Sauber
Nama penuh | Sauber F1 Team |
---|---|
Pangkalan | Hinwil, Zurich, Switzerland |
Ketua pasukan | Monisha Kaltenborn |
Ketua Pegawai Eksekutif | Monisha Kaltenborn |
Laman sesawang | www |
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu | |
Penampilan pertama | Grand Prix Afrika Selatan 1993 |
Perlumbaan terkini | Grand Prix Abu Dhabi 2023 |
Perlumbaan disertai | 465 (dan 70 sebagai BMW Sauber) |
Kejuaraan Pengeluar | 0 |
Kejuaraan Pemandu | 0 |
Kemenangan | 0 (dan 1 sebagai BMW Sauber) |
Petak pertama | 0 (dan 1 sebagai BMW Sauber) |
Pusingan terpantas | 3 (dan 2 sebagai BMW Sauber) |
Kedudukan 2021 | Ke-9 (13 mata) |
Sauber F1 Team merupakan sebuah pasukan Formula Satu yang bertanding sejak tahun 1993.
Formula Satu
[sunting | sunting sumber]Sauber moden dan enjin Ferrari (2010–kini)
[sunting | sunting sumber]- 2011
Kobayashi dikekalkan untuk tahun 2011, dan beliau disertai oleh rakan sepasukan, Sergio Pérez, dan rakan senegaranya, Esteban Gutiérrez, sebagai pemandu simpanan. Sauber mempersembahkan kereta 2011 mereka - C30 - pada 31 Januari,[1] dan ujian pra-musim bermula pada hari berikutnya.
Pada awal musim ini di Australia, kedua-dua Pérez dan Kobayashi disingkirkan daripada perlumbaan kerana melanggar peraturan teknikal. Pérez terbabas di Grand Prix Monaco, dan menyebabkannya mengalami konkusi dan pehanya turut terseliuh.[2] Walaupun beliau dibenarkan berlumba di Grand Prix Kanada, Pérez menarik diri selepas sesi latihan bebas pertama kerana masih mengalami kesakitan, dan beliau digantikan oleh Pedro de la Rosa, untuk baki hujung minggu tersebut.[3]
Bagi baki musim ini, pasukan konsisten dengan mendapat mata, dan menamatkan musim di tangga ke-7 dalam Kejuaraan Pengeluar.
Pada 28 Julai, ia telah diumumkan bahawa Kobayashi, Pérez dan Gutiérrez akan dikekalkan oleh Sauber untuk musim 2012.[4]
- 2013
Pada 23 November 2012, ia telah diumumkan bahawa Nico Hülkenberg, Esteban Gutiérrez dan Robin Frijns akan melengkapkan barisan pasukan untuk musim 2013; Hülkenberg dan Gutiérrez menjadi pemandu pasukan, manakala Frijns menjadi pemandu simpanan.[5] Kereta pasukan untuk musim ini, C32, telah dilancarkan di Hinwil pada 2 Februari 2013.[6] Warna corak kereta diubah kepada warna kelabu, serupa dengan kereta Sauber yang digunakan pada awal tahun 1990-an.[7] Walaupun Sauber kelihatan kompetitif selepas Hülkenberg mendapat tempat kelapan pada perlumbaan kedua musim ini di Grand Prix Malaysia, C32 tersebut terbukti tidak begitu kompetitif seperti kereta pendahulunya, selepas Hülkenberg tidak mampu untuk memperoleh keputusan yang lebih baik daripada tempat ke-10 pada perlumbaan berikutnya dan pelumba rookie, Gutiérrez, masih gagal mendapat sebarang mata sehingga Grand Prix Belgium. Walaupun begitu, Hülkenberg melakukan kejutan selepas mendapat tempat ketiga pada pusingan kelayakan di Grand Prix Itali, dan berada di hadapan kedua-dua pelumba Ferrari.[8]
Pada 15 Julai 2013, Sergey Sirotkin menyertai Sauber sebagai pemandu pembangunan, sebahagian daripada kerjasama dengan pelabur Rusia dengan tujuan untuk menjadikan beliau sebagai pelumba Sauber bagi tahun 2014.[9]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Elizalde, Pablo (3 Disember 2010). "Sauber announces 2011 car launch date". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 3 Disember 2010.
- ^ Elizalde, Pablo (28 Mei 2011). "Perez ruled out of Monaco GP". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 29 Mei 2011.
- ^ Benson, Andrew (10 Jun 2011). "Sergio Perez to miss rest of Canadian Grand Prix". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. Dicapai pada 10 Jun 2011.
- ^ "Kobayashi and Perez to stay at Sauber in 2012". formula1.com. Formula One Administration. 28 Julai 2011. Dicapai pada 30 Julai 2011.
- ^ Benson, Andrew (23 November 2012). "Mexican Esteban Gutierrez signs on at Sauber". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 23 November 2012.
- ^ "February launch for new Sauber". Formula1.com. Formula One Administration. 3 Januari 2013. Dicapai pada 4 Januari 2013.
- ^ "Swiss launch for new-look Sauber C32". Formula1.com. Formula One Administration. 2 Februari 2013. Dicapai pada 2 Februari 2013.
- ^ Beer, Matt (7 September 2013). "Vettel leads all-Red Bull front row at Monza". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 7 September 2013.
- ^ Allen, Peter (15 Julai 2013). "Sirotkin joins Sauber as part of Russian rescue deal". PaddockScout.com. Dicapai pada 15 Julai 2013.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman sesawang rasmi
- Sauber di Twitter
- Sauber profil pemandu di BBC Sport
- Sauber laman pasukan di skysports.com
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Sauber. |