Pergi ke kandungan

Sang Pencinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sang Pencinta
Kulit album, direkabentuk oleh Nizam Rahmat.
Album studio oleh
Dilancarkan pada16 Mei 2006
Dirakamkan pada2003–2006
TempatMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
StudioStudio Ronggeng
GenrePop rock
Panjang48:49
BahasaBahasa Melayu Malaysia Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatWarner Music Malaysia
PenerbitM. Nasir
Kronologi M. Nasir
Phoenix Bangkit
(2001)
Sang Pencinta
(2006)
Single daripada Sang Pencinta
  1. "Juwita... (Citra Terindah)"
    Dikeluarkan: Mac 2006
  2. "Tujuh Nafas Lagi"
    Dikeluarkan: Julai 2006
  3. "Sang Pencinta"
    Dikeluarkan: Oktober 2006
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sang Pencinta merupakan album studio solo ketujuh oleh penyanyi dan penulis lagu Malaysia, M. Nasir, dikeluarkan pada 16 Mei 2006 oleh Warner Music Malaysia.[1]

Dirakamkan selepas kejayaan album Phoenix Bangkit (2001), Sang Pencinta mempunyai pengaruh pop rock dengan pelbagai elemen muzik termasuk Brit Pop berbanding album terdahulu.[2] Tiga lagu dalam album ini dikeluarkan sebagai single: "Juwita... (Citra Terindah)", "Tujuh Nafas Lagi" dan "Sang Pencinta". Ia menjadi kejayaan komersial dan telah memenangi 2 daripada 7 pencalonan di Anugerah Industri Muzik ke-14.

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Selepas kali terakhir muncul dengan album keenam, Phoenix Bangkit yang meraih kejayaan komersial pada 2001,[3][4] M. Nasir mula mengumpul material terbaru untuk apa yang akan dikenali sebagai Sang Pencinta,[3] yang dipilih sebagai tajuk album. Ia pada mulanya menggunakan tajuk tentatif, M. Nasir 2006.[5] Untuk album ini, M. Nasir ketengahkan karya muzik yang berbeza berbanding yang pernah dihasilkan untuk album terdahulu. Rakaman album ini mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan kerana kesibukan jadual kerja M. Nasir dengan menyiapkan album penyanyi lain di samping berlakon dan merakamkan album runut bunyi.[3]

Antara pemuzik handalan yang mencurahkan tenaga dalam album ini ialah Yazit Ahmad, Ujang Exists, Jay Jay, Nan, Rafie, Nafie Spider, Zul Mahat, Firdaus, Sashi, Irwandi dan Aie'z Quest. Fadzli Fauzy, Fauzi Marzuki, Roslan Aziz, Peter Chong dan Zairie bertindak sebagai jururakam dan juruadun. Kulit album direka bentuk oleh Nizam Rahmat,[6] dengan fotografi disediakan oleh Bustamam Mokhtar.

Keluaran dan sambutan

[sunting | sunting sumber]

Sang Pencinta dikeluarkan pada 16 Mei 2006 hingga kejayaan komersial. Asalnya, album dijadualkan akan dikeluarkan pada 28 Mac,[7] bagaimanapun ia dikeluarkan secara rasmi pada 16 Mei. Sesi pradengar album ini diadakan pada Februari 2006 di ibu pejabat Luncai Emas di Sungai Buloh, Selangor, tiga bulan sebelum pelancaran rasmi album.[4] Sang Pencinta menjadi kejayaan komersial apabila ia berjaya terjual sebanyak 12,000 unit. Untuk mempromosikan album ini, M. Nasir mengadakan sesi bertemu peminat di Tower Records, KLCC pada 24 Jun.[8] "Juwita... (Citra Terindah)" dikeluarkan sebagai single pertama dengan muzik video dibintangi oleh Rozita Che Wan sebagai watak tajuk.[9] Rozita dipilih selepas pasukan penerbitan muzik video "Juwita" melihat gambarnya di majalah URTV.[10]

Ulasan kritis

[sunting | sunting sumber]

Album ini menerima ulasan positif daripada pengkritik muzik. Daryl Goh dari The Star dalam ulasannya mengenai album ini berkata: "...Sang Pencinta, yang dijadikan sebagai album Melayu moden tunggal, ialah penghargaan kepada kemampuan manusia yang tidak diragukan lagi untuk melancarkan rakaman meriah yang memelihara warisan muziknya".[11] Menurut satu ulasan dari Harian Metro, susunan muzik dalam Sang Pencinta "agak ringkas, mudah didengar serta memiliki bunyian yang segar, menarik, unik dan sedap didengar".[1]

Senarai runut

[sunting | sunting sumber]
No.TajukPenulisMasa
1."Juwita... (Citra Terindah)"M. Nasir4:45
2."Sang Pencinta"M. Nasir4:06
3."Tujuh Nafas Lagi"M. Nasir5:31
4."Tangisan Di Hujung Galaksi"M. Nasir/Loloq4:32
5."Vendeta"M. Nasir/Loloq4:19
6."Bahtera Raudah"M. Nasir5:31
7."Destinasi:Eterniti"M. Nasir4:41
8."Setiap Dambaan"M. Nasir/Loloq4:23
9."Apa Lagi"M. Nasir5:34
10."Balada Seorang Teman"M. Nasir6:47
Jumlah masa: 48:49


Tenaga kerja

[sunting | sunting sumber]

Kredit diperoleh daripada catatan media album.[12]

