Sekolah Kebangsaan Bukit China
Sekolah Kebangsaan Bukit China | |
---|---|
Lokasi | |
155-A Jalan Puteri Hang Li Poh, 75100, Melaka, Melaka Bandar Bersejarah Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Ilmu Suluh Hidup |
Ditubuhkan | 2 Januari 1929 |
Nombor sekolah | 6062824752 |
Kod sekolah | MBA2001 |
Pengerusi PIBG | Encik Ahmad Farizal bin Hj Abd Hajat |
Guru besar | Tuan Haji Zaini bin Ninggal |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Lisa binti Mohamad |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Shahrizan bin Abdul Hamid |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Ahmad Mustaqim bin Hashim |
Faks | 6062824752 |
Sekolah Kebangsaan Bukit China atau nama ringkasnya SK Bukit China, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di kawasan bandar beralamat di 155-A, Jalan Puteri Hang Li Poh, 75100 Melaka.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bukit China memiliki 144 pelajar orang lelaki dan 72 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 216 orang. Ia mempunyai seramai 28 orang guru.2009
Pada tahun 2017, jumlah murid Sekolah Kebangsaan Bukit China ialah seramai 217 orang murid pelbagai aliran, iaitu 134 orang murid lelaki dan 83 orang murid perempuan. Manakala jumlah guru pula seramai 29 orang guru dengan guru lelaki seramai 11 orang dan guru perempuan seramai 18 orang. Kemasukan murid meliputi aliran perdana, pra sekolah, program pendidikan khas integrasi dan pra sekolah integrasi.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Latar belakang penubuhan sekolah
[sunting | sunting sumber]Sekolah ini telah didirikan pada 2 Januari 1929 oleh kerajaan British yang menakluki Melaka pada ketika itu dengan tujuan memberi pendidikan menulis, membaca, dan mengira kepada anak-anak Melayu di Kampung Bukit China dan kawasan sekitarnya.
Menurut Tuan Haji Hashim bin Datuk Demang Haji Abdul Ghani, Sekolah Kebangsaan Bukit China telah diusahakan penubuhannya oleh ayah beliau sendiri iaitu Datuk Demang Haji Abdul Ghani bin Haji Abdul Manan, JP. yang pada ketika itu menjadi Demang Durian Daun. Beliau menjelaskan bahawa sekolah asalnya terpaksa ditutup kerana muridnya telah bertambah ramai“Sekolah asalnya terpaksa ditutup kerana muridnya telah bertambah ramai.
Menurut Allahyarham Tuan Haji Hassan bin Haji Mohamad pula, Sekolah Kebangsaan Bukit China sekarang berasal daripada cantuman dua buah sekolah. Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Melayu (Agama) Bukit China yang terletak di Lorong Bukit China dan Sekolah Melayu (Agama) Pengkalan Rama.
Allahyarham Tuan Haji Hassan menjelaskan bahawa Guru Besar Sekolah Melayu (Agama) Lorong Bukit China pada masa itu ialah Allahyarham Cikgu Abdullah yang menjadi Imam Surau Bukit China dan Guru Besar Sekolah Melayu (Agama) Pengkalan Rama pula ialah Allahyarham Cikgu Othman yang juga menjadi imam Masjid Pengkalan Rama.
Bangunan sekolah
[sunting | sunting sumber]Bangunan Sekolah Kebangsaan Bukit China yang didirikan pada tahun 1929, berbentuk “U” masih kekal hingga ke hari ini. Bangunan ini separuh batu dan separuh kayu. Atap bangunan ini atap genting. Bahagian bawah bangunan ini tidak berkepung. Papan hadang digunakan untuk memisahkan antara satu darjah dengan darjah yang lain.
Kelengkapan bilik darjah terdiri daripada papan hitam berkaki, sebuah almari, meja guru, kerusi guru, meja panjang murid dan bangku panjang murid yang boleh diduduki oleh dua orang murid. Pada masa itu tidak ada pejabat sekolah dan bilik Guru Besar. Bersama dengan bangunan sekolah ini didirikan juga 4 buah rumah guru.
