludin bin Jakpar | 2020 - sekarang |
Panorama Sekolah
[sunting | sunting sumber]
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Senggeh
- 77100 Asahan
- Melaka, Malaysia
- Telefon = 6065229668
- Fax = 6065229668
- E-mel = mba1075@moe.edu.my