Konsert Canggung M. Nasir
Konsert Canggung M. Nasir | |
---|---|
Konsert oleh M. Nasir | |
Lokasi | Kuala Lumpur, Malaysia |
Tempat | Stadium Negara |
Album berkaitan | |
Tarikh | 29 Julai 1994 |
Tempoh masa | 2 jam |
Jumlah persembahan | 1 |
Kehadiran | 10,000 |
Kronologi konsert M. Nasir |
Konsert Canggung M. Nasir (juga dikenali sebagai Konsert Canggung Mendonan) ialah konsert solo oleh penyanyi dan penulis lagu Malaysia, M. Nasir. Diadakan pada 29 Julai 1994 di Stadium Negara, Kuala Lumpur, konsert ini diadakan bagi mempromosikan album keempat beliau, Canggung Mendonan yang dikeluarkan pada 1993. Lagu-lagu yang dipersembahkan termasuk lagu dari album Canggung Mendonan serta lagu dari album-albumnya yang lain.[1][2][3]
Konsert
[sunting | sunting sumber]Konsert Canggung M. Nasir diadakan bagi mempromosikan album keempat M. Nasir, Canggung Mendonan yang dikeluarkan pada Disember 1993. Bagi mempromosikan konsert ini, M. Nasir mengadakan sesi bertemu peminat yang diadakan di Ruang Legar Sungei Wang Plaza pada 17 Jun 1994.[4] Konsep yang diketengahkan dalam konsert ini ialah teatrikal sebagai permulaan dan perjuangannya dalam industri muzik.[5] Menjelang konsert, beliau memulakan latihan sebagai persediaan awal.[6]
Konsert ini berlangsung pada 29 Julai 1994 di Stadium Negara.[7] Tirai konsert dimulakan pada jam 9:15 malam dengan sedikit sketsa daripada Loloq selama hampir 10 minit, yang disifatkan sebagai mukadimah. Lagu pertama yang dipersembahkan di awal konsert ialah "Rajawali Terbang Tinggi" dan diakhiri dengan "Tudung Periuk" di penghujung konsert.[1][8]
Penyiaran
[sunting | sunting sumber]Konsert Canggung M. Nasir disiarkan di TV1 pada 19 November 1994 jam 8:30 malam sempena Fiesta TV1.[9]
Senarai lagu
[sunting | sunting sumber]- "Mentera Semerah Padi"
- "Secangkir Kopi Semanis Puan"
- "Rajawali Terbang Tinggi"
- "Wadi"
- "Inang Pulau Kencana"
- "Bukalah Hatimu"
- "Lara"
- "Perang Yang Satu Lagi"
- "Anak-anak Kita"
- "Tanya Sama Itu Hud Hud"
- "Aduhai Kasih Aduhai"
- "Sentuhan Listrikmu"
- "Ada"
- "Keroncong Nostradamus"
- "Bonda"
- "Tudung Periuk"
Tarikh konsert
[sunting | sunting sumber]Tarikh | Negara | Bandar | Lokasi | Masa | Kehadiran penonton | Jualan tiket |
---|---|---|---|---|---|---|
29 Julai 1994 | Malaysia | Kuala Lumpur | 9:15 malam (WPM) | Stadium Negara | 10,000 | Habis dijual |
Tenaga kerja
[sunting | sunting sumber]- M. Nasir - penyanyi
- BoxOffice Malaysia - penerbit, penganjur
- Harian Metro - penaja
- Lion Suzuki - penaja
- BMG Music - penaja
- Telepromo - penaja
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Zainuri Misfar (30 Julai 1994). "Konsert Canggung menakjubkan". Berita Harian. Dicapai pada 31 Mei 2018.
- ^ Marina Abdul Ghani (15 Julai 1994). "Solo concert by M. Nasir". The Malay Mail. Dicapai pada 31 Mei 2020.
- ^ "M. Nasir anggap sambutan hebat di luar dugaan". Berita Harian. 1 Ogos 1994. Dicapai pada 31 Mei 2020.
- ^ "Peminat-peminat M. Nasir berpeluang..." Berita Harian. 17 Jun 1994. Dicapai pada 31 Mei 2020.
- ^ Azman Shamsuddin (27 Julai 1994). "M. Nasir bawa konsep teater dalam konsert". Berita Harian. Dicapai pada 31 Mei 2020.
- ^ "M. Nasir kerja keras untuk album solo Amy". Berita Harian. 16 Julai 1994. Dicapai pada 31 Mei 2020.
- ^ "Alat muzik tradisional di konsert M. Nasir". Berita Harian. 17 Jun 1994. Dicapai pada 31 Mei 2020.
- ^ "Konsert Canggung Mengasyikkan". Berita Harian. 13 Disember 1994. Dicapai pada 31 Mei 2020.
- ^ Zulkefli Ali (25 Oktober 1994). "Konsert Canggung M. Nasir di TV1". Berita Harian. Dicapai pada 31 Mei 2020.