Pada 14 Mac 1964, sekolah ini mendapat bangunan tambahan dua bilik darjah dan sebuah pejabat. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Encik Abdul Ghafar bin Baba yang pada ketika itu menjadi Ketua Menteri Melaka.
Pada awal tahun 1977, sekolah ini mendapat tambahan sebuah bangunan baru berharga RM 170,000.00. Bangunan ini telah dibuka dengan rasminya pada 6 November 1977 oleh Datuk Setia Haji Abdul Ghani bin Ali yang pada ketika itu menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka.
Kawasan sekolah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Kebangsaan Bukit China terletak di kawasan seluas 4 ac. Ir. 24.2p.Tanah ini asalnya milik Demang Haji Abdul Ghani bin Haji Abdul Manan, JP. Selain bangunan berbentuk “U” dan rumah guru yang didirikan di kawasan sekolah ini pada peringkat awalnya, terdapat juga sebuah padang permainan dan kebun pertanian untuk kegunaan murid-murid sekolah pada ketika itu.
Pada tahun 1958, sebahagian daripada padang sekolah ini telah diambil oleh Jabatan Pelajaran Melaka untuk pembangunan Asrama Murid-murid Lelaki Sekolah Menengah. Bangunan asrama ini telah dirobohkan pada akhir tahun 1982 bagi tujuan membina sebuah padang untuk murid-murid sekolah ini. Pada tahun 1988, padang sekolah ini telah siap dibina.
Murid-murid
[sunting | sunting sumber]Sekolah ini bermula pada tahun 1929 dengan bilangan murid seramai 100 orang. Namun begitu, pertambahan murid mula berlaku pada setiap tahun kerana kesedaran ibu bapa terhadap perlunya pendidikan kemahiran menulis, membaca dan mengira kepada anak-anak mereka. Pada tahun 1966, jumlah murid sekolah ini meningkat kepada 700 orang. Selepas itu, jumlah ini semakin menurun lantaran berlakunya pembangunan dan bertambahnya bilangan sekolah.
Pencapaian murid sekolah ini hingga ke darjah 6 sahaja pada tahun 1929. Manakala pada tahun 1955, murid diberi peluang belajar hingga ke darjah 7. Apabila mereka berjaya dari sekolah ini, mereka akan dilantik menjadi guru sekolah rendah (Guru Latihan Normal). Namun begitu, ada juga murid sekolah ini yang dapat melanjutkan pelajaran mereka ke Kelas Khas Melayu (Special Malay Class) dengan menggunakan bahasa pengantar Bahasa Inggeris. Pada tahun 1957, murid-murid yang lulus peperiksaan darjah 6 akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Melayu.