Penyanyi dan pemuzik
  • M. Nasir - vokal (trek 1–10), vokal latar (trek 4 dan 5)
  • Irwandi - vokal latar (trek 1, 2, 3, 6, 7, 8, 9 dan 10)
  • Aie'z Quest - vokal latar (trek 1, 2, 3, 6, 7, 9 dan 10), kugiran latar (trek 8)
  • Nan - gitar elektrik (trek 1, 3, 5, 6, 7, 9, 10), gitar akustik (trek 1)
  • Nafie Spider - gitar elektrik (trek 2, 4 dan 8)
  • Rafie - gitar akustik (trek 4), mandolin (trek 4)
  • Jay Jay - bes (trek 1–10)
  • Yazit Ahmad - dram (trek 1 dan 10)
  • Ujang - dram (trek 2, 3, 4, 5, 6, 8 dan 9)
  • Zul Mahat - keyboard (trek 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8 dan 10)
  • Firdaus - keyboard (trek 6, 7 dan 8)
Teknikal
  • Darnie - A&R, penyelaras
  • Keon - A&R, penyelaras
  • Aida - karya seni, penyunting imej
  • Raskuz - karya seni, penyunting imej
  • Nizam Rahmat - konsep reka bentuk
  • M. Nasir - penerbit
  • Arab - penerbit eksekutif
  • Fauzi Marzuki - rakaman, mastering
  • Bustamam Mokhtar - fotografi
  • Achik - promosi
  • Aida - promosi
  • Ida - promosi
  • Liza - promosi
  • MC - promosi
  • Roslan Aziz - pengadun
  • Zairie - pengadun
  • Peter Chong - pengadun
  • Fadzli Fauzy - rakaman
  • Studio Ronggeng - studio rakaman, adunan
  • Fauzi Marzuki Productions - mastering

Sejarah keluaran

[sunting | sunting sumber]
Negara Tarikh keluaran Format Label
Malaysia 16 Mei 2006 CD, kaset, muat turun digital,[13] media penstriman,[14] Warner Music Malaysia

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2007 Anugerah Juara Lagu ke-21 Pop Rock "Juwita... (Citra Terindah)" Menang [15]
Anugerah Industri Muzik ke-14 Persembahan Vokal Lelaki Terbaik Di Dalam Album Sang Pencinta Tercalon [16]
[17]
[18]
Rakaman Album Terbaik Tercalon
Album Pop Rock Terbaik Menang
Album Terbaik Tercalon
Lagu Terbaik "Tujuh Nafas Lagi" Tercalon
"Sang Pencinta" Tercalon
"Juwita" Menang
Anugerah Planet Muzik 2007 Album Terbaik Sang Pencinta Tercalon [19]
  1. ^ a b "M. Nasir ubah arah". Harian Metro. 6 Jun 2006. Dicapai pada 9 Mei 2018.
  2. ^ "Sang Pencinta makin diterima". Berita Harian. 11 Jun 2006. Dicapai pada 9 Mei 2018.
  3. ^ a b c Rudy Imran Shamsuddin (14 Februari 2006). "M. Nasir bakal buat kejutan". Harian Metro. Dicapai pada 8 Mei 2018.
  4. ^ a b Mohammad Arif Nizam Abdullah (10 Februari 2006). "M. Nasir mahu cuba irama polka". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 Mei 2018.
  5. ^ Zainuri Misfar (20 Mac 2006). "M. Nasir tampil lebih agresif, segar". Berita Harian. Dicapai pada 8 Mei 2018.
  6. ^ Abie Abdullah (12 Mac 2006). "M. Nasir tampil santai". Harian Metro. Dicapai pada 8 Mei 2018.
  7. ^ "The sifu returns" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 20 Mac 2006. Dicapai pada 8 Mei 2018.
  8. ^ "M. Nasir bangga prestasi jualan Sang Pencinta". Berita Harian. 4 Julai 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Julai 2015. Dicapai pada 9 Mei 2018.
  9. ^ Shakilawati Abd Rahman (25 Jun 2006). "M. Nasir santai dalam Juwita". Harian Metro. Dicapai pada 9 Mei 2018.
  10. ^ Mohammad Arif Nizam Abdullah (30 Jun 2006). "M. Nasir terus mencari Juwita". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2006.
  11. ^ Daryl Goh (29 Mei 2006). "Album review: M. Nasir - Sang Pencinta". eCentral (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-21. Dicapai pada 9 Mei 2018.
  12. ^ Sang Pencinta (catatan media). M. Nasir. Warner Music Malaysia. 2006. 5101-13813-2.CS1 maint: others (link)
  13. ^ "Sang Pencinta, album by M. Nasir". iTunes Store (MY). Apple. Dicapai pada 8 Mei 2018.
  14. ^ "Sang Pencinta by M. Nasir". Spotify. Dicapai pada 8 Mei 2018.
  15. ^ "Sifu dan AJL21". Berita Harian. 23 Januari 2007. Dicapai pada 9 Mei 2018.
  16. ^ Ellyna Ali (30 April 2007). "Siti, M. Nasir tidak kecewa". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mei 2007. Dicapai pada 9 Mei 2018.
  17. ^ "Siti Nurhaliza, M. Nasir bag top music awards" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 29 April 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mei 2007. Dicapai pada 9 Mei 2018.
  18. ^ Radin Sri Ghazali (30 April 2007). "M. Nasir tonjolkan kelainan". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Disember 2007. Dicapai pada 9 Mei 2018.
  19. ^ Budiey (8 Jun 2007). "Pemenang Anugerah Planet Muzik 2007". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 9 Mei 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]