Sejarah Kanada
Rencana ini adalah sebahagian daripada siri |
Sejarah Kanada |
---|
Sejarah mengikut tahun |
Lain-lain dalam topik Kanada |
Sejarah Kanada telah didiami oleh ramai puak asli. Kajian arkeologi menunjukkan bahawa kawasan Kanada telah didiami manusia sejak 26,500 tahun yang lalu du Yukon. Orang dari Eropah pertama yang datang ke Kanada, ialah orang Viking yang mendirikan petempatan di L'Anse aux Meadows pada 1000 M. John Cabot dari England tiba di pantai Kanada pada 1497, manakala Jacques Cartier dari Perancis tiba pada 1534.
Asal usul Kanada
[sunting | sunting sumber]Manusia mula menduduki bumi Kanada kira-kira 30,000 hingga 25,000 tahun dahulu. Ketika itu, mereka merentasi laluan Bering (Beringia) yang bersambung dengan Siberia hingga barat laut Amerika Utara. Mereka ialah nenek moyang orang Inuit dan puak Amerindian. Antara pendatang ke bumi ini termasuklah Viking pada abad ke-10, orang Denmark pada abad ke-14 dan orang Itali pada abad ke-15.
Pengembara Jacques Cartier diarahkan oleh Raja Perancis, François I dalam era Dunia Baru memulakan pengembaraan dan berjaya merentasi Sungai St. Lawrence semasa pengembaraan keduanya pada tahun 1534. Beliau merupakan orang Eropah yang pertama melakar peta wilayah St. Lawrence dan menamakannya 'The Country of Canadas' sempena perkataan dari Bahasa Iroquois selepas dua penempatan utama iaitu Stadacona (Bandaraya Quebec) dan Hochelaga (Montreal).
Perebutan British-Perancis
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1604, pasukan pergerakan Perancis yang diketuai oleh ahli geografi, Samuel de Champlain tiba di Quebec lalu mengasaskan Bandaraya Quebec yang menjadi ibu negeri Perancis Baru. Pada masa yang sama, British juga berusaha untuk menjajaha tempat ini hingga mencetuskan Perang Warisan Sepanyol. Walaupun perjanjian damai ditandatangani iaitu Perjanjian Utrecht pada tahun 1713, empat konflik tercetus lagi dalam masa 50 tahun selepas itu melibatkan orang asli tempatan di kedua belah pihak yang dikenali sebagai Perang Perancis dan Indian.
Pada tahun 1763, pasukan tentera British akhirnya menguasai Quebec dan mengurangkan pengaruh Perancis di Kanada.
Pembentukan dan Kemerdekaan
[sunting | sunting sumber]Selepas Amerika Syarikat memenangi Perang Revolusi Amerika, Amerika Syarikat yang baru merdeka memilih untuk membebaskan Amerika Utara British kemudiannya mencetuskan Perang 1812. Pasukan tentera British bertindak balas dengan mara ke selatan dan membakar Rumah Putih. Selepas 55 tahun kemudian, British memberikan kemerdekaan kepada Kanada pada tahun 1867.
Pada awal abad ke-20, Kanada semakin berkembang kukuh dengan kemasukan imigran dan mula aktif dalam hubungan antarabangsa. Tentera Kanada juga memainkan peranan yang penting dalam Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.
Walaupun Kanada diberi kuasa melaksanakan kerajaan sendiri pada tahun 1867, negara ini tidak mendapat keistimewaan autonomi dari segi perundangan sehinggalah Undang-undang Westminster 1931 meluluskannya pada 11 Disember 1931. Bagaimanapun, perlembagaan negara ini hanya sah dan Kanada secara rasminya pada 17 April 1982. Kinim Kanada menjadi anggota penting dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) serta antara negara paling berkembang di dunia
Fahaman pemisah Quebec
[sunting | sunting sumber]Kanada mempunyai pengaruh kuat budaya British, namun sentimen budaya dan gaya hidup bangsa Perancis masih kukuh di Quebec. Quebec pada zaman dahulu merupakan penempatan Perancis Baru ketika zaman kolonial. Konflik rakyat Kanada di wilayah lain sentiasa berlaku. Pada abad ke-20 sekitar tahun 60-an hingga 70-an, kumpulan separa tentera iaitu Barisan Pembebasan Quebec (Perancis:Front de libération du Québec, FLQ). Kumpulan ini bertanggungjawab pada lebih 160 insiden keganasan yang menyebabkan lapan kematian dan banyak mangsa cedera termasuklah pengeboman Montreal Stock Exchange pada tahun 1969.
Serangan ini berakhir pada tahun 1970 dengan Krisis Oktober di mana Komisioner Perdagangan British, James Cross diculik dan Menteri Buruh Quebec, Pierre Laporte dibunuh. Walaupun penentangan pemisah berjaya ditangani sepenuhnya, pergerakan puak ini masih menghantui masyarakat Kanada yang berbilang kaum.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Kembara Khazanah Kanada m/s 40-41