Sekolah Kebangsaan Duyong, Terengganu
Sekolah Kebangsaan Duyong | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Tengku Mizan,, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6096233157 |
Kod sekolah | TBA3010[1] |
Faks | 6096233157 |
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google |
Sekolah Kebangsaan Duyong merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Tengku Mizan , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Duyong memiliki 235 pelajar lelaki dan 218 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 453 orang. Ia mempunyai seramai 36 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kesedaran dan kepeluan pelajaran telah timbul di kalangan penduduk-penduduk di Duyong ini sejak tahun 20-an lagi. Dengan kesedaran inilah; sebelum kerajaan mengadakan bangunan “Sekolah Kerajaan”, sebuah Sekolah Persendirian (Private School) telah diadakan di Kampung Duyong Kecil. Pengasanya terdiri dari keluaraga Allah Yarham Datuk Bentera Guru dan keluarga Allah Yarham Datuk Kamal Wangsa, antara lainnya ialah Wan Long Bin Haji Wan Embong dan Haji Wan Ngah Bin Haji Md. Salleh, Wan Nawang Bin Haji Wan Embong dan Haji Wan Ngah Bin Datuk Kamal seta beberapa orang lain lagi.
Guru yang mula-mula mengajar di “Sekolah Persendirian” ini ialah Encik Yusof (Datuk Aria Pura). Setelah Datuk Encik Yusof berjawatan Kerajaan, “Sekolah Persendirian” ini ditutup. Dan murid-muridnya berpindah ke Sekolah Melayu Kampung Banggol yang dibuka pada tahun 1917.
Setelah Kerajaan membangunkan Sekolah Melayu Bukit Jambul pada tahun 1921, maka Sekolah Melayu Kampung Banggol pun ditutup. Murid-muridnya berpindah ke Sekolah Melayu Bukit Jambul.
Bilangan murid-murid dari Duyong ini yang bersekolah makin bertambah dari tahun demi tahun. Ketika ini timbul kesulitan susah hendak berulang-alik ke Sekolah Melayu Bukit Jambul kerana menyeberang sungai dengan menggunakan sampan atau perahu. Ketika itu, timbullah desakan atau permohonan dari penduduk di Duyong ini supaya kerajaan mengadakan sebuah sekolah di Duyong ini.
Berkat kerjasama mereka yang mempunyai kesedaran nilai pelajaran, di Duyong ketika itu akhirnya cita-citanya terlaksana dan kerajaan mulailah membangunkan sebuah Sekolah Melayu di Duyong ini, yang terletak di atas sekeping tanah seluas 0.987 ekar di Duyong Besar.
Babak permulaan sejarah dan perkembangan pelajaran di Duyong ini tercipta; pada jam 7.00 pagi 23hb Mei,1926 bersamaan 12 Dzulkaedah, 1344 sebuah bangunan 20×50 kaki yang tersergam indah dirasmikan dengan penuh istiadat keugamaan.Yang Berbahagia Haji Wan Dagang Timbalan Nadir Sekolah Terengganu melakukan upacara parasmian ini.Kemudiaanya diikuti oleh 6 ulama serta diakhir dengan doa selamat.
Istiadat yang gilang gemilang ini, adalah permulaan sejarah permulaan sejarah perkembangan di sini,disaksikan oleh penduduk-panduduk di Duyong dengan perasaan penuh harapan memohan kehadrat Ilahi supaya Sekolah ini sentiasa diberkati dan mengeluarkan murid-murid yang berguna kepada bangsa,tanah air dan agama.
Seramai 39 orang murid permulaan telah turut sama hadir pada hari istiadat pembukaan rasmi ini.
Guru Besar yang pertama ialah Encik Sulong bin Md. Amin (Datuk Senara Muda.) Pada mula sekolah ini dibangunkan kawasannya seluas 0.987 ekar, pada tahun 1969 ditambah 0.500 ekar dan tahun 1975 ditambah lagi 2.606 ekar. Jumlah keluasan kawasan sekolah sekarang 4.193 ekar.
Bangunan Sekolah
[sunting | sunting sumber]Bangunan yang didirikan pada tahun 1926 panjangnya 50×20 kaki,kemudian pada tahun 1938 ditambah (sambung) menjadi 70×20 kaki.Bangunan ini masih kekal dan digunakan hingga sekarang.
Tahun 1956 ditambah 2 buah bangunan lagi,tiap-tiap satu panjangnya 60×22½ kaki,kesemuanya berjumlah 4 bilik darjah.
Tahun 1969 dibangunkan sebuah bangunan lagi panjangnya 110×30 kaki yang mengandungi 3 bilik darjah 1 pejabat dan 1 setor.Di tahun yang sama juga dibangunkan sebuah Kantin.
Jumlah bilik darjah yang ada sekarang 8 bilik dan sebuah bilik untuk “Pusat Bahan-bahan” dijadikan bilik perpustakaan dan siaran TV/Radio pendidikan.
Badan pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Bagi mencapai objektif kerjasama dari ibubapa dan orang kampung untuk memajukan perjalanan sekolah ini sebuah Badan diberi nama “Jumaah Penasihat” mulai ditubuhkan pada tahun 1953.
Haji Wan Yaakub Bin Haji Wan Embong (Allah Yarham) dipilih mengetuai Jumaah Penasihat ini, di bawah pimpinan beliau ahli-ahli Jumaah Penasihat ini telah memberi khidmatnya yang baik.
Dari mulai ditubuhi Badan Jumaah Penasihat ini bergerak secara persendirian hingga ke tahun 1958. Apabila Kerajaan mengadakan Akta Pelajaran “Tata-tertib Urusan Sekolah 1959”, Badan Penasihat ini dibubar dan diganti dengan Jumaah Pengurus, ahli-ahlinya terdiri dari wakil Kerajaan dan ibubapa.
Haji Wan Yaakub Bin Haji Wan Embong sekali lagi dipilih menjadi Pengerusi Jumaah Pengurus yang ditubuh pada tahun 1959 itu.
Sepanjang hayatnya Haji Wan Yaakub telah memberi khidmat bakti yang sungguh dedikasi, bagi meninggi mutu pencapaian pelajaran dan kerjasama ibubapa di sekolah ini.
Setelah beliau meninggal dunia, Jawatan Pengerusi Jumaah Pengurus Sekolah ini diambil alih oleh Wan Ngah Bin Long hingga sekarang.
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Duyong
- Jalan Tengku Mizan , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia
- Telefon = 6096233157
- Fax = 6096233157