Profil sekolah
[sunting | sunting sumber]Warna bendera
[sunting | sunting sumber]- Biru muda: Kerjasama erat antara warga SKBC
Lencana
[sunting | sunting sumber]- Obor: Semangat membara untuk berjaya
- Bukit: Kedudukan kawasan dan fizikal sekolah
- Buku: Warga SKBC celik ilmu pengetahuan
- Orang bersukan: Maju dalam sukan
- Alat sains: Berdaya saing dalam bidang sains dan teknologi
- Kuning: Semangat perpaduan
- Biru gelap: Semangat perpaduan
- Hijau: Segala aktiviti yang dilakukan berlandaskan agama
- Merah: Semarak untuk maju
- Putih: Ikhlas
Visi
[sunting | sunting sumber]- Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi
[sunting | sunting sumber]- Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Senarai Guru Besar
[sunting | sunting sumber]- Allahyarham En. Othman bin Md Amin 1929-1934
- Allahyarham En. Md Jai bin Abdullah 1934-1935
- Allahyarham En Hassan bin Kelang 1935-1937
- Allahyarham Hj Md Shah bin Yusof 1937-1940
- Allahyarham En Md Derus bin Md Arif 1940-1941
- Allahyarham En Abdul Wahab bin Mohd 1942-1943
- Allahyarham En Tambi Ibrahim bin Sulaiman 1944
- Allahyarham En Zainuddin bin Abu 1944-1946
- Allahyarham En Ahmad bin Haji Abdul Samad 1946-1954
- Allahyarham Haji Said bin Abu Bakar 1954-1958
- Allahyarham Haji Daud bin Haji Ali 1958-1963
- Allahyarham Haji Mohd bin Haji Long 1963-1964
- En. Ismail bin Hj Md Som 1965-1966
- Allahyarham En Haji Daud bin Haji Ali 1967-1970
- Allahyarham En Abdullah bin Md Said 1970
- En Hashim bin Abdul Rauf 1971-1973
- En Mohd Ramli bin Johan 1974-1979
- En Ramli bin Janggi 1980-1985
- En Naim bin Muhamad 1985-1986
- En Abu Samah bin Haji Mohd Aras 1986-1987
- En Ayub bin Jaamat 1988
- En Mohamad Ibrahim bin Haji Pitchay 1988-1996
- En. Mohd Som bin Hj Yaacob 1999-1999
- En. Zakaria bin Mahmod 1999-2001
- En. Mohd Ali bin Yusof 2001-2003
- Pn. Hajah Rosnani binti Jantan 2003-2008
- Pn Hajah Norsida binti Abdul Hamid 2008-2012
- Pn Hajah Hasmah binti Hitam 2012
- Pn Kamariah binti Md Dawam 2012 - 2015
- Allahyarham Muhamad Nor bin Hamzah 2015 -2017
- En Mohammed Shamshir bin Mohammed Dali 2017 - 2018
- Pn Masdura binti Selamat 2019- 2020
- En Mohd Zabidi bin Daud 2020 - 2023
- Tuan Haji Zaini bin Ninggal 2023 - sekarang
Persekitaran sekolah
[sunting | sunting sumber]Bangunan dan bilik khas
[sunting | sunting sumber]- Surau Al Hikmah
- Bilik Kemahiran Hidup
- Kantin Sekolah
- Makmal Komputer
- Kelas PAK 21
Taman dan landskap sekolah
[sunting | sunting sumber]- Taman Permainan
- Wakaf
- Dataran Semarak Kasih
- Padang Sekolah
Pencapaian sekolah
[sunting | sunting sumber]Unit Pra Sekolah
[sunting | sunting sumber]- Johan Senamrobik Sekolah Peringkat Daerah Melaka Tengah 2016.
- Johan Pertandingan Senamrobik Pra Sekolah Peringkat Negeri Melaka 2016. (Video)
Unit Pendidikan Khas Integrasi
[sunting | sunting sumber]- Jalinan Antarabangsa SK Bukit China dengan Sekolah Kartini Batam dan Yayasan Keluarga Batam serta kerjasama Seameo Sen dan Unit Pendidikan Khas
Unit Kokurikulum
[sunting | sunting sumber]- Pertandingan Kawad Formasi Badan Beruniform Peringkat Negeri Melaka 2006
Johan Negeri - Mewakili Melaka ke pertandingan peringkat kebangsaan yang berlangsung di Sabah
- Anugerah Ceria Merdeka Peringkat Negeri Melaka 2016 - Johan Kategori Pintu Gerbang
Unit Akademik
[sunting | sunting sumber]- Anugerah Kualiti 2016 - Kecemerlangan Akademik Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
Unit Hal Ehwal Murid
[sunting | sunting sumber]- Anugerah Projek Khas Drink Move Be Strong Peringkat Negeri Melaka 2017 - Kategori Drink
- Naib Johan Program Anugerah 3K Peringkat Negeri Melaka 2017